facebook

facebook

Mari beri sokongan

30.10.13

41 tanda dalam badan anda ada jin

 

Ada ramai juga di kalangan kawan yang tak ambil peduli pasal jin. Kawan-kawan jenis itu biasanya memandang remeh jika ada orang yang mendakwa mereka terkena gangguan jin atau buatan sihir manusia. Mereka rasa orang yang seperti itu adalah lekeh kerana tidak kuat iman.

Itu kata kawan-kawan yang ‘kebal jin’. Setiap kali berbincang tentang buatan orang atau rasukan jin, mereka hanya ketawa sinis dan memandang rendah pada golongan yang hidup asyik salahkan jin.

Bagi mereka yang berpengalaman terkena rasukan jin atau buatan sihir orang sudah tentu akan marah dengan sikap seperti itu. Tak kena tak apalah, nanti bila kena baru tahu!. Namun begitu, yang peliknya mereka ini tidak pernah kena lansung hal-hal seperti itu.

Jika kawasan yang orang kata ‘keras’, mereka hanya selamba buat apa-apa saja tanpa rasa takut dan tidak mendatangkan kesan sedikit pun pada kehidupan dan juga kesihatan mereka. Memang mereka punya genetik tertentu yang sukar untuk jin masuk ke dalam darah.

Nas-nas sahih ada tentang kewujudan mereka. Menolak wujudnya Jin sama dengan menolak kewujudan Allah swt sepertimana frimanNya “Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku”. (Surah Dzaariyat, ayat 56).

Simptom kena jin

Baguslah jika anda termasuk dalam golongan yang kebal jin. Tapi bagi mereka yang tidak kebal jin sila baca satu persatu simptom yang disenaraikan di bawah. Jika anda sering mengalami masalah-masalah yang tersebut, ada kemungkinan jin menumpang duduk di dalam badan anda.

1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.


7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.


13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.


19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.


25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.


31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.


37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.


“Ia (iblis) berkata: Oleh itu demi kemuliaan-Mu, aku akan sesatkan mereka semuanya, kecuali di antara mereka hamba-hamba-Mu yang dibersihkan” . (Surah Shad, ayat 82 & 83).

5 comments:

Harith Iskandar said...

sah...sy ade jin :)
gud info nih...rugi kalau xbaca

Rafidah Abu Shah said...

Info yg berguna..tq

Isz Kha said...

banyak rupa nya tanda2 jin ada dlm bdn kita...info yang menarik

pha is said...

minta dijauhkan..

zaiman Z said...

Sepertimana Nabi Saw bersabda, ”Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah.” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Riwayat Ahmad dan Muslim)

jadi berwasapadalah, tdk dpt kita nafikan, mmg ada kalangan jin yg mendampingi kita sebagai dalam sabdaan Bagi Nabi SAW, cumanya, kitalah yg akan membawanya kepada kehidupan yg d kehendaki Allah, sungguh Alam ini bukan hanya kita, ttp juga punyai makhluk lain d dalamnya dan kita sebagai Khalifah adalah wajar utk kita jadikan tauladan yg sebenarnya krn mereka akan mengikut perlakuan kita jika kalangan kita adalah jin islam maka wajarlah menunjuk cara hidup Islam jika sebaliknya, itulah yg akan jadi sakit sini sakit sana dan bermacam-macam lagi... krn mereka hendak beriman dengan melalui kita.

surah(Al~Jin:1-5)”Katakan:Diwahyukan kepadaku,bahawa sekumpulan jin mendengarkan (Al~Quran),mereka berkata:Sesungguhnya kami telah mendengar(bacaan)Al~Quran yang mengagumkan.Memberikan pimpinan kepada jalan yang benar,kerana itu kami mempercayainya,dan kami tiada akan mempersekutukan Tuhan kami siapa jua pun.Dan sesungguhnya amat tinggi kebesararan Tuhan kami;Dia tiada mengambil isteri dan anak.Dan sesungguhnya orang yang bodoh di antara kami mengucapkan perkataan perkataan yang tidak benar terhadap Tuhan.Dan sesungguhnya kami mengira,bahawa manusia dan jin itu tiada akan mengucapkan perkataan yang palsu terhadap Tuhan.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...