facebook

facebook

Mari beri sokongan

26.2.14

Tamatnya Khilafah Uthmaniyah.



 Menjelang 3 Mac genaplah 90 tahun tamatnya Khilafah Uthmaniyah secara rasmi.

Dalam kerangka memperingati 100 tahun agenda zionis (1914 - 2014), perang dunia pertama membuka tirai kepada terlaksananya agenda Zionis melalui pelbagai prancangan dan perundingan. Pengkhianatan adalah pelengkap kepada perancangan jahat yang disusun oleh Zionis.




Siapa kah dia Ameer Faisal bin Hussein dan apa peranan beliau di dalam persoalan ini. Baca lanjut artikel rengkas ini.
----------------------------------------------------------------------------------
Perang Dunia Pertama dianggap sebagai gelanggang kuasa-kuasa barat untuk memperkukuh hegemoni politik mereka. Ia ditafsirkan sebagai kancah peperangan untuk mengubah keseimbangan kuasa (shifting power balamce in Europe). Kesan dari peperangan ini amat dahsyat dari segi kemusnahan jiwa manusia di mana dianggarkan di antara 30 hingga 60 juta nyawa tentera dan orang awam terbunuh. Perang Dunia Pertama juga mengubah lanskap sosio politik antarabangsa bukan sahaja di Eropah bahkan di Afrika dan Asia Pasifik. British dan Peranchis meskipun keluar sebagai pemenang namun ia adalah permulaan kepada merudumnya kuasa-kuasa Eropah dan terbitnya Amerika Syarikat sebagai kuasa baru muncul (Emerging power). Meskipun German dihitung sebagai pihak yang kalah, namun Perang Dunia Pertama membuka ruang kepada German untuk membina kekuatan baru sehingga muncul sebagai ancaman ketenteraan terbesar yang mencetuskan Perang Dunia kedua.


Jarang sekali bahkan mungkin tiada naratif Perang Dunia Pertama yang membicarakan tentang Turki sebagai salah satu dari pemain utama di samping German yang menjadi sekutunya dalam pakatan Kuasa-kuasa tengah (The Central Powers). Turki yang terkenal dengan jolokan the sick man of Europe hanya dilihat sebagai menumpang kepada kekuatan militer German untuk mempertahankan Empayar Uthmaniah yang sudah berada di penghujung usia. Namun kekalahan Turki di dalam peperangan ini sebenarnya merupakan epilogue kepada tamatnya riwayat Khilafah Uthmaniah. 


Harga yang sangat mahal dibayar akibat kekalahan ini di mana bumi Palestin yang begitu dipertahankan dengan amat cemburu sejak dari pemerintahan Sultan Abdul Hamid II akhirnya jatuh ke tangan British. Pendudukan British ke atas Palestin adalah hadiah yang dinanti-nantikan oleh Pertubuhan Zionis Antarabangsa yang diterajui oleh Zionist Federation of Britain. Bagi pertubuhan Zionis, perubahan lanskap sosio politik antarabangsa terutama di Timur Tengah adalah natijah terbesar dari peperangan ini. Kemunculan atau kejatuhan mana-mana Empayar Eropah hanyalah laluan untuk menjayakan cita-cita Zionis mendirikan sebuah Negara Yahudi di bumi Palestin Jewish National Home in Palestine.

Mendakwa konspirasi zionis adalah di sebalik tercetusnya perang dunia pertama adalah terlalu simplistik. Tetapi Zionis memang menanti peluang sedemikian untuk menjayakan agenda global ini. Dengan bekerja ‘glove in hand’ bekerja rapat dengan cabinet British bahkan menjadi sebahagian dari cabinet tersebut Zionist Federation of Britain (ZFB) telah merancang pelbagai pendekatan politik sebagai pelengkap kepada operasi militer yang berlaku di medan-medan pertempuran di Bosphorous (Galipolli), di Sinai dan Gaza juga di Mesopatamia (Iraq). Ia berkait langsung dengan usul untuk menduduki Palestin yang diusulkan oleh elemen-elemen Zionis di dalam parlimen British 1914, perjanjian Sykes-Picot 1916, Penyediaan deraf Deklarasi Balfour 1917 dan pendudukan Damsyik 1918 oleh Lord Allenby. Semua perancangan ini yang diketengahkan dalam sejarah timur tengah perlu dilihat secara sepadu kerana ia adalah hasil dari agenda tersusun yang melibatkan tokoh-tokoh zionis seperti Chaim Weizman, Mark Sykes, Winston Churcill, Herbert Samuel, Lord Baron Rotschild dan Arthur Balfour. Bukan sahaja mereka menyediakan blueprint untuk membentuk sempadan Negara Palestin pada hari ini bahkan melingkungi Palestin dengan regim regim arab yang bersedia untuk menjaga kepentingan Zionis apabila entiti Zionis Israel lahir pada tahun 1948 selepas Perang Dunia ke 2.

Di samping itu mereka turut mengkaderkan pemimpin-pemimpin Arab agar turut mendukong agenda Zionis dengan cara yang paling licik (sly like a fox). Mereka berurusan dengan Sharif Makkah iaitu Hussein bin Ali keturunan Bani Hasyim dan anak-anaknya Faisal bin Hussein dan Abdullah bin Hussein. Di lapangan mereka meletakkan kepercayaan penuh kepada T.E Lawrence untuk memimpin kabilah kabilah Arab membentuk Arab Legion army memerangi tentera-tentera khilafah. Akhirnya apabila runtuhnya Khilafah Uthmaniah, wilayah-wilayah Arab diserahkan kepada putera-putera Arab yang berdaulat dalam perlindungan British dan Peranchis di dalam wilayah-wilayah yang sudah dipecah-pecahkan berdasarkan kepada Sykes-Picot 1916 dan Perjanjian Paris 1919. Pada tahun 1919 Faisal Hussein dan Chaim Weizman mendatangani perjanjian di mana Faisal telah menerima Deklarasi Balfour dan mengiktiraf penubuhan negara yahudi (zionis) di Palestin.

Sehingga hari ini watak-watak dari kalangan pemimpin Arab masih lagi menjadi tawanan minda kuasa-kuasa barat. Namun realitinya sudah semakin berubah. Kebangkitan dunia Arab Arab Spring yang tercetus di Tunisia pada tahun 2010 bukanlah riak-riak kecil kebangkitan umat sebaliknya satu gelombang yang akan merombak semula pelbagai perancangan yang disusun 100 tahun yang lalu. Hari ini penganalisis barat kembali mengulas tentang Sykes-Picot dan Deklarasi Balfour dalam konteks perubahan lanskap sosio-politk timur tengah, apakah status qou yang terbentuk 100 tahun lalu dapat dipertahankan atau berlaku rombakan yang mana natijahnya ialah ancaman ke atas kelestarian negara Israel.

Renungilah ucapan Amir Faisal bin Hussein pada 4 Januari 1919.
"We Arabs... look with the deepest sympathy on the Zionist movement. Our deputation here in Paris is fully acquainted with the proposals submitted yesterday by the Zionist Organisation to the Peace Conference, and we regard them as moderate and proper. We will do our best, in so far as we are concerned, to help them through; we will wish the Jews a most hearty welcome home... I look forward, and my people with me look forward, to a future in which we will help you and you will help us, so that the countries in which we are mutually interested may once again take their places in the community of the civilised peoples of the world.“ Amer Faisal!

(“Kami bangsa Arab.. melihat dengan penuh simpati ke atas pergerakan Zionis. Rombongan kami di Paris memahami dengan mendalam kertas cadangan yang dikemukakan oleh Organisasi Zionis di Persidangan Keamanan ini, dan kami menganggapnya sederhana dan wajar. Kami akan lakukan yang terbaik dari pihak kami, untuk membantu mereka. Kami mengucapkan selamat datang dan selamat kembali.. Saya mengimpikan dan rakyat saya turut mengimpikan di mana kami akan membantu anda dan anda membantu kami, agar negara kita yang sama-sama kita ada kepentingan di dalamnya kembali mengambil tempat di dunia di kalangan masyarakat bertamaddun”) – Ameer Faisal.

24.2.14

CICAK OH CICAK!




Salah satu hewan yg berada dalam hidup kita malah dlm rumah yg menyusahkan dan memudaratkan ialah cicak.Ia melata didinding,membuang najis merata,mengotorkan rumah,menjilat sisa makanan atau makanan tak ditutup dan sebagainya. Di masjid,cicak menimbulkan masalah najisnya yg dibuang merata tempat solat kerana keupayaan berada disiling. 

Semasa saya menjadi setiausaha masjid dulu pernah kami menganjur program kecil utk remaja membunuh cicak dimasjid utk mengatasi masalah kebersihan..

Mengapa? 

ImamAhmad meriwayat nabi bersabda,"Bahawasanya ketika Ibrahim dilemparkan ke dalam api,maka mulailah semua haiwan melata berusaha memadamkannya kecuali cicak,kerana sesungguhnya cicak menghembus hembus api yg membakar Ibrahim." Jelas cicak binatang yg bersekongkol dg syaitan.

Sehubungan itu nabi bersabda,"Barangsiapa yg membunuh cicak pada pukulan pertama,ia mendapat seratus kebaikan,dan pada pukulan kedua lebih sedikit dari itu,dan pada pukulan ketiga lebih sedikit dari itu."(Riwayat Muslim) Jelas membunuh cicak suatu suruhan nabi.Selain ia mengotorkan kita kurang memahami hikmah yg lain yg tersembunyi,tetapi suruhan ini tidak boleh dipertikaikan kerana kesahihannya. 

Ketika kita melihat nabi membenci cicak,Ada pula yg memeliharanya, yg menjadikannya usaha niaga,ada umatnya menongkah arus mendewakannya,menjdkannya hero,wira dlm watak filem cicakmen, dan terheretlah sebahagian anak anak kpd kefahaman kewiraan cicak.

Bila agama dikesampingkan,bila tiada ilmu,bila hidup tidak merujuk sunnah,beginilah jadinya.Bahkan kita tengok watak najis berat, babi,sudah menjadi biasa dlm kartun alih suara,seolah ia binatang yg tak ada masalah pd hidup Islam. Bantulah masjid utk menghapus cicak, ianya satu amalan baik,bahkan musnahkanlah cicak dirumah.

Jangan memandang remeh pada satu perkara yg nampak kecil sedangkan ia suruhan nabi.Jangan menongkah arus,Kami dengar dan kami patuh.(Sami'iena wa ato'na)

19.2.14

BERKHADAM KERANA MAKAN SEBIJI EPAL.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Kisah berikut adalah kisah benar yang berlaku kepada seorang hamba Allah yang soleh, Abu Saleh Jangi Dost dinegeri Jilan, Iraq. Banyak pengajaran didalam kisah yang boleh dijadikan panduan. Moga mendapat manfaat.


Al-kisah.......... Diriwayatkan dalam kisah orang-orang soleh dalam Daerah Jilan di Iraq terdapat seorang pemuda yang soleh. Abu Salih Jangi Dost, seorang pemuda yang sangat kuat taqwanya sedang duduk ditebing sungai. Dia terasa amat lapar, apabila dilihatnya sebiji buah epal terapung dipermukaan sungai. Beliau mencapai buah epal itu lalu memakannya. Selesai makan beliau tersedar dan berkata dalam hati, "Kemungkinan buah epal ini ada tuannya. Aku telah memakannya tanpa izin pemiliknya. Aku kena cari pemiliknya dan minta halal daripadanya"

Beliau mudik kehulu sungai...... Setelah lama berjalan kelihatan sebuah rumah dengan kebun buah epal ditepi sungai. kelihatan sabatang pokok epal condong ke arah sungai. Hatinya berbisik, "Kemungkinan buah epal yang aku makan tadi adalah dari pokok ini". Lalu beliau berjumpa tuan punya kebun. Tuan punya kebun itu adalah Shaikh Abdullah Sawma'I. Setelah memberi salam....

Abu Salih : Tuan, saya telah makan buah epal dari kebun tuan, yang mudik ke hilir sungai. Saya minta halal.!

Shaikh Sawma'I : (merenung wajah pemuda itu dengan tajam) Aku akan mema'afkan jika kamu memenuhi permintaan aku.

Abu Salih : Apa permintaan tuan?

Shaikh Sawma'I : Kamu mesti berkhadam kepada aku selama 10 tahun!

Abu Salih : (Setelah berfikir sekejap).....setuju. Insya Allah tuan. Saya akan berkhadam kepada tuan sebagaimana tuan kehendaki.!

Abu Salih adalah seorang hamba Allah yang wara' dan sangat kuat taqwanya. Beliau tak mahu sesuatu makanan yang tidak halal mengisi perutnya. Walaupun sebiji buah epal yang tidak halal baginya, cukup untuk menjadi soal dan perhitungan di Yaumul Mahsyar! ....

Setelah berkhidmat selama 2 tahun....pada hari terakhir Abu Salih meminta izin untuk pulang.

Abu Salih : Tuan, saya telah berkhidmat selama yang tuan kehendaki. Saya minta izin pulang.

Shaikh Sawma'I : Aku akan halalkan jika kamu berkhidmat selama 2 tahun lagi.

Abu Salih : Baiklah saya akan berkhidmat sebagaimana tuan kehendaki!

Sehinggalah seterusnya sampai kepada selesainya 10 tahun berkhidmat, Abu Salih mohon izin pulang.

Shaikh Sawma'I : Aku akan halalkan jika kamu setuju mengahwini anak aku! Tetapi keadaan dia buta, bisu dan kudung! Sudikah kamu memenuhi syarat terakhir ku ini?

Abu Salih : (agak lama termenung......jika buta dan bisu boleh lagi tetapi kudung pulak.......macamana aku nak hidup dengan wanita seperti ini.....hati kecilnya berbisik! Tetapi beliau teringat akan tebusan nya kerana memakan sebiji epal dan janjinya kepada Shaikh Sawma'I, maka akhirnya beliau pun setuju dengan tidak sedikitpun kekesalan)


BERKAHWIN DENGAN PUTERI YANG BUTA, BISU DAN KUDUNG

Hari perkahwinan tiba!
Setelah selesai 'aqad nikah, pengantin lelaki Abu Salih dibawa berjumpa dengan pengantin perempuan.

Sebaik saja masuk ke bilik pengantin perempuan, dilihatnya seorang wanita yang sangat cantik berseri-seri wajahnya. Matanya yang bersinar2 menunjukkan dia bukan buta! Kaki dan tangannya sangat sempurna. Dia memberi salam, Assalamu 'Alaikum", Dengan senyuman wanita itu menjawab dengan suara yang lunak, "Wa Alaikumussalam, suamiku".!!!

Maka terkejutlah Abu Salih, kerana wanita itu tidak serupa sebagaimana yang digambarkan oleh ayahnya, Shaikh Sawma'I. Dia bukan buta, bukan pekak dan tidak bisu. Dia juga mempunyai anggota badan yang sempurna.! Lalu segeralah dia mendapatkan Mertuanya, Shaikh Sawma'I, inginkah penjelasan!

Shaikh Sawma'I menyambut menantunya dengan penuh senyuman kerana beliau memang sudah menjangka akan kedatangan Abu Salih, inginkan penjelasan!

Shaikh Sawma'I : Aku bersyukur kerana dari awal lagi aku sudah mengetahui engkau adalah seorang yang sangat jujur dan
salih. Sebab itu aku telah memutuskan untuk mengahwinkan anak aku dengan engkau.

Abu Salih : Tetapi bukankah Ayahanda menyebut puteri tuan.........(Abu Saleh kehairanan)

Shaikh Sawma'I : Ya benar...!

Aku menyebut puteri aku Ummul Khair Fatimah, buta sebab dia tak pernah melihat lelaki lain selain dari ayahanda dia.!
Aku menyebut dia pekak sebab dia tak pernah mendengar perkara2 yang haram.!
Aku menyebut dia bisu kerana dia tak pernah menyebut yang keji2 atau mengumpat orang lain!.
Aku menyebut dia kudung kerana tangan dan kakinya tak pernah melakukan sesuatu maksiat atau sesuatu yang haram.!!!


_________________________________

Ya....kini kita faham betapa sucinya kedua pasangan ini......Ummul Khair Fatimah dan Abu Salih Jangi Dost.

Abu Salih Jangi Dost dan Ummul Khair Fatimah adalah bapa dan ibu kepada seorang insan suci yang lahir dari keturunan mereka, Abdul Qadir Jilani Radhiallahu 'Anh yang telah menghidupkan semula agama (Muhyiddin) yang dibawa oleh Junjungan besar Muhammad Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam.

Shaikh Muhyiddin digelar dengan Hasani Wa Husanini kerana kedua Ibubapa beliau adalah dari keturunan cucunda kesayangan Rasulullah Sallallahu 'Alayhi WaSallam, iaitu Imam Hasan dan Imam Husain Radhiallahu Anhum Ajmain.

............................................................................................................................


Bila mata bertentang mata
Kasih berpadu cinta terjalin
Bila sudah seiya sekata
Lalu bersanding di atas pelamin

Sungguh cantik anyaman rotan
Buat hamparan raja sehari
Sama cantik sama sepadan
Bagaikan raja dengan permaisuri.

Di ijab kabul suami dan suami
Jodoh pertemuan sudah tersurat
Berkasih sayang suami isteri
Semoga berbahagia dunia akhirat

14.2.14

KAITAN BERJIMAK DENGAN PENYAKIT PUNDI KENCING

Penyakit pundi kencing atau lebih serius menjadi kanser pundi kencing bermula apabila kencing yang tidak lawas, tidak puas atau selalu meleleh tanpa sengaja untuk buang air kecil. Keadaan ini berlaku bagi orang yang telah berkahwin kerana beberapa sebab dan punca yang kurang disedari penghidapnya.

  • PERTAMA
Apabila seseorang suami menggauli atau menyetubuhi isterinya tanpa mengikuti aturan bersetubuh yang sihat seperti terlebih dahulu bergurau senda dan bercumbu rayu untuk menerbitkan inzal, maka ia boleh menyebabkan pembukaan pundi kencing melembik, urat-urat atau kekuatan organnya akan melemah dan apabila hendak buang air besar menjadi tidak puas, tidak lawas dan meleleh walaupun sudah lepas kencing.
  • KEDUA
Menyetubuhi isteri dalam keadaan badan letih, perut lapar atau dalam keadaan kenyang sehingga naluri hendak bersetubuh dibangkitkan seakan-akan dipaksa untuk mengeluarkan sperma dengan beberapa sebab seperti melihat atau menonton video porno terkutuk sehingga mencetuskan dalam otak untuk melakukan seks, padahal stamina tidak berkehendak untuk itu akan tetapi terus dilakukan juga dengan memaksa sehingga organ urat saraf pundi kencing bekerja dengan terpaksa.   
Tindakan itu adalah salah satu terbentuknya pundi kencing tidak bermaya, melemah, melembek sehingga organ pundi kencing tidak mampu melakukan kerjanya dengan sepatutnya yakni mengembang dan mengecut, kerana itulah seseorang kencing menjadi tidak lawas atau tidak puas.
  • KETIGA
Disebabkan terlalu kerap melakukan persetubuhan yang didorong oleh ubat-ubat yang mengandungi sifat panas yang yang tidak normal, yang tidak sesuai dengan keadaan atau kondisi seperti ubat yang bersepah di merata tempat seperti ubat jantan, pil estasy dan ubat perangsang lainnya yang membakar urat Qawi dalam tubuh dengan secara tidak normal, akibatnya membawa masalah kepada pundi kencing.
  • KEEMPAT
Sudah terbiasa menahan-nahan membuang air kecil seperti dalam perjalanan, kerana kesibukan kerja yang tengah terbengkalai  yang perlu masa sedikit lagi untuk disiapkan, maka kencing yang hendak keluarpun ditahan sehingga pundi kencing penuh padat. Ia membawa lemahnya urat-urat organ pundi kencing sehingga setiap kencing menjadi tidak puas, tidak lawas dan sentiasa meleleh sesudah kencing kerana kecutannya telah melemah.
  • KELIMA
Disebabkan pengaruh kimia di dalam tubuh, dan ia tidak dapat dielakkan kerana makanan dan minuman kita mengandungi kimia dan masa yang sama manusia lupa berlindung dengan Allah dari makanan dan minuman yang mengandungi penyakit dan tidak dinafikan pula ia berupa ujian bagi orang-orang yang beriman.
PUNCA TERJADI PENYAKIT PUNDI KENCING

Telah diterangkan secara sederhana tentang sebab musabab kencing tidak lawas dan untuk seterusnya diterangkan pula sebab musabab penyakit pundi kencing atau kanser pundi kencing yang sangat ditakuti.

Kalau kita renungkan perkembangan kemajuan zaman sekarang, sama ada tentang makan minum, atau tentang budaya sosial manusia, maka kita tidak hairan berbagai-bagai masalah kesihatan akan terjadi pada diri seseorang itu diantaranya ialah penyakit pundi kencing atau kanser pundi kencing dan pada umumnya penghidap penyakit pundi kencing ini atau kanser pundi kencing ialah golongan manusia yang telah bersuami isteri dan dizaman maju sekarang golongan muda juga menghidapnya. Kenapa boleh terjadi?

Sebelum diterangkan ubat-ubatan herba pilihan dan ayat-ayat Quran untuk mengubati penghidap penyakit pundi kencing, adalah lebih baik kita terangkan terlebih dahulu manfaat dan mudarat pelaksanaan nafsu syahwat.

Manusia perlu menyedari bahawa nafsu syahwat adalah salah satu kurnia besar daripada Allah kepada manusia sehingga malaikat merasa cemburu kerananya. Tujuan Allah memberi nafsu syahwat kepada manusia ada beberapa sebab antaranya supaya manusia yakni hamba Allah dan umat Muhammad berkembang biak di atas muka bumi ini. Ia juga supaya manusia dapat berhibur antara suami isteri dengan cara makruf untuk mengimbangi saraf yang regang, hati yang gundah gulana dan sebagainya.

Bagaimanapun, kebanyakan manusia menyalahgunakan pelaksanaan nafsu syahwat tersebut, menyalahgunakan aturan-aturannya sehingga manusia itu ditimpa bala oleh perbuatannya sendiri yang berupa teguran, ujian dan sedikit hukuman.

Sekiranya ia berupa hukuman, maka ubatnya hendaklah segera minta ampun kepada Allah s.w.t. daripada segala dosa dan sekiranya ia berupa teguran maka hendaklah segera kembali ke pangkal jalan dan sekiranya berupa ujian maka ia dinamakan sengsara membawa nikmat. yakni pada zahirnya berupa penyakit tetapi sebaliknya ia berupa pembersih dosa daripada Allah jika redha dengan ujian tersebut walaupun akan terus berusaha untuk mengubati penyakit itu.

Penyakit pundi kencing atau kanser pundi kencing ini tidak banyak sebab dan puncanya tapi perlu diperhatikan untuk dapat dihindarkan. Penyakit ini berkait kerana kerap melakukan jimak atau bersetubuh. Apabila seseorang kerap atau setiap hari melakukan jimak dan setiap jimak sudah tentu diakhiri dengan mengeluarkan sperma atau air mani kadang-kadang protien makanan yang diproses oleh organ buah pinggang dan organ hati (liver) belum sampai ketahap matang. Ia belum menjadi sperma, ia masih berupa antara darah dan air mani akan tetapi nafsu syahwat dibangkitkan untuk mengeluarkannya atas banyak sebab seperti ketagih, menonton gambar dan video lucah, porno dan melihat wanita bogel di merata tempat sehingga ia merangsang untuk melakukan jimak padahal kondisi sperma belum mengizinkan.     

Sekiranya hasrat untuk jimak diteruskan juga dengan memaksa sperma keluar maka yang keluar hanya sperma separuh matang, ada kalanya bercampur darah mentah yang senang dihinggapi kuman. Ia salah satu sebab terjadinya penyakit pundi kencing atau kanser pundi kencing.

DAUN KACANG TUJUH URAI

Dibawah ini diterangkan ubatan herba pilihan serta ayat-ayat al-Quran untuk mengubati penyakit pundi kencing atau kanser pundi kencing secara sederhana.

Ambil tujuh biji buah manjakani ditumbuk sampai pecah berderai lalu direbus dengan tujuh gelas air sampai menggelegak. Setelah dingin, air tersebut diblenderkan dengan tujuh tangkai daun kacang tujuh urai serta isi buah keras tiga biji. Selepas menunaikan solat fardhu Isyak lalu dibacakan padanya satu kali surah al-Fatihah, tiga kali surah al-Ikhlas, dan 100 kali surah al-Kautsar. Minum air tersebut satu gelas sebelum tidur malam selama tujuh malam berturut-turut dan setiap kali hendak minum air tersebut hendaklah dipanaskan dahulu supaya ia tidak basi dan selama mengamalkan minum ubat hendaklah dijauhi makan dan minum yang mengandungi garam.    
 

13.2.14

Namaku : UANG (suka di panggil DUIT)


(Rugi jika tidak baca, dan jangan lupa share)

Wajahku biasa saja, fisikku juga lemah, namun aku mampu merombak tatanan dunia.
Aku juga "bisa" merubah Perilaku, bahkan sifat Manusia' karena manusia mengidolakan aku.
Banyak orang merubah kepribadiannya, mengkhianati teman, menjual tubuh, bahkan meninggalkan keyakinan imannya, demi aku!

Aku tdk mengerti perbedaan orang saleh & bejat, tapi manusia memakai aku menjadi patokan derajat, menentukan kaya miskin & terhormat atau terhina.

Aku bukan iblis, tapi sering orang melakukan kekejian demi aku.

Aku juga bukan org ketiga, tapi banyak suami istri pisah gara2 aku.
Anak dan orangtua berselisih gara2 aku.

Sangat jelas juga aku bukan Tuhan, tapi manusia menyembah aku spt Tuhan, bahkan kerap kali hamba2 Tuhan lebih menghormati aku, padahal Tuhan sudah pesan jgn jadi hamba uang..

Seharusnya aku melayani manusia, tapi kenapa malah manusia mau jadi budakku?

Aku tdk pernah mengorbankan diriku untuk siapa pun, tapi banyak orang rela mati demi aku.

Perlu aku ingatkan, aku hanya bisa menjadi alat bayar resep obat anda, tapi tdk mampu memperpanjang hidup anda.

Kalau suatu hari anda dipanggil Tuhan, aku tdk akan bisa menemani anda, apalagi menjadi penebus dosa2 anda, anda harus menghadap sendiri kpd sang Pencipta lalu menerima penghakimanNYA.

Saat itu, Tuhan pasti akan hitung2an dgn anda, APAKAH SELAMA HIDUP ANDA MENGGUNAKAN aku dgn baik, atau sebaliknya MENJADIKAN aku sebagai TUHAN?


Ini informasi terakhirku:
Aku TIDAK ADA DI SURGA,
Jadi jangan cari aku disana.

Salam sayang,

Ttd
.̷̸ ̷̷̸̸̷̸̐̐ ̸̷̸̐ ̸̷ ̷̸
UANG


______________________________________ 


DOSAMU AKAN DIAMPUN DI PETANG HARI!

Semua orang berhasrat anak-anak mereka akan mendapat pekerjaan yg baik,jawatan tinggi, professional dg satu harapan iaitu kerjanya mudah,tak teruk.Orang dulu hingga sekarang selalu mengancam anak-anak dg kata-kata kalau mengaji tak pandai,nanti kerja angkat sampah, kerja bendang, motong getah, jadi nelayan, kerja kilang,jual burger?Takutnya kita kalau anak tak kerja makan gaji,takutnya anak-anak terpaksa bekerja teruk utk hidup.Marilah kita meneliti beberapa hadis.

At Tabrani meriwayatkan Rasulullah bersabda,”Sesungguhnya di antara dosa-dosa yg ada yg tidak boleh dihapuskan dg pahala solat,sedekah atau haji,namun dapat ditebus dg kesusahpayahan dalam mencari nafkah.”Maksudnya susahpayah bekerja mencari nafkah akan menghapuskan sebahagian dosa yg tak dapat dihapuskan oleh solat,sedekah dan haji.Hadis ini dikuatkan dg hadis riwayat Ahmad,nabi bersabda,”Sesiapa sahaja keletihan pada waktu hari akibat bekerja terlalu kuat,semua dosanya akan diampunkan pada petang itu.”

Dalam hadis lain nabi bersabda,”Sesungguhnya Allah suka kpd hambanya yg bekerja dan berusaha.Barangsiapa bersusah payah mencari nafkah utk keluarganya,maka dia serupa dg seorang mujahid di jalan Allah Azza wajalla.”Riwayat Ahmad.

Tinggi jawatan,besarnya pekerjaan,banyaknya gaji hanyalah pada ukuran manusia,tetapi tuhan melihat dari segi susah payahnya seseorang hamba bekerja utk hidupnya dan diberi ganjaran pengampunan dosa dan diiktiraf seperti mujahid.Dg itu apa nak kesal jika kita terpaksa teruk bekerja,pada mata manusia dipandang rendah kerana mereka menilai wang dan kerehatan,pada sisi tuhan mereka diberiganjaran yg besar.Ini tak bermakna orang berjawatan tinggi,professional tak boleh memperolehi ganjaran pengampunan menerusi kerjanya,dg syarat dia juga kena bekerja kuat,penuh tanggungjawab sama seperti mereka yg bersusah payah dlm pekerjaan lain.Yg membezakan mereka hanya gaji,pendapatan yg merupakan rezeki.tetapi yg lebih baik adalah apa yg disisi Allah.

Hakikat disisi tuhan pekerjaan adalah ibadat,bukan utk membina kekayaan,membina kedudukan.Mereka yg tersasar menjadikan pekerjaan utk bermegah,berkuasa,pekerjaan menyebabkan mereka lupa tanggungjawab kpd Allah kerana terlalu sibuk dan dilalaikan,terlupa kpd masyarakat.

Kesimpulannya,apapun pekerjaan kita,bersungguhlah dlm melaksanakannya moga kita mendapat pengampunan ketika pulang setiap hari.Biarlah letih bekerja menjadi tukaran yg dibawa kehadapan tuhan utk nilai yg lebih baik,jangan merungut,tetapi bersyukurlah..Jangan kesal kita tak berjawatan besar,tak bergaji besar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...