facebook

facebook

Mari beri sokongan

22.12.13

Terbukanya Dinding atau Tembok Ya'juj dan Ma'juj


Tembok menyekat kaum Ya'juj dan Ma'juj telah lama terbuka apabila orang Yahudi iaitu sesetengah Bani Israel dan kaum lain yang beragama Yahudi kembali ke Baitulmaqdis (Jerusalem) dan membentuk negara Israel pada tahun 1948. Allah SWT telah memberi keterangan di bawah bagi menjelaskan kepulangan Yahudi ke Baitulmaqdis:
“…Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Ya'juj & Ma'juj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi...”; (21:95-96)
“Penduduk” dimaksudkan ialah orang Yahudi, “negeri” adalah Baitulmaqdis,“Ya'juj dan Ma'juj” adalah Yahudi (Khazar dan Eropah Barat), dan “meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi” bermaksud Ya'juj dan Ma'juj menguasai dan menjajah keseluruhan aspek kuasa-kuasa pemerintahan dunia.
Allah SWT malahan menyatakan “mustahil” bagi orang Yahudi untuk pulang ke Baitulmaqdis, kecuali setelah tembok menyekat Ya'juj & Ma'juj terbuka dan mereka telah berkuasa atas setiap manusia (The World Order of Gog dan Magog). Orang Yahudi telah lama pulang ke negeri Baitulmaqdis dan membentuk negara Israel pada tahun 1948 dengan diiktiraf kuasa-kuasa dunia terutama Eropah dan USA dan mana-mana negara yang menentang atau memberi ancaman kepada Israel akan menerima sekatan pelbagai bentuk dari Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Oleh itu apakah penjelasan kepulangan mereka ke Baitulmaqdis? Sedangkan Allah SWT melarang mereka pulang dan menuntut kembali hak tersebut sekiranya berlaku kezaliman? Sepertimana kita ketahui Yahudi telah melakukan dua kali kemungkaran di Tanah Suci ini dan dihalau oleh Allah SWT melalui serangan kerajaan Babylon dan Byzentine dan sekarang adalah kemungkaran yang ketiga dan yang terakhir..dan akan dihalau oleh tentera panji hitam (Imam al Mahdi, Isa Ibnu Maryam dan para tenteranya)
Antara ayat al Quran berkaitan dua kali kermukaan Yahudi di Tanah Suci:
وَقَضَيْنَا إِلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ فِي الْكِتَابِ لَتُفْسِدُنَّ فِي الأَرْضِ مَرَّتَيْنِ وَلَتَعْلُنَّ عُلُوّاً كَبِيراً 
Dan telah Kami tetapkan terhadap Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar". 

(Surah Al Israa': 4)


لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُواْ مِن بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوا وَّكَانُواْ يَعْتَدُونَ 
Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka durhaka dan selalu melampaui batas. 

(Surah Al Maidah : 78)
Syarat ditetapkan dan balasan yang akan dikenakan, dan sepertimana yang kita ketahui sekarang Yahudi di Palestin kembali dengan kemungkaran.
عَسَى رَبُّكُمْ أَن يَرْحَمَكُمْ وَإِنْ عُدتُّمْ عُدْنَا وَجَعَلْنَا جَهَنَّمَ لِلْكَافِرِينَ حَصِيراً 
Mudah-mudahan Tuhanmu akan melimpahkan rahmat(Nya) kepadamu; dan sekiranya kamu kembali kepada (kedurhakaan) nescaya Kami kembali (mengazabmu) dan Kami jadikan neraka Jahannam penjara bagi orang-orang yang tidak beriman. 

(Surah Al Israa' : 8)
Ini jelas menunjukkan golongan Yahudi amat berkuasa dan berbangga diri dengan apa yang telah mereka lakukan dan bermaksud tembok telah terbuka dan Ya'juj dan Ma'juj telah lama menguasai pemerintahan. Golongan Yahudi dikembalikan melalu agenda puak Khazar dan puak Eropah Barat, iaitu Pakatan Yahudi dan Nasrani Zionist yang menguasai dunia hari ini dan digambarkan di dalam Surah al Kahf sebagai kaum Ya'juj dan Ma'juj. Mereka malahan boleh dianggap menguasai dunia hari ini kerana tiada negara yang mampu menghalang mereka daripada menghancurkan Palestine.
Fakta kedua menyokong dakwaan tembok Ya'juj dan Ma'juj telah lama terbuka ialah berdasarkan keterangan Allah SWT di bawah:
“…Maka mereka… tidak dapat menebuknya…”; Surah al Kahf : 97
Ayat menyatakan mereka tidak dapat “menebuk” tembok tersebut. Beribu-ribu tahun Allah SWT memelihara tembok tersebut, dan tiada satu makhluk pun di seluruh alam ini mampu “menebuk” tembok kecuali dengan keizinan Allah SWT, iaitu apabila Allah SWT mengizinkan Ya'juj dan Ma'juj dilepaskan.

 



Koleksi hadis Mutawatir berkaitan Ya'juj dan Ma'juj untuk rujukan bersama:
Dari Zainab binti Jahsy r.a., bahawa Rasulullah SAW bangun dari tidurnya dan bersabda,

"Laa ilaaha illallaah", celakalah orang-orang Arab kerana suatu bencana akan berlaku, iaitu hari ini dinding (tembok) Ya'juj dan Ma'juj telah terbuka sebesar ini. (membuat lingkaran dengan jari telunjuk dan ibu jari).

Zainab binti Jahsy r.a., lalu bertanya,
Wahai Rasulullah, apakah kita semua akan binasa padahal di antara kita banyak terdapat orang-orang soleh?

Baginda SAW menjawab,
Ya, jika banyak berlaku kemaksiatan.
(Hadis Riwayat Muslim)


Dari Zainab binti Jahsy r.a., Rasulullah SAW bangun dari tidurnya dengan wajah kemerahan, lalu Baginda SAW bersabda, "Laa ilaaha illallaah", celakalah orang-orang Arab kerana suatu bencana akan berlaku, iaitu hari ini dinding (tembok) Ya'juj dan Ma'juj telah terbuka sebesar ini. (membuat lingkaran dengan jari telunjuk dan ibu jari).

Zainab berkata,
"Aku bertanya, "Apakah kita akan celaka wahai Rasulullah, sedangkan di antara kita masih terdapat orang- orang soleh?"

Baginda SAW menjawab,
"Ya, apabila kekejian telah tersebar luas"
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)


Dari Zainab binti Jahsy r.a., Rasulullah SAW datang kepadanya dengan gemetar sambil berkata,

"Laa ilaaha illallah, celakalah bangsa Arab kerana keburukan yang telah dekat, hari ini telah dibuka benteng Ya'juj dan Ma'juj seperti ini". Baginda SAW memberi isyarat dengan mendekatkan telunjuknya dengan jari sebelahnya.

Zainab binti Jahsy berkata, Aku bertanya,
"Wahai Rasulullah, apakah kita akan dibinasakan sedangkan ramai orang-orang yang soleh?"

Baginda SAW menjawab,
"Ya, benar jika keburukan telah bermaharajalela"
(Hadis Riwayat Bukhari)


Dari Zainab binti Jahsy r.a., Rasulullah SAW bangun dari tidurnya dengan wajah kemerahan, lalu Baginda SAW bersabda, "LAA ILAAHA ILLALLAAH", Baginda SAW mengulanginya tiga kali, celakalah bagi bangsa arab kerana keburukan yang telah mendekat, saat ini penghalang Ya'juj dan Ma'juj telah dibuka seperti ini, Baginda SAW memperagakan jarinya dengan membentuk angka sepuluh.

Zainab binti Jahsy berkata, Aku bertanya,
"Wahai Rasulullah, apakah kita akan dibinasakan sedangkan ramai orang-orang yang soleh?"

Baginda SAW menjawab,
"Ya, bila kekejian kian banyak.
(Hadis Riwayat at Tirmidzi)


Dari Zainab binti Jahsy r.a., Rasulullah SAW datang kepadanya dengan gemetar sambil berkata,

"Laa ilaaha illallah, celakalah bangsa Arab kerana keburukan yang telah dekat, hari ini telah dibukakan pemisah Ya'juj dan Ma'juj seperti ini". Baginda SAW memberi isyarat dengan mendekatkan telunjuknya dengan jari sebelahnya.

Zainab binti Jahsy berkata, Aku bertanya,
"Wahai Rasulullah, apakah kita akan dibinasakan sedangkan ramai orang-orang yang soleh?"

Baginda SAW menjawab,
"Ya, benar jika keburukan telah bermaharajalela"
(Hadis Riwayat Ahmad)
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda,

"Saat ini (tembok) penghalang Ya'juj dan Ma'juj telah terbuka seperti ini." Baginda SAW mengilustrasikannya sambil melingkarkan (jari) tangan Baginda yang maksudnya sembilan puluh kemudian menyatukannya.
(Hadis Riwayat Ahmad)


Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda,

"Allah membuka benteng Ya'juj dan Ma'juj seperti ini". Baginda SAW mengilustrasikannya dengan tangan Baginda yang maksudnya sembilan puluh.
(Hadis Riwayat Bukhari)


Dari Abu Hurairah ra, Baginda SAW bersabda:

"Hari ini dinding Ya'juj dan Ma'juj telah terbuka sebesar ini. (menekuk jari telunjuk sampai ke pangkal ibu jari).
(Hadis Riwayat Muslim)

Apakah maksud hadis apabila dibaca bersama ayat 97 Surah al Kahf yang menyatakan Ya'juj dan Ma'juj “tidak dapat menebuknya”? Ini membuktikan Allah SWT telah melepaskan mereka kerana fakta tembok berlubang membuktikan mereka telah berjaya menebuk tembok. Tembok tidak akan berlubang jika tidak boleh ditebuk!

Oleh itu fakta tembok berlubang membuktikan Ya'juj dan Ma'juj dilepaskan semasa zaman kehidupan Rasulullah SAW di Madinah, iaitu selepas Allah SWT menukarkan kiblah ke arah Kabbah. Meraka yang masih berpegang Ya'juj dan Ma'juj akan dilepaskan selepas Ad Dajjal akan terus menerus menunggu sehinggalah bumi ini hancur dan qiamat, dan Ya'juj dan Ma'juj tetap tidak kunjung tiba. Sepatutnya mereka memikirkan kembali kepercayaan mereka yang bercanggah dengan Al Quran dan hadith dan bertanya diri sendiri jawapan bagi persoalan di bawah:

1. Bagaimana dengan penjelasan kepulangan orang Yahudi ke Baitulmaqdis dan membentuk negara Israel pada tahun 1948 (Surah al Anbiya : 95-96)?

2. Rasulullah SAW menyatakan tembok telah berlubang, iaitu telah berjaya ditebuk Surah al-Kahf : 97).

3. Kenapa terdapat ketepatan fakta yang sempurna menghubungkan al Quran dengan sejarah Yahudi Khazar? Sedarilah tipu daya itu teorinya tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah, manakala kebenaran itu sebenarnya lebih terang dan tetap tidak berubah-ubah.

Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas


terdapat banyak pendapat dari pelbagai pihak tentang Ya'juj dan Ma'juj belum keluar, tetapi tiada satu pun kenyataan rasmi dan penjelasan bertulis yang mengukuhkan penafian mereka dan memberi jawapan yang tepat tentang keadaan yang berlaku di Tanah Suci Jerusalem, kembalinya Yahudi di situ dan kejatuhan kuasa-kuasa Islam.

# Yakjuj Makjuj Bah 1 
# Yakjuj Makjuj Bah 2 (Adakah Ya'juj dan Ma'juj Manusia)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...