facebook

facebook

Mari beri sokongan

21.6.14

Selamat Menyambut Ramadhan 1435/2014


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Kepada semua semoga kalian semua sehat sejahtera dan bersempena beberapa hari sahaja lagi utk kita menyambut ramadhan mulia yg bakal menjelma, marilah sesama kita bermuhasabah dan membetulkan niat agar tercapai maksud ramadhan yg merupakan pencapaian fitrah pada diri.



Baginda Rasulullah SAW bersabda :

Yang bermaksud : “Betapa ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan betapa ramai orang yang berqiyam tidak mendapat apa-apa daripada qiyamnya kecuali hanya berjaga malam..” – Riwayat Ibnu Majah

Terangkanlah kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya?
surah : Al-Furqaan Ayat : 43


SYAITAN DIIKAT

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Pada malam pertama bulan Ramadhan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutuplah semua pintu-pintu neraka dan tidak dibuka satu pintu pun darinya. Dan dibukakanlah pintu-pintu syurga dan tidaklah ditutup satu pun darinya. Maka berserulah penyeru; Wahai orang yang melakukan kebaikan hampirlah kamu, wahai orang yang melakukan kejahatan undurlah kamu. Dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada setiap malam Ramadhan.”

(Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.)

" Selamat berpuasa..."

#sesungguhnya membazir itu adalah saudara syaitan
facebook

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...