facebook

facebook

Mari beri sokongan

3.6.13

Muhassabah diri sebelum Tidur



Kita sebagai orang melayu penuh dengan adap dan sopan. Sekiranya Adap tidur,
tidak beradap maka akan jadilah biadap. So.. jauhkan la yer...

Adap orang melayu ni saling berkait dengan sunnah Rasulullah saw. Orang melayu penuh dengan sopan dan santun, punyai hati yg suci, menghormati yg lebih tua dan berbagai lagi.


Jadi jom kita tengok serba sedikit adap sebelum tidur sebagaimana dianjurkan oleh Baginda Rasulullah saw.

 Dalam satu kuliah Maghrib, aku masih ingat seorang ustaz menyebut bahawa Rasulullah s.a.w. mengumpamakan tidur itu sebagai “mati kecil”. Kerana itulah agaknya kenapa kita disunatkan berwuduk, berzikir, beristighfar, memaafkan kesalahan orang dan berwasiat sebelum tidur. Manalah tahu entah-entah tidur aku pada malam ini juga adalah tidur yang penghabisan.

Sebelum kita tidur pastikan tidak melunjurkan kaki ke arah kiblat kerana inilah arah untuk kita bersujud mengadap Allah swt jadi tidaklah baik semasa tidur kita menghalakan kaki ke arah tersebut.

Kita juga hendaklah basuh mulut sebelum tidur dan sebaiknya gosok gigi lah kann... Sebenarnya membasuh mulut ini adalah untuk mengelakkan daripada gangguan jin, kerana sisa makanan atau minuman yg lekat pada mulut akan dijilat jin dan ianya akan mengakibatkan orang tersebut suka bercakap perkara yg tidak baik.



Bagi kanak-kanak pula, si ibu atau bapa kena la amek berat, basuhkan mulut mereka sebelum tidur kerana ni yg buatkan bebudak suka nangis tak tentu pasal. 

Ok, kalo dulu orang tua-tua suka berpesan, sebelum tidur basuh kaki. Sebenarnya ini adalah untuk mengelakkan daripada hal-hal yang tidak baik beserta kita. Walaupun kita hanya memijak seekor semut, semut itu jika sudah mati maka akan jadi bangkai dan bangkai adalah makanan jin. Jadi jin akan beserta orang yg membawak bangkai ini.



Tidur sebaiknya pakailah pakaian yg longgar dan sebaiknya pakai kain bagi lelaki dan juga wanita, elakan dari pakai pakain dalaman salah satu sebabnya boleh menyebabkan mandul. Juga ada kajian dari penyelidik barat, katanya memakai bra dalam jangka waktu yg lama boleh mengundang barah payudara. Bahaya tuu..

Amalan tidur membantu untuk memberi keselesaan. Sebelum tidur pastikan diri dalam keadaan bersih dan disarankan mengambil wuduk supaya diri berasa semangat mahu tidur dan keadaan yang bersih disukai Allah.

Kibaskan tempat tidur ke kiri dan ke kanan sebanyak 3x dengan membaca tasbih panjang. Ini untuk mengelakan makhluk lain tidur bersama kita.

Minta ampun dengan Tuhan dan memaafkan orang lain, sekiranya ada hutang cuba halalkan kerana tidur ni ibarat mati kecil kita, bayangkan sekiranya inilah tidur yg terakhir kita.

Menadah tangan dan sebaik-baiknya membaca empat Qul kemudian tiup di tapak tangan dan sapu seluruh tubuh sebagaimana dilakukan oleh Rasulullah SAW. Sebaik-baiknya cara menyapu bermula pada muka (hanya tangan kanan) kemudian diikuti keseluruh anggota hingga ke kaki (kecuali tapak kaki).
Tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat. Berusahalah menjaga adab tidur, elakkan kaki bersilang atau tertiarap dan mengangkat punggung. Tutuplah aurat dan tidurlah di tempat yang terselamat daripada bahaya serta kekotoran. 

Dari Naufal r.a : Nabi saw berkata kepadanya, “Bacalah (Surah Al-Kafiruun) kemudian tidurlah ketika sampai pada akhirnya (baca sehingga habis). Sesungguhnya itu ada pembebas dari perbuatan syirik.” [5055]Sahih Abu Daud

Dari Aisyah r.a katanya : Nabi saw apabila hendak beranjak ke tempat tidurnya setiap malam, beliau menyatukan kedua tapak tangannya lalu meniupkan keduanya dan membacakan keduanya Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.
 
Kemudian beliau mengusap dengan keduanya bahagian mana sahaja semampunya. Beliau memulainya dari atas kepala dan wajahnya dan bahagian belakang dari badannya. Beliau melakukan perkara itu tiga kali.” [5056] Sahih Abu Daud

Apabila anda terjaga dari tidur ucapkanlah Alhamdulillah atas nikmat tidur kita dan kembali dapat menyambung ibadat yg belum cukup terhadap Allah swt. InsyaAllah. sama-sama kita amalkan... wallahualam.
Wasiat Luqmanul Hakim kepada anaknya:-

Wahai anakku, kalau engkau meragui benarnya mati itu, maka janganlah kamu tidur. (Namun) Seperti mana engkau akan tertidur (juga akhirnya kerana terlalu mengantuk), maka demikian jugalah dengan kematian. Dan apabila engkau meragui pula benarnya hari kebangkitan, maka jaganlah (sekali-sekala) engkau cuba bangun dari tidurmu (namun nescaya engkau akan terjaga juga dari tidurmu). Maka demikianlah juga dengan hari kebangkitan. Kamu akan dibangkitkan selepas kematianmu.”


Dari Muadz bin Jabal r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tidaklah seorang hamba tidur di malam hari dalam keadaan suci, kemudian terbangun di tengah malam lalu ia memohon sesuatu kepada Allah dari perkara dunia mahupun perkara akhirat, nescaya akan diberikan kepadanya (dikabulkan permintaannya) itu.” [3145]


3 comments:

Afif Zafri said...

terima kasih untuk post ini.memang sangat berinformasi.tidur ni memang penting tpikalau salah cara lain pulak jadinya haha.
Reaperz.net

Normi Nieza said...

good sharing...

Mimie Najib said...

perkongsian yang menarik.. =)
saya pun sama.sebelum tido selalu mengucap, tu pun kalau tak terlelap awal la..hehe.. sebab dari kecik teringat2 kalau tak smpat mengucap nti xde sapa yang tahu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...