facebook

facebook

Mari beri sokongan

2.11.13

Salam HIjrah 1435


Muharram adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Mekah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau dipantang, iaitu Allah swt melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah. Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.



Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepada Nabi Muhammad)”, mereka menjawab: “Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami (Taurat)”. Dan mereka ingkarkan (Kitab) yang lain yang diturunkan kemudian daripadanya, padahal Al-Quran itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): Jika demikian mengapa kamu membunuh Nabi-nabi Allah pada masa yang lalu kalaulah kamu benar-benar orang-orang yang beriman?. (Al-Baqarah :91)


Kisah Hijrah.

Rasulullah SAW berusia 40 tahun apabila malaikat Jibril as melawat baginda tatkala Baginda sedang berkhalwat di gua Hira'. Jibril memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah swt sebagai Rasul untuk seluruh umat manusia.

Pada Peringkat awal, Rasulullah SAW hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga Baginda. Apabila Baginda menerima Perintah Allah swt supaya berdakwah secara terang-terangan maka Baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikutNya di Mekah. Begitupun, kumpulan kecil mukminin itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish yang menyeksa mereka dengan teruk.

Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Mekah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu di kenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan di sambut dengan mesra oelh penduduk Madinah.

Satu hari pada tahun 622 masihi, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Mekah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Mekah merancang untuk membunuh Baginda dan menghancurkan Islam.Rasulullah menunggu perintah daripada Allah swt lalu Malaikat Jibril as menemui Baginda untuk memberitahuNya bahawa Allah swt mengarahkan Baginda supaya meninggalkan Mekah pada waktu malam.

Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Mekah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya. (Al-Anfal: 30)


Berikutan daripada itu, Baginda menemui sahabat baiknya iaitu Abu Bakar as-siddiq ra dan memintanya supaya menemani Baginda dalam perjalanan itu. Rasulullah juga memberitahu rancangan Baginda kepada Ali bin Abi Talib ra. Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi kamu perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali ra tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah SAW walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya.

Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah SAW. Mereka mengintai melalui lubang di pintu dan mereka nampak seseorang sedang tidur di tempat kebiasaan Rasulullah SAW tidur. Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh Baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali ra dan bukan Rasulullah SAW bangun dari tempat tidurnya.

Mereka terpinga-pinga memikirkan bilakah Rasulullah SAW keluar dari rumah itu.

Rasulullah SAW dan Abu Bakar ra keluar dari Mekah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakar, Aishah dan Asma serta orang gaji mereka.

Baginda mengambil jalan itu yang sejauh lima kilometer hingga tiba ke bukit yang dikenali sebagai Jabal Thur, ianya menampakan bukit yang tinggi, jalannya sukar, pendakiannya berhalangan, berbatu-batu hingga melecet tapak kaki baginda (s.a.w). Diceritakan bahawa Rasulullah terhincut-hincut dengan tujuan menyembunyikan kesan tapak kakinya hingga melicit tapak kaki baginda, walau bagaimana sekali pun Abu Bakr telah mendukung Rasulullah, sesampainya mereka ke Jabal Thur itu, terasa berat oleh Abu Bakr namun beliau dapat menyampaikan baginda ke kemuncak bukit, dalam sejarah Islam dikenali sebagai gua Thur.

Rasulullah SAW dan Abu Bakar bersembunyi selama tiga hari, mereka berada dalam gua itu.

Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah SAW tetapi mereka tidak pula memasukinya. Ini kerana mereka yakin bahawa Rasulullah SAW dan Abu bakar ra tidak berada di dalam gua tersebut kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah SWT membantu dua insan ini dan melindungi mereka daripada bahaya. Lalu kumpulan Quraish ini meninggalkan gua tersebut dan pulang ke Mekah.

Apabila sudah yakin bahawa musuh sudah beredar maka Rasulullah SAW dan Abu Bakar as-soddiq meneruskan perjalanan dengan menaiki unta yang dibawa oleh orang gaji mereka. Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan yang tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala keyakinan terhadap Allah SWT.

Sementara itu kaum Quraish di Mekah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah SAW. Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah SAW. Ramai yang cuba nasib tetapi semuanya gagal.

Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah SAW dan sahabatnya tiba di perkampungan kaum Bani Sabin yang meyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama menantikan kedatangan Rasulullah SAW dan sahabatnya dan ini sebagai lembaran dan harapan masa depan. Penduduk Madinah sangat berharap Rasulullah SAW dapat membantu mereka meyelesaikan perbalahan antara orang Arab dan Yahudi juga antara orang Arab dengan Arab khusunya kaum Aus dan Khazraj di mana perbalahan ini berpunca dari perebutan kuasa di Madinah.

Ketika Rasulullah SAW dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yg lain sudah berpindah secara beransur ke Madinah dan mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu dengan Rasulullah SAW. Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah SAW di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu di mana ianya tidak berlaku sepertimana di Mekah.

Maka pada suatu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah SAW akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah. Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut Baginda. Rasulullah SAW menunaikan solat di sebuah masjid di lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul utnuk melihat kelibat lelaki yg mereka sanjungi itu.

Selepas solat Jumaat Rasulullah (s.a.w) memasuki al-Madinah, di mana sejak hari itu daerah yang bernama Yathrib itu dikenali dengan Madinah al-Rasul (s.a.w) untuk singkatan maka disebut al-Madinah sahaja, hari itu adalah hari bersejarah dan gemilang, jalan-jalan, lorong dan rumah-rumah bergema dengan tahmid dan taqdis, selumh anak-anak gadis Ansar mendendangkan rangkap-rangkap puisi, tanda kegembiraan dan keceriaan.
 
Semoga tercurah balasan Allah,

Melalui teman berdua, melewati khemah,

Dipersinggahan membawa barakah,

Pemergian pun meninggalkan tuah,

Berbahagia kau taulan Muhammad,

Rugilah kaum Qusai,

Dari kau… Allah elakkan pimpinan,

Bersenanglah Banu Ka ‘ab,

Lantaran kedudukan pemudamu,

Kedudukan kaum mukmin mu,

Bertanyalah saudara mu,

Mengenai kambingnya, Bejananya,

Kambing pula menegas saksian.



Bertitik tolak dari itu, Rasulullah SAW mula membina sebuah negara Islam yang terkenal sebagi pusat dakwah ketika itu. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat kaum Muslimin danmeyeru mereka supaya menegakkan hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah adalah sebagai satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa penghijrahan ini sebagai permulaan kalendar Islam.



5 comments:

Rafidah Abu Shah said...

Salam hijrah & Selamat menyambut tahun baru.

Rafidah Abu Shah said...

Salam hijrah & Selamat menyambut tahun baru.

Aziz Safian said...

jom join.
bukan susah.
dapat TOPAP FREE PULAK TUH!
perrgghhh!
http://www.bloqazizsafian.com/2013/11/saya-nak-topap-free-by-azizsafiancom.html

Vee said...

salam maal hijrah . semoga kita berhijrah kepada kehidupan serta ibadah yg lbh baik ...

zaiman Z said...

Hijrah mesti melibatkan satu perpindahan dari satu tempat yang penuh kesyirikkan dan kekufuran kepada tempat yg bebas dari kesyirikkan dan kelahiran agar Islam itu tersyiar..

Inilah yg kita kena renungkan setiap tahun..Sejauh mana perkembangan kita sebagai ummat menyediakan diri utk Islam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...