facebook

facebook

Mari beri sokongan

1.1.14

PeDoMAN MELAYU

PENGENALAN

Mengenal Melayu bererti mengenal kulit dan isinya dan bukan sekadar mengenal diri orang Melayu itu dan budayanya bahkan harus menyusur lebih jauh dalam mengenal akan tunjang dan pucuk citranya serta repisan dan serpihannya sehingga kini. Disini mengenal Falsafah Melayu itu bererti mendapatkan hakikat erti sebenarnya siapa dan apa itu Melayu. Walapun terdapat pelbagai opini dan tafsirkata yang menyatakan apa itu Melayu namun ianya masih belum sempurna kerana Melayu itu belum lagi dapat dikamuskan dalam pemikiran orang Melayu sebagai satu asal dan usul dirinya orang Melayu ZAHIR dan BATINnya itu serta kehidupannya sebagai orang Melayu.

Mengenal Melayu bererti memahami keseluruhan warisan ketamadunannya yang kini telah lupus hilang akibat perubahan zaman dan perubahan budaya serta akibat berlakunya migrasi atau pengaruh budaya luar kedalam lingkungan masyarakat Melayu. Maka pengenalan diatas Melayu seharusnya dan sepatutnya berfalsafahkan kedirian orang Melayu itu sendiri serta ketamadunan dan budayanya yang asli dan bukan fakta kefalsafahan yang terujud hasil dari kenyataan yang telah dirobah dan penulisan yang di sunting mengikut fakta kajian dan pandangan dari mereka yang bukan ahlinya.

Pada hari ini masih ramai dikalangan orang Melayu yang masih jahil dan tidak memahami akan ertikata Melayu kerana beranggapan erti Melayu yang diterima oleh masyarakat yang ada hanya ditafsirkan dari sudut dewan kamus bangsa yang bukan bangsa Melayu dan mengikut fakta sejarah yang dikaji dan ditulis oleh mereka yang bukan ahlinya serta meluruti usul bangsa mengikut pengkajian antrofosofi yang mana berdasarkan pengilmuan barat membataskan Melayu itu diatas struktur genetik fizikal sahaja tanpa mengambil kira akan keruhaniannya. Melayu harus dilihat atau manusia itu sendiri harus dilihat bukan sahaja dari sudut proses “PHYSICAL MIGRATION” tetapi juga dalam bentuk “SOUL MIGRATION”nya kerana keduanya saling diperlukan untuk membentuk diri manusia itu sendiri.

Memahami akan teori evolusi, kajian yang dibuat hanyalah diatas fakta perubahan fizikal manusia itu yang mengalami proses peerubahan itu, dari satu bentuk ke bentuk yang lain contohnya bermula ras manusia dari HOMO ERECTUS sehingga berubah menjadi spesis yang dikenali sebagai “HOMO SAPIEN” iaitu manusia yang dikenali sekarang ini. Namun begitu masih terdapat “MISSING LINK” yang menjadi permasaalahan perkaitan fizikal evolusi yang mana membuka ruang untuk cerapan teori lain untuk mengisinya. 

Dari sudut keruhaniannya pula tiada banyak pengetahuan tentangnya hanya sekadar kutipan fahaman dan pembuktian penulisan yang didapati raihan kitab-kitab agama serta kajian teologi sedunia. Namun itu semua masih banyak kesamarannya kerana sebagaimana fizikalnya manusia itu melalui evolusinya tersendiri maka dalam bentuk keruhanian pasti jua mengalami evolusinya namun tiada pembuktian perbezaan atau perubahan yang diceritakan seolah-olah tiada identiti yang berbeza memisahkan antara satu bangsa dengan bangsa yang lain dalam bentuk keruhaniannya. Jadi, pengevolusian fizikalnya harus jua selari dengan keruhaniannya kerana jika hanya fizikalnya berubah, keruhaniannya tidak, bagaimana pula kedudukan nilai moral, budaya serta pemikiran satu-satu bangsa itu ternyata terbeza antara satu dengan yang lain.

Maka disini hendak ditekankan jika kita hendak memahami secara keseluruhan orang itu dan bangsanya harus kita mendapatkan butir-butir identitinya secara ZAHIR dan BATIN kerana jika ditinggalkan keruhanianya maka kita hanya mendapat identiti yang sama didalam kehidupan bangsa manusia dan nescaya jika sama semuanya keruhanian itu maka tidak perlu banyak agamanya, kepercayaannya, kefahamannya serta falsafah kehidupannya. Inilah yang hendak dipaparkan apabila membincangkan Melayu itu, ia harus didalam dua konteksnya iaitu ZAHIR dan BATINnya.

Setiap pembukuan akan pengenalan Melayu yang sedia ada terdapat banyak kepincangan dalam konteks penjelasannya. Para penulis dan ahli akademik sendiri di dalam mentakrifkan Melayu itu banyak bersumberkan pandangan orang barat dan dari mereka yang cuba menjadi “AUTHORITY” Melayu di mana mereka membuat andaian mereka sendiri tentang apa dan siapa Melayu itu. Adalah amat mengecewakan jika dilihat fakta tertera yang rata-rata hanya merendahkan martabat Melayu serta menghina kewibaan orang Melayu dan budayanya sehingga kita sebagai orang Melayu hari ini hanya menjadi hamba abdi kepada mereka kerana terpasung dalam konsepsi mereka dan mengakuri kenyataan mereka tentang apa dan siapa Melayu itu. 

bersambung.....

3 comments:

Aida Ismail said...

Takkan Melayu hilang didunia~ :D

paridah said...

bangga berbangsa Melayu...

hazlina azmi said...

nice sharing..jemput follow blog saya yang tak seberapa itu..;)
http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...