facebook

facebook

Mari beri sokongan

29.10.13

Islam itu letaknya pada Syiar


Dari Abu Hurairah r.a : Seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW, ' Amal yang bagaimanakah yang paling utama? ' Jawab Nabi SAW , " Iman dengan Allah. ".

Orang-orang Arab berkata: Kami telah beriman. Katakanlah (wahai Muhammad): Kamu belum beriman, tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: Kami telah Islam dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.- Al Hujurat ayat 14.


Quran adalah Amanah dan apakah itu amanah? Amanah itulah agama dan apa pula agama? Agama itulah Islam dan apa pula Islam? Islam itu adalah cara hidup. Maka bila merujuk kepada Al-Quran, iaitu orang yang ada cara hidup Islam dan mendapat Amanah dan itulah Quran yang sebenarnya.

Amanah itu letaknya pada Iman, iaitu orang yang berIman
Agama itu letaknya pada ibadah iaitu orang yang beribadah
Islam itu letaknya pada syiar iaitu lahirnya syiar Islam
Cara hidup itu letaknya pada kehidupan iaitu yang menampakkan pada kehidupan.

 Islam adalah cara hidup yang lengkap yang merangkumi segala aspek kehidupan: moral, rohani, sosial, politik, ekonomi, intelektual, dan lain-lain

Islam adalah salah satu agama yang paling pesat berkembang di dunia. Untuk menjadi Muslim, seseorang yang mana-mana kaum atau budaya mesti menyakini satu kenyataan iaitu bersyahadah, bersaksi bahawasanya tiada yang nyata melainkan Tuhan Yang Maha Esa dan bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruhNya.

"Allah" adalah satu perkataan Arab yang bermaksud "Tuhan". Islam meyakini bahawa "Allah" adalah nama peribadi Tuhan di samping ia mempunyai 99 nama yang lainnya yang patut kita amalkan.


Konsep KeTuhanan di dalam Islam adalah dengan kasih sayang, belas kasihan, dan kemurahan hati. Tetapi Islam juga mengajar bahawasanya Allah Maha adil dan pantas dalam hukuman. Walau bagaimanapun, Allah pernah berfirman kepada Nabi Muhammad, "rahmatKu mengatasi kemurkaan Ku." Islam mengajar keseimbangan antara takut dan harapan, melindungi sesama manusia dari berputus asa.

Setiap orang Islam percaya bahawa Allah telah mempunyai 99 nama-nama-Nya di dalam al-Quran. Ia adalah nama-nama yang kita boleh mengenalinya sebagai Pencipta. Antara nama-nama ini adalah: Ar - Rahman - Yang Maha Penyayang, Ar - Rahim - Yang Maha Pengasih, Al - Malek - Maha Raja, Al - Quddus - Maha Suci, As - Salam - Maha Sejahtera, Al - Mukmin - Maha Memelihara, Al - Muhaimin - Maha Mengurnia, Al Aziz - Maha Perkasa, Al - Jabbar - Maha Keteguhan (Kuasa) dan banyak lagi nama-nama yang Maha segala yg baik-baik.

Islam percaya dan mengakui semua para nabi, daripada Adam kepada Isa sampailah kepada Nabi Muhammad SAW. Setiap Muslimin percaya bahawa mereka membawa mesej keamanan dan penyerahan kepada orang-orang yang berbeza pada masa dan keadaan yang berlainan. Islam juga percaya bahawa nabi-nabi adalah "BerIman Kepada Allah" kerana mereka berserah bulat-bulat kepada Allah.


Al-Quran tidak ditulis oleh Muhammad. Ia adalah qalamullah dan diwahyukan kepada Muhammad, dan mulai ditulis dalam bentuk fizikal oleh sahabat baginda iaitu Sayidina Osman ra setelah dimesyuaratkan bersama para sahabatNya tatkala Beliau menjadi Khalifah.

Umat Islam percaya dalam hal pertanggungjawaban peribadi. Islam mengajar bahawa setiap orang bertanggungjawab untuk apa yang dilakukannya. Pada hari kiamat umat Islam mestilah yakin bahawa setiap orang akan dibangkitkan dan perlu menjawab kepada Tuhan untuk setiap pemikiran mereka,  perkataan dan perbuatan. Oleh yang demikian, seorang Muslim sentiasa berusaha untuk menjadi seorang yang soleh yakni yang membawa manafaat kepada orang lain.



4 comments:

* OZIE MAHSA said...

cuba menjadi muslim yg terbaik itu wajib... semoga kita mampu lakukannya...

Huny eda said...

tQ infonya...islam itu memang indah..lebih indah kalau kita dalaminya..sy tengah cr sponsor utk GA skrng ni..

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

perkongsian yang sangat bermanfaat..

~Kak Nah Backyard (^_^)~ said...

salam ukhwah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...