facebook

facebook

Mari beri sokongan

19.2.14

BERKHADAM KERANA MAKAN SEBIJI EPAL.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Kisah berikut adalah kisah benar yang berlaku kepada seorang hamba Allah yang soleh, Abu Saleh Jangi Dost dinegeri Jilan, Iraq. Banyak pengajaran didalam kisah yang boleh dijadikan panduan. Moga mendapat manfaat.


Al-kisah.......... Diriwayatkan dalam kisah orang-orang soleh dalam Daerah Jilan di Iraq terdapat seorang pemuda yang soleh. Abu Salih Jangi Dost, seorang pemuda yang sangat kuat taqwanya sedang duduk ditebing sungai. Dia terasa amat lapar, apabila dilihatnya sebiji buah epal terapung dipermukaan sungai. Beliau mencapai buah epal itu lalu memakannya. Selesai makan beliau tersedar dan berkata dalam hati, "Kemungkinan buah epal ini ada tuannya. Aku telah memakannya tanpa izin pemiliknya. Aku kena cari pemiliknya dan minta halal daripadanya"

Beliau mudik kehulu sungai...... Setelah lama berjalan kelihatan sebuah rumah dengan kebun buah epal ditepi sungai. kelihatan sabatang pokok epal condong ke arah sungai. Hatinya berbisik, "Kemungkinan buah epal yang aku makan tadi adalah dari pokok ini". Lalu beliau berjumpa tuan punya kebun. Tuan punya kebun itu adalah Shaikh Abdullah Sawma'I. Setelah memberi salam....

Abu Salih : Tuan, saya telah makan buah epal dari kebun tuan, yang mudik ke hilir sungai. Saya minta halal.!

Shaikh Sawma'I : (merenung wajah pemuda itu dengan tajam) Aku akan mema'afkan jika kamu memenuhi permintaan aku.

Abu Salih : Apa permintaan tuan?

Shaikh Sawma'I : Kamu mesti berkhadam kepada aku selama 10 tahun!

Abu Salih : (Setelah berfikir sekejap).....setuju. Insya Allah tuan. Saya akan berkhadam kepada tuan sebagaimana tuan kehendaki.!

Abu Salih adalah seorang hamba Allah yang wara' dan sangat kuat taqwanya. Beliau tak mahu sesuatu makanan yang tidak halal mengisi perutnya. Walaupun sebiji buah epal yang tidak halal baginya, cukup untuk menjadi soal dan perhitungan di Yaumul Mahsyar! ....

Setelah berkhidmat selama 2 tahun....pada hari terakhir Abu Salih meminta izin untuk pulang.

Abu Salih : Tuan, saya telah berkhidmat selama yang tuan kehendaki. Saya minta izin pulang.

Shaikh Sawma'I : Aku akan halalkan jika kamu berkhidmat selama 2 tahun lagi.

Abu Salih : Baiklah saya akan berkhidmat sebagaimana tuan kehendaki!

Sehinggalah seterusnya sampai kepada selesainya 10 tahun berkhidmat, Abu Salih mohon izin pulang.

Shaikh Sawma'I : Aku akan halalkan jika kamu setuju mengahwini anak aku! Tetapi keadaan dia buta, bisu dan kudung! Sudikah kamu memenuhi syarat terakhir ku ini?

Abu Salih : (agak lama termenung......jika buta dan bisu boleh lagi tetapi kudung pulak.......macamana aku nak hidup dengan wanita seperti ini.....hati kecilnya berbisik! Tetapi beliau teringat akan tebusan nya kerana memakan sebiji epal dan janjinya kepada Shaikh Sawma'I, maka akhirnya beliau pun setuju dengan tidak sedikitpun kekesalan)


BERKAHWIN DENGAN PUTERI YANG BUTA, BISU DAN KUDUNG

Hari perkahwinan tiba!
Setelah selesai 'aqad nikah, pengantin lelaki Abu Salih dibawa berjumpa dengan pengantin perempuan.

Sebaik saja masuk ke bilik pengantin perempuan, dilihatnya seorang wanita yang sangat cantik berseri-seri wajahnya. Matanya yang bersinar2 menunjukkan dia bukan buta! Kaki dan tangannya sangat sempurna. Dia memberi salam, Assalamu 'Alaikum", Dengan senyuman wanita itu menjawab dengan suara yang lunak, "Wa Alaikumussalam, suamiku".!!!

Maka terkejutlah Abu Salih, kerana wanita itu tidak serupa sebagaimana yang digambarkan oleh ayahnya, Shaikh Sawma'I. Dia bukan buta, bukan pekak dan tidak bisu. Dia juga mempunyai anggota badan yang sempurna.! Lalu segeralah dia mendapatkan Mertuanya, Shaikh Sawma'I, inginkah penjelasan!

Shaikh Sawma'I menyambut menantunya dengan penuh senyuman kerana beliau memang sudah menjangka akan kedatangan Abu Salih, inginkan penjelasan!

Shaikh Sawma'I : Aku bersyukur kerana dari awal lagi aku sudah mengetahui engkau adalah seorang yang sangat jujur dan
salih. Sebab itu aku telah memutuskan untuk mengahwinkan anak aku dengan engkau.

Abu Salih : Tetapi bukankah Ayahanda menyebut puteri tuan.........(Abu Saleh kehairanan)

Shaikh Sawma'I : Ya benar...!

Aku menyebut puteri aku Ummul Khair Fatimah, buta sebab dia tak pernah melihat lelaki lain selain dari ayahanda dia.!
Aku menyebut dia pekak sebab dia tak pernah mendengar perkara2 yang haram.!
Aku menyebut dia bisu kerana dia tak pernah menyebut yang keji2 atau mengumpat orang lain!.
Aku menyebut dia kudung kerana tangan dan kakinya tak pernah melakukan sesuatu maksiat atau sesuatu yang haram.!!!


_________________________________

Ya....kini kita faham betapa sucinya kedua pasangan ini......Ummul Khair Fatimah dan Abu Salih Jangi Dost.

Abu Salih Jangi Dost dan Ummul Khair Fatimah adalah bapa dan ibu kepada seorang insan suci yang lahir dari keturunan mereka, Abdul Qadir Jilani Radhiallahu 'Anh yang telah menghidupkan semula agama (Muhyiddin) yang dibawa oleh Junjungan besar Muhammad Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam.

Shaikh Muhyiddin digelar dengan Hasani Wa Husanini kerana kedua Ibubapa beliau adalah dari keturunan cucunda kesayangan Rasulullah Sallallahu 'Alayhi WaSallam, iaitu Imam Hasan dan Imam Husain Radhiallahu Anhum Ajmain.

............................................................................................................................


Bila mata bertentang mata
Kasih berpadu cinta terjalin
Bila sudah seiya sekata
Lalu bersanding di atas pelamin

Sungguh cantik anyaman rotan
Buat hamparan raja sehari
Sama cantik sama sepadan
Bagaikan raja dengan permaisuri.

Di ijab kabul suami dan suami
Jodoh pertemuan sudah tersurat
Berkasih sayang suami isteri
Semoga berbahagia dunia akhirat

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...