facebook

facebook

Mari beri sokongan

16.10.13

Pantun di pondok


Buta-buta disangka mempelam
Manis mempelam masam kedondong
Penat mata bersengkang malam
Kisah silam payah dibendung

Bunga teratai kembang sejambak
Dipetik orang buat jualan
Setia pantai kerana ombak
Setia pungguk memuja bulan

Hangat tak berapi
Sejuk tak berair
Kasih tak bertepi
Sayang tak berakhir..
 
Enak laris semua juadah
Lemak pedas si daun sirih 
Cuma sebaris kata bermadah
Jadi pengikat tali kasih...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...