facebook

facebook

Mari beri sokongan

9.6.13

Pokok Lidah Mertua ( atasi pencemaran )



Lidah Mertua merupakan  sejenis tanaman asli benua Afrika yang memiliki manfaat untuk menyembuhkan berbagai macam penyakit dan menjaga kesehatan tubuh bagi manusia. Seluruh bahagian tanaman ini dapat dijadikan sebagai ubat herba bagi menyembuhkan berbagai jenis penyakit.

Menurut penelitian NASA yang menyebutkan, bahan aktif pregnan glikosida yang terdapat di lidah mertua mampu menyerap 107 unsur yang terkandung dalam pencemaran udara. Maka, tidak salah kalau kita dianjurkan untuk meletakkan lidah mertua di dalam ruangan rumah kita.

Selain dapat menghilangkan pencemaran, bentuknya yang meninggi dan tumbuh bergerombol membuat sebahagian orang menjadikan tanaman ini sebagai pagar. Dibalik bentuk yang sederhana itu, lidah mertua juga dimanfaatkan menjadi benang dan bahan anyaman. Bahkan seratnya ada yang ditenun unutuk dijadikan pakaian. Fabrik tenun di Filipina misalnya, menggunakan serat lidah yang dikombinasikan dengan serat nenas sebagai bahan baku kain.

Di beberapa negara maju, lidah mertua digunakan sebagai bahan asas pada perfum. Bila ingin membuktikan aromanya, cubalah berdiri dekat lidah mertua di waktu pagi hari. Tanaman ini akan menghasilkan wewangian. Terutamanya ketika berbunga.

 Dari hasil kajian di Indonesia, diketahui bahawa tanaman lidah mertua (Sansevieria sp) memiliki zat aktif pregnane glikosid (Purwanto, 2006). Polutan yang telah diserap kemudian dikirim ke akar, pada bagian akar, mikroba melakukan proses detoksifikasi. Proses detoksifikasi ini mempergunakan zat aktif pregnane glikosid. Melalui proses ini, mikroba akan menghasilkan suatu zat yang diperlukan oleh tanaman seperti asam amino, gula, dan asam organik. Setelah didetoksifikasi juga dihasilkan udara yang telah bersih.

 Di daerah Afrika, sansevieria telah lama digunakan oleh penduduk tempatan sebagai penghalau racun akibat gigitan ular dan serangga. Di beberapa daerah di negara-negara Asia, getah tumbuhan ini digunakan sebagai cairan antiseptik dan daunnya digunakan untuk membalut luka pada tindakan P3K, jelas Lien. Untuk pemakaian obat luar, Lien mengatakan, daun Sansivieria yang telah dicuci bersih kemudian digiling atau ditumbuk halus, kemudian ditempelkan pada bahagian tubuh yang sakit. Dengan pemakaian daun Sansievieria tumbuk ini, penyembuhan lukanya menjadi lebih cepat.

Selain sebagai ubat luar, Lien mengungkapkan, bahwa Sansieviera ini juga bermanfaat untuk mengubati penyakit dalam seperti diabetes. Bagi penderita diabetes, daun tanaman Sansevieria trifasciata 'lorenttii' ini boleh menjadi ubat alternatif. Cara penggunaannya, beberapa lembar daun dipotong-potong dan direbus dengan tiga gelas air sehingga mendidih dan menjadi satu gelas. Sisa air rebusan ini kemudian diminum kepada pesakit, terang Lien. Selain daun, bahagian buah dan akar tanaman hias berdaun runcing ini juga dapat digunakan sebagai ubat-ubatan. Bahagian buahnya mengandung senyawa astrigen yang menyejukkan sehingga dapat menurunkan panas, mencegah peradangan, mengubati batu ginjal, radang tenggorok dan peluruh urin. Bahagian Akarnya yang memiliki rasa tawar bermanfaat menurunkan tekanan darah, mengubati diare, sifilis serta buasir.

Tanaman ini boleh hidup si bawah sinaran matahari mahupun di dalam ruangan rumah. Tapi bila ingin diletakkan di dalam rumah, jangan lupa dijemur seminggu sekali supaya tanaman tetap segar. Penyiraman hanya perlu dilakukan 1-2 kali seminggu. Terlalu sering menyiram akan membuat tanaman ini dihinggapi bakteria.

3 comments:

||aLeaSaRa|| said...

salam..owh pokok ni nenek kak lea pernah tanam...patutlah nenek kata boleh elak ular..masa tu tak faham sangat he3...nama pokok ni mak aih mengerunkan pulak ngeee....glemer semua mak mertua..

Zai Zaiman said...

hehehe.... yer lah Kak Lea, dulu sy pun tak tahu manafaat pokok ni, dulu tgk pokok ni pun macam semak jer, tak la cantik sangat pun... rupanya ada rahsia tersembunyi pada pokok ni....

Farah Liyana said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...