facebook

facebook

Mari beri sokongan

5.5.14

Kisah Dajjal

   Dajjal ini sebelum umurnya 7 tahun kerjanya hanyalah tidur sahaja. Manakala di Pulau yg didiaminya itu hanya binatang yg berbulu itu sahaja dapat bercakap dengan Dajjal. Dia sajalah kawan Dajjal untuk bermuzzakarah ilmu yg telah diajarkan Jibril. Binatang berbulu ini telah memberitahu Dajjal bahawa dia akan menjadi seorang Raja seandainya dia mengamalkan apa yg telah Jibril ajarkan kepadanya malah dia akan menjadi Raja yg seadil-adilnya tetapi jika sebaliknya, dia akan menjadi sezalim-zalim Raja.

    Lalu atas fikir Dajjal bahawa dia mempunyai keistimewaan dengan ilmu yg tinggi dan di dalam pulau itu dia melihat hanya dirinya sendiri. Oleh kerana fikirnya fikirnya yg telah dipengaruhi oleh Iblis maka dia mengatakan dia Adalah Anak Tuhan. Maka kalau dia anak Tuhan bererti dunia ini dia yg punya. Jenuhlah makhluk berbulu itu mengatakan bahawa Dajjal bukan anak Tuhan namun tidak dipedulikannya.

Sebenarnya inlah yg dimaksudkan dalam Surah Kahfi bahawa Yahudi mengatakan ''aku orang yg dipilih Tuhan'dan Nasrani pula mengatakan 'Nabi Isa anak Tuhan''.

    Pada satu ketika, ada sebuah kapal berlabuh di pulau tersebut dan Dajjal telah ikut kapal ini balik ke negeri Arab dan menggelar dirinya sebagai Samiri iaitu ada kaitan dengan tempat asalnya, Samirah. Pada masa itu, usianya telah melebihi 100 tahun. Pada zaman itu adalah zaman Nabi Musa a.s. Maka Dajjal ataupun Samiri telah melihat bagaimana Nabi Musa a.s menentang Firaun bahkan dia juga bersama-sama dengan Nabi Musa a.s. Dia juga mengikut Nabi Musa melintas Laut Merah apabila dikejar Firaun.

    Apabila Nabi Musa a.s. naik ke Bukit Tursina selama 40 hari, Samiri telah menghasut orang-orang Bani Israel membuat patung lembu dari emas. Kemudian Samiri telah meletakkan tanah dari bekas telapak kaki jibril pada patung lembu betina dari emas itu. Atas asbab itu lembu betina tersebut hidup dan boleh berkata-kata. Maka hampir 70% kaum Nabi Musa a.s. percaya lembu betina itu sebagai Tuhan.

    Berkenaan dengan tanah bekas telapak kaki Jibril itu ialah, apabila Malaikat datang ke dunia dan berubah bentuk kepada manusia, maka di mana dia turun, tanah di situlah akan dijadikan jasad yg digunakan malaikat Jibril. Apabila Malaikat akan berubah kepada bentuk asalnya, tanah tanah yg dijadikan jasad itu akan ditinggalkan dan tanah inilah yg andaikata diletakkan pada batu, batu akan hidup, diletakkan pada kayu, kayu berkata-kata. Maka Dajjal telah mengambil tanah ini dengan banyaknya sewaktu Malaikat Jibril mengajarnya di Pulau tempat asalnya. Tanah inilah yg diletakkan pada patung lembu betina tersebut. Sehingga atas asebab itulah patung itu hidup.

    Oleh itu tanah yg Dajjal ambil ini juga jika diletakkan pada mayat, mayat akan hidup. Sebab itu dikatakan Dajjal dapat menghidupkan manusia yg sudah mati atas asebab tanah itu.

    Apabila Nabi Musa a.s. turun dari Bukit Tursina, dia melihat kaumnya sedang menyembah patung lembu. Maka Nabi Musa telah memarahi Nabi Harun kenapa tidak menghalang mereka. Nabi Harun berkata dia tidak dapat berbuat apa-apa. Namun apabila Nabi Musa melihat Samiri, Nabi Musa a.s. tidak membunuhnya atau memarahi Samiri, sebaliknya baginda hanya menghalau Samiri kerana baginda tahu yg Samiri itu adalah Dajjal.

    Kemudiannya Dajjal telah menjelajah keseluruh dunia. Di China denga hanya sehelai sepinggang dia kemudiannya telah menjadi kaya-raya. Namun dia merasakan satu yg kurang, iaitu dia tiada kuasa. (Inilah hikmahnya kenapa Sultan-sultan zaman dahulu mewariskan takhta pemerintahan kepada keturunannya kerana untuk mengelakkan Dajjal dr menjadi raja)

    Dajjal kemudiannya balik ke Tanah Arab pada zaman Nabi Isa a.s tetapi Dajjal tidak boleh mendekati Nabi Isa malahan untuk memasuki kawasan Nabi Isa pun dia tidak berani kerana dia tahu yg Nabi Isa akan membunuhnya suatu masa nanti. Pada masa itu dia adalah seorang yg kaya-raya lalu dia menghantar seorang utusan kepada Nabi Isa dan utusan ini telah berkata pada Nabi Isa, ''andaikata kamu orang yg benar, beritahu siapa yg menghantar utusan ini?''. Lalu Nabi Isa menerangkan siapa yg menghantar utusan tersebut, mana asal-usulnya bahkan niat dia pun Nabi Isa terangkan.

    Apabila wakil Dajjal ini memberitahu Dajjal dia telah memutar-belitkan fakta. Iaitu dengan mengatakan ''Orang yg mengetahui hakikat ini adalah orang yg mengamalkan sihir dan berguru dengan jin dan syaitan''. Walaubagaimanapun dia tidak berani dekat dengan Nabi Isa sehingga atas begitu takutnya dengan Nabi Isa dia telah kembali ke Pulaunya.

    Pada zaman Rasulullah s.a.w, Dajjal menamakan dirinya sebagai Syuib. Pernah di satu ketika Rasulullah s.a.w. dan sahabat berjalan di satu lorong lalu berjumpa dengan seorang budak berdiri cekak pinggang dan merenung Baginda dan sahabat sehingga berasap matanya, lalu dia menjerit ''dukhan-dukhan (asap)''. Lalu Saidina Ali bertanya kepada Rasulullah siapakan pemuda tersebut? Baginda menjawab, itulah Dajjal. dalam keadaan matanya yg berasap dia telah lari dari lorong ke lorong. Apabila Saidina Umar dan Saidina Ali mahu membunuh Dajjal ini, Rasulullah s.a.w. melarang mereka. Namun Saidina Umar telah meyiku Dajjal sehingga mata kanan Dajjal buta lalu lari dari Madinah. Rasulullah telah bermunajat kepada Allah agar Dajjal dibawa keluar ke satu Pulau dan dipenjarakan.

Dajjal senantiasa berumur 33 tahun, berbadan sasa, rambutnye kerinting dan matanya sepet. Usianya kini sudah hampir 2700 tahun.

    Setelah Rasulullah s.a.w. wafat, di zaman Khalifah Abu Bakar, Dajjal cuba datang ke Mekah dengan rombongan haji tetapi Dajjal tidak dapat hidup lalu dia telah diikat di satu Pulau tempat asalnya. Sehinggalah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. iaitu Saidina Tamim abu Ad-Dhari jumpa Pulau itu dan bertemu dengan Dajjal yg dirantai di dalam sebuah Gua. Selepas Tamim memperkenalkan dirinya sebagai sahabat Nabi kepada dajjal lalu ia pun bertanya, ''Apakah Saidina Abu Bakar maseh ada lagi? Apabila dikatakan tiada maka Dajjal membesar. Kemudian Tamim mengatakan yg Saidina Umar sebagai Khalifah sekarang makan mengecillah ia lalu mengatakan bahawa Umarlah yg telah membutakan mata kanannya.

Tamim bertanya lagi apakah tanda engkau akan bebas? Lalu Dajjal mengatakan apabila dilihat wanita bebas berkuda.

Maksud yang dikatakan sebagai " Wanita menunggang kuda " bermaksud seperti menunggang kuda ini adalah ibarat ' dia bebas dalam membuat keputusan ' seperti menunggang kuda, jika dia mahu ke kanan, dia akan menarik tarik kekang yg di ikat pd kuda itu ke kanan dan begitu juga ke kiri dan dapatlah disimpulkan kepada 4:

1. dia bebas ikut suka ke mana dia hendak pergi.
2. dia bebas menunggang atau pun membawa kenderaan
3. dia bebas mengawal lelaki
4. dia membuat keputusan dalam menentukan hal orang di bawah dia

     Setelah bertanya kepada dajjal akan program akhir zaman. Sehinggalah Tamim faham akan program Dajjal lalu mengorak langkah membuat usaha demi utk umat di akhir zaman yakni KITA.

    Pada tahun 1776 Dajjal telah di anak angkatkan oleh Iblis di tempat yang di namakan Carribean Sea iaitu di kawasan Bermuda Triangle. Dia dikenali sebagai Uncle Sam dan membantu Amerika Bebas dari Britain.

    Usaha menghamba abdikan orang Afrika berlaku apabila di bawa ke Amerika. Ianya merupakan usaha Dajjal untuk mengkafirkan orang Islam.

Nabi Bersabda; '' Dajjal, kekuatannya adalah kekuatan Dunia, kekayaannya adalah kekayaan dunia''.

Saidina Ali bertanya kepada Rasulullah ; sekiranya kami hidup semasa itu bagaimana nak menghadapi Dajjal?

Rasulullah s.a.w. menjawab ; kembali kepada Kahfi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...