facebook

facebook

Mari beri sokongan

29.12.10

Cutenya contest

Salam Sejahtera buat semua....

senyum sedekah =) hihihi...

Entry kali ni pasal join contest lagik dan kali ni dari blog cik Hadifar Love
tajuknye "cutenya contest"... hihihi.... sonok-sonok join....bukan nk kejar hadiah tp saje sonok kalo dapat hadiah lagi ler sonok.. kuang kuang kuang....


Rasenye hari terakhir contest ni pade 29/12.. hah, arini ler... jd pade sesape nk join contest ni, moh ler cepat, pkl bape time tamat tak dibitau plak....

Syarat-syarat dia mudah jer.... cegini ek..

1. Follow la, supaya mudah dapat update, tapi xda paksaan =)...

2. Buat 1 entri di blog kamu bertajuk "Cutenya Contest"

3. Copy banner di atas dan masukkan dalam entri kamu di sebelah atas tu...dan link kan terus ke entri ni (Supaya senang orang mau join =))

4. Letak 1 sahaja gambar yang ingin dipertandingkan...(ber edit dan tidak, dua2 di terima...---> Tidak terhad kepada orang, gambar apa2 pun boleh)

Gambar dr sy ni dia hah... asal boleh jer...


5. Letakkan beaner ni di sidebar dan linkkan terus ke entri ni.

6. Untuk tag friend tiada had...

7. Hanya untuk blogger sahaja...

8. Jangan Lupa Lengkapkan slogan: "Cutenya gambar ni kerana..." (tidak lebih 20 patah perkataan)

Skang ni sy kene plak tag beberapa blogger, 

  1. wan hazel yg kreatif
  2. miera yg katenye suke pot pet
  3. Aki yg katenye composer, bile nk bagi lagu nii?
  4. Pelangi yg dtng selepas hujan
Ok, ni lah name-name yg telah sy 'tag'-kan untok kontest ni....

Dan slogan 'Cutenya gambar ni kerana' "cutenya budak ini gambar di-edit bertambah seri,terbang tinggi merentas galaksi hajat di hati, gambar memori semoga berjaya dewasa nanti...."

ok, gud luck babe!

26.12.10

Binatang lutsinar

Di Venezuela, terdapat kehidupan semulajadi iaitu 'Katak Kaca' tergolong di dalam keluarga Centrolenidae amfibia (order Anura). Sementara warna latar belakang umum katak kaca ialah adalah hijau limau, kulit perutnya adalah telus(lutsinar), sehingga jantung, hati, dan saluran pencernaan yang terlihat melalui kulit tembus mereka. 





Ikan ini dalam air aneh disebut Barreleye (Macropinna microstoma) mempunyai kepala dan mata berbentuk tabung telus. Ia memiliki mata yang sangat peka cahaya yang boleh berputar di dalam perisai telus, mengandungi cecair di atas kepalanya, sementara mata tubular ikan itu, seperti di dalam kepala yang dihalang oleh kanta hijau terang. Mata mengacung ketika mencari makanan.Dua tempat di atas mulut ikan itu bukanlah mata. Ianya adalah organ penciuman disebut nares.


Ditemui di Amerika Tengah, dari Mexico ke Panama, Butterfly Glasswing (Greta Oto) adalah kupu-kupu di mana sayapnya adalah telus. Rangkaian antara urat sayapnya kelihatan seperti kaca.





Ditemui di lautan southern hemisphere's, iaitu Squid Glass (Teuthowenia pelusida) memiliki organ cahaya pada mata dan mempunyai kemampuan untuk menggulung menjadi bola, seperti landak air. Ini merupakan mangsa kepada ikan laut banyak seperti yu goblin serta paus dan burung laut laut.







Zebrafish lutsinar ini dicipta pada tahun 2008 oleh para saintis sehingga mereka boleh mempelajari proses-proses penyakit, seperti penyebaran kanser. Ikan lutsinar yang membolehkan para penyelidik di Children's Hospital Boston membolehkan secara langsung melihat organ ikan dan mengamati proses seperti pertumbuhan tumor secara terus dalam organisma hidup.





Buaya Icefish (Channichthyidae) Darah mereka telus kerana mereka bukan dari jenis hemoglobin dan hanya mempunyai eritrosit mati. Metabolisme mereka hanya bergantung pada oksigen terlarut dalam cecair darah, ianya di yakini dapat menyeerap secara langsung melalui kulit dari air. Ini kerana air boleh melarutkan oksigen di saat paling sejuk. Dalam lima spesies, gen untuk mioglobin dalam otot juga telah lenyap, menjadikan ianya putih pada hatinya dan bukanlah pink.




Ianya disebut Phronima, haiwan luar biasa ini adalah salah satu spesies aneh. Ianya baru-baru ini ditemui pada sebuah ekspedisi ke pegunungan laut di Atlantik Utara. Dalam strategi ironis untuk terus hidup, makhluk udang kecil ini menunjukkan segala sesuatu yang dimilikinya, dalam dan luar, dalam usaha untuk menghilang untuk menyamar diri mereka.

 Kredit to believe or not

21.12.10

Potret anda bertambah menarik

Clear Skin

Entry ini sebagai sambungan kepada entry yg sebelum ini yg bertajuk "Clear Skin Potret". Teknik ini terdapat di dalam berbagai cara dan terpulang kepada kreativiti masing-masing. Jadi di sini sy akan tunjukkan 2 cara yg berbeza tetapi ianya boleh juga digabungkan dalam 1 mengikut kerajinan seseorang,k. Dan kita akan melakukan cara mengedit wajah agar tampak licin dan gebu dahulu. Hihihi... Ok untuk tidak memanjangkan celoteh, buat letih nk bace jer, so kite bUka satu foto yang ingin anda edit-kan. Duplicate-kan gambar tersebut dengan menekan butang Ctrl + J.

Pertama sekali jikalau gambar yg hendak anda edit-kan itu mempunyai bintik-bintik hitam ataupun Blackheads kita akan buat make-over di ruang muka terlebih dahulu, kita hilangkan dengan menggunakkan Spot Healing Brush Tool ataupun tekan saja butang 'J' .


Caranya mudah saja utk menggunakan tool ini. Anda hanya perlu klikkan saja di tempat yg terdapat bintik-bintik hitam tersebut. Lakukan beberapa kali sehingga ianya tampak rata dgn warna kulit.

 sebelum
 
selepas




Kemudian pergi ke Filter>Noise>Reduce Noise dan settingnya seperti berikut: Strength = 10 ,Preserve Details = 2% dan yang lain biarkan Default.


Ulangi sekali lagi step di atas supaya nampak lebih kemas dan hasilnya seperti di bawah ini.
 sebelum
selepas

Kemudian pergi ke Filter>Blur>Gaussian Blur dan tukarkan Radius kepada 5 pixels.

Sekarang pergi ke Image>Adjustment>Desaturate. Ini akan membuatkan gambar anda menjadi Hitam Putih. OK, sekarang tukarkan Blend Mode kepada Overlay.

Ok, gambar anda suda nampak berseri suda.



Sekarang kita nak menambah keserian pada gambar anda.

Kemudian pergi ke Image>Adjustment>Selective Color  dan paparan setting color akan keluar dan masukkan setting ini; Colors : Reds, Cyan = 0%, Magenta = 100%, Yellow = 0%, Black = - 50%.

Setelah itu pergi ke Filter>Sharpen>Smart Sharpen dan settings : Default, Amount = 50%, Radius : 0.5 pixels, Remove : Gaussian Blur dan tick pada  More Accurate.

OK, sekarang kita ke Adjusment>Levels. Satu dialog box akan keluar. Ada 3 anak panah kecil di bawah graf tersebut. Hitam, kelabu dan putih. Sekarang anda Drag-kan anak panah kecil yg putih dahulu dan lihat perbezaan pd gambar anda. Anda boleh buat mengikut kesesuaian yg anda kehendaki.

levels.

Tekan butang Ctrl+Shift+Alt+E serentak dan ini akan mewujudkan 1 layer baru dgn gabungan layer sebelum ini. Klik icon Adjustment Layer di sebelah bawah layers palette no 4 dari kanan. Kemudian pilih Gradient Map.

Klik pada warna yg terdapat di situ dan kita akan mengubahkan warna tersebut mengikut setting di bawah ini. 1= #ed9017, 2 = $f8d04a , 3 = f6e6b5 dan klik OK. Tukarkan Blending Mode kepada Soft Light.
klik gambar utk besarkan

Lakukan sekali lagi tekan butang Ctrl+Shift+Alt+E kemudian pergi ke Edit>Fill. Di dalam ruang Content pilih 50% Gray. Di ruangan Blending Mode pilih Overlay.

OK! Ini Hasilnya.
 

Canvas Size

Sekarang kita akan pelbagaikan warna pada gambar yg telah kita kerjakan tadi iaitu canvas size.

Pergi kepada Image>Canvas Size. Di dalam ruangan 'Inches' tukarkan kepada 'Percent'supaya mudah untuk kita lebarkan size. Kemudian di ruangan 'width', tukarkan kepada 400%. Pada ruangan anak panah kecil dalam kotak tu, klik pada anak panah tengah sebelah kanan dan pada ruangan 'canvas extension color' pilih Black. Klik ok.


Add Vertical Guide

Pergi ke View Menu dan pilih New Guide kemudian tick pada Vertical pada Orientation dan taipkan 25% pada Position. Klik ok dan kita akan dapati satu garisan vertical pada image kita bermula dari sebelah kiri ke kanan.

Ulangi lagi seperti di atas tetapi pada kali ini masukkan pula 50% pada kotak Position dan Klik ok.

Lakukan lagi dan masukkan pula 70%.Klik ok dan kini anda sudah punyai 3 garisan vertical pada image anda.

    Turn On "Snap to Guides"

Pergi ke View Menu untuk pastikan Snap to>Guides telah di-'tick'-kan. kalau belum pastikan ianya di tick terlebih dahulu sebelum kita hendak meneruskan step yg seterusnya.

Begini hasilnya.

Sekarang tekan butang Ctrl+J sebanyak 3 x. Kemudian Gunakan 'Move' tool ataupun tekan butang 'V'. Drag-kan satu-satu gambar tadi kesebelah tepi ruangan kosong sehinggalah ketiga-tiga gambar tadi dipenuhi ruangan kosong tadi.


DONE!

20.12.10

Clear Skin Potret

Kembali lagi dengan tutorial Photoshop. Ini cuma sebagai preview jer....
Nantikannya pada next entry,k.




hihihi... jangan mare...Ada lagi tau tutorial... ok, nantikan ek.. masa tak mengizinkan...

18.12.10

Poster Edit Contest

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua....

Semoga semua sehat hendaknya di samping kita berblogging tidak kira di mana kita berada sekalipun, kita ambillah sedikit manafaat. Manalah tahu kot mungkin berguna suatu masa nanti kann...

Oklah kali ni sy nk join pula contest dari Blog Hakim Zailan iaitu 'Poster Edit Contest'. Di dalam contest ini pula beliau meminta agar di buatkan satu entry berkenaan tajuk 'Poster Edit Contest' dan macam biasalah, kenelah linkkan entry tersebut ke blog beliau. (skema ker bahasa aku ni)

Jadi, macam biasalah aku pun buatlah entry yg korang tgh dok baca ni atau terpandang sambil-sambil blogwalking tuuu....

Pertama sekali dia soh letak gambar ni dan buatlah link ke blog dia supaya senang dia nak alert kalo di lain masa dia ada nak buat contest lagik.

Lepas tu dia soh cari mana2 poster filem,xkisah filem apa pun,pastu dia nak kita buat super impose atau edit poster tu..xpun kita boleh menggunakan kreativiti kita untuk reka poster sendiri xpe gak,digalakkan.yang penting ade watak kite dalam tu.. pehtu letakkanlah hasil karya yg telah kita hasilkan.

Dan tiada paksaan utk jd follower dia tetapi kalo follow, dia akan follow kita balik. Poster tu simple2 pon bole..xperlu nak nampak real sgt..yang penting ada usaha katanye..

pastu,bole la tag 3 atau lebih kawan2 blogger yang lain..kita memeriahkan lagi contest pertama dia yang berhadiah lumayan ni..make sure dorang tau,kalo x,siap korg..hoho 

bila da siap sumenye,korang tinggal link kat ruangan komen..supaya aku tau tmpat yang wajib dijengah..

ok,kita bincang pasal hadiah lak,hehe..
hakimzailan mencari seorang pemenang utama,kedua,ketiga dan 3 saguhati.nilai hadiah utama tak kurang 30 hengget.maknanya bole lebih la kan.
jangan risau,bajet dah disediakan,..
xcaye klik sini..hoho.
TARIKH TUTUP:3 JANUARI 2011*
*SEBARANG PERUBAHAN TERTAKLUK PADA BILANGAN PENYERTAAN
 
-Petikan Kata-kata dr saudara Hakim Zailan. 
 
Ok, skang ni aku letakkan poster yg telah aku hasilkan di bawah ni. Movie ni tak keluar lagi dalam panggung, nanti dah menang hadiah dr saudara HAkim Zailan, bley la aku terbitkan filem ni tak lama lagi ek...
 
Tajuk: 'Keris Si Guntang', Tayangan 1-1-11.

ok, selepas suda dimasukkan hasil karya ni sy keneler tag pula 3 orang. Jadi arini sy tag-kan nama dr shout-box sy pada 18/12. Naseb la korang ek...

ok, ni nama dan link blog mereka yg telah sy tag-kan.

Sedikit penerangan tentang poster yg telah sy hasilkan. Sy gunekan software photoshop CS3, sy lakukan cara mudah iaitu teknik tindih-menindih, lepas tu byk main dgn 'opacity'. adalah sikit effect digunakan, cthnye, Filter 'wind', Blending Options, blend mode dan ada juga sentuhan 'brush' yg terpilih. ok lah semoga saudara Hakim dptlah menilainye.

 last skali, jom ler reramai kite join contest ni dan sy sedia bertukar-tukar fikiran kalo korang ade ape-ape nk tanye, tak ler pandai mane pun just sharing jer.... yg penting kite try n asahkan bakat yg kite ade ,k. Gud luck Allz...

17.12.10

ADI SUPERHERO "Edit Photo Contest"

Salam Sejahtera Buat Semua....

'Specially' tajuk entry kali ini ditujukan khusus buat Blog QasehDaliaAdilia dan Am nya utk semua juga yg melawati blog ini. Dalam usaha memantapkan lagi kreativiti kita untuk menceburi sesuatu yg kita minati, ingin juga sy berkongsi bersama anda di luar sana utk kita sama-sama mempelajari teknik Photoshop.

Jadi saya juga tidak ketinggalan untuk menyertai contest yg dianjurkan oleh Blog QasehDaliaAdilia. Bagus juga usaha beliau lakukan, bukanlah terlalu taksub untuk mengejar hadiahnya, tetapi sekadar untuk meluaskan kreativiti kita dan meneruskan cabaran. Untuk rujukan kepada contest tersebut boleh anda klik di sini (direct link).

 

Di sini sy pertaruhkan gambar ini (Anak Buah) , budak ni memang buas betui. 2 beradek, tak terjaga di buatnye, kalo meragam... fuhhhhh..... tuhan saje yg tahu. tp hepi ngan dorang ni.

Aiman sebelum edit


Aiman selepas edit

OK, harap Cik Qaseh berpuas hati dengan gambar yg di paparkan,k. Gambar ini sy edit dengan menggunakan software photoshop. Dalam kes ini beberapa ciri telah digunakan dan sebagai contohnya, sy menggunakan 'tool' "magic wand tool" , "brush" dan "pen tool". Kemudian sy juga bermain dengan effect dengan menggunakan 'Filter' "render" "clouds" dan juga "lens flare". Di samping itu juga turut menggunakan sentuhan "color dodge" untuk menambahkan kilauan pada latar belakang.

Dan akhir sekali di atas permintaan Blog QasehDilaAdilia di mana sy kene 'tag'-kan sekurang-kurangnya 4 orang, so di bawah ini nama yg telah sy tag-kan. Bertuahlah anda yer yg telah di-tag-kan... heheh.


Dan terakhir yg lagi sekali, heheh... ni gambar anak buah sy yg cumil... rindu kat dorang, huahahha.... dan byk lagi gambar dorang kat blog mama dorang di sini.

Budak Baik.

Ada lagi yg terakhir kali.... Jom la join contest tu reramai....

Ada lagi yg terakhir... berapa banyak kali akhir daaaaa.....

16.12.10

Cover eBook

Salam buat semua pengunjung blog ini. Entry pada kali menyiarkan pula mengenai sesuatu yg menjadi kegilaan ramai orang pada masa kini. Iaitu eBook.

Jikalau hari ini, kita bercerita mengenai satu perniagaan internet, semakin ramai yang akan tertarik. Jadi untuk menceburi perniagaan internet bukanlah sesuatu yg boleh dibuat sambil lewe malah ianya juga memerlukan tahap keseriusan dalam mencari cara yg terbaik untuk mengaturkan strategi.

Perniagaan internet ini terbahagi kepada 3 iaitu:
* Jualan produk fizikal online seperti kereta, basikal, rumah atau menjual produk di internet seperti telefon bimbit, buku, binatang kesayangan, seni atau menjual barang secara online.
  
  * Menjual produk dimuat turun online seperti ebooks, software, muzik, imej atau permainan.
 
     * Menjual perkhidmatan dalam talian seperti agen tiket, agen real estate, mobil agen insurans atau agen kad kredit.

Untuk membina perniagaan internet online - menjual produk secara online dan membuat wang nyata anda di internet, anda perlu mengikuti beberapa langkah. Tapi kenapa harus saya membina perniagaan internet online, menjual produk secara online dan membuat wang di internet?

1. Menjual produk di internet dari rumah.
2. Kebebasan
Waktu
3.
Anda jadi bos sendiri
4. Menjual produk online
potensi pendapatan adalah hampir tak terbatas.

Jadi banyaklah lagi cara-cara atau strategi yg perlu dipelajari berkenaan perniagaan secara online ini dan anda sendiri perlu bertanyakan kepada mereka yg telah berjaya dan juga membuat kajian sebelum memulakan perniagaan ini sebagai langkah permulaan untutk terus berjaya.

OK, jadi di sini sy ingin berkongsikan sedikit perkara tentang perniagaan di internet ini dan di bawah ini ada beberapa file untuk anda di mana mungkin ianya berguna suatu masa nanti.


eBook

ebook adalah sebuah buku elektronik atau versi elektronik dari buku cetak. Anda boleh mendownload ebook tersebut dan membacanya pada setiap skrin komputer. ebook ini juga dikenali sebagai produk elektronik, produk digital, produk berwujud atau produk muaturun. Menjual ebooks muaturun atau ebooks jauh lebih mudah untuk mengawal dan produk terbaik yang boleh anda jual di internet. Jika anda menjual ebook online, anda tidak perlu ruang simpanan fizikal untuk produk anda dan anda juga tidak perlu untuk berkemas produk kepada pelanggan anda seperti menjual produk fizikal secara online. Pelanggan anda boleh men-download-kan produk anda setelah mereka membuat bayaran. Gunakan PayPal atau Google Checkout untuk menerima bayaran di website anda. Ini adalah cara terpantas dan paling selamat untuk menerima kad kredit atau kad debit pembayaran online. 

Di bawah ini adalah beberapa file untuk anda mencipta cover untuk eBook anda. Tetapi pastikan anda mempunyai 'Photoshop' sebagai alat pembuka kepada file tersebut.

 
Template 1
Klik Sini untuk download .psd file template 1.

Template 2
Klik sini  untuk dapatkan .psd file Template 2.

Template 3
Klik sini untuk dapatkan Template di atas.

Template 4

Klik sini untuk dapatkan template di atas.


Template 5
Klik sini untuk dapatkan template di atas.

Template 6

Klik sini untuk template di atas.

10.12.10

Gambar yg Mencabar Minda

Mari kita lihat gambar ni dengan teliti.

Amacam?













ok, tinggalkan la sepatah dua kata yer....

7.12.10

Servis Percuma utk edit sebarang gambar

Assalamualaikum dam Salam Maal Hijrah 1432 kepada semua Umat Islam dan yg sudi melawat ke blog saye yg tak seberapa ni. Semoge anda semua berada di dalam situasi yg baik beserta suasana yg aman dalam melaksanakan ibadah yg di redhoi oleh Allah s.w.t. Kita semua berharap, mudah-mudahan kita senantiasa berada di dalam Rahmat Allah s.w.t. di samping dapat merapatkan lagi hubungan sesama kita, InsyaAllah Taala.




Bersempena dengan Awal Tahun baru ini, blog zaidisign ingin melahirkan kesyukuran di samping menambahkan maklumat-maklumat buat menambah pengetahuan dalam menjalani kehidupan yg serba mencabar hari ini. Oleh itu blog zaidisign kini menawarkan servis percuma buat sesiapa saja yg ingin mengeditkan sebarang gambar dan juga bagi mereka yg punyai gambar yg menarik sebagai pengiklanan di blog zaidisign (lihat ruang bawah) .

Cara

Apa yg hendak anda lakukan adalah amat mudah. Tidak perlu utk 'tag' blog ini sebagai artikel atau entry anda. Tetapi sebaliknya mengisi kesemua form di bawah dan sedikit info mengenai apa yg hendak anda editkan.

Kemudian anda perlulah hantarkan gambar yg hendak anda editkan kepada 'zaim702@gmail.com'  utk di hantarkan kepada sy. (sertakan sekali nama blog anda)

Beritahu dalam format apa yg anda hendakkan gambar itu, sbg cnth: 'jpeg', 'png', 'gif' dan sebagainya.

Sebarang info-info lain juga diperlukan berkenaan gambar yg hendak anda editkan.

Segala gambar yg telah di-edit-kan adalah bebas untuk kegunaan Blog ini sbg promosi pada ruang iklan atau apa-apa yg tidak menyalahi undang-undang atau etika seorang manusia.

'Pengiklanan Gambar dr Blog'

Servia percuma yg ke-2 adalah promosi sebarang gambar berkenaan entry baru anda untuk dimasukkan ke petak "Gambar pilihan dr Blog".

Caranya juga adalah amat mudah. Anda hanya perlu tulis sebarang komen pada artikel atau entry yg terbaru sy untuk pengetahuan blog ini dan beritahu gambar mana yg hendak anda masukkan (sekiranya tidak keberatan, sertakan link gambar dan itu adalah yg sebaiknya).

Tidak kiralah gambar itu dari Blog anda ataupun dari entry mana-mana dari blog anda.

Anda juga boleh menghantar mesej melalui "contact me" atau isikan form penghantaran mesej yg disediakan di bawah.

Segala gambar yg telah disiarkan tertakluk kepada pemilik blog untuk berapa lamanya untuk disiarkan.

Ok, sekiranya kurang jelas, boleh beritahu di 'shoutmix box' atau mana-mana saja tpt di mana mesej dapat sampai kepada sy atau emailkan kepada zaim702@gmail.com.


Sekian Terima kaseh dan selamat mencuba.!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...