facebook

facebook

Mari beri sokongan

26.11.13

Israk dan Mikraj kepada 'Muhammad'

Di dalam lipatan sejarah umat Islam, antara peristiwa yang terhebat ialah peristiwa Israk dan Mikraj. Ia merupakan di antara mukjizat terbesar serta tanda kerasulan Nabi SAW. Di dalamnya terdapat banyak peristiwa yang perlu kita jadikannya sebagai pengajaran dan pedoman sepanjang hidup. 


Israk dan Mikraj bukan sekadar peristiwa, tetapi ia juga membawa pelbagai hikmah yang besar, ditunjukkan kepada Nabi SAW sebagai bukti kebesaran Allah SWT. Di dalamnya juga diperintahkan ibadah yang terbesar di dalam Islam iaitu ibadah solat.

Israk dan Mikraj juga merupakan medan ujian bagi manusia, sama ada selepas mendengar kisah ini akan terus beriman kepada Allah SWT atau mengingkarinya lalu kembali kepada kekufuran.

Ia juga adalah pengukur bagi iman seseorang, jika seseorang itu tidak mempercayai dan menafikan kisah ini, maka imannya terbatal. Justeru, akurlah bahawa akal dan diri kita ini amat lemah berbanding dengan kerajaan dan kekuasaan Allah SWT.

Maksud Israk ialah perjalanan Nabi SAW yang menakjubkan, ia bermula dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di al-Quds. Maksud Mikraj pula ialah peristiwa yang berlaku selepas daripada Israk iaitu perjalanan naik ke lapisan-lapisan langit, sehingga sampai ke satu tahap yang tidak dapat dicapai oleh ilmu makhluk dan tiada sesiapa yang tahu akan hakikatnya. Kemudian kembali semula selepas itu ke Masjid al-Haram di Mekah. (Fiqh Sirah, Syeikh Muhammad al-Ghazali, hlm. 138)



Peristiwa ini bukanlah sampai kepada kita melalui cerita dongengan atau perkara yang direka-reka. Bahkan ia bersumberkan daripada al-Quran dan hadis yang sahih.

Firman Allah SWT, “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Al-Israa’: 1)


  Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibril dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibril supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat itu ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);


Dalam perjalanan itu juga Nabi Muhammad menghadapi gangguan jin ‘Afrit namun berhasil dihalau dengan api jamung. Setelah itu Nabi Muhammad menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibril : Itulah bau kubur Maysitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun secara tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibril memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibril : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibril: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibril: Itulah orang yang makan riba`.

- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibril: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibriil: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibril: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibril: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, niscaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibril: Itulah orang yang mensia siakan umurnya sampai ke tua.

- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibril: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

# sumber 1: fikrah halaqah
   sumber 2: Nabi Muhammad info

3 comments:

Fidah Shah said...

Subhanallah..t.kasih atas perkongsian. Semoga kisah2 yg disampaikan menjadi peringatan dan pengajaran..

* OZIE MAHSA said...

Subhanallah...t.kasih

Pha Is said...

nice share..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...