facebook

facebook

Mari beri sokongan

26.10.13

Gurindam 1 Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad







Gurindam Dua Belas, di buat oleh Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad, lahir di Pulau Penyengat, Kepulauan Riau. Beliau adalah ulama, sejarawan, dan pujangga. Dan berikut ini adalah isi dari Gurindam Dua Belas karya Raja Ali Haji.


Gurindam 12

Barang siapa tiada memegang agama
Segala-gala tiada boleh dibilang nama
Barang siapa mengenal yang empat
Maka yaitulah orang yang ma’rifat

Barang siapa mengenal Allah
Suruh dan tegaknya tiada ia menyalah

Barang siapa mengenal diri
Maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri

Barang siapa mengenal dunia
Tahulah ia barang yang terpedaya

Barang siapa mengenal akhirat
Tahulah ia dunia mudharat

5 comments:

syuhada sue said...

Lebihkan cinta akhirat dari cintakan dunia..

Zai Zaiman said...

Yer begitulah indahnya kata-kata, tak semudah untuk di kota,
berpandukan niat kita laksana,
moga matlamat kekal di syurga...

nyanyisunyi said...

Gurindam yg bukan sebarangan gurindam..

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

terima kasih di atas perkongsian baru aiza tahu mengenai gurindam ini..

PakcikLie PCL said...

tak reti aku nak bergurindam...baca senafas je.. :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...