facebook

facebook

Mari beri sokongan

30.9.13

Penggunaan Siwak atau Sugi (miswak)



Ibn Umar r.a. berkata: Rasulullah SAW. bersabda, “Jadikan bersiwak itu satu amalan, kerana yang demikian (bersiwak) itu menyihatkan mulut dan merupakan sesuatu yang disukai Yang Maha Pencipta” ( Hadis Riwayat Al-Bukhari ).

“Empat perkara yang menambahkan kecerdasan iaitu meninggalkan percakapan sia-sia, menggunakan miswak, duduk di dalam majlis orang-orang soleh, dan duduk di dalam majlis para ulama”. (Thibbi Nabawi)


Diriwayatkan dalam sebuah hadis, "Hendaklah kamu mengambil berat tentang bersugi kerana bersugi mempunyai 10 faedah :-

KEBAIKAN & KHASIAT KAYU SUGI / SIWAK

1) MEMBERSIHKAN MULUT.
1) MENJADI SEBAB KEREDHAAN ALLAH.
3) MENYEBABKAN SYAITAN MARAH.
4) ALLAH DAN MALAIKAT MENGASIHI ORANG YANG BERSUGI.
5) MENGUATKAN GUSI.
6) MENGHILANGKAN GELEMA.
7) MEWANGIKAN MULUT.
8) MENGHAPUSKAN SAFRA'(SEJENIS PENYAKIT).
9) MENGUATKAN PANDANGAN MATA.
10) MENGHILANGKAN BAU BUSUK MULUT



Proses Gigi Mendapat Elektron

Gigi yang menerima elektron akan mempunyai getaran asal yang tidak menerima benda asing melekat kepadanya. Ia juga berusaha untuk mengawal aktiviti biotik dan terhindar dari jangkitan kuman. Oleh kerana itu, gigi yang digosok dengan kayu siwak (kayu sugi /Malaysia) mempunyai kemampuan untuk menanggalkan plak lebih baik daripada menyungkil atau memberus. Walaupun anda hanya menggosok beberapa gigi saja, elektron akan tersebar ke gigi lain yang bersebelahan apabila gigi tersebut bersentuhan atau rapat. Plak dibahagian belakang gigi juga akan tertanggal walaupun tidak dicapai oleh kayu siwak.

Dengan hanya menggosok dibahagian depan gigi, bahagian belakangnya juga turut mendapat elektron yang membantu menanggalkan plak dengan sendiri, insyaAllah.Oleh kerana itu, menggosok tidak perlu mencapai keseluruh permukaan gigi termasuk gigi belakang dan geraham belakang. Kecuali jika terdapat renggangan gigi, maka gigi yang renggang tersebut perlu digosok karena elektron tidak mengalir dengan sempurna dari gigi depan.

Cara Menggunaan Kayu Sugi atau Siwak.

Orang menggunakan siwak dalam bentuk batang atau stick kayu dengan cara:

1. Batang atau cabang siwak dipotong berukuran pensil dengan panjang 15-20 cm. Stick kayu siwak ini dapat dipersiapkan dari akar, tangkai, ranting, atau batang tanamannya. Stick dengan ukuran diameter 1 cm dapat digigit dengan mudah dan dapat memberikan tekanan yang tidak merosak gusi apabila digunakan.

2. Kulit dari stick siwak ini dihilangkan atau di buang hanya pada bahagian hujung stick yang akan dipakai sahaja.

3. Siwak yang kering akan merosak gusi, sebaiknya direndam dalam air segar selama 1 hari sebelum digunakan. Selain itu, air tersebut juga dapat digunakan untuk kumur-kumur.

4. Bahagian hujung stick siwak yang sudah dihilangkan kulit luarnya digigit-gigit atau dikunyah-kunyah sampai berjumbai seperti berus.

5. Bahagian siwak yang sudah seperti berus digosokkan pada gigi, dan boleh digunakan untuk membersihkan lidah.



6. Mengikut cara yang digunakan Nabi adalah dengan memberus bahagian kanan atas (geraham) kemudian diikuti bahagian kiri bawah (geraham) kemudian kanan bawah kembali dan kembali kepada atas kiri dan seterusnya di bahagian hadapan gigi.

Terdapat dlm 5 perisa

NATURAL
CINNAMON
CLOVE
MINT
LIME


Video ini memaparkan penggunaan miswak yang ditunjukkan oleh seorang gadis asing. Sy dpt video ini melalui laman mukabuku. Apabila menonton video ini terasa malu pulak. Bukan malu kerana menonton gadis ini tetapi malu kerana gadis asing pula yang bersungguh untuk mengamalkan sunnah Nabi.


Inshaa Allah, mari kite sama-sama amalkan dan selepas menonton video ini kite lebih bersemangat untuk amalkannya.

2 comments:

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

amalan bersugi mengikut sunnah rasulullah saw.. tapi aiza tak pernah lagi menggunakan kayu sugi.. selalu gosok gigi guna berus gigi saja..

Zai Zaiman said...

ermm... cube la gunakannya Aiza, byk kebaikannya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...