Mari beri sokongan

5.6.10

Tukarkan gambar kepada Watercolor Painting



Membuat gambar anda seperti nampak watercolor painting merupakan perkara yang mudah dan anda dapat lakukannya hanya dalam beberapa minit sahaja.

ok kita mulakan sekarang dan jangan lupa set-kan masa anda.

Pertama sekali bukakan gambar anda yang hendak di-edit-kan.


Duplicate Layer ini dan pergi kepada Filter>Blur>Dry Brush dan tukarkan settings pada Brush Size : 0 , Brush Detail : 10 , Texture : 1



Duplicate pula Layer ini dan pergi kepada Filter>Blur>Smart Blur dan tukarkan settings seperti berikut pula Radius : 3.0 , Threshold : 9


Kemudian pergi kepada Filter>Artistic>Sponge dengan setting pada Brush : 0 , Definition : 0 , Smoothness : 2



Duplicate-kan Background Layer dan pindahkan ke atas sekali di ruangan Layer dan tukarkan Blending Mode kepada Soft Light.


Sekali lagi pergi kepada Filter>Artistic>Sponge dan setting yang sama sebelum ini.

Siap!

OK, sekarang kita akan buatkan Bingkai pada gambar ini.

Sekarang pergi kepada Image>Canvas Size dan pastikan anda 'Tick' pada kotak kosong'Relative' dan tukarkan setting pada Width : 100 pixels , Height : 120 pixels dan pastikan kotak Background ditukar kepada warna putih kemudian klik OK.

Dengan menggunakan Paint Bucket Tool(G), warnakan latar belakang gambar dengan putih.Kemudian pergi kepada Rectangular Marquee Tool bina satu kotak di dalam kotak putih seperti gambar di bawah.

Bina satu layer baru.


Sekali lagi gunakan Paint Bucket Tool atau pergi kepada Edit>Fill dengan Hitam dan gambar anda akan kelihatan seperti ini.



OK, sekarang pergi kepada Select>Modify>Contract dan tukarkan kepada 4 pixels.

Sekarang tekan butang Ctrl+X.


Masih lagi dalam layer kerja ini dan sekarang pergi kepada Blending Options.


Dan ikuti settings seperti di bawah ini.




OK, beginilah hasilnya dan anda boleh mencuba beberapa Effect yang di rasakan sesuai. Selamat mencuba!




Enjoy

Zai d'sign

1.6.10

Asas Photoshop
















Klik pada gambar untuk besarkan


New Document

Mengenali Asas dalam menggunakan Photoshop


Tools


Ok, sekarang jom kita cuba simple tutorial ini.


kita akan gunakan dua gambar ini



gambar sebelum




selepas

Gunakan Move Tool dan leretkan gambar pemandangan ke layer yang hendak dikerjakan. Kemudian pergi ke Edit>Free Transform atau pun jalan pintasnya dengan menekan butang Ctrl+T untuk mengecilkan saiz gambar yang hendak dimasukkan ke dalam hiasan pemandangan di di dalam gambar yang satu lagi.

Kemudian pergi semula kepada Edit>Transform>Skew dan cuba adjust semula gambar mengikut saiz gambar di dinding.

Ok, setelah gambar dapat diletakkan dengan elok, kita akan timbulkan sedikit gambar agar nampak hidup.

Pergi kepada ruangan Layer dan di bawah kiri kemudian klik pada Add Layer Style dan pilihBevel and Emboss.
Kemudian tukarkan setting seperti di gambar di bawah.




OK, selamat mencuba.

Kita cuba yang ini pula.



Sebelum

Selepas

Buka satu gambar yang anda mahu untuk dibentukkan sebagai gambar di atas.

Gunakan Elliptical Marquee Tool.

Kemudian leretkan bulatan kepada gambar anda. Anda akan dapati garis putus-putus melingkungi gambar anda.

Pergi kepada Select>Inverse ataupun tekan Ctrl + Shift + I.

Kemudian pastikan warna pada Foreground dan Background adalah Hitam dan Putih.

Klik sebelah kanan di dalam lingkungan garis putus-putus dan pilih Feather dan tukarkanFeather Radius kepada 3 pixels dan Klik Ok. Sekarang tekan butang BackSpace. Tekan Butang Ctrl + D untuk hindarkan garis putus-putus. Selamat Mencuba!

---------------------------------------------------------------

Topic ini kita akan bermain dengan Magic Wand Tool pula.

Buka satu gambar anda yang hendak di edit-kan kepada suasana yang juga gambar yang anda inginkan latar belakangnya.

Saya memilih untuk gambar muzium Di Raja Kuala Kangsar dan salah satu gambar dalam koleksi saya ini.

Ok, sekarang klik pada Magic Wand Tool dan klik pada gambar awan di dalam gambar muzium.
Setting pada Tolerance tukarkan kepada 12 supaya tidak terlebih dan dapat mengimbangi ruang yang hendak anda buangkan nanti.Untuk menambah ruangan yang hendak ditandakan dengan Magic Wand Tool ini, anda hendaklah menekan butang Shift dan untuk membuang semula jika anda terlebih luaskan, anda perlu menekan butang Alt.


Selepas sudah anda memilih ruang yang anda hendak buangkan, pergi kepada Select>Inverse dan ruangan garis putus-putus anda akan bertukar kepada hanya gambar muzium sahaja. Klik kanan dalam ruangan garis putus-putus dan pilih Feather. Satu paparan Feather akan keluar dan tukarkan Feather Radius kepada 3 pixels. Kemudian klik pada Move Tool dan leretkan kepada gambar yang satu lagi. Tekan butang Ctrl+T dan adjust gambar anda supaya sesuai dengan gambar yang anda lampirkan.

Sekarang pergi kepada Image>Adjustment>Levels. Tukarkan setting mengikut kesesuaian gambar anda.


Ok, anda boleh menambah beberapa lagi kesan Effect ataupun Text mengikut kesesuaian anda. Selamat mencuba!

#jumpa lagi pada TUtorial yang akan datang yang lebih menarik!







Zai d'sign
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...