facebook

facebook

Mari beri sokongan

29.12.13

Tiga Pemberian yang tidak boleh di tolak



Dari Ibnu Umar rodhiyallahu anhu :

Rasulullah shollahu alayhi wassalam bersabda,

“Ada tiga pemberian yang tidak boleh ditolak, iaitu bantal, minyak wangi dan susu.”

((Riwayat Tirmidzi, Abu Syaikh dan Baghawi) – Hadis Hasan



-lafaz "الْوَسَائِدُ itu membawa maksud sesuatu yang menyerupai tempat duduk seperti kerusi, sepertimana kebiasaan arab dalam memuliakan tetamunya dengan menyediakannya untuk orang yang berkunjung kerumahnya..(bukannya bermaksud lafaz bantal yang digunakan orang melayu hanya untuk tidur)

-pada suatu hari telah masuk jarir bin yazid ke rumahnya sya'bi-bersamanya sebilangan alim ulama-maka sya'bi menyuruh menyediakan bantal, maka mereka berkata tidak perlu kerana mereka sudah tua(tidak kisah) maka berkata sya'bi bahawa nabi s.a.w pernah bersabda "apabila datangnya seorang yang mulia diantara kamu maka muliakanlah mereka"
disebabkan itu terdapatnya larangan menolak pemberian tesebut dan juga yang menyerupai dengannya..

-diriwayatkan tabroni suatu hari datang ibnu umar pada ibnu matiq dan memberikan salam padanya maka dibalas salamnya dengan lafaaz waalaikmussalam dan selamat datang wahai ayahnya abdul rahman dan mempersilakan ibnu umar duduk diatas bantal lalu berkata ibnu umar "sekiranya aku tidak pernah mendengar sabda nabi s.a.w " tiga pemberian yang tidak boleh ditolak, iaitu bantal, minyak wangi dan susu.”nescaya aku tidak akan duduk diatasnya.

-dalam musannif abi syibah bahawa abu qilabah telah memberi bantal pada seeorang lelaki dan berkata abu qalabah "janganlah kamu menolak penghormatan yang diberikan pada kamu"

-ibnu hajar: telah berkata mirak apabila seseorang memberikan kemuliaan pada tetamunya dengan menyediakan bantal maka janganlah ditolaknya dan adapun sebab larangannya menolak pemberian bantal,susu,dan miyak wangi kerana ia merupakan pemberian yang sedikit nilainya dan tidak patut ia menolaknya.



“Barangsiapa membiasakan diri untuk beristighfar, Allah akan memberikan jalan keluar baginya dari setiap kesulitan.”
(HR. Abu Daud)

4 comments:

Fidah Shah said...

T.kasih atas perkongsian. Setiap satu barang itu ada nilainya yg tersendiri

paridah said...

info yg berguna...terima kasih perkongsiannya..

indah purnamasari said...

trimaksih infox ..
d tnggu knjngn blikx di http://indahjiefale.blogspot.com/

* OZIE MAHSA said...

Tq mengnai bantal tu....baru tahu hehee...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...