facebook

facebook

Mari beri sokongan

26.2.14

Tamatnya Khilafah Uthmaniyah.



 Menjelang 3 Mac genaplah 90 tahun tamatnya Khilafah Uthmaniyah secara rasmi.

Dalam kerangka memperingati 100 tahun agenda zionis (1914 - 2014), perang dunia pertama membuka tirai kepada terlaksananya agenda Zionis melalui pelbagai prancangan dan perundingan. Pengkhianatan adalah pelengkap kepada perancangan jahat yang disusun oleh Zionis.




Siapa kah dia Ameer Faisal bin Hussein dan apa peranan beliau di dalam persoalan ini. Baca lanjut artikel rengkas ini.
----------------------------------------------------------------------------------
Perang Dunia Pertama dianggap sebagai gelanggang kuasa-kuasa barat untuk memperkukuh hegemoni politik mereka. Ia ditafsirkan sebagai kancah peperangan untuk mengubah keseimbangan kuasa (shifting power balamce in Europe). Kesan dari peperangan ini amat dahsyat dari segi kemusnahan jiwa manusia di mana dianggarkan di antara 30 hingga 60 juta nyawa tentera dan orang awam terbunuh. Perang Dunia Pertama juga mengubah lanskap sosio politik antarabangsa bukan sahaja di Eropah bahkan di Afrika dan Asia Pasifik. British dan Peranchis meskipun keluar sebagai pemenang namun ia adalah permulaan kepada merudumnya kuasa-kuasa Eropah dan terbitnya Amerika Syarikat sebagai kuasa baru muncul (Emerging power). Meskipun German dihitung sebagai pihak yang kalah, namun Perang Dunia Pertama membuka ruang kepada German untuk membina kekuatan baru sehingga muncul sebagai ancaman ketenteraan terbesar yang mencetuskan Perang Dunia kedua.


Jarang sekali bahkan mungkin tiada naratif Perang Dunia Pertama yang membicarakan tentang Turki sebagai salah satu dari pemain utama di samping German yang menjadi sekutunya dalam pakatan Kuasa-kuasa tengah (The Central Powers). Turki yang terkenal dengan jolokan the sick man of Europe hanya dilihat sebagai menumpang kepada kekuatan militer German untuk mempertahankan Empayar Uthmaniah yang sudah berada di penghujung usia. Namun kekalahan Turki di dalam peperangan ini sebenarnya merupakan epilogue kepada tamatnya riwayat Khilafah Uthmaniah. 


Harga yang sangat mahal dibayar akibat kekalahan ini di mana bumi Palestin yang begitu dipertahankan dengan amat cemburu sejak dari pemerintahan Sultan Abdul Hamid II akhirnya jatuh ke tangan British. Pendudukan British ke atas Palestin adalah hadiah yang dinanti-nantikan oleh Pertubuhan Zionis Antarabangsa yang diterajui oleh Zionist Federation of Britain. Bagi pertubuhan Zionis, perubahan lanskap sosio politik antarabangsa terutama di Timur Tengah adalah natijah terbesar dari peperangan ini. Kemunculan atau kejatuhan mana-mana Empayar Eropah hanyalah laluan untuk menjayakan cita-cita Zionis mendirikan sebuah Negara Yahudi di bumi Palestin Jewish National Home in Palestine.

Mendakwa konspirasi zionis adalah di sebalik tercetusnya perang dunia pertama adalah terlalu simplistik. Tetapi Zionis memang menanti peluang sedemikian untuk menjayakan agenda global ini. Dengan bekerja ‘glove in hand’ bekerja rapat dengan cabinet British bahkan menjadi sebahagian dari cabinet tersebut Zionist Federation of Britain (ZFB) telah merancang pelbagai pendekatan politik sebagai pelengkap kepada operasi militer yang berlaku di medan-medan pertempuran di Bosphorous (Galipolli), di Sinai dan Gaza juga di Mesopatamia (Iraq). Ia berkait langsung dengan usul untuk menduduki Palestin yang diusulkan oleh elemen-elemen Zionis di dalam parlimen British 1914, perjanjian Sykes-Picot 1916, Penyediaan deraf Deklarasi Balfour 1917 dan pendudukan Damsyik 1918 oleh Lord Allenby. Semua perancangan ini yang diketengahkan dalam sejarah timur tengah perlu dilihat secara sepadu kerana ia adalah hasil dari agenda tersusun yang melibatkan tokoh-tokoh zionis seperti Chaim Weizman, Mark Sykes, Winston Churcill, Herbert Samuel, Lord Baron Rotschild dan Arthur Balfour. Bukan sahaja mereka menyediakan blueprint untuk membentuk sempadan Negara Palestin pada hari ini bahkan melingkungi Palestin dengan regim regim arab yang bersedia untuk menjaga kepentingan Zionis apabila entiti Zionis Israel lahir pada tahun 1948 selepas Perang Dunia ke 2.

Di samping itu mereka turut mengkaderkan pemimpin-pemimpin Arab agar turut mendukong agenda Zionis dengan cara yang paling licik (sly like a fox). Mereka berurusan dengan Sharif Makkah iaitu Hussein bin Ali keturunan Bani Hasyim dan anak-anaknya Faisal bin Hussein dan Abdullah bin Hussein. Di lapangan mereka meletakkan kepercayaan penuh kepada T.E Lawrence untuk memimpin kabilah kabilah Arab membentuk Arab Legion army memerangi tentera-tentera khilafah. Akhirnya apabila runtuhnya Khilafah Uthmaniah, wilayah-wilayah Arab diserahkan kepada putera-putera Arab yang berdaulat dalam perlindungan British dan Peranchis di dalam wilayah-wilayah yang sudah dipecah-pecahkan berdasarkan kepada Sykes-Picot 1916 dan Perjanjian Paris 1919. Pada tahun 1919 Faisal Hussein dan Chaim Weizman mendatangani perjanjian di mana Faisal telah menerima Deklarasi Balfour dan mengiktiraf penubuhan negara yahudi (zionis) di Palestin.

Sehingga hari ini watak-watak dari kalangan pemimpin Arab masih lagi menjadi tawanan minda kuasa-kuasa barat. Namun realitinya sudah semakin berubah. Kebangkitan dunia Arab Arab Spring yang tercetus di Tunisia pada tahun 2010 bukanlah riak-riak kecil kebangkitan umat sebaliknya satu gelombang yang akan merombak semula pelbagai perancangan yang disusun 100 tahun yang lalu. Hari ini penganalisis barat kembali mengulas tentang Sykes-Picot dan Deklarasi Balfour dalam konteks perubahan lanskap sosio-politk timur tengah, apakah status qou yang terbentuk 100 tahun lalu dapat dipertahankan atau berlaku rombakan yang mana natijahnya ialah ancaman ke atas kelestarian negara Israel.

Renungilah ucapan Amir Faisal bin Hussein pada 4 Januari 1919.
"We Arabs... look with the deepest sympathy on the Zionist movement. Our deputation here in Paris is fully acquainted with the proposals submitted yesterday by the Zionist Organisation to the Peace Conference, and we regard them as moderate and proper. We will do our best, in so far as we are concerned, to help them through; we will wish the Jews a most hearty welcome home... I look forward, and my people with me look forward, to a future in which we will help you and you will help us, so that the countries in which we are mutually interested may once again take their places in the community of the civilised peoples of the world.“ Amer Faisal!

(“Kami bangsa Arab.. melihat dengan penuh simpati ke atas pergerakan Zionis. Rombongan kami di Paris memahami dengan mendalam kertas cadangan yang dikemukakan oleh Organisasi Zionis di Persidangan Keamanan ini, dan kami menganggapnya sederhana dan wajar. Kami akan lakukan yang terbaik dari pihak kami, untuk membantu mereka. Kami mengucapkan selamat datang dan selamat kembali.. Saya mengimpikan dan rakyat saya turut mengimpikan di mana kami akan membantu anda dan anda membantu kami, agar negara kita yang sama-sama kita ada kepentingan di dalamnya kembali mengambil tempat di dunia di kalangan masyarakat bertamaddun”) – Ameer Faisal.

1 comment:

Torascool said...

salam kenal dan follow
torascool(dot)blogspot(dot)com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...