facebook

facebook

Mari beri sokongan

15.10.13

Malaikat BerTawaf di Kaabah


Firman Allah dalam Surah Ali Imran:96-97) yang bermaksud :

sesungguhnya rumah ibadah yang mula-mula dibina untuk manusia ialah Baitullah di Makkah, yang barakah dan dijadikan pertunjuk hidayah bagi umat manusia. Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya, antaranya ialah Maqam Ibrahim). Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya, aman tenteramlah dia





Sebenarnya tanah tempat Kaabah didirikan adalah tempat di mana tanahnya di ambil untuk dijadikan jasad Nabi Adam sebelum Allah SWT memerintahkan malaikat untuk turun ke dunia untuk mensucikannya bagi mencipta Nabi Adam AS.Berdasarkan riwayat, tempat Kaabah dibina, dijadikan sebagai tempat tawaf dengan tujuan untuk kaffarah atau menebus dosa atas ketelanjuran mereka seperti memprotes tidak setuju Nabi Adam a.s dijadikan sebagai Khalifah Allah di muka bumi.

Dalam Surah Al-Baqarah ayat 30 bermaksud:


dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, sesungguhnya Aku (Allah) hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka berkata, ‘adakah engkau (wahai Tuhan) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, pada hal kami (para malaikat) sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu? Tuhan berfirman, sesungguhnya aku mengetahui akan apa yang kamu tidak ketahuinya.


Sebelum Allah SWT menjadikan Nabi Adam as, Allah SWt juga telah mencipta makhluk seperti manusia tetapi di kalangan manusia ini telah banyak mendatangkan kerosakkan dan melakukan pertelingkahan sesama mereka. Inilah kaitannya dengan ayat di atas.


Para malaikat telah menyesali atas ketelanjuran mereka seolah-olah tidak bersetuju Nabi Adam a.s dijadikan khalifah di muka bumi, lalu mereka telah menebus dosa mereka dengan melakukan tawaf mengelilingi Arasy. Tiang Arasy ini teramatlah luas yang memerlukan para malaikat melakukan tawaf dalam tempoh yang agak lama maka Allah SWT pun mencipta suatu binaan lain yang lebih kecil  dinamakan Baitul Ma’mur. (Di bawah lapisan tiang Arasy.) Allah memerintahkan para Malaikat supaya tawaf di Baitul Makmur dan tinggalkan Arasy. Para malaikat telah melakukan tawaf di Baitul Makmur sehingga jumlah yang memasukinya siang dan malam seramai 70,000 malaikat.





Kemudian Allah telah memerintahkan mereka agar membina suatu binaan yang fungsinya menyamai fungsi Baitul Ma’mur iaitu sebagai tempat tawaf bagi diri mereka di bumi.  Dan itulah Baitullah atau Kaabah yang terletak di tengah-tengah Masjidil Haram di Makkah. Ia dikatakan selari dengan kedudukan Arasy di langit.

Kemudian, setelah Nabi Adam AS dibuang dari syurga ke bumi, setelah bertemu dengan Hawa di Jabal Rahmah, Nabi Adam AS yang teramat menyesali dosa yang telah dilakukannya di syurga memohon keampunan dari Allah SWT. Dan Allah memerintahkan mereka berdua mengelilingi kaabah yang menjadikan mereka adalah di kalangan manusia pertama yang melakukan tawaf.


# Pengorbanan Siti Hajar
#Asal usul wukuf dan Idil Adha
#Khutbah Akhir Rasulullah di Gunung Arafah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...