facebook

facebook

Mari beri sokongan

14.2.14

KAITAN BERJIMAK DENGAN PENYAKIT PUNDI KENCING

Penyakit pundi kencing atau lebih serius menjadi kanser pundi kencing bermula apabila kencing yang tidak lawas, tidak puas atau selalu meleleh tanpa sengaja untuk buang air kecil. Keadaan ini berlaku bagi orang yang telah berkahwin kerana beberapa sebab dan punca yang kurang disedari penghidapnya.

  • PERTAMA
Apabila seseorang suami menggauli atau menyetubuhi isterinya tanpa mengikuti aturan bersetubuh yang sihat seperti terlebih dahulu bergurau senda dan bercumbu rayu untuk menerbitkan inzal, maka ia boleh menyebabkan pembukaan pundi kencing melembik, urat-urat atau kekuatan organnya akan melemah dan apabila hendak buang air besar menjadi tidak puas, tidak lawas dan meleleh walaupun sudah lepas kencing.
  • KEDUA
Menyetubuhi isteri dalam keadaan badan letih, perut lapar atau dalam keadaan kenyang sehingga naluri hendak bersetubuh dibangkitkan seakan-akan dipaksa untuk mengeluarkan sperma dengan beberapa sebab seperti melihat atau menonton video porno terkutuk sehingga mencetuskan dalam otak untuk melakukan seks, padahal stamina tidak berkehendak untuk itu akan tetapi terus dilakukan juga dengan memaksa sehingga organ urat saraf pundi kencing bekerja dengan terpaksa.   
Tindakan itu adalah salah satu terbentuknya pundi kencing tidak bermaya, melemah, melembek sehingga organ pundi kencing tidak mampu melakukan kerjanya dengan sepatutnya yakni mengembang dan mengecut, kerana itulah seseorang kencing menjadi tidak lawas atau tidak puas.
  • KETIGA
Disebabkan terlalu kerap melakukan persetubuhan yang didorong oleh ubat-ubat yang mengandungi sifat panas yang yang tidak normal, yang tidak sesuai dengan keadaan atau kondisi seperti ubat yang bersepah di merata tempat seperti ubat jantan, pil estasy dan ubat perangsang lainnya yang membakar urat Qawi dalam tubuh dengan secara tidak normal, akibatnya membawa masalah kepada pundi kencing.
  • KEEMPAT
Sudah terbiasa menahan-nahan membuang air kecil seperti dalam perjalanan, kerana kesibukan kerja yang tengah terbengkalai  yang perlu masa sedikit lagi untuk disiapkan, maka kencing yang hendak keluarpun ditahan sehingga pundi kencing penuh padat. Ia membawa lemahnya urat-urat organ pundi kencing sehingga setiap kencing menjadi tidak puas, tidak lawas dan sentiasa meleleh sesudah kencing kerana kecutannya telah melemah.
  • KELIMA
Disebabkan pengaruh kimia di dalam tubuh, dan ia tidak dapat dielakkan kerana makanan dan minuman kita mengandungi kimia dan masa yang sama manusia lupa berlindung dengan Allah dari makanan dan minuman yang mengandungi penyakit dan tidak dinafikan pula ia berupa ujian bagi orang-orang yang beriman.
PUNCA TERJADI PENYAKIT PUNDI KENCING

Telah diterangkan secara sederhana tentang sebab musabab kencing tidak lawas dan untuk seterusnya diterangkan pula sebab musabab penyakit pundi kencing atau kanser pundi kencing yang sangat ditakuti.

Kalau kita renungkan perkembangan kemajuan zaman sekarang, sama ada tentang makan minum, atau tentang budaya sosial manusia, maka kita tidak hairan berbagai-bagai masalah kesihatan akan terjadi pada diri seseorang itu diantaranya ialah penyakit pundi kencing atau kanser pundi kencing dan pada umumnya penghidap penyakit pundi kencing ini atau kanser pundi kencing ialah golongan manusia yang telah bersuami isteri dan dizaman maju sekarang golongan muda juga menghidapnya. Kenapa boleh terjadi?

Sebelum diterangkan ubat-ubatan herba pilihan dan ayat-ayat Quran untuk mengubati penghidap penyakit pundi kencing, adalah lebih baik kita terangkan terlebih dahulu manfaat dan mudarat pelaksanaan nafsu syahwat.

Manusia perlu menyedari bahawa nafsu syahwat adalah salah satu kurnia besar daripada Allah kepada manusia sehingga malaikat merasa cemburu kerananya. Tujuan Allah memberi nafsu syahwat kepada manusia ada beberapa sebab antaranya supaya manusia yakni hamba Allah dan umat Muhammad berkembang biak di atas muka bumi ini. Ia juga supaya manusia dapat berhibur antara suami isteri dengan cara makruf untuk mengimbangi saraf yang regang, hati yang gundah gulana dan sebagainya.

Bagaimanapun, kebanyakan manusia menyalahgunakan pelaksanaan nafsu syahwat tersebut, menyalahgunakan aturan-aturannya sehingga manusia itu ditimpa bala oleh perbuatannya sendiri yang berupa teguran, ujian dan sedikit hukuman.

Sekiranya ia berupa hukuman, maka ubatnya hendaklah segera minta ampun kepada Allah s.w.t. daripada segala dosa dan sekiranya ia berupa teguran maka hendaklah segera kembali ke pangkal jalan dan sekiranya berupa ujian maka ia dinamakan sengsara membawa nikmat. yakni pada zahirnya berupa penyakit tetapi sebaliknya ia berupa pembersih dosa daripada Allah jika redha dengan ujian tersebut walaupun akan terus berusaha untuk mengubati penyakit itu.

Penyakit pundi kencing atau kanser pundi kencing ini tidak banyak sebab dan puncanya tapi perlu diperhatikan untuk dapat dihindarkan. Penyakit ini berkait kerana kerap melakukan jimak atau bersetubuh. Apabila seseorang kerap atau setiap hari melakukan jimak dan setiap jimak sudah tentu diakhiri dengan mengeluarkan sperma atau air mani kadang-kadang protien makanan yang diproses oleh organ buah pinggang dan organ hati (liver) belum sampai ketahap matang. Ia belum menjadi sperma, ia masih berupa antara darah dan air mani akan tetapi nafsu syahwat dibangkitkan untuk mengeluarkannya atas banyak sebab seperti ketagih, menonton gambar dan video lucah, porno dan melihat wanita bogel di merata tempat sehingga ia merangsang untuk melakukan jimak padahal kondisi sperma belum mengizinkan.     

Sekiranya hasrat untuk jimak diteruskan juga dengan memaksa sperma keluar maka yang keluar hanya sperma separuh matang, ada kalanya bercampur darah mentah yang senang dihinggapi kuman. Ia salah satu sebab terjadinya penyakit pundi kencing atau kanser pundi kencing.

DAUN KACANG TUJUH URAI

Dibawah ini diterangkan ubatan herba pilihan serta ayat-ayat al-Quran untuk mengubati penyakit pundi kencing atau kanser pundi kencing secara sederhana.

Ambil tujuh biji buah manjakani ditumbuk sampai pecah berderai lalu direbus dengan tujuh gelas air sampai menggelegak. Setelah dingin, air tersebut diblenderkan dengan tujuh tangkai daun kacang tujuh urai serta isi buah keras tiga biji. Selepas menunaikan solat fardhu Isyak lalu dibacakan padanya satu kali surah al-Fatihah, tiga kali surah al-Ikhlas, dan 100 kali surah al-Kautsar. Minum air tersebut satu gelas sebelum tidur malam selama tujuh malam berturut-turut dan setiap kali hendak minum air tersebut hendaklah dipanaskan dahulu supaya ia tidak basi dan selama mengamalkan minum ubat hendaklah dijauhi makan dan minum yang mengandungi garam.    
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...