facebook

facebook

Mari beri sokongan

13.6.14

TAHUKAH ANDA ASAL USUL BOLA SEPAK?










1. Pada masa pemerintahan Dinasti Qin dan Han, permainan bola ketika itu dikenali sebagai Tsu Chu. Tsu mempunyai maksud “menerajang bola dengan kaki”. Sedangkan chu, bererti “bola dari kulit dan ada isinya”. Mereka bermain bola yang diperbuat dari kulit binatang dengan cara menendang dan mengheretnya ke sebuah jaring yang dibentangkan pada dua tiang.

2. Di Jepun pula, sejak abad ke-7, terdapat rekod di mana masyarakatnya sudah kenal permainan ini. Mereka menyebutnya sebagai Kemari. Bolanya diperbuat dari kulit kijang berisi udara. Sukan bola sepak Jepun ini dicipta seawal pada era Asuka dan dimainkan di ruang istana Kyoto.

3. Rekod daripada Empayar Rom pula seawal 800 SM pula menunjukkan ketika mereka menyerang Yunani, lalu mempelajari sebuah permainan yang menyerupai bola sepak yang diberi nama sebagai episkryo dan hapstron dan membawa permainan ini kembali ke negara mereka dan wilayah jajahan Rom. Antara tokoh dalam sejarah Rom yang terkenal meminati sukan ini adalah Maharaja Julius Caesar. Bahkan sebuah padang dibina di rom untuk penduduknya bermain permainan ini.

4. Pada tahun 1586, seorang pengembara Inggeris iaitu John David telah belayar ke Greenland dan bermain dengan orang Eskino sejenis permainan bola sepak yang dipanggail sebagai Aqsaqtuk.

5. Penduduk asli Amerika juga dikatakan mempunyai versi bola sepaknya tersendiri yang dipanggil sebagai Pahsaheman, yang sempat direkodkan oleh William Strache di Jamestiwn, Virgina.

6. Puak orang asli Benua Australia juga mempunyai permainan bola sepak mereka sendiri di mana mereka akan menendang dan menangkap bola yang dikenali sebagai Marn Grook.

7. Bangsa Mao-Ri di New Zealand juga mempunyai sukan bola sepak versi mereka tersendiri iaiti Ki-o-Ri yang melibatkan 7 orang pemain yang memerlukan mereka meletakkan bola pada “pou” iaitu sebuah tempat yang ditandakan untuk mendapatkan mata.

8. Tamadun Mesoamerika juga mencatatkan di mana penduduknya bermain permainan yang menyerupai seperti bola sepak, bola jarring dan bola baling. Lukisan penduduk asli tamadun ini masih terlukis kemas di pyramid mereka.

9. Dan sesungguhnya sukan bola sepak tidak ada kena mengena dengan perang salib, kepala umat Islam atau kepala cucu nabi iaitu Hussin dan Hassan. Nasihat saya, silalah mengkaji dan menyelidik sebelum menyebarkan kisah yang tidak sahih kerana itu akan menjukkan betapa bodohnya anda. Terima kasih.

#facebook

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...