facebook

facebook

Mari beri sokongan

3.1.14

KeDoMAN Melayu - ke manakah arah tuju kita?



Kita orang Melayu digenerasi terkini terhimpit sudah dan dibiuskan pemikirannya dan tiada dibenarkan untuk menyuarakan rasa hati dan membuahkan fikiran hasil penilikan dan pengamatan sendiri berumbikan hak kita sebagai orang Melayu dan akibatnya kita orang Melayu tidak dapat bangun dan tegak bersuara sebagai bangsa yang perkasa, hanyalah sebagai kuli dan hamba yang hanya menjayakan doktrin dan ajaran ketuanan bangsa asing yang telah menyerap, meliputi dan menjadi darah daging kita.


Ini adalah benar jika kita mahu menerima hakikat bangsa kita hari ini. Orang Melayu pada generasi kita hari ini sudah hilang jati dirinya, sudah hilang akar umbinya, sudah hilang punca kegemilangan zaman silamnya, sudah murah harga dirinya kerana orang Melayu sekarang ini adalah MELAYU HAMBA dan bukan MELAYU TUAN. Maka dimanakah ketuanan orang Melayu itu sebagaimana yang sibuk dilaungkan oleh pelbagai pihak dari pelbagai lapisan dan dimanakah kedaulatan orang Melayu itu jika orang Melayu yang ada kini hanya berbudayakan budaya bangsa yang menjajahnya tiada kira dari segi budayanya dan pemikirannnya. Ternyata hanya budaya TUANnya bangsa penjajah tercerna didalam acuan dirinya dimana didalam setiap aspek dirinya tercermin dan tersira aspek TUANnya bangsa penjajah itu sehingga hidup dan matinya orang Melayu itu tetap dalam hukum doktrin dan ajaran bangsa penjajah, TUANnya yang mulia dan disanjungnya.

Sampai bilakah kehendak kita dinafikan demi menyatakan Melayu dalam persepsi kita sendiri? Sampai bilakah semuanya itu dapat dijadikan kenyataan? Sampai bilakah pula orang Melayu yang ada kini harus hidup tanpa integritinya, tanpa identiti Melayunya dan haruskah selamanya bertaut dan berselubung dengan budaya penjajah? Takkan sudah didalam era kemerdekaan ini masih tetap kita orang Melayu dijajah oleh mereka. Kita secara tubuhnya sudah bebas dan tidak lagi menjadi boneka kehambaan bangsa penjajah namun pemikiran kita masih tetap terbelenggu dan dipaku dengan ideologi mereka dan falsafah kehidupan mereka sehingga kita menjadi malu mengatakan diri kita ORANG MELAYU. Kita takut akan bayangan Tuan kita bangsa penjajah akan membuang kita sebagai hamba tidak bertuan dan tidak mengiktirafkan ketaatan dan kesetiaan kita pada mereka. Nescaya kita akan dikutuk oleh TUAN kita bangsa penjajah itu. Kita orang Melayu malu akan dirinya, malu ZAHIR DAN BATINNYA MELAYU.

Akibat tersadong dan terkena hikmat bangsa penjajah, kita orang Melayu sudah jauh dari paksi dirinya dan kejatian dirinya. Akibat pengdoktrinan mereka serta ajaran yang menjadi rukun hidup kita orang Melayu, maka menjadilah ia satu penyakit yang membusong dan menguntut di dalam masyarakat sehingga menjadi ia kekemelutan masaalah sosial dan psikologi orang Melayu hari ini. Sebenarnya ia bukanlah masaalah baru tetapi sudah berakar umbi semenjak dijajah oleh bangsa lain yang menyebarkan doktrin serta ajaran budaya mereka yang sememangnya tidak sinonim dan tiada asas kemelayuan yang menjadi teras dan fondasi doktrin mereka.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...