facebook

facebook

Mari beri sokongan

15.10.10

Lepak petang

Masa terus berlalu tanpa disadari, dari pagi menjelang tengahari kemudia beralih ke petang dan begitulah hari-hari yang berlalu. Hari ini setelah penat buat kerja, aku pun mmebuat keputusan utk pergi meronda plak, jalan-jalan untuk mencari idea baru, mana la tahu kot ada sesuatu yg boleh mendatangkan manafaat pada projek aku.

Cerita tentang nak buat projek dah banyak kali cakap tp projek apa yg dibuat pun tak tahu. hehehe.... takpalah di lain masa jer lah utk kita kongsikan bersama.

Setelah aku berpindah dari bandar ke kampung, byk pengalaman baru yg telah aku lalui terutamanya ttg kehidupan baru aku di kampung. Ermmm... pada aku menyeronokkan jugak lah, yerlah.... memulakan sesuatu yg baru tetapi ada jugak la beberapa perkara yang tak kena dgn jiwa ni... abaikan ajerlah.. yg penting hidup mesti diteruskan.. tak gitu!



ni lah rumah yg aku diami sekarang. hehehe nampak atap jer..... ni rumah pusaka la sekarang ni, aku pun menumpang jer dan maseh tinggal bersama dengan tok aku (sebelah utara ni tok bagi orang perempuan kalo laki pangey Tok Wan)


Tadi aku pegi jenjalan ke Ayer Tawar, tgk pemandangan kiri dan kanan sawah padi jer tp tak lah sebesar macam di kedah, sana lagi luas, apa taknya, gelarannya pun di panggil negeri jelapang padi kan, memang ler besor....


Sesampai aku kat tpt ni, namanya Pekan Darat, (bukan tpt orang darat yer) aku tertarik dengan satu pemandangan kat sini, nak tahu ape dia....



Korang tgk bawah ni, sempoi tak pondok talipon dia, hehehe.... jarang dah dapat jumpe pondok talipon macam ni tp tak sangka pulak maseh ada lagi kat Negeri yg bernama Pulau Pinang ni...

Setelah puas meronda, dapatlah jugak sedikit info utk projek haku.... tu jerlah ceritanya.... hihihi... ni pic yg last.... utk tatapan semua.. ok, selamat berjumpe lagi....

5.10.10

jeruk


Hari demi hari yg berlalu terasa begitu pantas, sebagaimana yg telah aku ceritakan sedikit tentang impian aku untuk menjadi usahawan yg paling berjaya di dunia dan juga di akhirat (mudah-mudahan makbul)  di dalam entry aku yg sebelum ini, hari ni rasanya dah hampir dua minggu sejak dari entry tentang impian aku yg disebutkan hari tu.

Setakat ni Alhamdulillah, setelah agak penat juga la melakukan kerja yang seperti dirancangkan, di sebelah ptg sikit aku pun ajak sepupu aku keluar pergi melawat member2 sambil buat sedikit survey dan persediaan apa yang patut.

Aku pun apalagi, singgah kejap kat kedai member yg buat perniagaan 'Jeruk', terasa jer air liur masam aku melalui anak tekak bila dengar jer perkataan jeruk ni. Aku ni kira hantu jeruk jugak la dah macam orang perempuan ngidam lak.... kuang kuang kuang...

Bermacam-macam jenis jeruk ada kat kedai member aku tu, masa memula masuk jer dia dah pelawa aku untuk rasa buah jeruk kat kedai dia, katanya, " hang nak rasa ambik ja yang mana hang nak" (loghat utara). Fuh! dengar macam tu jadi serba salah lak. Yerla kan, dia kan berniaga, seganlak aku nak makan pereee... tp aku memang dah terliur tgk buah asam yg berjenis-jenis kat situ. Aku pun amik ler sikit untuk rasa tp member tu memang bagus siap aku nak balik, leh bagi untuk bekal lak. Ni yg aku pun nk cite skit la pasal buah jeruk ni. Kedai kawan aku tu kat area penanti, kalo ada orang dok area Bkt Mertajam sure tahu kedai dia ni sebb dia jer yg buat jeruk orang melayu kat sini.

Rupa-rupanya buah jeruk ni memang ada khasiat tersendiri yg jarang kita dengar. Ok ni ada sikit aku dapat info tentang jeruk mengenai kebaikan dia.



Tahukah Anda, vitamin C yang terkandung dalam jeruk tidak hanya bermanfaat bagi kesehatan, tapi juga untuk kecantikan kulit? Vitamin C kini dikenal sebagai anti-oksidan yang sangat kuat, yaitu suatu zat yang dapat melawan radikal bebas. 

Vitamin C dalam peranannya sebagai anti-oksidan, selain melindungi kulit dari pengaruh buruk radikal bebas, juga memperkuat sel-sel kulit, sehingga sel-sel kulit dapat lebih cepat memperbaiki jaringan yang rosak karena pengaruh radikal bebas tersebut. Selain itu, vitamin C juga meningkatkan pengeluaran kolagen pada kulit sehingga elastisitas kulit pun terjaga. Proses ini disebut dengan proses regenarasi kulit.

Kandungan asam yang terdapat pada vitamin C juga mampu menipiskan tumpukan kulit mati yang menimbun kulit. Dengan menipisnya kulit mati ini, penyumbatan pori-pori juga berkurang. Hal ini terutama baik untuk jenis kulit berminyak/berjerawat.




Khasiat Buah Jeruk Dalam Thibbunnabawi

Rasulullah bersabda, “Permisalan seorang mukmin yang membaca Al-Qur’an ialah seperti buah jeruk, rasanya manis dan aromanya harum” (HR. Bukhari 8/59 dan Muslim (797)
   

Khasiat Jeruk Manis (Citrus Aurantium)

Jenis ini sering digunakan manusia sebagai buah pencuci mulut. Mengandung kadar gula dan vitamin C cukup tinggi, sehingga sangat baik bagi pertahanan tubuh, pengubatan panas dalam serta bahagian dalaman perut.

Sering juga digunakan, terutamanya bagi anak-anak, memberikan efek sangat baik bagi daya tahan tubuh, sehingga tubuh tidak mudah terserang penyakit.


Ok lah, tu lah serba sedikit khasiat buah jeruk yg aku dapat infonya tetapi kena lah jugak ingat, jeruk ni kalo makan byk sangat pun tak elok gak. Jadi makanlah secukup rasa jer yer... kalo ada sesapa yg teringan nk order, leh gak aku tulun usahakan... ok selamat maju jaya semuaaa....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...