facebook

facebook

Mari beri sokongan

7.12.13

Ya'juj dan Ma'juj

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Sesungguhnya kesemua tanda-tanda kecil qiamat telah lengkap sempurna. Salah satu dari tanda-tanda besar sebelum datangnya hari qiamat adalah munculnya Ya'juj dan Ma'juj. Ya'juj dan Ma'juj sehingga kini masih menjadi misteri bagi sesetengah pihak, yang mana para pengkaji sejarah Islam dan sebahagian ulama sendiri mempunyai pelbagai penafsiran tentang hal ini. Merujuk kepada hadis riwayat Imam Muslim ini;

10 Tanda Besar Qiamat

Dari Huzaifah bin Asid Al-Ghifari r.a., berkata, “Datang kepada kami Rasulullah SAW dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu Baginda SAW bersabda: “Apa yang kamu semua perbincangkan?”.

Kami menjawab:

“Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”.

Lalu Nabi SAW bersabda:

“Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya 10 macam tanda-tandanya”.

Kemudian Nabi SAW menyebutkannya:

1. Dukhan (Asap: rujuk Surah ke-44, Ad Dhukan)

2. Al Masih Ad Dajjal

(Fitnah terbesar di akhir zaman: Rujuk Surah ke-18, Al Kahf ayat 1-110 sebagai pelindung dan pedoman untuk kita, umat Islam perlulah menghidupkan mata hati bagi menilai segala sesuatu bukannya mata zahir)

3. Dabbatul Ardhi

(binatang bercakap keluar dari Tanah berhampiran Bukit Shafa di Mekah)

4. Terbit matahari dari tempat tenggelamnya

(dari Barat ke Timur atau ada pendapat sesetengah ulama ia kaitan dengan Modern Western Civilization iaitu "cahaya" kehidupan Barat diagungkan dan menjadi ikutan seluruh umat manusia)

5. Turunnya Isa Ibnu Maryam a.s.

(pergolakkan di Syria, Damascus terletaknya Masjid Umayyad, Menara Timur turunnya Baginda berbaju kuning muda dari langit bersama dua malaikat sebelum jemaah Imam al Mahdi menunaikan solat subuh)

6. Ya'juj dan Ma'juj

(Dua jenis tamandun manusia)

7. Gempa bumi, sekali di Timur;

8. Sekali di Barat dan;

9. Ketiga di Semenanjung Arab

10. Api yang keluar dari arah negeri Yamen yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. (bunga-bunga pergolakkan di Yamen)

(Hadis Riwayat Muslim)

وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَاناً لِّكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَى لِلْمُسْلِمِينَ

Dan Kami turunkan kepadamu (Nabi Muhammad) Al Kitab (Al Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri

(Surah Al Nahl : 89)

Ya'juj dan Ma'juj dalam bahasa Arab dapat diterjemahkan melalui asal dari perkataan “Aj” atau “Ajij”. “Ajij” yang membawa maksud api yang membara dan “Ajja” bermaksud “Asra” iaitu membawa maksud dia bergerak dengan pantas. Selain itu perkataan “Ma'juj” juga dapat dilihat dalam persamaannya dengan perkataan Arab iaitu “Maja” dan “Yamooj” yang membawa maksud gelombang atau yang menyebarkan. Maka secara keseluruhanya dapatlah kita simpulkan hubungan perkataan tersebut sebagai “api yang membara” dan “untuk membesarkan dan menyebarkanya”. Lalu memusnahkan segala yang berada di laluannya.

Ya'juj dan Ma'juj adalah nama dua kaum besar anak cucu Nabi Adam a.s yang berasal dari keturunan Yafits bin Nabi Nuh a.s.

Dari Samurah bin Jundub r.a., Rasulullah SAW bersabda:

"Putra Nuh ada tiga, iaitu Sam, Ham, dan Yafits."

(Hadis Riwayat Ahmad dan Hakim)

Dari Samurah bin Jundub dan Imran bin Husain r.a., Rasulullah SAW bersabda:

"Putra Nuh ada tiga, iaitu Sam Abul Arab, Ham Abul Habasyah, dan Yafits Abur Rum."

(Hadis Riwayat Tabrani)

Para ulama dan pengkaji sejarah menyatakan bahawa putra Nabi Nuh a.s. ada tiga iaitu Sam, Ham, dan Yafits. Sam adalah bapak orang Arab, Persia, dan Romawi. Ham adalah bapak kaum Habsyi, Negro, dan Naubah, manakala Yafits adalah bapak kaum Turk, Slavia, dan Ya'juj Ma'juj.

Abu Sa'id Al-Khudri mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Allah SWT berseru pada hari kiamat, wahai Adam, bangkitlah dan keluarkanlah utusan (penghuni) neraka."

Lalu Adam berkata,

"aku penuhi perintah-Mu dan segala kebaikan berada pada tangan-Mu, wahai Tuhanku siapa utusan penghuni neraka itu?"

Lalu Allah SWT menjawab,

"(iaitu) sebanyak 999 orang dari setiap 1000 orang"

maka pada saat itu kanak-kanak menjadi beruban (kerana takut), kandungan wanita yang hamil berguguran, dan kamu melihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak mabuk, tetapi azab Allah SWT itu sangat keras".

(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Ya'juj dan Ma'juj ini mempunyai kaitan sejarah keturunan Nabi Nuh as. Saat menjelang kewafatan, Nabi Nuh a.s memanggil anak-anaknya (Sam, Ham dan Yafits) untuk menghadap beliau. Maka Sam segera datang menemuinya, namun kedua saudaranya tidak muncul iaitu Ham dan Yafits. Akibat dari ketidakpatuhan Ham dan Yafits, Allah SWT kemudian menurunkan bala kepada mereka berdua. Yafits yang tidak datang kerana lebih memilih berdua dengan isterinya (berhubungan suami isteri) kemudian melahirkan anak bernama Sannaf. Kelak kemudian Sannaf melahirkan anak yang ganjil.

Dari Imran bin Hushain r.a., Rasulullah SAW bersabda:

"Dan demi jiwaku yang berada dalam genggaman-Nya bahawa kalian adalah kilauan dua makhluk yang selalu berkembang jumlahnya iaitu Ya'juj dan Ma'juj yang berasal dari keturuan Adam keturunan Iblis"

(Hadis Riwayat at Tirmidzi)

Dari Abdullah bin Amr r.a., Rasulullah SAW bersabda :

 "Ya'juj dan Ma'juj berasal dari keturunan anak Adam, dan jika mereka diutus kepada manusia pastilah mereka akan merosak kehidupan manusia dan tidak seorang pun dari mereka yang mati kecuali ia telah meninggalkan jumlah keturunannya mencapai 1000 lebih."

(Hadis Riwayat Ath-Thayalisi dalam Musnadnya).

Imam Thabrani menambahkan, dibelakang mereka terdapat tiga kelompok, iaitu Ta'wil, Maris, Mesekh."

Berdasarkan kepada kitab injil dan sejarah Yahudi: Kronikal 1-5

Ya'juj datang dari keturunan Ruben, manakala Ma'juj datang daripada keturunan Jefet, yang mana kedua-dua keturunan ini berasal daripada keturunan Nabi Nuh as. Dalam bahasa Hebrew, Ya'juj dikenali sebagai “Melekh Eretz Magog” yang bermaksud raja kepada tanah Ma'juj. Manakala Ma'juj dalam bahasa Hebrew membawa maksud “daripada Gog”.

Gog di dalam Injil ialah sama dengan Ya'juj yang dinyatakan di dalam al Quran dan selain itu Ya'juj dikatakan sebagai Ketua Negara Russia.Terdapat tiga nama yang dinyatakan di dalam Injil iaitu ROSH atau Russia, MESHECH atau Moscow dan TUBAL atau Tobalsk.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...