facebook

facebook

Mari beri sokongan

8.7.13

Untuk Mu...


Assalamualaikum kepada kawan-kawan semua dan juga sesiapa sahaja yang terbaca salam ini. Alhamdulillah kita semakin hampir ke awal Ramadhan dan bermulalah kita tingkatkan amalan kita mudah-mudahan mendapat keberkatan dan kurniaan sesuatu yang berharga buat kita mengharungi kehidupan seterusnya nanti.

Alhamdulillah, juga dapat saya siapkan artikel yang tak seberapa ini walaupun nampak macam ada lompat-lompat dari segi susunannya tetapi bolehlah kita ambil sebagai rujukan untuk memantapkan diri kita dan seterusnya mengamalkannya. 




solehah



Ok, untuk terus kepada apa yang nak disampaikan di sini supaya tak jadi panjang lebar kita lihat hadis ini:-

Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam  bersabda: “Wahai para wanita, keluarkanlah sedaqah karena saya diperlihatkan bahwa kebanyakan penghuni neraka adalah dari kalangan kalian. Mereka berkata, ‘Kenapa wahai Rasulullah? Beliau bersabda: “Kalian sering mengumpat, dan mengingkari pasangan. Saya tidak melihat (orang) yang kurang akal dan agama dari kalangan anda semua dibandingkan seorang laki-laki yang cerdas.' Mereka bertanya, ‘Apa kekurangan agama dan akal kami wahai Rasulullah?'  Beliau menjawab, ‘Bukankah persaksian (syahadah) seorang wanita itu separuh dari persaksian orang laki-laki.' Mereka menjawab: ‘Ya.' Beliau melanjutkan: ‘Itu adalah kekurangan akalnya. Bukankah kalau wanita itu haid tidak shalat dan tidak berpuasa.' Mereka menjawab, ‘Ya.' Beliau mengatakan, ‘Itu adalah kekurangan agamanya.” (HR. Bukhari, no. 304)

Begitulah pentingnya seorang wanita dalam hendak beriman kepada Allah swt di mana kesempurnaan penyaksiannya yakni bersyahadah adalah separuh dari lelaki. Jikalau kita perhatikan kebanyakkan dari hadis Nabi Baginda Rasulullah saw mengenai syurga seorang wanita, ianya banyak berkait rapat dengan suami.

Di dalam satu hadis , Rasulullah bersabda yang bermaksud: ‘Sekiranya aku boleh menyuruh seseorang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya.’ - Hadis riwayat Abu Daud dan al-Hakim.

Dalam satu firman Allah yang bermaksud: ‘Kaum lelaki itu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kaum wanita kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) berbanding kaum wanita.’ - Surah al-Nisa, ayat 34.

”Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rizki yang mulia (syurga).”
(An Nuur : 26)

Dalam hal macam ni, pentingnya untuk kita melihat pada diri sendiri apakah kita layak terhadap pasangan kita. ( bagi yang sibuk dok memilih pasangan la yer ) Bila tanya jer semua orang nak pasangan yang baik-baik tetapi kita sebenarnya perasan jer macam la kita ni baik sangat. ( saya la tu )

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: Daripada Anas r.a, katanya telah bersabda Nabi S.A.W bahawa 'Perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku'



wanita berdoa

Rasulullah S.A.W juga telah mengiktiraf perkahwinan sebagai penyempurnaan separuh daripada agama yang mana sebahagian lagi disempurnakan dengan bertaqwa kepada Allah.

Pada siapa yang pernah baca tentang kisahnya Fatimah anak kesayangan Baginda Rasulullah mengenai kisah wanita yang pertama akan memasuki Syurga Allah ( kisahnya di sini ). Apabila mendengar perihal wanita tersebut, beliau tidak sabar untuk berjumpa dengan wanita tersebut utk mengetahui apakah amalan yang membuatkan dia menjadi wanita pertama yang akan memasuki syurga Allah.

Dalam hadis riwayat Abu Daud daripada Abu Hurairah r.a dan Abu Said RA bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): “Sesiapa yang bangun tengah malam, kemudian membangunkan isterinya, lalu mereka melakukan solat berjemaah dua rakaat, maka mereka akan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang banyak mengingati Allah”.

Bagi wanita yang sudah berkahwin, suami mereka adalah sumber pahala yang paling mudah untuk dikaut setiap hari.  Setiap tanggungjawab yang ditunaikan semuanya berpahala.  Beruntung kaum wanita sebenarnya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik wanita adalah wanita yang menyenangkanmu jika kamu melihatnya, mentaatimu jika kau menyuruhnya dan dapat menjaga dirinya dan hartamu ketika engkau tidak bersamanya".

Mungkin bagi sesetengah wanita, perkara sebegini amat mustahil dilakukan tetapi sebenarnya inilah yang akan membawa seseorang wanita kepada keredhaan Suaminya.

Perkara yg perlu dilakukan tatkala suami pulang ke rumah ialah:-


1. Senyum
2. Sampaikan Khabar gembira.
3. Nyatakan rasa rindu
4. Haruman
5. Sediakan walaupun air kosong dan jika tiada sediakan 'diri'nya untuk suami.


    Jika asas perkahwinan adalah kerana seks, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di  bilik tidur tidak memuaskan.

     Jika asas perkahwinan adalah kerana harta, maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis.

    Jika asas perkahwinan kerana kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.

    Jika asas perkahwinan kerana anak, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.

    Jika asas perkahwinan kerana keperibadian, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

    Jika asas perkahwinan kerana cinta, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.

     Jika asas perkahwinan kerana mengharapkan kecintaan kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya.


Rasulullah bersabda bermaksud: “Orang mengahwini wanita kerana empat perkara iaitu hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Oleh itu, carilah wanita yang mempunyai agama (kerana kalau tidak) binasalah dua tanganmu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Bagi yang rasa diri dia baik baguslah sebenarnya dan kekalkan la kebaikan itu dan kebiasaan yang dikatakan baik ni bila seseorang itu suka menolong orang. Kebiasaannya kita dengar orang cakap "baikla dia ni, baikla dia tu...". Bila orang tolong kita jer, kita kata dia baik, kalau tak tolong jer mula la nak kata macam-macam.... 



Amat penting bagi seorang isteri menjaga kehormatan dirinya semasa ketiadaan suaminya.

“…Maka perempuan-perempuan yang salih itu ialah yang taat (kepada Allah SWT dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama,dengan pemeliharaan Allah SWT dan pertolongan-Nya… -(Surah An-Nisa’ 4:34)

 
Amal Bakti

 
Hari ini kehidupan kita banyak dibelenggu oleh kehidupan yang berteraskan material yang mana akhirnya jiwa manusia menjadi rakus terhadap kehidupan dunia hinggakan mengabaikan tatasusila kehidupan kita sebagai seorang manusia yang berTuhan Allah swt.

Kekosongan jiwa membuatkan hilangnya norma-norma kehidupan yang berteraskan kesopanan dan kesusilaan. Sebagai seorang Melayu yang penuh dengan kesopanan telah hilang jika kita melihat kehidupan hari ini.

Orang Melayu berpegang kepada 4 perkara di dalam kehidupannya.

1. Taat
2. Bahasa yang sopan
3. Hati yang murni
4. Muafakat.

Dalam kite hendak membentuk diri kita ini, bukanlah sesuatu yg mudah, memerlukan mase yg panjang dan kite laluinya dalam kehidupan seharian. Sebenarnya budaya orang melayu banyak membentuk jatidiri seseorang. Budaya orang Melayu ni penuh dengan kelembutan jiwa yang membawa kepada hidup berTuhankan Allah. Tidak mustahillah pada hari ini kebanyakkan antara kite yg jatuh kepada masalah gejala sosial ni disebabkan hilangnya identiti melayu itu sendiri dengan mengambil budaya luar sebagai kehidupan seharian maka jadilah hidup yg penuh dengan tunggang langgang.

Bersempena dengan bulan Ramdhan ini, inilah masa untuk kita melihat kekurangan diri kita dalam menahan nafsu, membendung nafsu, membentuk nafsu malah untuk memupuk nafsu ke arah jiwa yang tenang. Kebiasaannya pada bulan Ramdhan jika kita menghadapi sesuatu situasi yang mencabar , ketika berhadapan dengan pelbagai kerenah manusia, seseorang itu akan berkata " nasib baik bulan puasa, kalau tak puasa tahulah aku kerjakan dia ", jadi di sini tampak sekali sesuatu perkara yg melibatkan proses dalamannya agak sukar utk di bendung jika bukan di bulan puasa. Tetapi seandainya budaya kemelayuan kita sudah menjadi sebati, maka perkara sebegini akan di lalui dengan situasi yang tenang tanpa ada cemburu dendam terhadapnya.

Di sinilah timbulnya keunikan kemelayuan itu sendiri, inilah orang dahulu yang membiasakan diri dalam apa jua keadaan dengan bersopan-santun. Bayangkan seandainya tengah marah kita marah dengan pantun. Agak-agaknya dapat tak kita redakan kemarahan?

“..Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagi kamu. Allah Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah:ayat 216)

Amat perlulah kita ambil ingat bahawasanya Sabda Nabi Muhammad Baginda Rasulullah S.A.W.

“apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang memberi manafaat dan doa anak-anak yang soleh”.


  Amal Bakti seseorang yakni amalan yang akan kita lakukan terbahagi kepada 4, iaitu:

1. Amal Soleh - merupakan amalan yang menjadi manafaat kepada orang lain untuk beragama. Inilah yg dikatakan fikir sesaat untuk manafaat orang lain mengenai agama lebih baik daripada setahun ibadah. Begitu juga dengan seorang isteri solehah di mana seorang isteri ini memberi manafaat kepada suaminya dalam beragama. Amal soleh merupakan cara hidup kita yang menentukan cara mati. Seandainya kita berusaha amal agama, bangunkan agama, sebarkan agama dan pertahankan agama, mudah-mudahan kita mati pun di dalam kehidupan beragama, InsyaAllah.


2. Amal Ibadat - inilah perkara yang kita hari ini lakukan berkaitan dengan berzikir, bertasbih, mendirikan solat-solat nafil berpuasa malah sunnah Baginda di amalkan juga dikira sebagai ibadah. Sehinggakan jika kita mengamalkan sunnah Baginda Rasulullah saw dalam kehidupan kita seharian, kita dikatakan beramal 24 jam. Amal ibadah inilah yang bakal menentukan saat kita di dalam nazak samaada kita dapat mengucapkan kalimah Allah ataupun tidak. Jadi perbanyyakkanlah amal ibadat sebagai melancarkan ucapan kalimah di akhir qalam kita.


3. Amal Jariah - Ini dikaitkan pula dengan perkara yang kita infakkan dalam membantu agama Allah. Jariah ini dimaksudkan dengan harta yang kita gunakan dalam memudahkan seseorang yang terbelenggu kehidupannya dan harta orang yang membantunya dalam menyelesaikan bebanan itulah di panggil amal jariah. Harta atas pemberian Allah swt ini digunakan sebagai melahirkan rasa syukur dan orang yang bersyukur ini dimudahkan halnya di dalam kubur.


4. Amal Maaruf nahi Mungkar -  Amalan ini sepertimana Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :


"Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman".

Inilah tahap kesabaran kita diuji, bukan mudah untuk mengajak orang lain kepada kebaikan. Orang yang benar-benar mengamalkan Amal yg mengajak kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran ini akan ditentukan di Padang Masyar nanti. Inilah yang dikatakan sabar menentukan masyar.

Jadi persepsi tentang amal bakti kita juga menentukan perjalanan kita selepas mati nanti. Sewaktu nazak, sewaktu di alam kubur dalam kita menanti tibanya saat kita di adili di padang masyar nanti.


Apa yang dibacakan ini bukanlah bermakna saya yang menulis ini sempurna melainkan kita sama-sama beringat sesama kita dan mengamalkannya bersama, mudah-mudahan amal bakti kita di ambil kira oleh Allah swt kelak, InsyaAllah.


# peranan lelaki setelah bernikah dengan pasangannya terdiri kepada 4:-

sebagai Ketua Keluarga - segala keputusan adalah daripadaNya
sebagai Suami - bersamanya dan memastikan kemaslahatan isteri dan keluarga
sebagai Guru - mengajar dan membimbing isteri dan keluarga
sebagai Sahabat - bertindak sebagai sahabat dalam mendengar permasalahan isteri dan juga bersenda gurau bersamanya.

5 comments:

Cahaya Kebaikan ♥ said...

Singgah sini!

Btw, Join jom? :)

http://koxtau.blogspot.com/2013/07/2013-giveaway-from-farra-izzaty.html

Harith Iskandar said...

ahlan wasahlan ya Ramadhan

Mizz Aiza said...

terima kasih kerana mengingatkan.. memang begitukan? lelaki baik untuk wanita baik dan sebaliknya.. agaknya aiza ni jahat kot, masih tak jumpa lelaki baik setakat ni.. diri ini masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki..

Zai Zaiman said...

hai Aiza.... bukan mcm tu Aiza, jodoh tu Tuhan tentukan, belum masanya lagi la tu.. mungkin Allah nak beri yg terbaik utk Aiza so kene la bersabar dulu yer....

Normi Nieza said...

good sharing
salam ramadan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...