facebook

facebook

Mari beri sokongan

28.12.13

MOdel PLayBoy Bunny berubah penampilan



Felixia Yeap Official Blog
Felixia Yeap Facebook

Amoi Chantek! memang cantik amoi ni, kalo nk tahu ni lah amoi yg sekarang ni maseh lagi terikat kontrak dengan majalah Playboy Bunny di mana model ni mendedahkan sebahagian tubuhnya untuk tatapan umum. Tetapi amoi ni sekarang dah berubah penampilannya dengan berpakaian berhijab walaupun belum menganut agama Islam. Beliau ialah Felixia Yeap!


Namun begitu, walaupun dia maseh beragama buddhist dan perubahan yg dilakukannya adalah satu perubahan positif dari segi penampilan yg menjolok mata kepada penampilan yg menutup keseluruhan anggota tubuhnya. Bahkan sesiapa saja kaum adam yg melihatnnya pasti tidak berkedip matanya jika dia menampilkan pakaian seksi. Malah di dalam keadaan berhijab sekalipun, amoi ini tetap cantik dan sejuk mata memandangnya. Sekalung tahniah buat Felixia dengan perubahan positif ini.


Bagi sesiapa yg sering mengikuti perkembangan Felixia baik di dalam blog mahupun di laman Facebook, pasti menyeronokkan. Kenapa yer? Yer, Felixia seorang yg rajin mengupdate-kan statusnya di dalam facebook, setiap hari terasa macam ada sesuatu yg menyinari hidupnya dengan berpakaian hijab ini dan ramai juga yg telah memberikan komen-komen yg menggalakkan serta semangat untuk terus berpakaian hijab ini tetapi takkurang juga yg bersifat racist dan tidak menyukai penampilan barunya ini. Mudah-mudahan Allah swt memberinya kekuatan untuk terus berpenampilan begini dan yg lebih utama adalah memberinya hidayah terhadap agama Allah yg suci ini.

Sepatutnya kita berasa malu apabila ada kalangan mereka yg pernah mendedahkan sebahagian tubuhnya tetapi kini sanggup mengambil risiko untuk berubah penampilan kepada berhijab. Ermmm... dari sini dapatlah kita perhatikan, bahawasanya hidayah adalah hak mutlak milik Allah. Dia yg berkuasa dan memberi kepada sesiapa yg dikehendakiNya. Janganlah kita berasa apabila kita dilahirkan sebagai seorang Islam, kita sudah automatik mendapat hidayah. Ingat! Hidayah bukan dari keturunan dan Keimanan hendaklah di cari dan ianya tidak datang melalui kelahiran dan keturunan. Nabi Muhammad sendiri berusaha mendaki dan bertahanut di gua hiraq, inikan pula kita. Siapalah kita ini?


Ini adalah antara kata-katanya yg dipetik dari blog beliau serta beberapa gambarnya dalam berpakaian hijab. Nice!

"Terima kasih sangat-sangat kepada semua yang sudi tinggalkan pesanan dan mesej-mesej yang positif, yang neutral dan yang ikhlas. Felixia amat terharu...I am so touched. Memang tergenang airmata Felixia membaca a few of them.

Dari kaum Adam dan terutamanya dari kaum Hawa. Dari yang beragama Islam dan juga segelintir yang bukan beragama Islam. Terima kasih sebab memahami isi hati Felixia. Terima kasih for not being judgemental and harsh on my personal dressing preference. Terima kasih for accepting me as I am, as I progress on in life." - Felixia Yeap











✿ Professional Model ✿ M'sia Ex-Playboy Bunny ✿ Gravure Gyaru Baby ✿ Race/GT Queen ✿ Mermaid Gonnabe! ✿ New blogger

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...