facebook

facebook

Mari beri sokongan

24.2.14

CICAK OH CICAK!




Salah satu hewan yg berada dalam hidup kita malah dlm rumah yg menyusahkan dan memudaratkan ialah cicak.Ia melata didinding,membuang najis merata,mengotorkan rumah,menjilat sisa makanan atau makanan tak ditutup dan sebagainya. Di masjid,cicak menimbulkan masalah najisnya yg dibuang merata tempat solat kerana keupayaan berada disiling. 

Semasa saya menjadi setiausaha masjid dulu pernah kami menganjur program kecil utk remaja membunuh cicak dimasjid utk mengatasi masalah kebersihan..

Mengapa? 

ImamAhmad meriwayat nabi bersabda,"Bahawasanya ketika Ibrahim dilemparkan ke dalam api,maka mulailah semua haiwan melata berusaha memadamkannya kecuali cicak,kerana sesungguhnya cicak menghembus hembus api yg membakar Ibrahim." Jelas cicak binatang yg bersekongkol dg syaitan.

Sehubungan itu nabi bersabda,"Barangsiapa yg membunuh cicak pada pukulan pertama,ia mendapat seratus kebaikan,dan pada pukulan kedua lebih sedikit dari itu,dan pada pukulan ketiga lebih sedikit dari itu."(Riwayat Muslim) Jelas membunuh cicak suatu suruhan nabi.Selain ia mengotorkan kita kurang memahami hikmah yg lain yg tersembunyi,tetapi suruhan ini tidak boleh dipertikaikan kerana kesahihannya. 

Ketika kita melihat nabi membenci cicak,Ada pula yg memeliharanya, yg menjadikannya usaha niaga,ada umatnya menongkah arus mendewakannya,menjdkannya hero,wira dlm watak filem cicakmen, dan terheretlah sebahagian anak anak kpd kefahaman kewiraan cicak.

Bila agama dikesampingkan,bila tiada ilmu,bila hidup tidak merujuk sunnah,beginilah jadinya.Bahkan kita tengok watak najis berat, babi,sudah menjadi biasa dlm kartun alih suara,seolah ia binatang yg tak ada masalah pd hidup Islam. Bantulah masjid utk menghapus cicak, ianya satu amalan baik,bahkan musnahkanlah cicak dirumah.

Jangan memandang remeh pada satu perkara yg nampak kecil sedangkan ia suruhan nabi.Jangan menongkah arus,Kami dengar dan kami patuh.(Sami'iena wa ato'na)

6 comments:

* OZIE MAHSA said...

paling geli dengan cicak.... tapi masa kecik suka main telur cicak hehee

puteri airyn said...

Saya pun tak suka cicak.. geli aih tengok cicak.. Dah la malam malam suka buat bising kat rumah.. Pastu berak rata rata..

Isz Kha said...

zaman kanak-kanak ribena dulu rajin melastik cicak...tp skarang nampak cicak aje terus lari hehehe...

Fahmi Fanirius said...

Oo.. Nice share.

jellygamatgoldg31 said...

geli kalau liat cicak

bredmart said...

singgah sini ya klik link ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...