facebook

facebook

Mari beri sokongan

1.12.13

Manusia hari ini suka sangka-sangka


Firman Allah Taala: Surah Al-Hujurat, Ayat 12

Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebagian kamu menggunjing sebagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati. Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
 
 Rasulullah s.a.w bersabda:"Dan barangsiapa yang menutup aib seorang muslim, niscaya Allah menutup aibnya di dunia dan akhirat." (HR. Muslim)
 

Ada sangka baik
Ada sangka buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang rileks disangka malas
Orang berpakaian baru disangka menunjuk
Orang berpakaian buruk disangka hina
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka "diet"
Orang berperangai baik disangka buruk
Orang berperangai buruk disangka baik
Orang yang senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang berbincang disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri
Orang yang menawan disangka menggoda
Orang yang ceria disangka mengada
Orang yang bertanya disangka menyibuk

Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa
Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat
Mana tahu yang diam itu kerana beribadah
Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya
Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya
Mana tahu yang bertanya itu perihatin orangnya

Justeru itu….
Sesuatu perkara yang kita lihat
Jangan suka sangka-sangka
Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa
Kerap sangka-sangka mengundang celaka
Jangan terlalu bersangka-sangka
Jauhi sikap sangka-sangka

# di petik dari fb 



7 comments:

* OZIE MAHSA said...

jangan bersangka buruk kepada orang lain namun dalam masa yg sama kita kena berhati hati juga... kerana dunia penuh tipu daya...

adrianna syaz said...

Sentiasa bersngka baik dan berhati2..snggh ptg ke blog en zaiman :)

Nur Azwa Edora said...

SENTIASA husnuzon dalam apa jua perkara.. :)

nyanyisunyi said...

Muhasabah diri..kita pun belum tentu baik dari org yg di umpat tu..

Fidah Shah said...

Semoga hati sentiasa terdidik utk berbaik sangka

zaiman Z said...

perkara ni sebagai peringatan kita bersama, sepertimana kata Ozie, dunia penuh dengan tipu daya, tanpa kite sedari kite juga byk hal sudah tertipu... bergitu juga kata Cik Adriana sentiasa berhati-hati dan bersangka baik utk elakn kita tertipu oleh dunia ttp berpada lah kan kan bersangka baik, kalau orang tak kenal masuk umah tiba2 takan nak bersangka baik lagik kot kann...

Sepertimana kata Cik Azwa pulak, sentiasa husnuzon itulah yg sebaiknya dan juga kata Cik Nyanyi sunyi kita selalulah bermuhasabah diri ,perbaiki kekurangan diri dengan memuliakan orang lain...

Begitu jugak kata Fidah sentiasalah mendidik hati utk berbaik sangka dan kesemua ini merupakan perjalanan diri kita sebelum kite melalui alam barzakh nnt... sesungguhnya cara hidup menentukan cara mati, amal menentukan nazak kita, manakala syukur menentukan alam kubur dan sabar adalah penentu alam akhirat kita....

sama-samalah kita yer, kita belajar dan kita lalui utk amalkan kemudian kite muhasabah diri perbaiki kekurangan diri...

Nur Syuhada said...

Nice info nie..Alhamdullilah..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...