facebook

facebook

Mari beri sokongan

29.12.13

Tiga Pemberian yang tidak boleh di tolak



Dari Ibnu Umar rodhiyallahu anhu :

Rasulullah shollahu alayhi wassalam bersabda,

“Ada tiga pemberian yang tidak boleh ditolak, iaitu bantal, minyak wangi dan susu.”

((Riwayat Tirmidzi, Abu Syaikh dan Baghawi) – Hadis Hasan



-lafaz "الْوَسَائِدُ itu membawa maksud sesuatu yang menyerupai tempat duduk seperti kerusi, sepertimana kebiasaan arab dalam memuliakan tetamunya dengan menyediakannya untuk orang yang berkunjung kerumahnya..(bukannya bermaksud lafaz bantal yang digunakan orang melayu hanya untuk tidur)

-pada suatu hari telah masuk jarir bin yazid ke rumahnya sya'bi-bersamanya sebilangan alim ulama-maka sya'bi menyuruh menyediakan bantal, maka mereka berkata tidak perlu kerana mereka sudah tua(tidak kisah) maka berkata sya'bi bahawa nabi s.a.w pernah bersabda "apabila datangnya seorang yang mulia diantara kamu maka muliakanlah mereka"
disebabkan itu terdapatnya larangan menolak pemberian tesebut dan juga yang menyerupai dengannya..

-diriwayatkan tabroni suatu hari datang ibnu umar pada ibnu matiq dan memberikan salam padanya maka dibalas salamnya dengan lafaaz waalaikmussalam dan selamat datang wahai ayahnya abdul rahman dan mempersilakan ibnu umar duduk diatas bantal lalu berkata ibnu umar "sekiranya aku tidak pernah mendengar sabda nabi s.a.w " tiga pemberian yang tidak boleh ditolak, iaitu bantal, minyak wangi dan susu.”nescaya aku tidak akan duduk diatasnya.

-dalam musannif abi syibah bahawa abu qilabah telah memberi bantal pada seeorang lelaki dan berkata abu qalabah "janganlah kamu menolak penghormatan yang diberikan pada kamu"

-ibnu hajar: telah berkata mirak apabila seseorang memberikan kemuliaan pada tetamunya dengan menyediakan bantal maka janganlah ditolaknya dan adapun sebab larangannya menolak pemberian bantal,susu,dan miyak wangi kerana ia merupakan pemberian yang sedikit nilainya dan tidak patut ia menolaknya.



“Barangsiapa membiasakan diri untuk beristighfar, Allah akan memberikan jalan keluar baginya dari setiap kesulitan.”
(HR. Abu Daud)

Felixia Yeap di TV Al-Hijrah

Bagi yg tak berkesempatan menonton temubual Felixia Yeap di TV Al-Hijrah pagi tadi 29/12/13 (Ahad) boleh lah menontonnya di sini..

ermm..... mudah-mudahan diberikan hidayah kepadanya....



Felixia Yeap di TV Al-Hijrah

“Akan datang suatu masa dalam umatku segolongan wanita berpakaian tapi sebenarnya mereka bertelanjang tanpa pakaian. Sanggul mereka ditinggikan bagai bonggol unta. Kutuklah mereka,sesungguhnya mereka itu terkutuk (dikutuk oleh Allah) " (HR Muslim)

Surah Al-Ahzab : 59-62
            “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(59) 

28.12.13

MOdel PLayBoy Bunny berubah penampilan



Felixia Yeap Official Blog
Felixia Yeap Facebook

Amoi Chantek! memang cantik amoi ni, kalo nk tahu ni lah amoi yg sekarang ni maseh lagi terikat kontrak dengan majalah Playboy Bunny di mana model ni mendedahkan sebahagian tubuhnya untuk tatapan umum. Tetapi amoi ni sekarang dah berubah penampilannya dengan berpakaian berhijab walaupun belum menganut agama Islam. Beliau ialah Felixia Yeap!


Namun begitu, walaupun dia maseh beragama buddhist dan perubahan yg dilakukannya adalah satu perubahan positif dari segi penampilan yg menjolok mata kepada penampilan yg menutup keseluruhan anggota tubuhnya. Bahkan sesiapa saja kaum adam yg melihatnnya pasti tidak berkedip matanya jika dia menampilkan pakaian seksi. Malah di dalam keadaan berhijab sekalipun, amoi ini tetap cantik dan sejuk mata memandangnya. Sekalung tahniah buat Felixia dengan perubahan positif ini.


Bagi sesiapa yg sering mengikuti perkembangan Felixia baik di dalam blog mahupun di laman Facebook, pasti menyeronokkan. Kenapa yer? Yer, Felixia seorang yg rajin mengupdate-kan statusnya di dalam facebook, setiap hari terasa macam ada sesuatu yg menyinari hidupnya dengan berpakaian hijab ini dan ramai juga yg telah memberikan komen-komen yg menggalakkan serta semangat untuk terus berpakaian hijab ini tetapi takkurang juga yg bersifat racist dan tidak menyukai penampilan barunya ini. Mudah-mudahan Allah swt memberinya kekuatan untuk terus berpenampilan begini dan yg lebih utama adalah memberinya hidayah terhadap agama Allah yg suci ini.

Sepatutnya kita berasa malu apabila ada kalangan mereka yg pernah mendedahkan sebahagian tubuhnya tetapi kini sanggup mengambil risiko untuk berubah penampilan kepada berhijab. Ermmm... dari sini dapatlah kita perhatikan, bahawasanya hidayah adalah hak mutlak milik Allah. Dia yg berkuasa dan memberi kepada sesiapa yg dikehendakiNya. Janganlah kita berasa apabila kita dilahirkan sebagai seorang Islam, kita sudah automatik mendapat hidayah. Ingat! Hidayah bukan dari keturunan dan Keimanan hendaklah di cari dan ianya tidak datang melalui kelahiran dan keturunan. Nabi Muhammad sendiri berusaha mendaki dan bertahanut di gua hiraq, inikan pula kita. Siapalah kita ini?


Ini adalah antara kata-katanya yg dipetik dari blog beliau serta beberapa gambarnya dalam berpakaian hijab. Nice!

"Terima kasih sangat-sangat kepada semua yang sudi tinggalkan pesanan dan mesej-mesej yang positif, yang neutral dan yang ikhlas. Felixia amat terharu...I am so touched. Memang tergenang airmata Felixia membaca a few of them.

Dari kaum Adam dan terutamanya dari kaum Hawa. Dari yang beragama Islam dan juga segelintir yang bukan beragama Islam. Terima kasih sebab memahami isi hati Felixia. Terima kasih for not being judgemental and harsh on my personal dressing preference. Terima kasih for accepting me as I am, as I progress on in life." - Felixia Yeap











✿ Professional Model ✿ M'sia Ex-Playboy Bunny ✿ Gravure Gyaru Baby ✿ Race/GT Queen ✿ Mermaid Gonnabe! ✿ New blogger

22.12.13

Terbukanya Dinding atau Tembok Ya'juj dan Ma'juj


Tembok menyekat kaum Ya'juj dan Ma'juj telah lama terbuka apabila orang Yahudi iaitu sesetengah Bani Israel dan kaum lain yang beragama Yahudi kembali ke Baitulmaqdis (Jerusalem) dan membentuk negara Israel pada tahun 1948. Allah SWT telah memberi keterangan di bawah bagi menjelaskan kepulangan Yahudi ke Baitulmaqdis:
“…Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Ya'juj & Ma'juj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi...”; (21:95-96)
“Penduduk” dimaksudkan ialah orang Yahudi, “negeri” adalah Baitulmaqdis,“Ya'juj dan Ma'juj” adalah Yahudi (Khazar dan Eropah Barat), dan “meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi” bermaksud Ya'juj dan Ma'juj menguasai dan menjajah keseluruhan aspek kuasa-kuasa pemerintahan dunia.
Allah SWT malahan menyatakan “mustahil” bagi orang Yahudi untuk pulang ke Baitulmaqdis, kecuali setelah tembok menyekat Ya'juj & Ma'juj terbuka dan mereka telah berkuasa atas setiap manusia (The World Order of Gog dan Magog). Orang Yahudi telah lama pulang ke negeri Baitulmaqdis dan membentuk negara Israel pada tahun 1948 dengan diiktiraf kuasa-kuasa dunia terutama Eropah dan USA dan mana-mana negara yang menentang atau memberi ancaman kepada Israel akan menerima sekatan pelbagai bentuk dari Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Oleh itu apakah penjelasan kepulangan mereka ke Baitulmaqdis? Sedangkan Allah SWT melarang mereka pulang dan menuntut kembali hak tersebut sekiranya berlaku kezaliman? Sepertimana kita ketahui Yahudi telah melakukan dua kali kemungkaran di Tanah Suci ini dan dihalau oleh Allah SWT melalui serangan kerajaan Babylon dan Byzentine dan sekarang adalah kemungkaran yang ketiga dan yang terakhir..dan akan dihalau oleh tentera panji hitam (Imam al Mahdi, Isa Ibnu Maryam dan para tenteranya)
Antara ayat al Quran berkaitan dua kali kermukaan Yahudi di Tanah Suci:
وَقَضَيْنَا إِلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ فِي الْكِتَابِ لَتُفْسِدُنَّ فِي الأَرْضِ مَرَّتَيْنِ وَلَتَعْلُنَّ عُلُوّاً كَبِيراً 
Dan telah Kami tetapkan terhadap Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar". 

(Surah Al Israa': 4)


لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُواْ مِن بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوا وَّكَانُواْ يَعْتَدُونَ 
Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka durhaka dan selalu melampaui batas. 

(Surah Al Maidah : 78)
Syarat ditetapkan dan balasan yang akan dikenakan, dan sepertimana yang kita ketahui sekarang Yahudi di Palestin kembali dengan kemungkaran.
عَسَى رَبُّكُمْ أَن يَرْحَمَكُمْ وَإِنْ عُدتُّمْ عُدْنَا وَجَعَلْنَا جَهَنَّمَ لِلْكَافِرِينَ حَصِيراً 
Mudah-mudahan Tuhanmu akan melimpahkan rahmat(Nya) kepadamu; dan sekiranya kamu kembali kepada (kedurhakaan) nescaya Kami kembali (mengazabmu) dan Kami jadikan neraka Jahannam penjara bagi orang-orang yang tidak beriman. 

(Surah Al Israa' : 8)
Ini jelas menunjukkan golongan Yahudi amat berkuasa dan berbangga diri dengan apa yang telah mereka lakukan dan bermaksud tembok telah terbuka dan Ya'juj dan Ma'juj telah lama menguasai pemerintahan. Golongan Yahudi dikembalikan melalu agenda puak Khazar dan puak Eropah Barat, iaitu Pakatan Yahudi dan Nasrani Zionist yang menguasai dunia hari ini dan digambarkan di dalam Surah al Kahf sebagai kaum Ya'juj dan Ma'juj. Mereka malahan boleh dianggap menguasai dunia hari ini kerana tiada negara yang mampu menghalang mereka daripada menghancurkan Palestine.
Fakta kedua menyokong dakwaan tembok Ya'juj dan Ma'juj telah lama terbuka ialah berdasarkan keterangan Allah SWT di bawah:
“…Maka mereka… tidak dapat menebuknya…”; Surah al Kahf : 97
Ayat menyatakan mereka tidak dapat “menebuk” tembok tersebut. Beribu-ribu tahun Allah SWT memelihara tembok tersebut, dan tiada satu makhluk pun di seluruh alam ini mampu “menebuk” tembok kecuali dengan keizinan Allah SWT, iaitu apabila Allah SWT mengizinkan Ya'juj dan Ma'juj dilepaskan.

 



Koleksi hadis Mutawatir berkaitan Ya'juj dan Ma'juj untuk rujukan bersama:
Dari Zainab binti Jahsy r.a., bahawa Rasulullah SAW bangun dari tidurnya dan bersabda,

"Laa ilaaha illallaah", celakalah orang-orang Arab kerana suatu bencana akan berlaku, iaitu hari ini dinding (tembok) Ya'juj dan Ma'juj telah terbuka sebesar ini. (membuat lingkaran dengan jari telunjuk dan ibu jari).

Zainab binti Jahsy r.a., lalu bertanya,
Wahai Rasulullah, apakah kita semua akan binasa padahal di antara kita banyak terdapat orang-orang soleh?

Baginda SAW menjawab,
Ya, jika banyak berlaku kemaksiatan.
(Hadis Riwayat Muslim)


Dari Zainab binti Jahsy r.a., Rasulullah SAW bangun dari tidurnya dengan wajah kemerahan, lalu Baginda SAW bersabda, "Laa ilaaha illallaah", celakalah orang-orang Arab kerana suatu bencana akan berlaku, iaitu hari ini dinding (tembok) Ya'juj dan Ma'juj telah terbuka sebesar ini. (membuat lingkaran dengan jari telunjuk dan ibu jari).

Zainab berkata,
"Aku bertanya, "Apakah kita akan celaka wahai Rasulullah, sedangkan di antara kita masih terdapat orang- orang soleh?"

Baginda SAW menjawab,
"Ya, apabila kekejian telah tersebar luas"
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)


Dari Zainab binti Jahsy r.a., Rasulullah SAW datang kepadanya dengan gemetar sambil berkata,

"Laa ilaaha illallah, celakalah bangsa Arab kerana keburukan yang telah dekat, hari ini telah dibuka benteng Ya'juj dan Ma'juj seperti ini". Baginda SAW memberi isyarat dengan mendekatkan telunjuknya dengan jari sebelahnya.

Zainab binti Jahsy berkata, Aku bertanya,
"Wahai Rasulullah, apakah kita akan dibinasakan sedangkan ramai orang-orang yang soleh?"

Baginda SAW menjawab,
"Ya, benar jika keburukan telah bermaharajalela"
(Hadis Riwayat Bukhari)


Dari Zainab binti Jahsy r.a., Rasulullah SAW bangun dari tidurnya dengan wajah kemerahan, lalu Baginda SAW bersabda, "LAA ILAAHA ILLALLAAH", Baginda SAW mengulanginya tiga kali, celakalah bagi bangsa arab kerana keburukan yang telah mendekat, saat ini penghalang Ya'juj dan Ma'juj telah dibuka seperti ini, Baginda SAW memperagakan jarinya dengan membentuk angka sepuluh.

Zainab binti Jahsy berkata, Aku bertanya,
"Wahai Rasulullah, apakah kita akan dibinasakan sedangkan ramai orang-orang yang soleh?"

Baginda SAW menjawab,
"Ya, bila kekejian kian banyak.
(Hadis Riwayat at Tirmidzi)


Dari Zainab binti Jahsy r.a., Rasulullah SAW datang kepadanya dengan gemetar sambil berkata,

"Laa ilaaha illallah, celakalah bangsa Arab kerana keburukan yang telah dekat, hari ini telah dibukakan pemisah Ya'juj dan Ma'juj seperti ini". Baginda SAW memberi isyarat dengan mendekatkan telunjuknya dengan jari sebelahnya.

Zainab binti Jahsy berkata, Aku bertanya,
"Wahai Rasulullah, apakah kita akan dibinasakan sedangkan ramai orang-orang yang soleh?"

Baginda SAW menjawab,
"Ya, benar jika keburukan telah bermaharajalela"
(Hadis Riwayat Ahmad)
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda,

"Saat ini (tembok) penghalang Ya'juj dan Ma'juj telah terbuka seperti ini." Baginda SAW mengilustrasikannya sambil melingkarkan (jari) tangan Baginda yang maksudnya sembilan puluh kemudian menyatukannya.
(Hadis Riwayat Ahmad)


Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda,

"Allah membuka benteng Ya'juj dan Ma'juj seperti ini". Baginda SAW mengilustrasikannya dengan tangan Baginda yang maksudnya sembilan puluh.
(Hadis Riwayat Bukhari)


Dari Abu Hurairah ra, Baginda SAW bersabda:

"Hari ini dinding Ya'juj dan Ma'juj telah terbuka sebesar ini. (menekuk jari telunjuk sampai ke pangkal ibu jari).
(Hadis Riwayat Muslim)

Apakah maksud hadis apabila dibaca bersama ayat 97 Surah al Kahf yang menyatakan Ya'juj dan Ma'juj “tidak dapat menebuknya”? Ini membuktikan Allah SWT telah melepaskan mereka kerana fakta tembok berlubang membuktikan mereka telah berjaya menebuk tembok. Tembok tidak akan berlubang jika tidak boleh ditebuk!

Oleh itu fakta tembok berlubang membuktikan Ya'juj dan Ma'juj dilepaskan semasa zaman kehidupan Rasulullah SAW di Madinah, iaitu selepas Allah SWT menukarkan kiblah ke arah Kabbah. Meraka yang masih berpegang Ya'juj dan Ma'juj akan dilepaskan selepas Ad Dajjal akan terus menerus menunggu sehinggalah bumi ini hancur dan qiamat, dan Ya'juj dan Ma'juj tetap tidak kunjung tiba. Sepatutnya mereka memikirkan kembali kepercayaan mereka yang bercanggah dengan Al Quran dan hadith dan bertanya diri sendiri jawapan bagi persoalan di bawah:

1. Bagaimana dengan penjelasan kepulangan orang Yahudi ke Baitulmaqdis dan membentuk negara Israel pada tahun 1948 (Surah al Anbiya : 95-96)?

2. Rasulullah SAW menyatakan tembok telah berlubang, iaitu telah berjaya ditebuk Surah al-Kahf : 97).

3. Kenapa terdapat ketepatan fakta yang sempurna menghubungkan al Quran dengan sejarah Yahudi Khazar? Sedarilah tipu daya itu teorinya tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah, manakala kebenaran itu sebenarnya lebih terang dan tetap tidak berubah-ubah.

Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas


terdapat banyak pendapat dari pelbagai pihak tentang Ya'juj dan Ma'juj belum keluar, tetapi tiada satu pun kenyataan rasmi dan penjelasan bertulis yang mengukuhkan penafian mereka dan memberi jawapan yang tepat tentang keadaan yang berlaku di Tanah Suci Jerusalem, kembalinya Yahudi di situ dan kejatuhan kuasa-kuasa Islam.

# Yakjuj Makjuj Bah 1 
# Yakjuj Makjuj Bah 2 (Adakah Ya'juj dan Ma'juj Manusia)

18.12.13

Adakah Ya'juj dan Ma'juj Manusia?


Petunjuk yang paling penting dalam mengenali Ya'juj dan Ma'juj adalah mengikut kepada al Quran (Surah al Kahf: 83-98 dan Surah al Anbiya: 95-96) dan juga koleksi hadis Rasulullah SAW. Mereka ini adalah golongan manusia yang sangat kuat, sentiasa melakukan penindasan dan kerosakkan terhadap alam ini. Surah al-Kahf yang menceritakan perjalanan Dzulkarnain yang bertemu dengan mereka yang sentiasa melakukan “fasad” atau kerosakkan ke atas manusia.





Dikukuhkan lagi bahawa Ya'juj dan Ma'juj adalah golongan manusia kerana Dzulkarnain adalah merupakan seorang manusia jadi tembok yang dibina adalah untuk manusia. Menurut Islam, Ya'juj dan Ma'juj begitu berkuasa dan hanya Allah SWT sahaja yang boleh memusnahkan mereka. Ya'juj dan Ma'juj bukanlah raksasa atau makhluk yang hidup dalam alam ghaib atau hidup terpenjara dalam tanah yang sentiasa menggorek untuk keluar ke bumi seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Hanya terdapat tiga makhluk terpenting atas muka bumi ciptaan Allah SWT iaitu manusia, malaikat dan jin (syaitan bagi yang kafir).
Persoalannya adalah sebahagian besar golongan Yahudi telah kembali ke Baitulmaqdis (Jerusalem) apabila tentera British diketuai Jenderal Edmund Allenby menawan kota ini pada 11 Disember 1917 dan mengistiharkan Perang Salib telah tamat, merujuk kepada Surah al Anbiya dan hadis ini:


وَحَرَامٌ عَلَى قَرْيَةٍ أَهْلَكْنَاهَا أَنَّهُمْ لَا يَرْجِعُونَ
Sungguh tidak mungkin atas (penduduk) suatu negeri yang telah Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali (kepada Kami). 


حَتَّى إِذَا فُتِحَتْ يَأْجُوجُ وَمَأْجُوجُ وَهُم مِّن كُلِّ حَدَبٍ يَنسِلُونَ
Hingga apabila dibukakan (tembok) Ya'juj dan Ma'juj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. 

(Surah Al Anbiyaa' : 95-96)


Dari Auf b. Malik r.a., katanya, Rasulullah SAW telah bersabda:
"Aku menghitung enam perkara menjelang hari qiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmaqdis."
(Hadis Riwayat Bukhari)
Namun adakah anda melihat mana-mana raksasa Ya'juj dan Ma'juj berkeliaran dengan banyak? Sudah tentu tidak kerana Ya'juj dan Ma'juj adalah manusia. Allah SWT memberikan petunjuk mengenali Ya'juj dan Ma'juj ini yang dijelaskan di dalam al Quran, Surah al Kahf:


وَيَسْأَلُونَكَ عَن ذِي الْقَرْنَيْنِ قُلْ سَأَتْلُو عَلَيْكُم مِّنْهُ ذِكْراً 
Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Dzulkarnain. Katakanlah: "Aku akan bacakan kepadamu cerita tantangnya". 


إِنَّا مَكَّنَّا لَهُ فِي الْأَرْضِ وَآتَيْنَاهُ مِن كُلِّ شَيْءٍ سَبَباً 
Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.


فَأَتْبَعَ سَبَباً 
maka dia pun (Dzulkarnain) menempuh suatu jalan.


حَتَّى إِذَا بَلَغَ مَغْرِبَ الشَّمْسِ وَجَدَهَا تَغْرُبُ فِي عَيْنٍ حَمِئَةٍ وَوَجَدَ عِندَهَا قَوْماً قُلْنَا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِمَّا أَن تُعَذِّبَ وَإِمَّا أَن تَتَّخِذَ فِيهِمْ حُسْناً 
Hingga apabila dia telah sampai ke suatu tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam (sebelah Barat) di dalam laut yang berlumpur hitam (Black Sea), dan dia mendapati di situ segolongan umat (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): "Wahai Dzulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka".


قَالَ أَمَّا مَن ظَلَمَ فَسَوْفَ نُعَذِّبُهُ ثُمَّ يُرَدُّ إِلَى رَبِّهِ فَيُعَذِّبُهُ عَذَاباً نُّكْراً 
Berkata Dzulkarnain:"Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya.


وَأَمَّا مَنْ آمَنَ وَعَمِلَ صَالِحاً فَلَهُ جَزَاء الْحُسْنَى وَسَنَقُولُ لَهُ مِنْ أَمْرِنَا يُسْراً 
Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati.


ثُمَّ أَتْبَعَ سَبَباً 
Kemudian dia (Dzulkarnain) berpatah balik menurut jalan yang lain.


حَتَّى إِذَا بَلَغَ مَطْلِعَ الشَّمْسِ وَجَدَهَا تَطْلُعُ عَلَى قَوْمٍ لَّمْ نَجْعَل لَّهُم مِّن دُونِهَا سِتْراً 
Hingga apabila dia telah sampai ke tempat terbit matahari (sebelah Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu,


كَذَلِكَ وَقَدْ أَحَطْنَا بِمَا لَدَيْهِ خُبْراً 
demikianlah. dan sesungguhnya ilmu Kami meliputi segala apa yang ada padanya.


ثُمَّ أَتْبَعَ سَبَباً 
Kemudian dia (Dzulkarnain) menempuh suatu jalan (yang lain lagi).


حَتَّى إِذَا بَلَغَ بَيْنَ السَّدَّيْنِ وَجَدَ مِن دُونِهِمَا قَوْماً لَّا يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ قَوْلاً 
Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua gunung itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti perkataan mereka.


قَالُوا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِنَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ فَهَلْ نَجْعَلُ لَكَ خَرْجاً عَلَى أَن تَجْعَلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ سَدّاً 
Mereka berkata: "Hai Dzulkarnain, sesungguhnya Ya'juj dan Ma'juj itu orang-orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara kami dan mereka?"


قَالَ مَا مَكَّنِّي فِيهِ رَبِّي خَيْرٌ فَأَعِينُونِي بِقُوَّةٍ أَجْعَلْ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ رَدْماً 
Dzulkarnain berkata: "Apa yang telah dikuasakan oleh Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik (dari bayaran kamu), maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka,


آتُونِي زُبَرَ الْحَدِيدِ حَتَّى إِذَا سَاوَى بَيْنَ الصَّدَفَيْنِ قَالَ انفُخُوا حَتَّى إِذَا جَعَلَهُ نَاراً قَالَ آتُونِي أُفْرِغْ عَلَيْهِ قِطْراً 
berilah aku potongan-potongan besi". Hingga apabila besi itu telah sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Dzulkarnain: "Tiuplah (api itu)". Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, diapun berkata: "Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar aku kutuangkan ke atas besi panas itu".


فَمَا اسْطَاعُوا أَن يَظْهَرُوهُ وَمَا اسْتَطَاعُوا لَهُ نَقْباً 
Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.


قَالَ هَذَا رَحْمَةٌ مِّن رَّبِّي فَإِذَا جَاء وَعْدُ رَبِّي جَعَلَهُ دَكَّاء وَكَانَ وَعْدُ رَبِّي حَقّاً 
(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar". 

(Surah Al Kahf: 83-98)


Lokasi Dzulkarnain "..apabila dia sampai di antara dua gunung..", bukti gambar menunjukkan terdapat dua pergunungan yang bersempadan antara Russia, Georgia dan Azerbaijan.



Berdasarkan keterangan Surah al Kahf: 92-98, fakta relevan mengenali Ya'juj dan Ma'juj ialah:
a. Negeri Ya'juj dan Majuj 
i- Khazaria (Magog = Pakatan Anglo Amerika dan Israel )
ii- Russia (Gog = Pakatan Russia)
b. Jalan ke utara = ke utara Iran menuju ke Armenia
c. Di antara dua gunung = Gunung Caucasus
d. Kaum hampir mereka tidak memahami perkataan = Kaum Armenia
e. Tembok besi = Daryal Gorge/Iberian Gates/Caucasian Gates
Ya'juj dan Ma'juj adalah puak Khazar, iaitu 98% golongan bangsa Yahudi yang kita ketahui hari ini. Golongan Yahudi Khazar adalah golongan yang bukan asli dari kalangan Bani Israel iaitu mereka telah melakukan pemalsuan identiti. Raja Bulan Khazar Pagan orang yang pertama untuk mengamalkan agama Judaisme setelah mendapati agama ini sesuai dengan hidupnya berbanding agama Islam dan Nasrani. Pengamalan ini terjadi setelah kehidupan masyarakatnya rosak dan tidak berakhlak. Akhirnya, tamadun Khazar suku Shamanistik ini kini dikenali sebagai seorang Yahudi yang sebenar Yahudi palsu. Jadi mereka bukan dari keturunan (Bani Israel) Nabi Ibrahim a.s, Nabi Isaq a.s dan Nabi Harun a.s.
Rabbi Farisi Yahudi kononnya dari Baghdad (Babylon), iaitu orang Samaria bukan orang Bani Israel sebenar yang dikatakan dibawa dari Baitulmuqaddis ke Baghdad ke Khazar sebagai hamba selepas kemusnahan akhir perang Baitulmuqaddis oleh tentera Babylon. Kuasa Bani Israel dimusnahkan oleh Allah SWT sebanyak 2 kali (Babylon dan Byzantine) setelah mereka melanggar perintah Allah SWT dan membuat larangan Allah SWT dalam kehidupan mereka.
Khazar Pagan ini tidak menyertai Gereja Ortodoks dan sentiasa berperang, negeri yang muncul adalah Ortodoks Rusia dengan menamatkan Khazaria Lama dan Khazar Pagan berhijrah ke Jerusalem. Menurut sejarah dan Al Quran hanya terdapat 12 kaum Bani Israel di dalam Yahudi dan mereka sebenarnya berkulit gelap.
1. Reuben 
2. Simeon 
3. Levi 
4. Judah 
5. Issachar 
6. Zebulun 
7. Dan 
8. Naphtali 
9. Gad 
10. Asher 
11. Joseph 
12. Benjamin
Ianya amat jauh berbeza dari rupa golongan Yahudi yang kita kenali hari ini. Patung atau lukisan dinding Piramid atau Mesir menunjukkan Firaun adalah 'negro', mereka berkulit gelap dan mereka lah pembina piramid-piramid Firaun bersama hamba-hamba di Mesir. Mereka hidup bersama Nabi Musa a.s. menyeberangi Laut Merah. Oleh itu bagaimana pula mereka yang berwajah Jerman atau Russia atau Eropah dan boleh mengaku mereka adalah dari golongan Yahudi?

Seperti mana yang dunia ketahui, mereka katakan bahawa "We are the thirteenth tribe of Jews? Inilah penipuan kaum Ya'juj dan Ma'juj untuk memanipulasikan identiti golongan Yahudi. Ini adalah sebahagian dari bukti di dalam al Quran bahawa golongan bani Israel terdiri dari 12 puak. Sebelum kita melihat bukti-bukti yang dinyatakan di dalam al Quran, jom kita kaji sedikit tentang pendedahan yang telah dilakukan oleh seorang yang bernama Arthur Koestler, beragama Yahudi, berketurunan British-Hungary yang akhirnya dia mati dibunuh setelah mendedahkan akan hal yang sebenar di dalam bukunya iaitu The Thirteenth tribe : The Khazar Empire and its Haritage.




Ya'juj dan Ma'juj adalah MANUSIA kerana :


1. TEMBOK BUATAN MANUSIA HANYA UNTUK MANUSIA
“…tembok di antara kami dengan mereka…”; Surah al Kahf : 97
Mereka yang meminta pertolongan adalah manusia, dan bagi memisahkan antara manusia dengan manusia (kaum Ya'juj dan Ma'juj '). Oleh itu sekiranya mereka jin, kenapa perlu ada tembok atau perlu memanjat dan menebuk tembok? Bukankah mereka boleh terus berjalan menembusi tembok yang diperbuat oleh manusia? Ini kerana jin dan malaikat tidak dapat dihalang kerana dapat menembusi tembok dibuat manusia.

2. PERBUATAN MELAKUKAN KEROSAKAN ATAU “FASAD” KE ATAS MANUSIA

“…sesungguhnya kaum Ya'juj dan Ma'juj sentiasa melakukan kerosakan di bumi…”; Surah al Kahf : 94“
Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi…”; Surah al Maidah : 33
Kerosakan atau “fasad” ialah perbuatan sesama manusia, dan Surah al Kahf menyatakan kerosakan dilakukan kepada manusia. Manusia mempunyai kebebasan membuat pilihan dan boleh dipertanggung-jawabkan ke atas fasad dilakukan. Jin mempunyai kebebasan membuat pilihan tetapi makhluk ghaib tidak dapat dikenalpasti sebagai makhluk melakukan fasad.

3. YA'JUJ DAN MA'JUJ DARIPADA KETURUNAN MANUSIA

Dari Abu Said Al-Khudri ra bahawa Rasulullah saw bersabda :
“Allah SWT berkata, ‘Wahai Adam, berdirilah dan keluarkan penghuni neraka.’ Adam berkata, ‘Labbaik, wa sa’daik, segala kebaikan berada dalam kekuasaan-Mu. Ya Tuhan, bagaimana penghuni neraka tersebut? Allah SWT menjawab, “Dari setiap 1000 terdapat 999.”… Abu Said mengatakan bahawa mereka berkata, “Siapakah di antara kita yang termasuk orang tersebut?” Rasulullah SAW menjawab. “999 Ya'juj dan Ma'juj, sedangkan dari kalian hanya satu” 
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)
Ya'juj dan Ma'juj daripada keturunan manusia, iaitu daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh a.s. bernama Yafis dan berhijrah ke utara, iaitu ke Eropah dan Selatan Rusia selepas banjir kering. Keturunan Sam berlegar di sekitar bumi Kanaan lalu membentuk bangsa Arab dan sekitarnya. Keturunan Ham pula berhijrah ke Afrika lalu membentuk bangsa Afrika.
Oleh itu sekiranya seseorang itu berketurunan nabi, beliau semestinya manusia dan malahan boleh dianggap berketurunan mulia dan baik-baik. Oleh itu, tidak munasabah menyatakan Ya'juj dan Ma'juj makhluk ghaib (jin?) atau raksasa tetapi berketurunan nabi-nabi.
4. YA'JUJ DAN MA'JUJ DIMASUKKAN KE DALAM NERAKA
“…telah tetap hukuman seksa dariKu: “Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia…”; Surah As Sajdah : 13
Ya'juj dan Ma'juj adalah makhluk boleh dihisab untuk ke neraka atau syurga. Namun mereka dimasukkan ke dalam neraka. Hanya terdapat dua penghuni neraka, iaitu jin dan manusia. Ya'juj dan Ma'juj berketurunan Nabi Adam a.s. dan oleh itu mereka bukan jin mahupun raksasa. Ini membuktikan mereka manusia seperti kita.
Selain itu, setiap tahun pada Sabtu kedua pada bulan November, 'mereka' berarak perayaan melalui beberapa jalan penting di Landon dan Vatican dengan slogan "Ya'juj dan Ma'juj adalah Pelindung ".

15.12.13

Quantum - Syukur dan Cinta

Quantum-Touch adalah satu kaedah penyembuhan semulajadi yang berfungsi dengan Kelompok Tenaga Hayat badan untuk menggalakkan kesihatan yang optimum. Kelompok Tenaga Hayat, juga dikenali sebagai "chi" dalam bahasa Cina dan "Vedas" ataupun "Prana"  dalam bahasa Sanskrit, adalah aliran tenaga yang mengekalkan semua makhluk hidup.


Quantum-Touch mengajar kita bagaimana untuk memberi tumpuan, menguatkan, dan mengarahkan tenaga ini, untuk pelbagai manfaat dengan keputusan yang mengejutkan dan sering luar biasa.

Quantum-Touch adalah satu kaedah yang berkesan untuk mengurangkan sakit belakang, menyusun semula struktur, organ keseimbangan, kelenjar dan sistem, mengurangkan sakit otot, menyembuhkan kecederaan, pemulihan terbakar, dan banyak lagi.

Quantum-Touch adalah cukup mudah untuk dipelajari oleh kanak-kanak, tetapi cukup kuat untuk pakar-pakar perubatan mengherankan, kiropraktor, terapi fizikal, dan pelbagai profesional kesihatan.

Salah satu kegembiraan sebenar kerja-kerja ini adalah bahawa kita benar-benar tidak tahu had apa yang boleh dilakukan. Cinta anda mempunyai kesan yang besar untuk manfaat orang-orang di sekeliling anda.
 


Di dalam kepercayaan Hindu merujuk kepada mereka sebagai "chakra" atau "pusat kuasa", untuk Kristian sahaja adalah "soul" atau "spirit", pelbagai agama Timur tahu ia sebagai "ch'i", "Ki", atau "Qi" , kepercayaan asli Amerika memanggilnya "niyan", dan orang-orang Yunani kuno yang dikenal pasti sebagai "psyche". Terdapat banyak nama-nama dalam pelbagai agama untuk kepekatan tenaga yang sistem kuasa daripada kewujudan kita. Ia adalah tandatangan kosmik kami, cap jari rohani kita. Ia adalah bahagian individu kami Pasukan Life Tenaga dan ia adalah apa yang membuatkan kita semua istimewa dan unik. Bagaimana kita memupuk dan nyata ia akan memberi kesan: 



THe Power of LOVE 

Pikiran kita bersifat magnetis dan memiliki frekuensi yang akan menarik semua hal yang serupa dengan citra-citra yang ada dalam pikiran tersebut.

Pikiran menentukan frekuensi kita, dan perasaan kita mengatakan di mana frekuensi kita berada. Ketika kita merasa buruk, kita berada dalam frekuensi yang akan menarik lebih banyak hal buruk, kita harus segera mengubah fokus pikiran sehingga dapat merasa baik sepenuhnya, dengan demikian akan menarik lebih banyak hal baik kepada kita. Dan menurut Rhonda Byrne, perasaan cinta adalah frekuensi tertinggi yang bisa kita pancarkan. Semakin besar cinta yang kita pancarkan, semakin besar kekuatan yang kita dapatkan.

David R.Hawkins M.D.PhD dalam desertasinya yang telah ditulis menjadi buku “Power vs Force,” menjelaskan dengan sangat gamblang tentang level energi psikis yang berkaitan dengan perasaan kita.

Pencerahan, kedamaian, sukacita, dan cinta menempati urutan teratas dalam level energi psikis. Sedangkan rasa malu, rasa bersalah, kesedihan mendalam dan rasa takut menempati urutan terbawah.
Berdasarkan penelitian tersebut, ternyata emosi punya level-level energi. Jadi kita perlu belajar agar bisa selalu berada dalam kondisi emosi yang positif.

Kita biasa memiliki energi tak terbatas, berkesinambungan dan membangkitkan semangat dengan memilih fikiran-fikiran yang meningkatkan energi kita. Kita boleh memfokuskan pemikiran pada hal-hal yang menghasilkan perasaan kedamaian, sukacita dan cinta.

Untuk memindahkan energi kita dari negatif menjadi positif, fokuslah pada hal-hal yang kita syukuri. Perasaan syukur dapat membawa kita lebih selaras dengan energi-energi kreatif dari semesta.

Berdasarkan hukum tarik-menarik, perasaan syukur dan cinta adalah perasaan yang sangat kuat untuk menghasilkan energi dan mendatangkan lebih banyak hal yang akan membuat kita lebih bersyukur dan penuh rasa cinta.

Rasa cinta adalah level energi tertinggi jiwa kita sedangkan rasa syukur adalah pendingin udara jiwa. Keduanya meniup keluar udara panas yang pengap lalu membawa masuk sejuknya angin sepoi-sepoi yang membelai jiwa. Rasa cinta dan syukur adalah cara yang sempurna untuk menjadi positif dalam kehidupan.

Piramid dan Titik Pusaran

Di manakah Piramid ini?

Vortices adalah tempat tenaga yang tinggi di bumi. Tenaga bumi adalah disebabkan oleh medan elektromagnet. Penyelidikan NASA telah membuktikan bahawa bidang tenaga manusia sememangnya diselasi oleh 'Earth Waves' / 'Gelombang Bumi'. (Lihat bahagian Tenaga) Permukaan bumi adalah 'Hot Spots' tumpuan tenaga yang kita tahu sebagai vorteks-vorteks Bumi, ini dihubungkan oleh garis-garis ley. Satu barisan Ley adalah garis tenaga, ianya lebih penting daripada yang lain.

 


Pusaran bumi seakan-chakra dalam tubuh manusia. Terdapat 9 chakra utama dalam badan, mengira dua di atas kepala di dalam medan penglihatan etheric, yang biasanya tidak disebut. Terdapat beberapa chakra kecil di seluruh badan. (Lihat bahagian chakra) Arteri dalam tubuh manusia seakan-akan sungai-sungai dan laluan air Planet Bumi. Talian Ley adalah mirip kepada sistem tenaga / saraf dalam tubuh manusia.


Sistem Chakra Dalam Diri
 

Jumlah dari cakra diseluruh lapisan tubuh manusia seluruhnya ada 365 buah.Menurut ukuruan dan fungsinya,cakra-cakra ini dibagi menjadi 3 kelompok,yaitu:cakra utama,cakra biasa,dan cakra mini.

Tujuh cakra utama adalah:

1.Cakra Dasar.(muladhara) terletak diujung tulang ekor

2..Cakra Seks.(swadisthana)terletak di kelamin

3.Cakra Pusar.(manipuraka)terletak di pusar

4.Cakra Jantung.(ivishnu)terletak ditengah dada

5.Cakra tenggorokan.(vishuddhi)terletak ditengah tenggorokan,dibawah pita suara

6.Cakra Mata Ketiga.(ajna)terletak di antara kedua alis

7.Cakra Mahkota(sahasrara) terletak di ubun-ubun

Kundalini adalah kekuatan yang luar biasa dan tidak terbatas,tetapi  apabila tubuh fisik dan eterik seseorang belum cukup bersih untuk dapat menerima dan memanfaatkan energi kundalini secara benar,maka energi Kundalini mungkin berakibat negatif.

Cakra sebagai pusat energi amat penting dalam proses pembersihan dengan energi Kundalini.Cakra berfungsi sebagai pintu keluar-masuknya energi eterik dari berbagai lapisan tubuh.Dalam proses pembersihan oleh energi negatif akan dikeluarkan melalui cakra,setelah hambatan dan energi negatif keluar,ruang yang kosong harus diganti dengan energi positif yang ditarik masuk melalui cakra.


Walaupun pada tubuh banyak cakra,perhatian harus ditujukan pada 7 cakra utama.


 Vortices atau Pusaran


 Piramid Malaysia

Vortices atau Pusaran tidak patut dikelirukan dengan tapak-tapak purba seperti Stonehenge di UK atau piramid Mesir dan Yucatan, Mexico dan lain-lain dikenali sebagai tempat-tempat kuasa magnet dan rohani. Itu semua tidak semestinya vortices atau pusaran.

Pusaran tidak semestinya yang sama struktur, saiz atau pelupusan. Ianya boleh menjadi gunung berapi, gunung yang tinggi, air panas, deposit galian, di bawah lautan, gaung yang dalam, batuan batu, dan juga di padang pasir seperti Sinai dan Namib.

Banyak kuil-kuil suci dan gereja telah dibina berhampiran atau di atas pusaran kecil yang berkuasa. Sebagai contoh , Katedral Chartres di Perancis, beberapa kuil Maya dan Mesir , dan Istana Potala di Tibet.

Apabila retak kerak bumi ini sering menyebabkan ombak besar dan aktiviti gunung berapi. Apabila gempa bumi yang besar berlaku, kesannya dirasai bersama pada Ley Lines atau Garis ley ini . Sebagai contoh apabila gempa bumi berlaku di San Francisco ia boleh mewujudkan gempa bumi kecil bersama-sama barisan sejajar selama beratus-ratus batu. Jajaran tertentu adalah juga Major Ley Lines. Ley Lines bermula di Pergunungan Peru dan berakhir di Alaska , bagaimanapun garis jajaran itu berterusan di bawah laut Alaska.

Sebahagian daripada jejari ini adalah lebih kuat daripada yang lain, terdapat seolah-olah  darjah yang berbeza pada kekuatan ke pusaran . Tenaga boleh berputar melalui titik jejari dari pusaran pada frekuensi yang berbeza .


Video pendek ini di ambil oleh pasangan dari UK mengenai terdapatnya Piramid di Borneo

#sumber 1 kundalini cakra
 sumber 2 wake up project

8.12.13

Kedudukan Adat Dalam Masyarakat


Ketika seorang Melayu dikatakan “tidak tahu adat” atau “tidak beradat”, pastilah orang itu akan “naik darah” dan “pitamnya”, karena sebutan dimaksud adalah “hinaan” yang dipantangkan orang Melayu. Hal ini mencerminkan betapa pentingnya adat dalam kehidupan orang Melayu, terutama Melayu masa silam.

Orang tua-tua Melayu mengatakan: “apa tanda Melayu sejati, adat resamnya pakaian diri”; atau dikatakan: “apa tanda Melayu terbilang, adat dipakai pusaka disandang”; atau dikatakan: “apa tanda Melayu bertuah, memegang adat ia amanah”. Ungkapan-ungkapan seperti ini dahulu amat lazim dituturkan oleh orangtua-tua kepada anak-anak mudanya, agar mereka memahami bahwa hidup dan kehidupan ini tidak dapat dipisahkan dari adat istiadat yang mereka warisi turun temurun.

          Pentingnya adat dalam kehidupan manusia, menyebabkan adat memiliki wewenang penuh dalam menata kehidupan masyarakat. Adat mengatur hampir semua sisi kehidupan, memberikan arahan dan landasan dalam semua kegiatan kehidupan, mulai dari yang besar sampai kepada hal-hal yang paling kecil. Karenanya, adat dijadikan “pakaian diri” atau “jatidiri” masyarakat pendukungnya. Orang tua-tua mengatakan: “kalau hendak tahu kemulian umat, tengok kepada adat istiadatnya”; atau dikatakan: “bahasa menunjukkan bangsa, adat menunjukkan umat”.



ADAB

Adab sepanjang kitab

Adab bercakap berlembut lidah

Adab berbual bermanis mulut

Adab berkata berkira-kira

Adab berbisik berbaik-baik

Adab berisyarat bertepat tepat

Adab duduk berelok-elok

Adab tegal beragak-agak

Adab berdiri berhati-hati

Adab berjalan tiada melendan

Adab bekerja tak sambil lewa

Adab berunding tiada merunsing

Adab bermusyawarah  berhemat cermat

Adab bermusyawarah memelihara lidah

Adab bermusyawarah berbaik sangka

Adab bermusyawarah berlapang dada

Adab bermusyawarah memendam amarah

Adab berhelat menjunjung adat

Adab berjamu memelihara malu

Adab bertamu beraib malu

Adab bertetangga jaga menjaga

Adab sedusun tuntun menuntun

Adab sekampung tolong menolong

Adab senegeri beri memberi

Adab sebangsa bertenggang rasa

Adab sekaum sesama maklum

Adab sesuku sesama tahu

Adab  sesuku seaib semalu

Adab belajar taat mendengar

Adab mengaji bersih hati

Adab berpetuah cakap merendah

Adab beranak berlunak-lunak

Adab berbini berlembut hati

Adab berlaki menjunjung budi

Adab berkawan bertenggangan

Adab bersaudara bermanis muka

Adab bersahabat beringat-ingat

Adab bertetangga sapa menyapa

Adab menyuruh laku senonoh

Adab menjemput berpatut-patut

Adab mengantar tiada terlantar

7.12.13

Ya'juj dan Ma'juj

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Sesungguhnya kesemua tanda-tanda kecil qiamat telah lengkap sempurna. Salah satu dari tanda-tanda besar sebelum datangnya hari qiamat adalah munculnya Ya'juj dan Ma'juj. Ya'juj dan Ma'juj sehingga kini masih menjadi misteri bagi sesetengah pihak, yang mana para pengkaji sejarah Islam dan sebahagian ulama sendiri mempunyai pelbagai penafsiran tentang hal ini. Merujuk kepada hadis riwayat Imam Muslim ini;

10 Tanda Besar Qiamat

Dari Huzaifah bin Asid Al-Ghifari r.a., berkata, “Datang kepada kami Rasulullah SAW dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu Baginda SAW bersabda: “Apa yang kamu semua perbincangkan?”.

Kami menjawab:

“Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”.

Lalu Nabi SAW bersabda:

“Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya 10 macam tanda-tandanya”.

Kemudian Nabi SAW menyebutkannya:

1. Dukhan (Asap: rujuk Surah ke-44, Ad Dhukan)

2. Al Masih Ad Dajjal

(Fitnah terbesar di akhir zaman: Rujuk Surah ke-18, Al Kahf ayat 1-110 sebagai pelindung dan pedoman untuk kita, umat Islam perlulah menghidupkan mata hati bagi menilai segala sesuatu bukannya mata zahir)

3. Dabbatul Ardhi

(binatang bercakap keluar dari Tanah berhampiran Bukit Shafa di Mekah)

4. Terbit matahari dari tempat tenggelamnya

(dari Barat ke Timur atau ada pendapat sesetengah ulama ia kaitan dengan Modern Western Civilization iaitu "cahaya" kehidupan Barat diagungkan dan menjadi ikutan seluruh umat manusia)

5. Turunnya Isa Ibnu Maryam a.s.

(pergolakkan di Syria, Damascus terletaknya Masjid Umayyad, Menara Timur turunnya Baginda berbaju kuning muda dari langit bersama dua malaikat sebelum jemaah Imam al Mahdi menunaikan solat subuh)

6. Ya'juj dan Ma'juj

(Dua jenis tamandun manusia)

7. Gempa bumi, sekali di Timur;

8. Sekali di Barat dan;

9. Ketiga di Semenanjung Arab

10. Api yang keluar dari arah negeri Yamen yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. (bunga-bunga pergolakkan di Yamen)

(Hadis Riwayat Muslim)

وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَاناً لِّكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَى لِلْمُسْلِمِينَ

Dan Kami turunkan kepadamu (Nabi Muhammad) Al Kitab (Al Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri

(Surah Al Nahl : 89)

Ya'juj dan Ma'juj dalam bahasa Arab dapat diterjemahkan melalui asal dari perkataan “Aj” atau “Ajij”. “Ajij” yang membawa maksud api yang membara dan “Ajja” bermaksud “Asra” iaitu membawa maksud dia bergerak dengan pantas. Selain itu perkataan “Ma'juj” juga dapat dilihat dalam persamaannya dengan perkataan Arab iaitu “Maja” dan “Yamooj” yang membawa maksud gelombang atau yang menyebarkan. Maka secara keseluruhanya dapatlah kita simpulkan hubungan perkataan tersebut sebagai “api yang membara” dan “untuk membesarkan dan menyebarkanya”. Lalu memusnahkan segala yang berada di laluannya.

Ya'juj dan Ma'juj adalah nama dua kaum besar anak cucu Nabi Adam a.s yang berasal dari keturunan Yafits bin Nabi Nuh a.s.

Dari Samurah bin Jundub r.a., Rasulullah SAW bersabda:

"Putra Nuh ada tiga, iaitu Sam, Ham, dan Yafits."

(Hadis Riwayat Ahmad dan Hakim)

Dari Samurah bin Jundub dan Imran bin Husain r.a., Rasulullah SAW bersabda:

"Putra Nuh ada tiga, iaitu Sam Abul Arab, Ham Abul Habasyah, dan Yafits Abur Rum."

(Hadis Riwayat Tabrani)

Para ulama dan pengkaji sejarah menyatakan bahawa putra Nabi Nuh a.s. ada tiga iaitu Sam, Ham, dan Yafits. Sam adalah bapak orang Arab, Persia, dan Romawi. Ham adalah bapak kaum Habsyi, Negro, dan Naubah, manakala Yafits adalah bapak kaum Turk, Slavia, dan Ya'juj Ma'juj.

Abu Sa'id Al-Khudri mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Allah SWT berseru pada hari kiamat, wahai Adam, bangkitlah dan keluarkanlah utusan (penghuni) neraka."

Lalu Adam berkata,

"aku penuhi perintah-Mu dan segala kebaikan berada pada tangan-Mu, wahai Tuhanku siapa utusan penghuni neraka itu?"

Lalu Allah SWT menjawab,

"(iaitu) sebanyak 999 orang dari setiap 1000 orang"

maka pada saat itu kanak-kanak menjadi beruban (kerana takut), kandungan wanita yang hamil berguguran, dan kamu melihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak mabuk, tetapi azab Allah SWT itu sangat keras".

(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Ya'juj dan Ma'juj ini mempunyai kaitan sejarah keturunan Nabi Nuh as. Saat menjelang kewafatan, Nabi Nuh a.s memanggil anak-anaknya (Sam, Ham dan Yafits) untuk menghadap beliau. Maka Sam segera datang menemuinya, namun kedua saudaranya tidak muncul iaitu Ham dan Yafits. Akibat dari ketidakpatuhan Ham dan Yafits, Allah SWT kemudian menurunkan bala kepada mereka berdua. Yafits yang tidak datang kerana lebih memilih berdua dengan isterinya (berhubungan suami isteri) kemudian melahirkan anak bernama Sannaf. Kelak kemudian Sannaf melahirkan anak yang ganjil.

Dari Imran bin Hushain r.a., Rasulullah SAW bersabda:

"Dan demi jiwaku yang berada dalam genggaman-Nya bahawa kalian adalah kilauan dua makhluk yang selalu berkembang jumlahnya iaitu Ya'juj dan Ma'juj yang berasal dari keturuan Adam keturunan Iblis"

(Hadis Riwayat at Tirmidzi)

Dari Abdullah bin Amr r.a., Rasulullah SAW bersabda :

 "Ya'juj dan Ma'juj berasal dari keturunan anak Adam, dan jika mereka diutus kepada manusia pastilah mereka akan merosak kehidupan manusia dan tidak seorang pun dari mereka yang mati kecuali ia telah meninggalkan jumlah keturunannya mencapai 1000 lebih."

(Hadis Riwayat Ath-Thayalisi dalam Musnadnya).

Imam Thabrani menambahkan, dibelakang mereka terdapat tiga kelompok, iaitu Ta'wil, Maris, Mesekh."

Berdasarkan kepada kitab injil dan sejarah Yahudi: Kronikal 1-5

Ya'juj datang dari keturunan Ruben, manakala Ma'juj datang daripada keturunan Jefet, yang mana kedua-dua keturunan ini berasal daripada keturunan Nabi Nuh as. Dalam bahasa Hebrew, Ya'juj dikenali sebagai “Melekh Eretz Magog” yang bermaksud raja kepada tanah Ma'juj. Manakala Ma'juj dalam bahasa Hebrew membawa maksud “daripada Gog”.

Gog di dalam Injil ialah sama dengan Ya'juj yang dinyatakan di dalam al Quran dan selain itu Ya'juj dikatakan sebagai Ketua Negara Russia.Terdapat tiga nama yang dinyatakan di dalam Injil iaitu ROSH atau Russia, MESHECH atau Moscow dan TUBAL atau Tobalsk.


4.12.13

mendaki dan menggali alam kehidupan










'Selepas kehidupan bukanlah kematian tetapi selepas kehidupan adalah kehidupan yg baru'

1.12.13

Manusia hari ini suka sangka-sangka


Firman Allah Taala: Surah Al-Hujurat, Ayat 12

Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebagian kamu menggunjing sebagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati. Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
 
 Rasulullah s.a.w bersabda:"Dan barangsiapa yang menutup aib seorang muslim, niscaya Allah menutup aibnya di dunia dan akhirat." (HR. Muslim)
 

Ada sangka baik
Ada sangka buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang rileks disangka malas
Orang berpakaian baru disangka menunjuk
Orang berpakaian buruk disangka hina
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka "diet"
Orang berperangai baik disangka buruk
Orang berperangai buruk disangka baik
Orang yang senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang berbincang disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri
Orang yang menawan disangka menggoda
Orang yang ceria disangka mengada
Orang yang bertanya disangka menyibuk

Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa
Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat
Mana tahu yang diam itu kerana beribadah
Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya
Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya
Mana tahu yang bertanya itu perihatin orangnya

Justeru itu….
Sesuatu perkara yang kita lihat
Jangan suka sangka-sangka
Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa
Kerap sangka-sangka mengundang celaka
Jangan terlalu bersangka-sangka
Jauhi sikap sangka-sangka

# di petik dari fb 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...