facebook

facebook

Mari beri sokongan

17.6.13

Senyum



Senyum adalah cara terbaik sebagai keterampilan diri di samping membantu sistem badan kita berfungsi dengan lebih baik. Senyum juga dikatakan dapat meningkatkan kesihatan diri, mengurangkan tekanan dan juga sebagai daya tarikan pada diri. Senyum juga adalah salah satu cara kita menikmati serta mensyukuri kehidupan ini dan berusahalah sentiasa dalam keadaan senyum... hehehehe..

senyum



1. Senyuman Membuat Kita lebih Tertarik

Terdapat satu faktor tarikan. Apabila kita sentiasa tersenyum maka kita akan lebih mudah didampingi dan di senangi oleh orang sekeliling. Senyuman juga dapat mengelakkan  penuaan dan senyumlah selalu supaya wajah akan tampak kelihatan lebih muda. ( tapi sebenornya dah tua, kih kih kih ).

senyuman ceria



2. Senyum dapat Merubahkan Mood Kita.

Tatkala kita merasa 'down' seolah-olah tiada semangat, cubalah untuk senyum. Tanpa kita sedari mood kita akan berubah menjadi lebih baik. Senyum boleh menipu badan dengan membantu untuk mengubah mood kita.

senyuman si kecil


3. Senyum Menceriakan Suasana.

Apabila seseorang tersenyum, ibarat dia telah menerangi satu suasana yg gelap menjadi terang, mereka sebenarnya mengubah mood orang lain dan mewujudkan satu suasana yang lebih bahagia. Seseorang tersenyum membawa kebahagiaan kepada orang lain. Sentiasa senyum akan menarik orang lain kepada kita.

senyuman gembira


4. Senyum Menghindarkan Tekanan

Tekanan benar-benar boleh dizahirkan pada raut wajah kita. Senyuman membantu untuk menghalang kita dari kelihatan letih. Apabila kita tertekan, ambilah masa untuk senyuman. Tekanan perlu dikurangkan dan kita akan lebih bertenaga dalam menghadapi tindakan.

senyum


5. Senyum Meningkatkan Sistem Imun dalam Badan

Senyum membantu sistem imun untuk bekerja lebih baik. Apabila kita tersenyum, fungsi imun meningkat dan kita akan merasa lebih tenang. Dengan tersenyum juga dikatakan dapat mencegah selesema.


senyum


6. Senyum Mengurangkan Tekanan Darah

Apabila kita tersenyum, terdapat pengurangan yang boleh diukur dalam tekanan darah. Cubalah jika anda mempunyai monitor pembacaan tekanan darah di rumah. Duduk selama beberapa minit kemudian tersenyum selama satu minit dan ambil bacaan semula ketika masih tersenyum. Anda akan lihat perbezaan.

senyum



7. Senyum meningkatkan Endorfin, Pencegah penyakit dan Serotonin

Kajian telah menunjukkan bahawa Senyum dapat membebaskan endorfin, pencegah penyakit semula jadi dan serotonin. Ketiga-tiga ini akan membuat kita berasa lebih baik. Senyum adalah ubat semula jadi.

senyum


8. Senyum membuat Anda Lihat muda

Otot yang digunakan untuk senyum pada wajah, membuat seseorang kelihatan lebih muda. Tak perlu membazirkan duit pergi buat facial muka, hanya cuba tersenyum dan melalui hari anda dengan kelihatan lebih muda dan berasa lebih baik.

senyum


9. Tersenyum Menjadikan Anda nampak berjaya

Senyuman akan kelihatan lebih yakin, lebih cenderung untuk dinaikkan pangkat dan lebih cenderung untuk didekati. Senyuman di sesuatu majlis atau mesyuarat akan mendapat tindak balas baik.

senyum


10. Senyuman Membantu Kita Berfikiran positif

Cuba ujian ini: Senyum. Sekarang cuba untuk berfikir sesuatu yang negatif tanpa kehilangan senyuman. Adalah sukar untuk melakukannya. Apabila kita tersenyum badan kita menghantar isyarat baik ke seluruh anggota dan ianya menjauhkan diri daripada kemurungan, tekanan dan kebimbangan. Oleh itu Senyumlah Selalu!

senyum

senyum

senyum


7 comments:

Nies alhaQ said...

Alhamdulillah. Senyum itu kan sedekah.
Yang suram menjadi cerah.
Yang berduka menjadi indah.

Nice sharing :)

Zai Zaiman said...

Alhamdulillah... trime kaseh Niess..

Yang suram menjadi indah,
yang berduka hilanglah gundah,
hidup ini kena lah pasrah,
kepada Tuhan kita berserah...

Aida Ismail said...

Senyum tak perlu kata apa2. Bila kita senyum, semua orang berjangkit. Kikiki~ ;p

Zai Zaiman said...

hehehe.. yer lah aida, tp jangan lak senyum sorang2, kang lain pulak jadinya....

eita said...

alahai..comel nyer baby yang duk senyum2 tu..

senyum tu kan satu sedekah

Zai Zaiman said...

memang comel baby tu... mcm saye.... hahahaha....

..cik hana.. said...

senyum itu sedekah....dengan senyum jugak membuatkan seseorang itu nampak lebih manis kan kan kan kan ....hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...