facebook

facebook

Mari beri sokongan

7.11.13

Peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram


Sahabat pun bertanya, "Ya Rasulullah, Allah telah melebihkan hari
Asyura, dan menjadikan bukit dari lain-lain hari." 

Jawab Rasulullah, "benar, Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari
Asyura, dan menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura dan menjadikan
laut pada hari Asyura dan menjadikan Loh Mahfuz dan Qalam pada hari
Asyura dan juga menjadikan Adam dan Hawa pada hari Asyura, dan
menjadikan syurga dan neraka serta memasukkan Adam ke syurga pada
hari Asyura, dan Allah menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api pada hari Asyura dan
menyembuhkan dari bala pada Nabi Ayub. Pada hari Asyura juga Allah
memberi taubat kepada Adam dan diampunkan dosa Nabi Daud, juga
kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Asyura dan kiamat akan
terjadi pada hari Asyura."

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab membuat penetapan bulan dalam Hijrah.

10 Muharam - Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.


-Hari pertama Allah swt mencipta alam.

-Allah swt menjadikan Malaikat Jibril

-Allah swt menjadikan 'Arasy

-Allah swt menjadikan Qalam

-Allah swt menjadikan Luh Mahfuz

-Hari pertama Allah swt menurunkan rahmat

-Hari pertama Allah swt menurunkan hujan

 -Nabi Adam a.s bertaubat kepada Allah swt

-Nabi Idris a.s diangkat oleh Allah swt ke langit

-Nabi Nuh a.s keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan

-Nabi Ibrahim a.s diselamatkan Allah dari pembakaran oelh Raja Namrud

-Allah swt menurunkan Kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s

-Nabi Yusuf a.s dibebaskan dari penjara

-Penglihatan Nabi Yaakob a.s yang kabur kembali pulih

-Nabi Ayub dipulihkan Allah swt dari penyakit kulit yg dideritainya

-Nabi Yunus a.s selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam

-Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa a.s danpengikutnya ari tentera Firaun

-Kesalahan Nabi Daud a.s diampuni Allah swt

-Nabi Sulaiman a.s dikurniakan Allah kerajaan yg besar

-Nabi Isa a.s diangkat ke langit

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...