facebook

facebook

Mari beri sokongan

13.10.13

Imam MaHADI Bah. 1















Nabi saw bersabda :
dunia ini tidak akan hancur hingga seorang lelaki dari kalangan bangsa arab yang namanya sama denganku muncul
(Shahih Tirmidzi, jld 9, hal 74)
1.Untuk mengenali peribadi Imam Mahdi dan sekutunya Pemuda Bani Tamim, Umat Islam nusantara harus berpegang kembali kepada iktiqad ahlussunnah wal jamaah yang diperjuangkan oleh para sahabat dan ahlulbait. Pegangan ini dipertahankankan sejak turun- temurun dirantau ini. 

Oleh itu carilah guru mursyid yang bersanad kepada Rasulullah SAW. Ulama ul’amilin. Belajarlah ilmu tentang Iman dan Islam secara sempurna. Bila ada bab-bab ilmu dalam Islam yang dicebak-cebak, kemudiannya dicelahi pula oleh fahaman wahabi, syiah dan liberalisme maka Islam yang dianut sudah tidak tulen lagi. (Maaf. Ada yang belajar Islam tetapi bersanad pula kepada guru-guru Yahudi). Akibatnya Ilmu Islam itu bercampur aduk dan mengelirukan. Ajaran Islam yang dipelajari secara tidak seimbang (antara tauhid, feqah dan tasauf) akan menjadi sukar untuk difahami dan berat pula untuk diamalkan. Akhirnya penganut Islam rasa curiga dan menjauhi agamanya sendiri. Atau memahami ajaran Islam dalam ruang lingkup yang amat sempit dan jumud. ‘Label’ Islam dilihat keras dan ganas. Semua ini sudah lama dirancang oleh musuh-musuh Islam. 



2. Allah SWT berjanji untuk memelihara kesahihan AlQuran. Rasulullah SAW pula bersabda bahawa pada setiap awal kurun akan datang mujaddid yang berperibadi AlQuran, mewakili Nabi akhir zaman, membimbing dan memimpin ummat kembali mengamalkan intipati ajaran Al-Quran. Peranan para mujaddid membaharui, mensucikan, menghidupkan dan memperjuangkan kembali ajaran Islam yang telah tersasar dan dirosakkan oleh musuh dari masa ke masa. 

 Pada mereka ada rahsia kekuatan umat Islam untuk bertahan dari satu kurun ke satu kurun, menggenggam bara api Islam sehinggalah kembali marak di akhir zaman. Perjuangan kebenaran mempunyai ciri-ciri khas, unik dan persamaan antara satu sama lain walau berlainan tempat dan zaman. Oleh itu ‘time frame’ pencarian anda harus dianjakkan lagi ke masa lampau (sejauh waktu ‘keghaiban’ Nabi Isa as) agar anda boleh menjejaki petunjok, ‘hint’, ‘clue’, petanda dan teka-teki yang mereka tinggalkan untuk menemukan Imam Mahdi yang akan muncul di penghujung umur dunia. Perjuangan kebenaran adalah berkesinambungan, melangkaui jarak ruang, tempat dan masa. Matlamatnya adalah satu.

3. Peribadi Imam Mahdi adalah gambaran peribadi Rasululllah SAW bahkan beliau mirip baginda dalam banyak aspek, secara lahiriah dan batiniah. Beliau dari keturunan Rasulullah SAW yang mulia. Dari keluarga (ahlulbait) yang sangat kuat bersyariat dan mengamalkan ajaran Islam sebenar. 

Terpelihara (Mahfuz) dan jauh dari terlibat dengan maksiat dan dosa-dosa besar. Beliau seorang tokoh yang sangat berwibawa, mempunyai aura tersendiri, disegani kawan dan lawan, juga sultan dan rakyat jelata. Beliau adalah guru mursyid, ketua keluarga, ketua jemaah Islam, ketua ulama’, ayah-ibu, saudara dan sahabat. Beliau juga menjalani kehidupan seperti manusia biasa, diuji dengan berbagai-bagai kesusahan dan kesulitan dalam memperjuangkan Islam, mempunyai musuh dan juga simpati. Beliau menegakkan sunnah Rasululllah SAW , berdakwah dan membangunkan Islam secara berjemaah bersama pengikutnya. Tetapi ramai dikalangan pengikutnya sendiri tidak menyedari bahawa mursyid mereka itu adalah bakal Imam Mahdi.

#sumber khalifahalhidayah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...