facebook

facebook

Mari beri sokongan

18.11.13

Sahabat Rasulullah, Saad bin Muaz

Saad adalah seorang hamba antara sahabat yang paling hitam pada masa itu, dibandingkan Saad dengan Bilal, Saad dikatakan jauh lebih hitam dari Bilal
 
Ketika berhijrah ke Madinah beliau ingin untuk mendirikan rumah tangga lalu dipinangnya perempuan di Madinah, kerana kulitnya yang hitam pinangannya telah ditolak berkali-kali oleh wanita-wanita Madinah

Rasa kecewa dengan peristiwa ini lalu beliau mendatangi Rasulullah untuk mengadu, “wahai Rasulullah, adakah hinanya aku ini kerna kulitku yang hitam sehingga pinanganku ditolak berkali-kali”

lalu Rasulullah bekata “jangan bimbang Saad, engkau adalah orang yang aku jamin” lalu Rasulullah memanggilkan sahabat2 yang lain untuk bertanyakan kepada meraka akan rumah seorang wanita yang terkenal dengan kecantikannya di Madinah.

Lalu Rasulullah menyuruh sahabat2 tersebut membawa Saad untuk dipinangkan kepada Saad atas jaminan Rasulullah. Alangkah gembiranya Saad di saat itu kerana dirinya dijamin oleh Rasulullah untuk dikahwinkan dengan wanita yang cantik.

Maka Saad pun dibawa oleh sahabat2 kerumah wanita yang cantik di Madinah itu.
Ketika sampai di rumah tersebut, lalu Saad dan sahabat2 dilayan oleh bapa kepada wanita tersebut.
Lalu sahabat2 yang lain menyampaikan hajat bahawa Saad telah dijamin oleh Rasulullah datang untuk meminang anaknya yang cantik itu.

Bapa wanita kemudian gembira kerana salah faham menyangka anaknya dipinang oleh Rasulullah.
Oleh kerana Saad seorang yang jujur lalu dinyatakan maksud yang sebenar bahawa beliaulah yang ingin meminang wanita yang cantik tersebut.

Bapa wanita tersebut kemudian bertukar menjadi marah kerana menghina Saad yang berkulit hitam ingin mengahwini anaknya yang cantik.

Saad pun balik berjumpa dan mengadu kepada Rasulullah.

Perempuan yang cantik ini kemudian menegur bapanya kerana menolak pinangan Saad kerana Saad adalah seorang yang di jamin oleh Rasulullah, dan ketentuan oleh Allah.

Lalu bapa wanita itu pergi mengejar Saad dan meminta maaf dan menerima pinangan Saad di depan Rasulullah.

Rasulullah lalu menanyakan Saad samada beliau memiliki wang. Kerana mengetahui bahawa Saad tiada wang untuk berkahwin maka disuruhnya untuk meminta wang kepada Abd Rahman, Usman dan Ali. Dan Rasullulah menyuruh Saad membeli kelengkapan untuk perkahwinannya.

Ketika sedang membeli keperluan untuk perkahwinan Saad terdengar seruan jihad dari Rasulullah “wahai pemuda2 Islam bersiap sedia segera kerna musuh sedang datang untuk menyerang kita”, lalu Saad menukar fikiran dengan membeli kelengkapan perang siap sedia dengan baju perisai dan kuda untuk berperang.

Dan Saad dengan segera pergi berbaris paling hadapan dengan sahabat2 lain dengan siap berpakain perisai perang.

Kerana baju perisai yang lengkap, Saad tidak dikenali oleh sahabat2 lain.
Takdir Allah Saad telah syahid dalam peperangan tersebut, berpuluh anak panah hinggap di tubuhnya hingga dia menghembuskan nafasnya yang terakhir di medan pertempuran itu
dan selepas perang jihad tersebut, sahabat2 terkejut kerna tidak menyangka orang yang berperisai lengkap tersebut adalah Saad, mereka pilu dan sayu kerana tidak menyangka Saad ada bersama sedangkan dia sedang bersiap sedia untuk majlis  perkahwinannya.

Berita syahidnya Saad ini segera disampaikan kepada Rasulullah dan Rasulullah berkata “di saat kematian Saad, bergegar arash Allah dan menangis para malaikat di langit dan di bumi”

4 comments:

Fidah Shah said...

Subhanallah. T.kasih atas perkongsian. Sy & keluarga memang minat tentang kisah2 Rasulullah & para sahabat baginda.

* OZIE MAHSA said...

Subhanallah... Kisah dan sejarah Islam, mampu membuat kita bergenang airmata...

Liza Licha said...

perkongsian yg bagus :)

Pha Is said...

hebat sungguh sahabat ini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...