facebook

facebook

Mari beri sokongan

30.6.13

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1434

Ramadhan bulan yang penuh rahmat,
didalam perjalanan karamah,
menanti padanya fadhilat,
yang dirindu-rindukan umat,
pada bulan inilah umat diajak berehat,
dan diseru bagi menumpukan fardhunya didalam beribadat,
oleh yang demikian rupanya, kita diajak kembali mentauhidkan ya Ahad..
begitu mulianya Muhammad,
begitu syukur kepada Allah yang tiada terungkap.

~~~~~~~~~~

Hanya tinggal beberapa hari saje lagi Umat Islam akan menyambut bulam yg penuh dengan barakah di dalamnya. Di mana di katakan pada bulan ini Allah swt membuka pintu langit seluas-luasnya bg seseorang yg merasa dirinya sebagai hambaNya. Bulan Ramadhan adalah bulan untuk Umatnya bagi menterjemahkan diri sebagai Hamba kepada Allah swt. Tiada bulan lain yg lebih istimewa melainkan di bulan Ramadhan.

Ramadhan


Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Al-Janah untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!

Di antara apa yg dapat kita perhatikan daripada hadis di atas antaranya berkenaan Syaitan yg di belenggu oleh Jibrail di atas perintah Allah swt. Jadi persoalannya di manakah yg dikatakan Syaitan ini terbelenggu, apakah tidak ada syaitan pada bulan Ramadhan ini?

Jikalau kita perhatikan pada bulan-buloan Ramadhan sebelum ini, berapa banyaknya orang yg sepatutnya berpuasa tetapi tidak melakukannya bahkan lebih teruk lagi di dalam bulan yg mulia itu, maksiat tidak kurang hebatnya. Kemanakah dikatakan Syaitan yg terbelenggu itu?

Sebenarnya yg dikatakan Syaitan itu terbelenggu adalah di pintu langit ini di mana Allah buka seluas-luasnya untuk hambaNya yg benar-benar ikhlas kepadanya di dalam hendak Beriman kepadanya. Bukanlah Syaitan ini terbelenggu di dunia malah lebih dahsyat lagi hasutan mereka pada bulan puasa ini. ( Na'uzdubillah, sama-sama minta dijauhkan) Mereka-mereka yang benar-beanr mengharap akan keredhaan TuhanNya ini dinanti-nantikan oleh penghuni langit malah tidak ketinggalan juga para Bidadari yg sentiasa memerhatikan calon-calon mereka.

Ini tidaklah bermakna Allah swt tidak membuka pintu langit pada hari-hari biasa. Dikatakan pada hari kebiasaan pintu langit juga terbuka tetapi tidak seperti di bulan Ramadhan. Pada hari biasa ianya juga di buka bagi sesiapa saja yg dikatakan pada waktu 'Dini Hari' yakni dalam lingkungan 2:30am - 4:30 am dan juga ianya tidaklah dibuka sepanjang masa itu tetapi hanya untuk beberapa ketika dalam lingkungan waktu itu.

kaabah

Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam  syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya  hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat  dari pagi  hingga tenggelam matahari. (Al Hadith)

 Berdasarkan sabda Rasulullah saw,”Pintu-pintu langit dibuka pada saat tengah malam lalu ada suara yang memanggil,’Apakah ada orang yang berdoa? Lalu orang itu pun dikabulkan. Apakah ada orang yang meminta? Lalu orang itu pun diberikan. Apakah ada orang yang dalam kesulitan? Lalu orang itu pun dilapangkan.” (Shahih al Jami’ 376)

Pantun Bulan Puasa Ramadan


Salam dihulur kasih diterima,
Agar ikatan terjalin mesra,
Syaaban berlalu Ramadhan menjelma,
Tingkatkan amalan hadkan selera…

Hubungan terikat sesama manusia,
Hati bertaut rasa dikongsi,
Nafsu disekat elakkan dosa,
Hati disuci pelbagai dimensi…

Bukan mudah menahan diri,
Bukan sukar mengawal situasi,
Tekadkan nurani tegarkan diri,
Ingatlah Yg Maha Melihat sentiasa di sisi…

Selera dijamah sebelum Subuh,
Azan Maghrib tanda berbuka,
Sebulan cuma Ramadhan berlabuh,
Mohon berkat selagi mata terbuka…

Siang bertahan menghitung waktu,
Terawih tak lupa di malam hari,
Mahmudahkan diri setiap waktu,
Semoga Ramadhan bertemu lagi…



Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang  salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.

Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, kerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab Rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku? (Al-Hadith)

8 comments:

Karya Hati said...

selamat menyambut bulan ramadhan. moga diberi keberkatan. gandakan amalan. :)

cahaya ilahi said...

alhamdulillah, ramadhan semakin hampir, ^_^. tp masih banya hutang dengan Allah lagi.. :(

Adhie Sunan Saifuddin said...

Insya Allah...semoga Ramadhan kali ni memberi kita peluang untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah.... Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

PeRdU cINta said...

moga Ramadhan kali ini lebih penuh makna..hati begitu teruja menanti hadirnya Ramadhan..Alhamdulillah..rindu..rindu..rindu..ramadhan hadirmu mampu melentur iman dan takwa kerana hadir bersamamu 1001 rahmat..aminn

Mizz Aiza said...

semoga sempat untuk bertemu dengan ramadhan kali ini.. terima kasih di atas perkongsia ini.. :D

Zai Zaiman said...

Alhamdulillah.. terima kaseh kenkawan semua.... sama-sama kite hayati dan penuhi dgn amalan yg bermanafaat...

AiSyA LiEzA said...

slmt mymbut bulan ramadhan y penuh dengan berkat driNya :')

Aida Ismail said...

Ramadhan makin hampir. Tak sabarnya ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...