facebook

facebook

Mari beri sokongan

18.12.13

Adakah Ya'juj dan Ma'juj Manusia?


Petunjuk yang paling penting dalam mengenali Ya'juj dan Ma'juj adalah mengikut kepada al Quran (Surah al Kahf: 83-98 dan Surah al Anbiya: 95-96) dan juga koleksi hadis Rasulullah SAW. Mereka ini adalah golongan manusia yang sangat kuat, sentiasa melakukan penindasan dan kerosakkan terhadap alam ini. Surah al-Kahf yang menceritakan perjalanan Dzulkarnain yang bertemu dengan mereka yang sentiasa melakukan “fasad” atau kerosakkan ke atas manusia.





Dikukuhkan lagi bahawa Ya'juj dan Ma'juj adalah golongan manusia kerana Dzulkarnain adalah merupakan seorang manusia jadi tembok yang dibina adalah untuk manusia. Menurut Islam, Ya'juj dan Ma'juj begitu berkuasa dan hanya Allah SWT sahaja yang boleh memusnahkan mereka. Ya'juj dan Ma'juj bukanlah raksasa atau makhluk yang hidup dalam alam ghaib atau hidup terpenjara dalam tanah yang sentiasa menggorek untuk keluar ke bumi seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Hanya terdapat tiga makhluk terpenting atas muka bumi ciptaan Allah SWT iaitu manusia, malaikat dan jin (syaitan bagi yang kafir).
Persoalannya adalah sebahagian besar golongan Yahudi telah kembali ke Baitulmaqdis (Jerusalem) apabila tentera British diketuai Jenderal Edmund Allenby menawan kota ini pada 11 Disember 1917 dan mengistiharkan Perang Salib telah tamat, merujuk kepada Surah al Anbiya dan hadis ini:


وَحَرَامٌ عَلَى قَرْيَةٍ أَهْلَكْنَاهَا أَنَّهُمْ لَا يَرْجِعُونَ
Sungguh tidak mungkin atas (penduduk) suatu negeri yang telah Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali (kepada Kami). 


حَتَّى إِذَا فُتِحَتْ يَأْجُوجُ وَمَأْجُوجُ وَهُم مِّن كُلِّ حَدَبٍ يَنسِلُونَ
Hingga apabila dibukakan (tembok) Ya'juj dan Ma'juj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. 

(Surah Al Anbiyaa' : 95-96)


Dari Auf b. Malik r.a., katanya, Rasulullah SAW telah bersabda:
"Aku menghitung enam perkara menjelang hari qiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmaqdis."
(Hadis Riwayat Bukhari)
Namun adakah anda melihat mana-mana raksasa Ya'juj dan Ma'juj berkeliaran dengan banyak? Sudah tentu tidak kerana Ya'juj dan Ma'juj adalah manusia. Allah SWT memberikan petunjuk mengenali Ya'juj dan Ma'juj ini yang dijelaskan di dalam al Quran, Surah al Kahf:


وَيَسْأَلُونَكَ عَن ذِي الْقَرْنَيْنِ قُلْ سَأَتْلُو عَلَيْكُم مِّنْهُ ذِكْراً 
Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Dzulkarnain. Katakanlah: "Aku akan bacakan kepadamu cerita tantangnya". 


إِنَّا مَكَّنَّا لَهُ فِي الْأَرْضِ وَآتَيْنَاهُ مِن كُلِّ شَيْءٍ سَبَباً 
Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.


فَأَتْبَعَ سَبَباً 
maka dia pun (Dzulkarnain) menempuh suatu jalan.


حَتَّى إِذَا بَلَغَ مَغْرِبَ الشَّمْسِ وَجَدَهَا تَغْرُبُ فِي عَيْنٍ حَمِئَةٍ وَوَجَدَ عِندَهَا قَوْماً قُلْنَا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِمَّا أَن تُعَذِّبَ وَإِمَّا أَن تَتَّخِذَ فِيهِمْ حُسْناً 
Hingga apabila dia telah sampai ke suatu tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam (sebelah Barat) di dalam laut yang berlumpur hitam (Black Sea), dan dia mendapati di situ segolongan umat (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): "Wahai Dzulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka".


قَالَ أَمَّا مَن ظَلَمَ فَسَوْفَ نُعَذِّبُهُ ثُمَّ يُرَدُّ إِلَى رَبِّهِ فَيُعَذِّبُهُ عَذَاباً نُّكْراً 
Berkata Dzulkarnain:"Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya.


وَأَمَّا مَنْ آمَنَ وَعَمِلَ صَالِحاً فَلَهُ جَزَاء الْحُسْنَى وَسَنَقُولُ لَهُ مِنْ أَمْرِنَا يُسْراً 
Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati.


ثُمَّ أَتْبَعَ سَبَباً 
Kemudian dia (Dzulkarnain) berpatah balik menurut jalan yang lain.


حَتَّى إِذَا بَلَغَ مَطْلِعَ الشَّمْسِ وَجَدَهَا تَطْلُعُ عَلَى قَوْمٍ لَّمْ نَجْعَل لَّهُم مِّن دُونِهَا سِتْراً 
Hingga apabila dia telah sampai ke tempat terbit matahari (sebelah Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu,


كَذَلِكَ وَقَدْ أَحَطْنَا بِمَا لَدَيْهِ خُبْراً 
demikianlah. dan sesungguhnya ilmu Kami meliputi segala apa yang ada padanya.


ثُمَّ أَتْبَعَ سَبَباً 
Kemudian dia (Dzulkarnain) menempuh suatu jalan (yang lain lagi).


حَتَّى إِذَا بَلَغَ بَيْنَ السَّدَّيْنِ وَجَدَ مِن دُونِهِمَا قَوْماً لَّا يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ قَوْلاً 
Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua gunung itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti perkataan mereka.


قَالُوا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِنَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ فَهَلْ نَجْعَلُ لَكَ خَرْجاً عَلَى أَن تَجْعَلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ سَدّاً 
Mereka berkata: "Hai Dzulkarnain, sesungguhnya Ya'juj dan Ma'juj itu orang-orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara kami dan mereka?"


قَالَ مَا مَكَّنِّي فِيهِ رَبِّي خَيْرٌ فَأَعِينُونِي بِقُوَّةٍ أَجْعَلْ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ رَدْماً 
Dzulkarnain berkata: "Apa yang telah dikuasakan oleh Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik (dari bayaran kamu), maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka,


آتُونِي زُبَرَ الْحَدِيدِ حَتَّى إِذَا سَاوَى بَيْنَ الصَّدَفَيْنِ قَالَ انفُخُوا حَتَّى إِذَا جَعَلَهُ نَاراً قَالَ آتُونِي أُفْرِغْ عَلَيْهِ قِطْراً 
berilah aku potongan-potongan besi". Hingga apabila besi itu telah sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Dzulkarnain: "Tiuplah (api itu)". Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, diapun berkata: "Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar aku kutuangkan ke atas besi panas itu".


فَمَا اسْطَاعُوا أَن يَظْهَرُوهُ وَمَا اسْتَطَاعُوا لَهُ نَقْباً 
Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.


قَالَ هَذَا رَحْمَةٌ مِّن رَّبِّي فَإِذَا جَاء وَعْدُ رَبِّي جَعَلَهُ دَكَّاء وَكَانَ وَعْدُ رَبِّي حَقّاً 
(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar". 

(Surah Al Kahf: 83-98)


Lokasi Dzulkarnain "..apabila dia sampai di antara dua gunung..", bukti gambar menunjukkan terdapat dua pergunungan yang bersempadan antara Russia, Georgia dan Azerbaijan.



Berdasarkan keterangan Surah al Kahf: 92-98, fakta relevan mengenali Ya'juj dan Ma'juj ialah:
a. Negeri Ya'juj dan Majuj 
i- Khazaria (Magog = Pakatan Anglo Amerika dan Israel )
ii- Russia (Gog = Pakatan Russia)
b. Jalan ke utara = ke utara Iran menuju ke Armenia
c. Di antara dua gunung = Gunung Caucasus
d. Kaum hampir mereka tidak memahami perkataan = Kaum Armenia
e. Tembok besi = Daryal Gorge/Iberian Gates/Caucasian Gates
Ya'juj dan Ma'juj adalah puak Khazar, iaitu 98% golongan bangsa Yahudi yang kita ketahui hari ini. Golongan Yahudi Khazar adalah golongan yang bukan asli dari kalangan Bani Israel iaitu mereka telah melakukan pemalsuan identiti. Raja Bulan Khazar Pagan orang yang pertama untuk mengamalkan agama Judaisme setelah mendapati agama ini sesuai dengan hidupnya berbanding agama Islam dan Nasrani. Pengamalan ini terjadi setelah kehidupan masyarakatnya rosak dan tidak berakhlak. Akhirnya, tamadun Khazar suku Shamanistik ini kini dikenali sebagai seorang Yahudi yang sebenar Yahudi palsu. Jadi mereka bukan dari keturunan (Bani Israel) Nabi Ibrahim a.s, Nabi Isaq a.s dan Nabi Harun a.s.
Rabbi Farisi Yahudi kononnya dari Baghdad (Babylon), iaitu orang Samaria bukan orang Bani Israel sebenar yang dikatakan dibawa dari Baitulmuqaddis ke Baghdad ke Khazar sebagai hamba selepas kemusnahan akhir perang Baitulmuqaddis oleh tentera Babylon. Kuasa Bani Israel dimusnahkan oleh Allah SWT sebanyak 2 kali (Babylon dan Byzantine) setelah mereka melanggar perintah Allah SWT dan membuat larangan Allah SWT dalam kehidupan mereka.
Khazar Pagan ini tidak menyertai Gereja Ortodoks dan sentiasa berperang, negeri yang muncul adalah Ortodoks Rusia dengan menamatkan Khazaria Lama dan Khazar Pagan berhijrah ke Jerusalem. Menurut sejarah dan Al Quran hanya terdapat 12 kaum Bani Israel di dalam Yahudi dan mereka sebenarnya berkulit gelap.
1. Reuben 
2. Simeon 
3. Levi 
4. Judah 
5. Issachar 
6. Zebulun 
7. Dan 
8. Naphtali 
9. Gad 
10. Asher 
11. Joseph 
12. Benjamin
Ianya amat jauh berbeza dari rupa golongan Yahudi yang kita kenali hari ini. Patung atau lukisan dinding Piramid atau Mesir menunjukkan Firaun adalah 'negro', mereka berkulit gelap dan mereka lah pembina piramid-piramid Firaun bersama hamba-hamba di Mesir. Mereka hidup bersama Nabi Musa a.s. menyeberangi Laut Merah. Oleh itu bagaimana pula mereka yang berwajah Jerman atau Russia atau Eropah dan boleh mengaku mereka adalah dari golongan Yahudi?

Seperti mana yang dunia ketahui, mereka katakan bahawa "We are the thirteenth tribe of Jews? Inilah penipuan kaum Ya'juj dan Ma'juj untuk memanipulasikan identiti golongan Yahudi. Ini adalah sebahagian dari bukti di dalam al Quran bahawa golongan bani Israel terdiri dari 12 puak. Sebelum kita melihat bukti-bukti yang dinyatakan di dalam al Quran, jom kita kaji sedikit tentang pendedahan yang telah dilakukan oleh seorang yang bernama Arthur Koestler, beragama Yahudi, berketurunan British-Hungary yang akhirnya dia mati dibunuh setelah mendedahkan akan hal yang sebenar di dalam bukunya iaitu The Thirteenth tribe : The Khazar Empire and its Haritage.




Ya'juj dan Ma'juj adalah MANUSIA kerana :


1. TEMBOK BUATAN MANUSIA HANYA UNTUK MANUSIA
“…tembok di antara kami dengan mereka…”; Surah al Kahf : 97
Mereka yang meminta pertolongan adalah manusia, dan bagi memisahkan antara manusia dengan manusia (kaum Ya'juj dan Ma'juj '). Oleh itu sekiranya mereka jin, kenapa perlu ada tembok atau perlu memanjat dan menebuk tembok? Bukankah mereka boleh terus berjalan menembusi tembok yang diperbuat oleh manusia? Ini kerana jin dan malaikat tidak dapat dihalang kerana dapat menembusi tembok dibuat manusia.

2. PERBUATAN MELAKUKAN KEROSAKAN ATAU “FASAD” KE ATAS MANUSIA

“…sesungguhnya kaum Ya'juj dan Ma'juj sentiasa melakukan kerosakan di bumi…”; Surah al Kahf : 94“
Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi…”; Surah al Maidah : 33
Kerosakan atau “fasad” ialah perbuatan sesama manusia, dan Surah al Kahf menyatakan kerosakan dilakukan kepada manusia. Manusia mempunyai kebebasan membuat pilihan dan boleh dipertanggung-jawabkan ke atas fasad dilakukan. Jin mempunyai kebebasan membuat pilihan tetapi makhluk ghaib tidak dapat dikenalpasti sebagai makhluk melakukan fasad.

3. YA'JUJ DAN MA'JUJ DARIPADA KETURUNAN MANUSIA

Dari Abu Said Al-Khudri ra bahawa Rasulullah saw bersabda :
“Allah SWT berkata, ‘Wahai Adam, berdirilah dan keluarkan penghuni neraka.’ Adam berkata, ‘Labbaik, wa sa’daik, segala kebaikan berada dalam kekuasaan-Mu. Ya Tuhan, bagaimana penghuni neraka tersebut? Allah SWT menjawab, “Dari setiap 1000 terdapat 999.”… Abu Said mengatakan bahawa mereka berkata, “Siapakah di antara kita yang termasuk orang tersebut?” Rasulullah SAW menjawab. “999 Ya'juj dan Ma'juj, sedangkan dari kalian hanya satu” 
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)
Ya'juj dan Ma'juj daripada keturunan manusia, iaitu daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh a.s. bernama Yafis dan berhijrah ke utara, iaitu ke Eropah dan Selatan Rusia selepas banjir kering. Keturunan Sam berlegar di sekitar bumi Kanaan lalu membentuk bangsa Arab dan sekitarnya. Keturunan Ham pula berhijrah ke Afrika lalu membentuk bangsa Afrika.
Oleh itu sekiranya seseorang itu berketurunan nabi, beliau semestinya manusia dan malahan boleh dianggap berketurunan mulia dan baik-baik. Oleh itu, tidak munasabah menyatakan Ya'juj dan Ma'juj makhluk ghaib (jin?) atau raksasa tetapi berketurunan nabi-nabi.
4. YA'JUJ DAN MA'JUJ DIMASUKKAN KE DALAM NERAKA
“…telah tetap hukuman seksa dariKu: “Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia…”; Surah As Sajdah : 13
Ya'juj dan Ma'juj adalah makhluk boleh dihisab untuk ke neraka atau syurga. Namun mereka dimasukkan ke dalam neraka. Hanya terdapat dua penghuni neraka, iaitu jin dan manusia. Ya'juj dan Ma'juj berketurunan Nabi Adam a.s. dan oleh itu mereka bukan jin mahupun raksasa. Ini membuktikan mereka manusia seperti kita.
Selain itu, setiap tahun pada Sabtu kedua pada bulan November, 'mereka' berarak perayaan melalui beberapa jalan penting di Landon dan Vatican dengan slogan "Ya'juj dan Ma'juj adalah Pelindung ".

4 comments:

Nur Syuhada said...

Subahanallah..dah lama sue cari info ni tapi tak jumpa yang ada tapi tak tahu jalan cerita sebenar...terima kasih info nie sangat bermanfaat..

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

artikel yang lengkap.. menambahkan pengetahuan aiza juga berkaitan yajuj majuj..

paridah said...

info yg sangat jelas...selama ini banyak juga membaca kisah YAAJUJ MAAJUJ yg ditulis..nmpak ada kaitannya...tq infonya.

Ayu Dewi said...

Tq di atas info yg sgt2 bermanfaat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...