facebook

facebook

Mari beri sokongan

30.7.14

Salam Lebaran 1435/2014


Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh

 Setelah berlalunya ramadhan di mana di dalamnya merupakan proses untuk kita menjadi Hamba Allah, kita melalui satu fasa di mana pentarbiyahan nafsu dalam diri bermula dengan menahan, membendung, melentur dan membentuk nafsu dalam kita melalui perjalanan fitrah diri.

Berhari raya bererti kembali kepada jati diri manusia sebagai hamba Allah, kepada fitrah kejadian manusia. Di alam azali lagi iaitu sebelum wujud sebagai manusia, kita telah mengakui keesaan Allah s.w.t. dan berjanji untuk mentaati perintahnya. Allah menegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:

Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)",
surah : Al-A'raf Ayat : 172

Makanya kehadiran Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah sesungguhnya menjanjikan suatu limpahan nikmat yang besar dan harus disyukuri oleh umat Islam. Aidilfitri yang bermaksud Hari Raya Fitrah, Hari Raya kesucian manusia. Disebut juga sebagai hari kembalinya kesucian kepada kita. Kembalinya fitrah kepada kita dan kita pun harus tampil sebagai manusia suci dan baik, sebagaimana bermulanya asal usul kita.



Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
surah  : Ar-Ruum Ayat : 30

Allah perintahkan Nabi Ibrahim melaungkan azan, membuat seruan pada manusia. Kata nabi Ibrahim, wahai Tuhan bagaiman suara aku nak sampai kepada semua manusia. Jawap Allah, tugas kamu wahai Ibrahim hanyalah azan iaitu membuat seruan. Sedangkan Allahlah yang akan menyampaikan kepada manusia. Nabi Ibrahim naik ke Jabal Arafah melaungkan azan menyeru manusia dari seluruh dunia ke Kaabah. Maha Besar Tuhan, dengan kuasanya yang tiada batas itu,  Allah telah memperdengarkan suara Nabi Ibrahim kepada semua manusia. Bahkan Allah jatuhkan ke dalam hati-hati manusia rasa cinta dan rasa hormat pada Kaabah.

Fitrah juga berkait dengan hanif. Ertinya suatu sifat dalam diri kita yang cenderung memihak kepada kebaikan dan kebenaran. Dalam sebuah hadis disebutkan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Kebajikan ialah suatu yang membuat hati dan jiwa tenang. Dan dosa ialah sesuatu yang terasa tidak keruan dalam hati dan terasa bimbang di dada.” (Riwayat Ahmad)

Maksud dosa dalam hadis tersebut adalah sesuatu yang dirasakan bertentangan dengan hati nurani. Oleh kerana itu, ketika ada polemik mengenai Ibrahim, di mana orang Yahudi mengatakan bahawa Ibrahim ialah orang Yahudi dan orang Nasrani mengatakan bahawa Ibrahim adalah seorang Nasrani, maka al-Quran mengatakan:

    “Ibrahim bukan orang Yahudi dan bukan pula orang Nasrani, akan tetapi dia adalah seorang yang lurus lagi berserah diri (kepada Allah) dan sekali-kali dia bukanlah termasuk golongan orang-orang musyrik.” (Ali-Imran: 67).

Inilah yang dimaksudkan sebagai Hari Lebaran yakni kita melebarkan atas apa yg telah Allah swt kurniai kepada kita tatkala di malam-malam ramadhan untuk kita melaksanakan kerja sebagai HAMBA. Tentu kita biasa meraikan ziarah lebaran ini dengan bertakbir. Ini sebenarnya kita membawa rahmat ke setiap rumah dengan di iringi para malaikat yang mendampingi kita tatkala kita mengharungi ramadhan dengan penuh tawaduk dan ketakwaan kepada Allah swt.

InsyaAllah marilah kita bersama meraikan aidilfitri di samping menzahirkan Lebaran bagi menandakan kita bersungguh sebagai HambaNya.

Ingatlah kita ini Melayu bangsa yang dijadikan Allah swt dan Nabi Ibrahim a.s adalah Bapa kepada Bangsa. Kita ada matlamat dan Jangan lupa perjuangan kita. InsyaAllah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...