facebook

facebook

Mari beri sokongan

25.5.14

Tanda-tanda sakit

Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
🌿 Mata menjadi merah :
●Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
🌿 Mata menjadi kabur :
●Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
🌿Keluar tahi mata :
●Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
🌿Keluar air mata :
●Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
🌿Ketegangan mata dan kelopak :
●Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).
🌿Selesema :
●Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
🌿 Hidung sumbat :
●Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
🌿 Bersin
● Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
● Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

BATUK
🌿 Batuk keluar kahak :
●Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
🌿 Batuk tanpa kahak :
● Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
🌿Batuk dan berasa gatal di kerongkong :
● Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

😑 KERONGKONG
🌿 Kerongkong kering.
● Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
● Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
🌿Bibir pucat
● Sistem penghadaman yang lemah.
● Perut mengandungi angin.
● Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
🌿 Bibir kering dan pecah.
● Perut mengandungi banyak bahan toksin.

MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
🌿 Lidah atau gusi bengkak, sakit :
●Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
🌿Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser).
● Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.🌿Mulut berbau busuk .
●Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
🌿Telinga terasa tersumbat :
●Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
🌿 Telinga berdengung :
●Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

KULIT Berpeluh :
🌿 Peluh masin :
●Badan mengandungi lebihan asid urik.
🌿Peluh berbau :
●Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

🌿RUAM DAN BISUL :
●Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
🌿 KULIT PECAH DAN BERAIR :
● Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

RAMBUT GUGUR : 🌿Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
🌿Sakit Sendi rasa panas. ●Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
🌿Tidak rasa panas
●Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
🌿Sakit di bahagian bahu. ●Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
🌿 KEBAS TANGAN :
● Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
🌿 KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN :
●Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
🌿KEBAS KAKI :
●Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
🌿 SAKIT TAPAK KAKI : ●Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
🌿 SAKIT TUMIT KAKI :
●Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
🌿 RASA PANAS DI TAPAK KAKI :
● Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
🌿 GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI :
●Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

TANDA-TANDA DALAMAN KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
🌿 PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
●Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
🌿 PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
● Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
● Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
🌿 SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :●Menandakan penyakit migrain.
🌿 BISUL TERJADI DI KEPALA
● Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
🌿 RASA PENING YANG MEMUSING
●Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

👅MULUT/KERONGKONG/LIDAH LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
🌿 MUNTAH DARAH
● Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
● Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.🌿LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK :
●Tanda sakit jantung.

💧KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . 🌿Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

KENCING
🌿 KERAP KENCING
●Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
🌿 AIR KENCING BERKAPUR ●Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
🌿 AIR KENCING BERMINYAK :
● Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
🌿 AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT :
● Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
🌿AIR KENCING BERDARAH :
● Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

BUANG AIR BESAR
🌿 CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR :
●Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
🌿SEMBELIT:
Membersihkan toksin dari usus kecil.
🌿NAJIS BERDARAH
● Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
● Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
🌿 NAJIS BERWARNA HITAM :
● Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

BADAN :Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
🌿Sakit menyucuk :
● Proses menyeimbangkan urat saraf.
🌿Sakit sengal:
● Menandakan luka di dalam badan.
🌿Sakit menyentap:
● Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
🌿 Sakit menegang :
● Proses melancarkan pengaliran darah.

BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
🌿BADAN TERASA PANAS .
●Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
🌿 BADAN TERASA RINGAN :
● Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

RASA TAKUT MENGEJUT: 🌿Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

CEPAT NAIK DARAH/MARAH :
🌿Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

RASA BIMBANG DAN TAKUT :
🌿Sistem paru-paru yang lemah.

😅 RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
🌿 Sistem jantung yang lemah.
🌿 Sistem saraf otak yang lemah.
🌿 Masalah pengaliran darah.

SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL :
🌿Sistem penghadaman yang lemah..

BUANG AIR BESAR
🌿 CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR :
● Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
🌿 SEMBELIT:
●Membersihkan toksin dari usus kecil.
🌿 NAJIS BERDARAH
● Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
● Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
🌿 NAJIS BERWARNA HITAM :
●Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

Disediakan oleh:
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis.

12.5.14

Orang yang bijak adalah orang yang mengingati mati



Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.





Selama aku menyelami diri sejak 2, 3 hari ni, aku mendapati bahawa:-

Menghayati KEMATIAN adlh sebagai sebaik-baik penasihat..

- Jika seseorang mengingati mati, akan mudah hatinya dilentur kepada makrifatullah. 


- Jika mengingati kematian jiwa akan bosan dengan maksiat dan perkara yang buruk. 


- Jika mati itu hidup di dalam hati kita, kita akan mudah memberi dan meminta maaf. Kita akan mudah bersabar dan bertenang dengan kerenah insan. Nikmat dosa akan lenyap dengan mengingati mati. 


- Ketika hatimu jemu dengan ketaatan, mula tergoda dengan kemaksiatan, kenang-kenangkanlah SAAT BERPISAH. 







- Saat perpisahan itu pasti tiba. Dan tidak ada masa yang sesuai untuk saat itu. Kita datang tidak diminta, kita pulang tidak diduga. Bila sanggup hidup, mesti sanggup mati. Bila sanggup datang, mesti sanggup pulang. Kita hanya menghabiskan saki-baki hari yang telah ditentukan. Tujuan ke sini untuk diuji, tiba masanya pasti kembali!

5.5.14

Kisah Dajjal

   Dajjal ini sebelum umurnya 7 tahun kerjanya hanyalah tidur sahaja. Manakala di Pulau yg didiaminya itu hanya binatang yg berbulu itu sahaja dapat bercakap dengan Dajjal. Dia sajalah kawan Dajjal untuk bermuzzakarah ilmu yg telah diajarkan Jibril. Binatang berbulu ini telah memberitahu Dajjal bahawa dia akan menjadi seorang Raja seandainya dia mengamalkan apa yg telah Jibril ajarkan kepadanya malah dia akan menjadi Raja yg seadil-adilnya tetapi jika sebaliknya, dia akan menjadi sezalim-zalim Raja.

    Lalu atas fikir Dajjal bahawa dia mempunyai keistimewaan dengan ilmu yg tinggi dan di dalam pulau itu dia melihat hanya dirinya sendiri. Oleh kerana fikirnya fikirnya yg telah dipengaruhi oleh Iblis maka dia mengatakan dia Adalah Anak Tuhan. Maka kalau dia anak Tuhan bererti dunia ini dia yg punya. Jenuhlah makhluk berbulu itu mengatakan bahawa Dajjal bukan anak Tuhan namun tidak dipedulikannya.

Sebenarnya inlah yg dimaksudkan dalam Surah Kahfi bahawa Yahudi mengatakan ''aku orang yg dipilih Tuhan'dan Nasrani pula mengatakan 'Nabi Isa anak Tuhan''.

    Pada satu ketika, ada sebuah kapal berlabuh di pulau tersebut dan Dajjal telah ikut kapal ini balik ke negeri Arab dan menggelar dirinya sebagai Samiri iaitu ada kaitan dengan tempat asalnya, Samirah. Pada masa itu, usianya telah melebihi 100 tahun. Pada zaman itu adalah zaman Nabi Musa a.s. Maka Dajjal ataupun Samiri telah melihat bagaimana Nabi Musa a.s menentang Firaun bahkan dia juga bersama-sama dengan Nabi Musa a.s. Dia juga mengikut Nabi Musa melintas Laut Merah apabila dikejar Firaun.

    Apabila Nabi Musa a.s. naik ke Bukit Tursina selama 40 hari, Samiri telah menghasut orang-orang Bani Israel membuat patung lembu dari emas. Kemudian Samiri telah meletakkan tanah dari bekas telapak kaki jibril pada patung lembu betina dari emas itu. Atas asbab itu lembu betina tersebut hidup dan boleh berkata-kata. Maka hampir 70% kaum Nabi Musa a.s. percaya lembu betina itu sebagai Tuhan.

    Berkenaan dengan tanah bekas telapak kaki Jibril itu ialah, apabila Malaikat datang ke dunia dan berubah bentuk kepada manusia, maka di mana dia turun, tanah di situlah akan dijadikan jasad yg digunakan malaikat Jibril. Apabila Malaikat akan berubah kepada bentuk asalnya, tanah tanah yg dijadikan jasad itu akan ditinggalkan dan tanah inilah yg andaikata diletakkan pada batu, batu akan hidup, diletakkan pada kayu, kayu berkata-kata. Maka Dajjal telah mengambil tanah ini dengan banyaknya sewaktu Malaikat Jibril mengajarnya di Pulau tempat asalnya. Tanah inilah yg diletakkan pada patung lembu betina tersebut. Sehingga atas asebab itulah patung itu hidup.

    Oleh itu tanah yg Dajjal ambil ini juga jika diletakkan pada mayat, mayat akan hidup. Sebab itu dikatakan Dajjal dapat menghidupkan manusia yg sudah mati atas asebab tanah itu.

    Apabila Nabi Musa a.s. turun dari Bukit Tursina, dia melihat kaumnya sedang menyembah patung lembu. Maka Nabi Musa telah memarahi Nabi Harun kenapa tidak menghalang mereka. Nabi Harun berkata dia tidak dapat berbuat apa-apa. Namun apabila Nabi Musa melihat Samiri, Nabi Musa a.s. tidak membunuhnya atau memarahi Samiri, sebaliknya baginda hanya menghalau Samiri kerana baginda tahu yg Samiri itu adalah Dajjal.

    Kemudiannya Dajjal telah menjelajah keseluruh dunia. Di China denga hanya sehelai sepinggang dia kemudiannya telah menjadi kaya-raya. Namun dia merasakan satu yg kurang, iaitu dia tiada kuasa. (Inilah hikmahnya kenapa Sultan-sultan zaman dahulu mewariskan takhta pemerintahan kepada keturunannya kerana untuk mengelakkan Dajjal dr menjadi raja)

    Dajjal kemudiannya balik ke Tanah Arab pada zaman Nabi Isa a.s tetapi Dajjal tidak boleh mendekati Nabi Isa malahan untuk memasuki kawasan Nabi Isa pun dia tidak berani kerana dia tahu yg Nabi Isa akan membunuhnya suatu masa nanti. Pada masa itu dia adalah seorang yg kaya-raya lalu dia menghantar seorang utusan kepada Nabi Isa dan utusan ini telah berkata pada Nabi Isa, ''andaikata kamu orang yg benar, beritahu siapa yg menghantar utusan ini?''. Lalu Nabi Isa menerangkan siapa yg menghantar utusan tersebut, mana asal-usulnya bahkan niat dia pun Nabi Isa terangkan.

    Apabila wakil Dajjal ini memberitahu Dajjal dia telah memutar-belitkan fakta. Iaitu dengan mengatakan ''Orang yg mengetahui hakikat ini adalah orang yg mengamalkan sihir dan berguru dengan jin dan syaitan''. Walaubagaimanapun dia tidak berani dekat dengan Nabi Isa sehingga atas begitu takutnya dengan Nabi Isa dia telah kembali ke Pulaunya.

    Pada zaman Rasulullah s.a.w, Dajjal menamakan dirinya sebagai Syuib. Pernah di satu ketika Rasulullah s.a.w. dan sahabat berjalan di satu lorong lalu berjumpa dengan seorang budak berdiri cekak pinggang dan merenung Baginda dan sahabat sehingga berasap matanya, lalu dia menjerit ''dukhan-dukhan (asap)''. Lalu Saidina Ali bertanya kepada Rasulullah siapakan pemuda tersebut? Baginda menjawab, itulah Dajjal. dalam keadaan matanya yg berasap dia telah lari dari lorong ke lorong. Apabila Saidina Umar dan Saidina Ali mahu membunuh Dajjal ini, Rasulullah s.a.w. melarang mereka. Namun Saidina Umar telah meyiku Dajjal sehingga mata kanan Dajjal buta lalu lari dari Madinah. Rasulullah telah bermunajat kepada Allah agar Dajjal dibawa keluar ke satu Pulau dan dipenjarakan.

Dajjal senantiasa berumur 33 tahun, berbadan sasa, rambutnye kerinting dan matanya sepet. Usianya kini sudah hampir 2700 tahun.

    Setelah Rasulullah s.a.w. wafat, di zaman Khalifah Abu Bakar, Dajjal cuba datang ke Mekah dengan rombongan haji tetapi Dajjal tidak dapat hidup lalu dia telah diikat di satu Pulau tempat asalnya. Sehinggalah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. iaitu Saidina Tamim abu Ad-Dhari jumpa Pulau itu dan bertemu dengan Dajjal yg dirantai di dalam sebuah Gua. Selepas Tamim memperkenalkan dirinya sebagai sahabat Nabi kepada dajjal lalu ia pun bertanya, ''Apakah Saidina Abu Bakar maseh ada lagi? Apabila dikatakan tiada maka Dajjal membesar. Kemudian Tamim mengatakan yg Saidina Umar sebagai Khalifah sekarang makan mengecillah ia lalu mengatakan bahawa Umarlah yg telah membutakan mata kanannya.

Tamim bertanya lagi apakah tanda engkau akan bebas? Lalu Dajjal mengatakan apabila dilihat wanita bebas berkuda.

Maksud yang dikatakan sebagai " Wanita menunggang kuda " bermaksud seperti menunggang kuda ini adalah ibarat ' dia bebas dalam membuat keputusan ' seperti menunggang kuda, jika dia mahu ke kanan, dia akan menarik tarik kekang yg di ikat pd kuda itu ke kanan dan begitu juga ke kiri dan dapatlah disimpulkan kepada 4:

1. dia bebas ikut suka ke mana dia hendak pergi.
2. dia bebas menunggang atau pun membawa kenderaan
3. dia bebas mengawal lelaki
4. dia membuat keputusan dalam menentukan hal orang di bawah dia

     Setelah bertanya kepada dajjal akan program akhir zaman. Sehinggalah Tamim faham akan program Dajjal lalu mengorak langkah membuat usaha demi utk umat di akhir zaman yakni KITA.

    Pada tahun 1776 Dajjal telah di anak angkatkan oleh Iblis di tempat yang di namakan Carribean Sea iaitu di kawasan Bermuda Triangle. Dia dikenali sebagai Uncle Sam dan membantu Amerika Bebas dari Britain.

    Usaha menghamba abdikan orang Afrika berlaku apabila di bawa ke Amerika. Ianya merupakan usaha Dajjal untuk mengkafirkan orang Islam.

Nabi Bersabda; '' Dajjal, kekuatannya adalah kekuatan Dunia, kekayaannya adalah kekayaan dunia''.

Saidina Ali bertanya kepada Rasulullah ; sekiranya kami hidup semasa itu bagaimana nak menghadapi Dajjal?

Rasulullah s.a.w. menjawab ; kembali kepada Kahfi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...