facebook

facebook

Mari beri sokongan

28.9.13

Saya sayang Awak

Assalamualaikum....


Selamat hari sabtu, semoga kita ceria selalu, berhati-hatilah ketika memandu, dalam mencapai matlamat yang di tuju...

Sejahtera semua semoga hari kita bertambah baik dari semalam....

Dewasa ini setiap hari yg kita lalui semakin banyaklah berlaku kemelut, krisis,propaganda dunia dan bermacam-macam hal lagi, baik di dalam mahupun di luar negara.

Keceriaan manusia semakin terhakis sehinggakan hilang nilai sosio budaya yg sepatutnya menjadi teras kepada kita di alam melayu ini. Keceriaan kita di ganti dengan budaya yg merosakkan lagi menghancurkan apabila manusia hilang arag tuju yg sebenarnya.

Keceriaan yg kita sangkakan membawa kebaikan tetapi pada hakikatnya kita menuju kehancuran. Bak kata pepatah melayu dulu, 'yang dikejar tak dapat yg digendong pula berciciran'. Jadi apakah yg kita kejar selama ini dan apa pula yg kita gendongkan bersama sebagai bekal untuk kita ke alam sana?

Rata-rata kehidupan kita hari ini kebanyakkannya mengejar kehidupan material yakni kebendaan hinggakan lupa akan maksud kita dijadikan Allah swt. Manusia hari ini seolah-olah lupa bahawa ajal akan datang tidak mengira masa baik muda mahupun tua, tidak kira masa senang mahupun susah.

Bekalan yg kita gendongkan adakalanya hilang sebegitu sahaja apabila ianya digantikan dengan amalan yg membawa kita kepada membesarkan selain Allah. Kita lupa, alpa, lalai, dan bermacam-macam lagi ungkapan yg sering kita dengar yg menjadi alasan untuk kita perbaiki diri kita ke tingkatan yg sepatutnya menjadi seorang yg semakin lama semakin takut kepada Allah swt.

Ibarat kelapa semakin tua semakin pekat santannya, manakala ibarat padi semakin tunduk semakin berisi.

Apa yg kita kejar? Walaupun kita sebagai rakyat Malaysia di mana tempat Tanah Tumpahnya darah kita, negara yg bebas dari bencana seperti gempa bumi, gunung berapi, ribut taufan dan bermacam lagi bencana yg dahsyat tetapi kita sedang menghadapi satu bencana dari segi lain pula. Sebagai contoh hari ini kita tidak terlepas dari bencana jalanraya yg amat dahsyat.

Adakalanya rakyat Malaysia memandu umpama berada di litar perlumbaan. Apa yg dikejar? Adakah yg dikejar itu membawa manafaat kepada agama dan sesama kita yg katanya mengamalkan ajaran Islam?

Jadi marilah kita sama-sama renungkan sambil muhassabah diri. Kita bentuk diri yg mengamalkan sikap kaseh sayang sesama kita demi mencapai matlamat yg dituju ke akhirat kelak.

Ungkaplah 3 patah perkataan ini. Ia punyai kuasa dan penangan yang kuat kepada manusia.

Saya Sayang Awak”. Ia adalah satu ungkapan bahasa dunia yang mempunyai suatu kesan dan impak yang luar biasa kepada kehidupan!

Uhibbuki fillah (Arab), Sarang Hae (Korea), Wo ai ni (China), I Love You (Inggeris), Aishiteru(Japan), Mahal Kita (Filipina) dan  Aamee tuma ke bhalo aashi (Bangladesh)

Dalam apa jua bahasa, budaya dan suasana – ungkapan ini adalah luar biasa, memukau, menyentuh dan hebat. Ia perlu diungkapkan, dinyatakan dan dizahirkan. Bahkan junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW mengesyorkan agar dalam perhubungan, persaudaraan dan persahabatan – kita harus menyatakan perasan kita kepada saudara kita.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaklah dia memberitahu kepadanya”.
(HR Abu Daud dan Tirmizi)

Begitu juga dalam hubungan keluarga – suami, isteri, anak-anak dan saudara-saudara perlu membiasakan dengan jelmaan ungkapan ini, sama ada secara lisan atau tindakan.

Setiap orang yg kita jumpa merupakan saudara kita, kawan kita. Kita tidak tahu mungkin orang yg kita hanya pandang sebelah mata tetapi di suatu masa nanti orang itu akan menolong kita di saat kita memerlukan.

Kita sebarkan salam sesama kita. Sebagaimana Baginda Nabi saw bersabda:

“Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam di antara kalian, berikanlah makanan, sambunglah tali silaturahim dan solatlah ketika manusia sedang tidur pada malam hari, nescaya kalian akan masuk syurga dengan selamat.”   [HR Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad]

 “Seutama-utama manusia bagi Allah adalah yang terlebih dahulu dalam memberi salam”
[HR Abu Dawud]

6 comments:

PakcikLie PCL said...

salam Zaiman.. salam ceria hari sabtu semoga kita semua dlm keadaan berkasih dgn Yang Maha Pencipta dan sayang menyayagi makhluk ciptaan-Nya.

p/s ..bloglist sudah update, mohon kalau kita bertukar link blog. t.kasih.

Zai Zaiman said...

salam kembali PCL, sama-sama la kite semaikan budaye kaseh sayang sesame kite untuk kite bawe kecintaan kepada Pencipta kita yg hak

PeRdU cINta said...

sayangi Allah..cintai Rasulullah insyaAllah rasa kasih kita sesama insan kian erat..

Nies alhaQ said...

Moga berada dalam kecintaan dan kerinduan dari Allah swt.

Zai Zaiman said...

terima kaseh semua... but PeRdU cINta, fahami btol2 maksud ayat awak yer, dgn Allah dan Rasul kita wajib mencintai, ayat sayang tidak sesuai kepada Allah dan untuk mendapat kecintaan Rasul bermula dengan suka, sayang, kaseh dan barulah dpt kecintaan pd Rasul dan juga seterusnya mendapat kecintaan Allah.

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

perlu seimbang di antara dunia dan akhirat.. kasih sayang penting di dalam membentuk masyarakat yang harmoni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...