facebook

facebook

Mari beri sokongan

6.10.13

Melayu Dalam Krisis Kepimpinan

Simposium yang bertajuk “Mendepani Agenda Asing: Melayu Dalam Krisis Kepimpinan” yang dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) di Putrajaya pada 28 September  yang lalu.

Oleh A. Sufian


Pelbagai perkara telah dibincangkan di dalam siposium tersebut melalui sesi dialog bersama tokoh-tokoh ilmuan, ekonomi dan sejarah Melayu. Namun begitu apa yang begitu menarik perhatian penulis adalah sesi dialog pertama yang diterajui oleh Puan Zaharah Sulaiman seorang penulis dan pengkaji sejarah dari Persatuan Arkeologi Malaysia.

Tajuk yang dibawakan oleh Puan Zaharah Sulaiman adalah “Konspirasi Penghapusan Bangsa Melayu: Fokus Agenda Nam Tien”. Penulis agak terkejut dengan beberapa pendedahan yang telah dibuat oleh Puan Zaharah. Namun begitu setelah penulis kembali ke rumah dan membuat sedikit kajian sendiri, penulis dapati bahawa apa yang dikatakan oleh ahli Persatuan Arkeologi Malaysia itu sememangnya benar.



OK, dari saya pulak persoalan yg timbul, kenapa Bangsa Melayu ini dijadikan sasaran? Inilah perkara yg seharusnya kita wajib fikirkan krn kerosakkan akhlak orang-orang melayu kini semakin menjadi-jadi dan siapa sewajibnya bertanggungjawab? Maka akan ramailah yg akan menuding jari-jemari halusnya kepada sesiapa juga kann....

Jawapannya siapa lagi kalau bukan kita Bangsa Melayu ini sendiri. Sepertimana hadis Baginda Rasulullah SAW yg bermaksud:-

"Pada akhir zaman kelak, ada sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya. Maka apabila kamu mendengar khabarnya isi Samudera itu, maka segeralah kamu pergi ke negeri itu, bawa isi negeri Samudera masuk Islam, kerana dalam negeri itu banyak wali Allah akan jadi, tetapi ada pula seorang faqir di negeri Mu’tabari namanya, ialah kamu bawa beserta kamu

Sejak perlepasan Peperangan Salib merebutkan Baitul Maqdis pihak musuh Islam tidak terus beralah malah mereka mengaturkan perencanaan lain bagi menangani Umat Islam yg mereka lihat tidak dpt dikalahkan dgn peperangan. Maka berbagai strategi disusun utk menghancurkan Islam dan pada hari ini mereka telah berjaya memecah-belahkan sememananjuung Arab dan meng-cop-kan Islam sebagai pengganas.

Dalam pada itu pula, usaha mereka diteruskan lagi ke sebelah nusantara ini pula krn berdasarkan hadis si atas bahawa sebelah nusantara ini apabila lahirnya ramai wali Allah makan suatu gelombang dahsyat pasti terjadi di dunia ini. Hasilnya, kebenarannya terjadi apabila kebangkitan Islam di Nusantara melalui Kebangkitan Melaka.

Dalam pada itu pula berdasarkan Hadis Baginda Rasulullah SAW yg bermaksud:-

"Akan keluar dari sulbi ini pemuda yang memenuhi dunia dengan keadilan (Imam Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu, maka wajib kamu mencari Pemuda dari Bani Tamim, dia datang dari sebelah Timur dan dia adalah pemegang panji-panji Al Mahdi ". (Dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)

Maka jelaslah bahawa sebelah nusantara ini menjadi titik tolak penghancuran Umat Islam seterusnya yg rata-ratanya sudah hampir hancur umat islam di nusantara ini. Dan kebangkitan ini di lihat dari segi kemakmuran yg terdapat di dalam negara ini di mana berbagai bangsa dpt hidup aman di bawah satu bumbung maka usaha mereka yg seterusnya adalah MELAYU!

...sambungan seterusnya simposium.

Bermula dengan pencerobohan dan rompakan emas Kerajaan Melayu Champa oleh seorang Gabenor dari Cina yang bernama Tan Henzhi. Satu gerakan seolah-olah dilaksanakan untuk menawan keseluruhan Tanah Nusantara yang menjadi pusat pemerintahan orang Melayu. Gerakan ini dinamakan sebagai Nam Tien atau dalam bahasa Melayu “Gerakan ke Selatan”. Gerakan ini diusahakan oleh golongan penakluk, untuk mengepung dan menolak orang Melayu hingga ke ‘penghujung dunia’.

Contoh yang paling dekat adalah penyewaan Pulau Pinang oleh kerajaan Kedah. British menipu Sultan Kedah lantas memberi peluang untuk orang Thai menakluk dan menjarah Kota Alor Setar pada tahun 1821 sehinggalah pada tahun 1842. Pada ketika Kesultanan Melayu (Selangor, Kelantan dan Pahang) ingin membantu Kedah, British mengeluarkan askar-askar mereka untuk mengepung Kedah dari menerima apa-apa bantuan.

Ini membuktikan, tiada satu bangsa lain pun yang akan menyelamatkan bangsa Melayu kecuali bangsa Melayu itu sendiri. Sedihnya lama kelamaan penduduk bumi Melayu semakin tersepit dan sungguhpun telah merdeka secara fizikal, sejarah Melayu telah diputar belitkan agar anak-anak Melayu tidak tahu akan kehebatan bangsa mereka sendiri.

1511 merupakan titik tolak kerajaan Melayu menjadi terlalu lemah apabila dikalahkan oleh Portugis dengan mudah. Namun begitu, umat Islam di Malaysia masih boleh berbangga kerana walaupun dijajah oleh pemerintah Kristian dan agama lain, umat Islam pada zaman dahulu menolak langsung apa jua peluang untuk di murtadkan oleh pemerintah baru mereka. Jika penjajah berjaya pada waktu itu untuk menyebarkan Gospel mereka, Malaysia akan jadi tidak ubah seperti negara Filipina yang pada dahulunya adalah sebuah negara Islam. Kini Filipina diterajui oleh orang Kristian yang telah didoktrinasikan untuk mengagungkan dunia Barat.

Kejatuhan Empayar Melayu Champa, Kerajaan Melayu Maylina, Kerajaan Melayu Tondo (Selatan Filipina) dan Kerajaan Melayu Lamayan (Utara Filipina) harus kita kenangi. Ini kerana mereka telah tumbang disebabkan oleh kerakusan bangsa asing yang sentiasa tidak kenyang sungguhpun telah meratah tanah Nusantara ini.

Kini gerakan Nam Tien seolah-olah muncul kembali untuk menghantui orang Melayu. Dalam bentuk penjajahan moden yang diberikan pelbagai nama. Panggilah ia demokrasi, liberalisasi, reformasi, ataupun apa pun ideologi yang diracun di dalam minda orang Melayu, natijahnya jelas. Ianya hanyalah untuk melemahkan pemikiran bangsa Melayu itu sendiri. Tuntasnya peperangan ideologi dan persepsi akan menjunamkan orang Melayu sekali lagi kedalam karung penjajahan.
Biarlah kejatuhan kerajaan Melayu pada zaman dahulu dijadikan contoh dan peringatan kepada semua orang Melayu akan kengerian yang menanti mereka sekiranya bangsa Melayu jatuh dari tampuk pemerintahan. Dan jangan sekali pun orang Melayu melupakan akan kejahatan yang ingin merampas hak warisan anak bangsa Melayu di Malaysia sejak dari beratus tahun dahulu hinggalah sekarang.

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.



Sumber mykmu.net: Konspirasi Nam Tien (Cina) Hapuskan Kuasa Melayu?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...