Mari beri sokongan

31.10.13

Kecintaan


KECINTAAN

Cahaya terang mulia
Bergema lantang memulia
Menjelma tenang terasa
Memuja kau Yang Maha Esa.

Pahala yang dijanji
Terasa menyerapi
Mulianya Kau wahai Ilahi
Sayugia pancaran suci.

Beribadat tanda syukurku
Bermunajat tanda akurku
Memanjat menyala uburku
Tersemat tangga luhurku.

Keimanan mula bersemi
Keyakinan mula menyeri
Ketaatan bergema murni
Kehambaan keranda abadi.

Oh Tuhan… Kau pujaan
Oh Tuhan… keredhaan
Oh Tuhan… aku insan
Oh Tuhan… kecintaan…



# lagu & lirik Dendang Anak

30.10.13

41 tanda dalam badan anda ada jin

 

Ada ramai juga di kalangan kawan yang tak ambil peduli pasal jin. Kawan-kawan jenis itu biasanya memandang remeh jika ada orang yang mendakwa mereka terkena gangguan jin atau buatan sihir manusia. Mereka rasa orang yang seperti itu adalah lekeh kerana tidak kuat iman.

Itu kata kawan-kawan yang ‘kebal jin’. Setiap kali berbincang tentang buatan orang atau rasukan jin, mereka hanya ketawa sinis dan memandang rendah pada golongan yang hidup asyik salahkan jin.

Bagi mereka yang berpengalaman terkena rasukan jin atau buatan sihir orang sudah tentu akan marah dengan sikap seperti itu. Tak kena tak apalah, nanti bila kena baru tahu!. Namun begitu, yang peliknya mereka ini tidak pernah kena lansung hal-hal seperti itu.

Jika kawasan yang orang kata ‘keras’, mereka hanya selamba buat apa-apa saja tanpa rasa takut dan tidak mendatangkan kesan sedikit pun pada kehidupan dan juga kesihatan mereka. Memang mereka punya genetik tertentu yang sukar untuk jin masuk ke dalam darah.

Nas-nas sahih ada tentang kewujudan mereka. Menolak wujudnya Jin sama dengan menolak kewujudan Allah swt sepertimana frimanNya “Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku”. (Surah Dzaariyat, ayat 56).

Simptom kena jin

Baguslah jika anda termasuk dalam golongan yang kebal jin. Tapi bagi mereka yang tidak kebal jin sila baca satu persatu simptom yang disenaraikan di bawah. Jika anda sering mengalami masalah-masalah yang tersebut, ada kemungkinan jin menumpang duduk di dalam badan anda.

1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.


7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.


13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.


19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.


25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.


31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.


37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.


“Ia (iblis) berkata: Oleh itu demi kemuliaan-Mu, aku akan sesatkan mereka semuanya, kecuali di antara mereka hamba-hamba-Mu yang dibersihkan” . (Surah Shad, ayat 82 & 83).

29.10.13

Islam itu letaknya pada Syiar


Dari Abu Hurairah r.a : Seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW, ' Amal yang bagaimanakah yang paling utama? ' Jawab Nabi SAW , " Iman dengan Allah. ".

Orang-orang Arab berkata: Kami telah beriman. Katakanlah (wahai Muhammad): Kamu belum beriman, tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: Kami telah Islam dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.- Al Hujurat ayat 14.


Quran adalah Amanah dan apakah itu amanah? Amanah itulah agama dan apa pula agama? Agama itulah Islam dan apa pula Islam? Islam itu adalah cara hidup. Maka bila merujuk kepada Al-Quran, iaitu orang yang ada cara hidup Islam dan mendapat Amanah dan itulah Quran yang sebenarnya.

Amanah itu letaknya pada Iman, iaitu orang yang berIman
Agama itu letaknya pada ibadah iaitu orang yang beribadah
Islam itu letaknya pada syiar iaitu lahirnya syiar Islam
Cara hidup itu letaknya pada kehidupan iaitu yang menampakkan pada kehidupan.

 Islam adalah cara hidup yang lengkap yang merangkumi segala aspek kehidupan: moral, rohani, sosial, politik, ekonomi, intelektual, dan lain-lain

Islam adalah salah satu agama yang paling pesat berkembang di dunia. Untuk menjadi Muslim, seseorang yang mana-mana kaum atau budaya mesti menyakini satu kenyataan iaitu bersyahadah, bersaksi bahawasanya tiada yang nyata melainkan Tuhan Yang Maha Esa dan bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruhNya.

"Allah" adalah satu perkataan Arab yang bermaksud "Tuhan". Islam meyakini bahawa "Allah" adalah nama peribadi Tuhan di samping ia mempunyai 99 nama yang lainnya yang patut kita amalkan.


Konsep KeTuhanan di dalam Islam adalah dengan kasih sayang, belas kasihan, dan kemurahan hati. Tetapi Islam juga mengajar bahawasanya Allah Maha adil dan pantas dalam hukuman. Walau bagaimanapun, Allah pernah berfirman kepada Nabi Muhammad, "rahmatKu mengatasi kemurkaan Ku." Islam mengajar keseimbangan antara takut dan harapan, melindungi sesama manusia dari berputus asa.

Setiap orang Islam percaya bahawa Allah telah mempunyai 99 nama-nama-Nya di dalam al-Quran. Ia adalah nama-nama yang kita boleh mengenalinya sebagai Pencipta. Antara nama-nama ini adalah: Ar - Rahman - Yang Maha Penyayang, Ar - Rahim - Yang Maha Pengasih, Al - Malek - Maha Raja, Al - Quddus - Maha Suci, As - Salam - Maha Sejahtera, Al - Mukmin - Maha Memelihara, Al - Muhaimin - Maha Mengurnia, Al Aziz - Maha Perkasa, Al - Jabbar - Maha Keteguhan (Kuasa) dan banyak lagi nama-nama yang Maha segala yg baik-baik.

Islam percaya dan mengakui semua para nabi, daripada Adam kepada Isa sampailah kepada Nabi Muhammad SAW. Setiap Muslimin percaya bahawa mereka membawa mesej keamanan dan penyerahan kepada orang-orang yang berbeza pada masa dan keadaan yang berlainan. Islam juga percaya bahawa nabi-nabi adalah "BerIman Kepada Allah" kerana mereka berserah bulat-bulat kepada Allah.


Al-Quran tidak ditulis oleh Muhammad. Ia adalah qalamullah dan diwahyukan kepada Muhammad, dan mulai ditulis dalam bentuk fizikal oleh sahabat baginda iaitu Sayidina Osman ra setelah dimesyuaratkan bersama para sahabatNya tatkala Beliau menjadi Khalifah.

Umat Islam percaya dalam hal pertanggungjawaban peribadi. Islam mengajar bahawa setiap orang bertanggungjawab untuk apa yang dilakukannya. Pada hari kiamat umat Islam mestilah yakin bahawa setiap orang akan dibangkitkan dan perlu menjawab kepada Tuhan untuk setiap pemikiran mereka,  perkataan dan perbuatan. Oleh yang demikian, seorang Muslim sentiasa berusaha untuk menjadi seorang yang soleh yakni yang membawa manafaat kepada orang lain.



28.10.13

SELOKA SURIH SASTERA MELAYU


Pada dasarnya keseluruhan AJARAN MELAYU adalah merupakan SASTRA yang mana sastra itu adalah kepustakaan pengilmuan ketuhanan yang dikeluarkan dari perbendaharaanNya. Ianya mengandungi ilmu ketuhanan itu sendiri yang dinamakan AJARAN MELAYU. Ianya dizahirkan  dalam lisan dan tulisan sebagai cara ilmu itu dapat disalurkan kepada manusia. Lisan dan tulisan pengilmuan itu menggunakan bahasa Melayu.

Sastra adalah kenyataan tajjali dan ia menjadi intipati Ajaran Melayu. Gugusan keilmuan ini menjadi kepustakaan Melayu dan menjadi gudang segala ilmu yang terbit daripada Melayu yang mana Melayu itu adalah ALAM DUNIA PEMIKIRAN KETUHANAN. Maka segala pengilmuan yang yang dinamakan AJARAN MELAYU adalah SASTRA ABADI yang menceritakan segala pengilmuan ketuhanan itu sendiri.
 

SURIH MELAYU

Ini surih Melayu kita, surih ilmu pelengkap dalilnya, serba rengkas dalam tatanya, namun padat akan isinya, sebagai acara mengenal Dia, sebagai tunjuk akan ajaranNya, kepada Melayu jadi bicara, membawa hikmah kedalam dunia, agar anak cucu yang ada, tetap peka tiada lupa, asalnya kita turun kedunia, atas tugas pembela dharma, inilah surih ayat yang nyata, agar dibaca dimana jua, sematkan ia didalam raga, agar Melayu tiada binasa.

Ini surih lakaran Paduka, jadi pedoman sandri yang ada, jua sekelian keturunan yang ada, seluruh benih Paduka Raja, kepada anak cucu yang mulia, jangan derhaka kepada Paduka, hanya Dia rujuknya kita, hanya Dia tujunya kita, itulah Paduka Raja kita, asal kita galur kuasanya, menjadikan kita umat pertama, diatas dunia ganti Dirinya.
Jangan surih dibaca sahaja, amatilah akan setiap kata, barang disurih azimat perkasa, bukan hanya melambai rasa, bukan mata melihat akannya, tapi hati tajam pilihnya, menilik surih bagai permata, melihat akan hikmah Paduka, menyelam erti bukan hurufnya, tulisan hanya penyampai sahaja, mengenal kaji bukan mengajinya, mengenal sedar bukan pahamya, mengenal isi bukan kulitnya, hanya yang tahu dapat kebenarannya.

Surih hanya syariat belajarnya, hakikat itulah tempat ketemunya, jika mengerti susun belajarnya, baru tahu isi kandungannya, jangan cepat kata salahnya, jangan mudah kata syiriknya, kata manusia tiada asanya, kerana lidah nafsu tulangnya, jika sungguh mengenal dirinya, jumpalah ia akan jalannya, jalan mengenal surih tertera, bukan ayat bermain dimata, hikmahnya jua yang sentiasa nyata.

Kepada Melayu yang masih ada, hargailah ini surih Paduka, jangan hanya merawan rasa, jangan hanya merawang angannya, jangan duduk diam sahaja, masa didunia sekejap jua, kita pasti meninggalkannya, hayatilah surih yang ada, agar munafaat kepada semua, agar hidup tak sia-sia, agar kita pulang semua, kembali penuh rahmat dan sentosa, kembali ke asal kahyangannya kita, itulah harapan Paduka Raja, agar semua Melayu kembali seluruhnya.


Karya
Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asomoro Widjoyo,
Mahasiddha

Bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang


Dari Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan Ibn Majah, diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda:

"Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di majlis, nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari anak."


Ayat-ayat Al-Qur'an yang menjelaskan apa yang ada di langit dan bumi bertasbih kepada Allah swt antara lain :



"supaya kamu sekalian beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, menguatkan (agama)Nya, membesarkan-Nya. Dan bertasbih kepada-Nya di waktu pagi dan petang." Al-Fath [48] : 9

“Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak meninggikan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.”    Surah 7: Al A’raf,  Ayat 205
 


"Senantiasa bertasbih kepada Allah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." {Al-Jumu'ah : 1 } 


"Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun." {Al-Isra' : 44 }

 "Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Asmaul Husna. Bertasbih kepadaNya apa yang di langit dan bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana". {Al-Hasyr : 24 } 

"Dan guruh itu bertasbih dengan memuji Allah, (demikian pula) para malaikat karena takut kepada-Nya, dan Allah melepaskan halilintar, lalu menimpakannya kepada siapa yang Dia kehendaki, dan mereka berbantah-bantahan tentang Allah, dan Dia-lah Tuhan Yang Maha keras siksa-Nya". {Ar-ra'du : 13} 


"Tidaklah kamu tahu bahwasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui (cara) sembahyang dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan." {An-nuur : 41}

"(Malaikat-malaikat) yang memikul 'Arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memintakan ampun bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan): "Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang menyala-nyala," {Al-mu'min : 7} 


"..Bukankah sudah Ku katakan kepadamu, bahawa sesungguhnya Aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan..?" (Al-Baqarah:33)

Syair buat Anaknda

Syair Melayu “Takwa Kepada Tuhan Yang Maha Esa,
Wahai Ananda Mustika Ayah
Dalam Beriman Janganlah Goyah
Betulkan akal Luruskan Langkah
Mohon Petunjuk Kepada Allah

Wahai Ananda Buah Hati Bunda
Berpegang teguh Kepada Agama
Beramalah Engkau Sehabis daya
Supaya Selamat dari neraka.


Syair Melayu “ Keadilan

Wahai Ananda Mustika Bunda,
Adil dan benar hendaklah bela
Jagalah sehabis daya
Supaya hidupmu beroleh Pahala.

Wahai Ananda Bunga Idaman
Kenang Olehmu ayah Berpesan
Berlaku adil Janganlah segan
Bersikap benar Jangan lah Enggan

Syair Melayu ” Bertengang Rasa”

Wahai Ananda dengarlah Petuah
Dalam bergaul janganlah meyalah
Dalam bercakap elok Lah lidah
Dalam berjalan Luruslah Langkah.

Wahai ananda dengar amanat
Tengang menengang jadikan sifat
Tolong menolong jadikan ibadat
Supaya Selamat Duni Akhirat.

Syair Melayu ” Bertanggung Jawab

Wahai Ananda permata Hkmat
Tanggung jawabmu hendaklah ingat
Berani menanggung Sebab akibat
Berani berbuat tahan Akibat.

Wahai Ananda kuatkan Iman
Tunaikan Tugas jalankan Kewajiban
Tanggung Jawabmu jangan abaikan
Supaya hidupmu diridhoi Tuhan

Syair Melayu ” Musyawarah dan Mufakat

Wahai ananda dengar amanat
Jangan sekali meninggalkan Mufakat
Elok berunding sebelum berbuat
Supaya kerjamu Jadi Selamat

Wahai ananda dengarlah syair
Duduk musyawarah Pantang Menyindir
Mufakatkan akal gunakan fikir
Supaya kerja tidak Membazir

Syair Melayu “Menanam dan Membalas Budi

Wahai Ananda perbanyaklah Budi
Tetapi jangan minta dipuji
Ikhlas dan rela dalam memberi
Supaya Amalmu ALLah Ridhoi

Wahai Ananda Banyakkan ingat
Bertanam budi mengikut adat
Dalam hidup mendapat Berkat
Semoga Allah memberi rahmat

Syair Melayu ” Berkasih Sayang Dengan Sesama

Wahai Ananda Intan dikarang
Hiduplah engkau berkasih sayang
Janganlah suka memusuhi orang
Sifat yang buruk hendaklah Buang.

Wahai ananda dengar madah
Berkasih sayang besarlah faedah
Dalam bergaul engkau merendah
Supaya aibmu tidak terdedah


Syair Melayu. “ Keberanian

Wahai ananda buah hati ayah
Sifat berani menegakan marwah
Membela keadilan usah berlengah
Menegakan yang hak usah berkilah

Wahai ananda luruskan niat
Perangi oleh kerja maksiat
Lawan olehmu dengki khianat
Mati pun engkau berolah rahmat

Syair ” Kejujuran

Wahai ananda buah hati bunda
Hiduplah jujur jangan durhaka
Jauhkan bohong haramkan dusta
Supaya hidup tiada ternista

Wahai ananda intan pilihan
Berterus terang janganlah segan
Apa yang benar engkau katakan
Apa yang salah engkau tunjukan

Syair Melayu ” Memanfaatkan Waktu

Wahai ananda permata hati
Hitunglah waktu dengan teliti
Masa berjalan cepat sekali
Bila tak ingin hidup merugi,

Wahai ananda ingatlah pesan
Masa mudamu jangan abaikan
Manfaatkan waktu dengan amalan
Supaya selamat di hari kemudian

Syair Melayu ” Sifat Amanah dan Memegang Janji

Wahai ananda intan dikarang
Pegang kokoklah amanah orang
Kepercayaan jangan dibuang
Supaya Hidupmu dijalan terang..

Wahai ananda peliharalah janji
Keprcyaan orang jangan khianati
Taat setia sampailah mati
Supaya namanu tidak terkeji.

Syair Melayu ” Sifat Tahu Diri

Wahai Ananda pegang Amanah
Tahu diri sifat bertuah
Tahu berjalan mengatur langkah
Tahu berkata mengatur lidah.

Wahai ananda dengarlah peri
Bertuah hidup tahukan diri
Tahu dimana tempat berdiri
Tahu dimana tempat berhenti

Syair Melayu ” Sikap Rendah Hati

Wahai ananda kebanggaan bunda
Janganlah engkau mabuk dunia
Jangan silau memandang harta
Supaya hidupmu tidak menderita

Wahai ananda dengarlah petuah
Jauhi sifat sombong dan pongah
Bergaulah dengan hati merendah
Supaya hidupmu beroleh berkah.

Syair “Pemaaf dan Pemurah

Wahai ananda intan dikarang
Ikhlaskan hati memaafkan orang
Dendam kesumat hendaklah buang
Hati pemurah hidupmu lapang

Wahai ananda dengar petuah
Hiduplah dengan hati pemurah
Sesama umat beramah tamah
Maaf memaafkan karena allah


27.10.13

Peringatan Untuk HambaNya



Daripada Abu Zar al-Ghifari r.a. daripada Rasulullah SAW berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Baginda daripada Allah SWT bahawa Dia berfirman:

Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya aku mengharamkan ke atas diriKu kezaliman dan Aku jadikannya di kalangan kamu sebagai suatu perkara yang diharamkan, maka janganlah kamu saling zalim-menzalimi.

Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua sesat kecuali orang yang Aku hidayatkannya, maka hendaklah kamu meminta hidayat dariKu.


Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua lapar kecuali orang yang Aku beri makan, maka hendaklah kamu meminta makan daripadaKu nescaya Aku akan berikan kamu makan.


Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua telanjang kecuali orang yang Aku berikannya pakaian, maka hendaklah kamu meminta pakaian daripadaKu nescaya Aku akan berikan kamu pakaian.

Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya kamu bersalah siang dan malam dan Aku mengampunkan semua dosa, maka mintalah keampunan daripadaKu nescaya Aku akan ampunkan kamu.

Wahai hamba-hambaKu! Selama-lamanya kamu tidak akan mampu memudharatkan Aku sehingga kamu boleh memudharatkan Aku.

Wahai hamba-hambaKu! Dan selama-lamanya kamu tidak akan mampu memberi manfaat kepada Aku sehingga kamu boleh memberi manfaat kepada Aku.

Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati bertaqwa umpama hati orang yang paling bertaqwa di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak menambahkan apa-apapun dalam kerajaanKu.


Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati jahat umpama hati orang yang paling jahat di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak mengurang-cacatkan apa-apapun dalam kerajaanKu.

Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua berhimpun di suatu tempat, lalu mereka meminta daripadaKu (iaitu meminta sesuatu pemberian), lantas Aku kurniakan setiap orang dari kalangan mereka permintaannya, nescaya hal itu tidak mengurangkan sedikitpun apa-apa yang ada di sisiKu kecuali umpama berkurangnya air laut apabila dicelupkan sebatang jarum.

Wahai hamba-hambaKu! Bahawa sesungguhnya hanya amalan kamu yang Aku akan perhitungkannya bagi kamu, kemudian Aku sempurnakan pembalasannya.


Maka barangsiapa yang mendapat kebaikan maka hendaklah dia memuji Allah dan barangsiapa yang mendapat selain kebaikan, maka janganlah dia mencela kecuali mencela dirinya sendiri.

Riwayat Muslim dalam as-Sahih.

26.10.13

Gurindam 1 Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad







Gurindam Dua Belas, di buat oleh Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad, lahir di Pulau Penyengat, Kepulauan Riau. Beliau adalah ulama, sejarawan, dan pujangga. Dan berikut ini adalah isi dari Gurindam Dua Belas karya Raja Ali Haji.


Gurindam 12

Barang siapa tiada memegang agama
Segala-gala tiada boleh dibilang nama
Barang siapa mengenal yang empat
Maka yaitulah orang yang ma’rifat

Barang siapa mengenal Allah
Suruh dan tegaknya tiada ia menyalah

Barang siapa mengenal diri
Maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri

Barang siapa mengenal dunia
Tahulah ia barang yang terpedaya

Barang siapa mengenal akhirat
Tahulah ia dunia mudharat

Agama tatkala Kedatangan Islam


sambungan dari Agama sebelum Islam sampai

Setelah pengaruh Agama Hanif itu bertukar.. maka datangnya seperti agama buddha yang mengajak manusia kembali ke fitrah diri...

Agama disifatkan sebagai sistem kepercayaan dalam sesebuah masyarakat.  Pendapat lama menyebut bahawa agama adalah satu kepercayaan mengenai kerohanian.  Agama juga dilihat sebagai  satu bentuk sikap, idea, kepercayaan dan perlakuan terhadap kuasa-kuasa supernatural yang wujud dalam konsep tuhan dewa-dewi, kuasa halus, hantu dan sebagainya.  Secara keseluruhannya, masyarakat Asia telah mengamalkan pelbagai bentuk agama dan kepercayaan.  Namun begitu, agama Hindu dan Buddhalah yang paling banyak mempengaruhi masyarakat Asia terutamanya dalam sistem pemerintahan masyarakaat Asia.

Dalam sistem pemerintahan kerajaan-kerajaan awal asia tenggara menampakkan pengaruh kebudayaan Hindu dan Buddha yang amat ketara.  Mengikut agama ini Raja meruakan ketua kerajaan seterusnya berkuasa mutlak di atas segalanya. Ini kerana Raja dianggap bayangan tuhan atau deva Raja ( Dewa sakti) serta merupakan wakil tuhan di bumi.  Oleh kerana itulah Raja mempunyai kedudukan yang mulia serta mempunyai kuasa mutlak dalam segala urusan pemerintahan dan keagamaan.

Agama Buddha



 Keberadaan agama Buddha tidaklah terlepas dari riwayat hidup Siddhattha Gotama (Sanskerta: Siddhartha Gautama) yang kemudian dikenal dengan sebutan Sang Buddha (Ia Yang Telah Sadar), sebagai penemu dan pengajar ajaran yang juga disebut dengan Buddha Dhamma (Ajaran Buddha).

Sebenarnya perkembangan ajaran Buddha di Siam purba terbahagi kepada empat zaman semuanya.

Zaman Funan
Zaman Dwarawati
Zaman Seriwijaya
Zaman Lopburi

Dalam bab kedua buku Buddha di Siam, ada diterangkan mengenai sekumpulan bhikku yang dihantar oleh maharaja Asoka ke kawasan ulu di Semenanjung Indo-China untuk menyebar ajaran Buddha ke situ. Yang dimaksudkan dengan Semenanjung Indo-China tu adalah Segenting Kera.


Sudah diketahui umum bahawa ajaran Buddha berkembang pesat di Segenting Kera, sehingga ia pun termasuk dikenali sebagai sebahagian dari Suwarnabumi atau Tanah Keemasan. 

Agama Hindu

Ajaran Hindu yang disimbulkan dalam upacara keagamaan Hindu dianggap sebagai bahan atau artikel yang suci untuk dipergunakan dalam kegiatan pemujaannya. Perlambangan dalam Hindu adalah sangat mendalam dan mulia sehingga setiap tindakan dalam upacara keagamaan itu mencerminkan arti spiritual untuk memusatkan pikirannya pada pemujaan dan meditasi pada Tuhan.

Jika dipahami dengan baik dan benar maka perlambangan merupakan alat bagi pemuja dalam menyadari tujuan spiritual. Keindahan dan kesucian ritual tersebut tidak dapat dihayati dengan pengetahuan yang sesuai dari arti tindakan itu. Perlambangan itu bertujuan untuk mengilustrasikan arti dan menjelaskan beberapa simbul yang umum dari beberapa dewa-dewi Hindu, antara lain:

Anjali, yaitu gerakan tubuh penghormatan dan salam, di mana dua telapak tangan yang disatukan dengan lembut dan dikuncupkan. Tangan diletakkan di dada dan gerakkan ini digunakan juga untuk menyapa sesama yang setingkat dengan mata untuk menghormati orang yang lebih tua. Sedangkan di atas kepala adalah untuk memberikan penghormatan kepada Tuhan.



Kamper (camphor), ini melambangkan bahwa pengetahuan spiritual yang dapat memurnikan pikiran dari seorang pemuja, sehingga meninggalkan ketidaksucian dalam pemikirannya. Keharuman dari kamper ini dapat menghapus dosa serta menyucikan udara pada tempat pemujaan.

Kelapa, pada bagian kulit luar yang lembut dan adalah halus melambangkan tubuh manusia. Dan bagian kulit kelapa yang keras melambangkan keegoisan manusia yang harus dipecahkan. Sedangkan air kelapa tersebut melambangkan jiwa manusia yang bersatu dengan Tuhan.

Bunga Teratai, melambangkan pengetahuan spiritual dan kekuatan. Arti dari teratai itu mengandung makna bahwa seseorang ketika hidup di dunia tidak terpengaruh oleh ketertarikan duniawi.


Namaskara atau Pranama, adalah untuk memberi salam pada orang lain dengan menyatukan kedua tangan menjadi satu sambil membungkuk. Dalam pandangan Hindu, ini melambangkan pertemuan atman dan brahman serta menunjukkan sifat yang merendahkan diri.


Saffron, warna kuning yang menyimbulkan kemurnian, kesederhanaan, dan pengasingan diri atas keinginan duniawi.


Satkona, adalah bintang persegi enam yang terbentuk oleh dua segitiga yang saling mengait. Setiap sisi segitiga itu menyimbulkan sat (keberadaan mutlak), cit (kesadaran mutlak), dan ananda (kebahagiaan mutlak).

Vahana, dalam bahasa Sansekerta artinya binatang, burung atau manusia, yang digunakan sebagai kendaraan para dewa-dewi dalam mitologi Hindu.

Vibhuti, adalah abu suci dari kotoran sapi yang dibakar dengan bahan suci lainnya yang digunakan untuk keperluan upacara dan melambangkan pengasingan diri serta kemurnian. Ketika dibakar, abunya secara simbolis melambangkan alam dan kejadian di dunia.

Kedatangan Islam

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dipercayai bermula pada abad ke-7 masihi. Pandangan ini berdasarkan kemungkinan agama Islam disebarkan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ke Negara China.

 Seterusnya Islam semakin berkembang pesat berikutan dengan kemunculan beberapa buah kerajaan Islam di Pasai dan Perlak di persekitaran Selat Melaka pada abad ke-13 Masihi. Mengikut cacatan Marco Polo, agama Islam telah tersebar di Tanah Melayu sebelum abad ke-15.

Pada tahun 1292, semasa Marco Polo dalam perjalanan pulang dari China, beliau telah melawat Sumatera. Perlak ialah pelabuhan pertama yang disinggahinya. Beliau menyatakan pada masa itu telah wujud usaha-usaha untuk mengislamkan penduduk tempatan oleh para pedagang Arab di Nusantara.

 Menurut beliau lagi, itulah satu-satunya negeri Islam di Kepulauan Melayu pada masa itu. Manakala Ibn Battutah, pengembara Arab yang singgah sebanyak dua kali di Samudera semasa dalam perjalanan pergi dan balik dari Negara China antara tahun 1345 hingga 1346, menyatakan bahawa Raja Samudera ketika itu telah memeluk Islam dan mengamalkan Mazhab Shafie. Menurut beliau lagi, negeri-negeri lain di sekelilingnya masih belum mmeluk Islam.

Sepanjang tempoh abad ke-13 dan ke-16 Masihi, agama Islam telah tersebar dengan meluas hampir ke seluruh Kepulauan Melayu dan mengurangkan pengaruh agama Hindu-Buddha yang bertapak berabad-abad lamanya di Tanah Melayu. Sejak itu, Islam telah berkembang pesat sehingga menjadi agama yang dianuti oleh sebahagian besar penduduk di Kepulauan Melayu.

Pada tahun 1899, sebuah Batu bersurat didalam tulisan Jawi ditemui separuh tenggelam ditebing Sungai Tersat, Kuala Berang di Hulu Terengganu. Ianya ditemui setelah banjir surut. Secara kiraan bolehlah kita rumuskan ianya ditulis dengan mencampurkan 702+632=1334 tahun masehi.

 Muka Pertama Watikah Batu Bersurat


RasululLah dengan yang arwah santabi mereka
Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam
Dengan benar bicara derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya
Di Benuaku ini penentu agama RasululLah sallallahi wassalama raja.
Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam
Bumi penentu itu fardhu pada sekalian Raja Manda.
Lika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar.
Bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka.
Tuhan menduduki Tamra ini di Benua Terengganu adi pertama ada.
Jumaat di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala.
Baginda RasululLah telah lalu tujuh ratus dua.

 Kesimpulan KeMelayuan Islam

Sepertimana dapat kita simpulkan di sini bahawa kemasukan Islam ke Tanah Melayu ini bukanlah satu usaha dakwah yg boleh di anggap sebagai satu kerja sampingan yg dibawakan oleh pedagang-pedagan Arab. Ianya mestilah di usahakan atas maksud dakwah demi membesarkan Allah swt. Dan rombongan dakwah ini mestilah berpandukan sunnah Rasulullah dan atas perintah Khalifah pada masa itu. Sepertimana Nabi Baginda SAW bersabda dalam kitab Sulalatus Salatin yg di karang oleh Tun Sri Lanang yg bermaksud :

“Pada akhir zaman kelak, ada sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya. Maka apabila kamu mendengar khabarnya isi Samudera itu, maka segeralah kamu pergi ke negeri itu, bawa isi negeri Samudera masuk Islam, kerana dalam negeri itu banyak wali Allah akan jadi, tetapi ada pula seorang fakir di negeri Mu’tabari namanya (Malabar India), ialah kamu bawa beserta kamu”

Setelah berapa lamanya, kemudian daripada sabda Nabi SAW, maka terdengarlah kepada segala negeri, datang ke Mekah pun kedengaran nama negeri Samudera itu. Syarif di Mekah menyuruhkan sebuah kapal membawa segala perkakasan kerajaan seraya disuruhnya singgah ke negeri Mu’tabari, adapun nama nakhoda kapal itu Syeikh Ismail.

Cuba kita bayangkan seorang ahli bisnes yg menganut agama Islam hendak mendakwahkan sami-sami yg kuat pegangan agamanya sepertimana kita telah baca tentang agama Buddha dan Hindu di atas. Agaknya siapakah yg akan menganut agama siapa? Jadi sudah tentunya Islam ini satu agama spritual bagi menangani spiritual agama lain di samping kemistikan bangsa sebelum di iktirafnya melayu ini sebagai bangsa yg penuh mistik maka sudah semestinya melayu ini penuh dengan mistik.

Jadi pengamalan agama tidaklah semudah yg kita fikirkan sepertimana hari ini seolah-olah Islam sudah hilang roh agamanya hinggakan permasaalahan tidak dapat diselesaikan. Inilah sebenarnya kelebihan budaya Melayu di mana dikatakan menyerupai akan agama Hindu dan Buddha. Sebenarnya pengamalan budaya melayu ini membawa kepada pengamalan spiritual yg tidak bercanggah dengan Islam dalam mencapai tahap kesucian yang tinggi demi untuk mengenal akan Allah swt. Lihatlah kembali batu bersurat di mana ianya di tulis tatkala hukum Tuhan sudah dilaksanakan tetapi maseh menggunakan perkataan Tuhan sebagai Dewata Mulya Raya.

Akhirkata janganlah kita dengan sewenangnya mempersendakan adat budaya datuk nenek kita dahulu yg telah dulu mengamalkan Islam jauh lebih baik dari kita hari ini di mana mereka dapat menegakkan hukum-hukum Islam berlandaskan Al-Quran. Melayu tidak harus tinggalkan adat dan ilmu lama kerana itu adalah haq melayu (sebagaimana bangsa lain, mereka juga di beri haq keilmuan masing-masing). Islam pula adalah agama universal yang dapat menyatupadukan umat di seluruh dunia.

Peganglah bahawa Agama usul Bangsa, Bahasa Jiwa Bangsa, Budaya Raga Bangsa dan Adat Mertabat Bangsa.

Allahu Akhbar!



26/10/2013 - 21 zulhijjah 1434 - 3:10am

25.10.13

Imam Mahadi Bah. 2




Imam Mahadi sebenarnya adalah sebuah nama gelar sebagaimana halnya dengan gelar khalifah, amirul mukminin dan sebagainya. Imam Mahadi dapat diartikan secara bebas bermakna "Pemimpin yang telah diberi petunjuk". Dalam bahasa Arab, kata Imam berarti "pemimpin", sedangkan Mahadi berarti "orang yang mendapat petunjuk". Ini dapatlah di kaitkan dengan Nama Allah yg ke 95 iaitu Al-Hadi , manakala 'Ma' pula adalah di kaitkan dengan abjad jawi 'mim' iaitu Muhammad maka jadilah pangilannya 
  ال - مهادي

Atas Al-Mahadi dapatlah dikaitkan dengan pemimpin yg membawa umat yang mengamalkan sunnah Nabi dan juga atas petunjuk nama Allah Al- Hadi yakni orang yg dapat memberi petunjuk atau hidayah Allah.

Nama Imam Mahadi sebenarnya seperti yang disebutkan dalam hadist di bawah, ia bernama Muhammad (seperti nama Nabi Muhammad), nama ayahnya pun sama seperti nama ayah Nabi Muhammad SAW yaitu Abdullah. Nama Imam Mahadi sama persis dengan Rasulullah SAW yaitu Muhammad bin Abdullah.

Rasulullah saaw bersabda:

“Barangsiapa yang MATI belum mengenal IMAM ZAMANNYA , maka matinya mati jahiliyah.”
(Shahih Bukhari jilid 5, halaman 13, bab Fitan).

Daraqutni menukilkan dalam sunannya daripada Muhammad bin Ali katanya, “Sesungguhnya Mahadi kita itu mempunyai dua tanda yang tidak pernah terjadi semenjak Allah s.w.t menjadikan langit dan bumi. Bulan gerhana pada malam pertama bulan Ramadhan kemudian matahari pula gerhana pada pertengahan bulan Ramadhan itu. Kedua-dua tanda ini tidak pernah berlaku semenjak Allah s.w.t. menjadikan langit dan bumi”. (Sunan Ad Daraqutni Jilid 2 Mukasurat 65)

Nua’im bin Hammad meriwayatkan daripada Abi Thufail bahawa Rasulullah s.a.w. menggambarkan sifat Al Mahadi. Baginda s.a.w. menyebutkan bahawa terdapat sedikit kegagapan pada lidahnya. Bila dia terlambat untuk mengatakan sesuatu (kerana gagap) dia akan memukul peha dengan tangan kanannya. Namanya seperti namaku dan nama ayahnya seperti nama ayahku.”
 (ibid Jilid 2 Mukasurat 73)


4. Imam Mahadi adalah wali besar, bertaraf mujaddid, mempunyai kedudukan yang tinggi dikalangan para wali bahkan menjadi ketua mereka. Pernah berguru dengan Nabi Allah Khidir as. Menurut ahli sufi ‘la ya’rifal-wali illa al-wali’. Tidak akan mengetahui seorang wali, selain wali Tuhan yang lainnya (atau dalam kata lain hanya wali mengenal wali, tetapi wali itu tidak tahu dirinya wali).

Justeru itu sosok Imam Mahadi sangat dikenali dan dicintai oleh para wali lainnya. Beliau juga diyakini dan diijtihadkan sebagai bakal Imam Mahadi al Muntazar jauh sebelum tempoh kezahirannya lagi . Imam Mahadi adalah pemimpin lahiriah dan rohaniah. Sebab itu beliau boleh berhubung secara rohani dengan orang-orang yang mempunyai peranan dalam proses kebangkitan Islam kali kedua walau dimana mereka berada. (Telerohani lebih canggih dari telefon).

5. Dalam sejarah kesufian, memang terdapat individu yang pernah terjebak dengan maksiat, diangkat oleh Allah menjadi wali kecil setelah taubat mereka diterima. Itulah rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Namun kedudukan mereka bukanlah sebagai pemimpin kepada ummat Islam. Mereka hanya beribadah kepada Allah dan berdoa untuk kemaslahatan ummat. Pada diri mereka lebih menonjol ciri-ciri atau watak nabi dan bukan watak rasul (sebagai pemimpin). Mereka berperanan secara bersendirian ditengah kehidupan masyarakat Islam dan kadangkala orang tidak perasan kehadiran mereka. Doa mereka sangat makbul.

6. Musuh juga sangat mengenali ciri-ciri Imam Mahadi dan tidak pernah berhenti mengesannya di mana-mana. Mereka berdatangan ke Nusantara melalui perdagangan dan penjajahan, menjejaki ahlulbait yang merantau ke daerah sini dan membunuh mereka sekiranya berpeluang. Selaku Imam Mahadi, pastinya beliau dibekalkan dengan karamah yang paling ampuh kerana beliau akan berhadapan dengan musuh no 1 iaitu Dajjal dan konco-konconya (yang memiliki teknologi sihir dan sains yang tidak kurang hebatnya). Jadi adalah wajar pada suatu ketika pihak musuh berjaya mengesannya.


 Maka beliau mengambil langkah segera ‘menghilangkan diri’ secara membuat tipu helah atas tujuan keselamatan dan sebab-sebab strategi. Semuanya mengandungi hikmah yang tidak mampu difahami oleh orang awam biasa.Tugas dan kepimpinan beliau diserahkan kepada orang-orang kepercayaannya dan ahli jemaahnya terpaksa bertebaran selepas itu. Sehingga musuh pun tertipu dan yakin bahawa mereka sudah ‘tersalah orang’. (Beliau juga perlu ‘pergi’ untuk ‘seketika’ mempersiapkan diri selayaknya bagi memikul amanah dan tanggungjawab yang lebih berat sebagai Khalifah Allah diakhir zaman dan akan berdepan pula secara langsung dengan Dajjal serta menyambut kedatangan Nabi Allah Isa as).

 Apabila gerakan musuh yang datang mencarinya mulai reda atau beralih ke tempat lain, maka usaha-usaha beliau dibangunkan semula oleh Pemuda Bani Tamim. Orang kanannya itu dapat membina semula jemaahnya yang dihancurkan oleh musuh dan mempersiapkan tapak untuk kebangkitan ummah Islam kali kedua dengan tunjuk ajar dan bimbingan beliau dari ‘balik tabir’ secara rohaniah (karamah).

Musuh pada mulanya terlepas pandang kepada Pemuda Bani Tamim ini (yang dijaga, dikepung dan dikawal rapi oleh orang-orang kepercayaan Imam Mahadi). Tambahan pula musuh hanya memberi tumpuan kepada usaha mengesan Imam Mahadi. Ini memberi ruang kepada Islam untuk membina kekuatan semula hingga ke suatu tahap yang tidak boleh digugat lagi. Yang di sangkakan ular lidi, akhirnya bertukar menjadi naga.

Imam Mahadi Bah 1

#sumber khalifahalhidayah

Sumpah MELAYU Tegakkan ISLAM





Maka pada 10 Februari 1946, dibaca oleh orang Melayu mengenai sumpah Melayu untuk Melayu. Maka mereka bersumpah bahawa inilah asas keramat orang Melayu untuk terus membentuk tamadun bangsa untuk terus kekal relevan.


 Hari ini sumpah itu hanya dalam lipatan sejarah. Hari ini sumpah itu seakan di khianati kerana orang Melayu sendiri berfikiran bahawa mereka perlu berubah – berubah dengan kemajuan – berubah untuk meninggalkan – nilai murni bangsa – secocok dengan pembangunan moden dunia dan nilai baru yang sesuai dengan pendidikan moden.

 Kita bercerita untuk melepaskan sejarah, melanggar sumpah dan terus maju bersama-sama bangsa lain. Kita memilih menukar ketuanan kepada ketuanan rakyat. Ketuanan yang lepaskan hak yang selama ini ada, menjajakan pegangan untuk memperoleh kuasa dan mendabik dada menjadi pejuang politik yang tidak bermakna untuk bangsa itu sendiri.

Kenapa Melayu takut membicarakan sumpah mereka? Kenapa Melayu takut membicarakan perjuangan Melayu? Adakah kerana ini menghilangkan rasa moden di kalangan mereka? Adakah ini menunjukkan bahawa kita tidak maju bila membicarakan tentang perjuangan bangsa?

Melayu sebenarnya perlu sedar dan perlu menjelaskan. Ketegasan kita memperkatakan hak dengan penjelasan yang sempurna. Kita perlu pertahankan sumpah kita kerana kita tidak mahu kedaulatan Melayu mengalir meninggalkan kita – lebih buruk bila Melayu beransur hilang di bumi sendiri.


SUMPAH MELAYU

KAMI, umat Melayu beragama Islam pada hari ini berjanji tidak akan berhasad dengki, khianat dan iri hati, bertelagah dan berbalah sama sendiri. KAMI berjanji akan bersatu padu dan patuh menegakkan agama Islam. KAMI juga berjanji akan bekerja kuat untuk menyara diri dan keluarga kami.

KAMI sedia bersaing sesama umat Melayu dan kaum-kaum lain dengan jujur dan terhormat.

KAMI umat Melayu bersumpah setia untuk :

•Mempertahankan kepentingan dan hak Melayu;

•Mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu;

•Memperjuangkan ikhtisad dan pelajaran bangsa Melayu; dan

•Mempertahankan maruah Negara supaya aman sejahtera.


 Perjuangkan dan pertahankan – maruah bangsa agar kita menginsafi yang hilang pada kita kerana kita Melayu lupa bercerita – kita tidak hilang d dunia – wujud sebagai daun kering yang menanti terlerai dari pepohonan sungguhpun jejak ada tapi tidak bermakna.  

Jom Baca ni pulak..
 
#Melayu dalam Krisis Kepimpinan

24.10.13

10 Cara Pada Warna Boleh atasi Hidup Anda


Cahaya putih berpecah melalui prisma dan mengeluarkan warna-warna yang kita dapat melihat melalui deria kita.Warna adalah satu bahagian penting dalam kehidupan kita dan senarai ini menumpukan bagaimana setiap sepuluh warna memberi kesan kepada kita dalam beberapa peringkat.

1.Merah 


Mera merupakan warna utama berkaitan dengan kekuatan dan tenaga. Ia mempunyai getaran yang terendah dalam spektrum dan yang berkaitan dengan fizikal. Ia merangsang peredaran darah, kadar jantung, selera makan dan membantu untuk memberi tumpuan kepada butir-butir tugas-tugas yang dilakukan. Ia kebanyakannya melambangkan kehendak untuk hidup dan berkembang maju. Marah, cepat naik angin dan tidak sabar juga ditandakan dalam golongan warna ini.  

 2. Oren 

 Terletak di antara kuning dan merah pada roda warna, ini adalah bayangan kehangatan. Ia adalah warna menaikkan semangat dan menandakan positivity dan pembaharuan dan yang berkaitan dengan pembebasan kepada emosi negatif, kekurangan bernilai dan keengganan untuk memaafkan. Bayangan ini menggalakkan kebebasan, keyakinan, kefahaman dan kreativiti.

3.Kuning

 Warna utama kedua adalah kuning, gembira, kecerahan dan secara semulajadi menaikkan semangat. Ia bertindak sebagai perangsang untuk minda dan meningkatkan ekspresi. Ia juga boleh membawa keluar isu-isu berakar umbi berkaitan dengan ketakutan dan kelemahan. Kuning adalah warna berguna untuk merawat senak, kemurungan, ekzema, negatif dan menggalakkan kejelasan pemikiran.

4.Hijau


Warna ini dapat membantu seseorang untuk berhubung dengan alam semula jadi dan juga orang lain. Dikenali sebagai warna keseimbangan, hijau menggalakkan penerimaan belas kasihan diri serta pembangunan diri. Ianya dapat menghindari tekanan, ketakutan dan kekeliruan serta memberi keselesaan dan ketenangan. Warna ini mempunyai beberapa kesan positif pada fizikal badan dan boleh memberi manfaat kepada mereka yang mengalami sakit kepala, loya, keletihan, jantung dan masalah tekanan darah.

5. Hijau Kebiruan


Warna ini antara hijau dan biru. Ianya menyegarkan dan mempunyai kesan penyejukan pada individu. Mereka yang mengalami ketegangan sistem saraf akan mencari keselesaan dalam warna ini. Ia menggalakkan kesejahteraan fizikal, pembersihan, kepekaan, kreativiti dan rasa perkongsian. Ia juga sebagai pengisian jiwa di masa kesunyian. Warna ini diketahui mempunyai kesan menyeimbangkan gula darah dan paras insulin.

6.Biru


Ini pula adalah warna santai dan mempunyai kesan yang menenangkan ke atas kegelisahan di mana ianya dapat menenangkan saraf. Warna ini menggalakkan kejujuran. Warna ini boleh membantu dalam merawat insomnia, sakit kepala, psikosis, tekanan dan gangguan keresahan. Walaubagaimanapun terlalu banyak biru gelap boleh menyebabkan kemurungan. 

7.Indigo


Warna ini dikenali sebagai warna ketuhanan dan pengetahuan yang lebih tinggi serta merangsang imaginasi. Ia juga boleh membantu mengurangkan kesakitan dengan ciri-ciri anestetik serta membantu bagi yang kurang tidur dengan sifat sedatif.

8.Ungu


Warna ini terbentuk oleh percampuran biru dan merah bagi membantu dalam keseimbangan mental. Ia merangsang kreativiti, sensitiviti, kerohanian, belas kasihan dan inspirasi. Warna yang introspektif dalam alam dan menyebabkan seseorang itu melihat dengan lebih dalam. Mereka dikenali dengan warna ini adalah untuk memberi manfaat kepada orang-orang yang mengalami masalah psikologi.

9.Merah Jambu


Terdapat sebab-sebab merah jambu yang popular digunakan di dalam bilik untuk bayi. Ia adalah warna yang hangat dan asuhan yang memberi keselesaan dan melegakan emosi. Warna ini dikenali untuk mengurangkan tekanan, kebimbangan, kemarahan, perasaan kesepian dan kelemahan. Ia juga membantu dalam merawat insomnia, isu-isu jantung dan menguatkan sistem imun. 

10.Hitam


Hitam adalah berkaitan dengan kekuatan dan perlindungan. Digunakan dengan warna lain, ia menguatkan mereka dan dengan sendirinya menggalakkan pembebasan, disiplin diri dan membantu dalam merealisasikan potensi yang tersembunyi.   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...