facebook

facebook

Mari beri sokongan

14.10.13

Perempuan Melayu paling kuat bersetubuh?

Bangkok (The Nation/ANN) – Kaum lelaki Indonesia paling kerap mengamalkan hubungan seks, menurut sebuah kaji selidik yang dijalankan terhadap mereka yang aktif seks dalam 10 buah negara di Asia.


Bagi responden wanita, wanita di India dilaporkan mempunyai jumlah kekerapan yang lebih banyak iaitu sebanyak 8.7 kali setiap bulan. Seterusnya adalah Indonesia dan Malaysia, kedua-duanya dengan jumlah kekerapan sebanyak 6.6 kali setiap bulan.

Wanita Thai pula mempunyai kekerapan sebanyak 5.7 kali, menurut kaji selidik tersebut.
Assoc Prof Dr George Lee, seorang perunding pakar bedah urologi di Monash University di Kuala Lumpur berkata bahawa kaji selidik yang dijalankan mendapati bahawa kadar kekerasan terhadap ereksi menjadi kunci utama terhadap kepuasan seks dalam kalangan penduduk Asia.

“Contohnya, 90 peratus kaum lelaki Malaysia menyatakan bahawa faktor tersebut adalah amat penting,” kata beliau.

Hanya satu per tiga daripada responden menyatakan bahawa kadar masa hubungan seks yang menjadi faktor utama dalam mencapai kepuasan seks.

Asst Prof Dr Pansak Sugkraroek, pakar kesihatan seksual dan doktor obgyn di Thailand berkata, hampir 2.7 juta kaum lelaki di Thailand mempunyai masalah mati pucuk (erectile dysfunction).

“Walau bagaimanapun, hanya 27,000 pesakit telah datang untuk menjalani rawatan,” kata beliau.
Pansak berkata bahawa selain daripada ubat-ubatan, menukar cara hidup juga dapat membantu dalam mengatasi masalah tersebut.


“Senaman dan pengambilan makanan seimbang juga amat membantu bagi mengatasi masalah ini,” tambah beliau.

#sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...