facebook

facebook

Mari beri sokongan

10.6.13

Mari berpantun

Pantun
 Koleksi Pantun Berpasangan

Cenderawaseh Burung yang Sakti,
Singgah Hinggap di atas Karang,
Kasih berputik di dalam hati,
Dari dahulu sampailah sekarang...

Singgah berenang di persiraman,
Mayang terendam di dalam Tasik,
Kumbang merindu Bunga di Taman,
Bintang merindu Cenderawasih...

Elok Budi baik pekerti,
Elok laku baik perangai,
Elok tingkah baik bicara,
Elok duduk baik tegaknya...

Asam kandis mari dihiris,
Manis sekali rasa isinya,
Dilihat manis dipandang manis,
Manis lagi hati budinya...

Banyak orang menganyam kampit,
Mari dibeli anak cina,
Puan enggang saya pipit,
Manalah layak terbang sama...

Ikan di laut asam di darat,
Masak gulai rencah serunding,
Hati terpaut janji diikat,
Atas pelamin duduk bersanding.

Hidup ini penuh rahmat,
Segala ni’mat tidak terkira;
Allah itu pemberi ni’mat,
Moga mereka sentiasa bahagia.

Enaknya rasa buah Jambu,
Di atas pokok masak sebiji,
Pengantin duduk tersimpul malu,
Namun wajah indah berseri.

Tersurat Malu Tersirat Tak Tahu,
Kayu Keras Besi Kursani,
Memang Malu Adatnya Begitu,
Menjelang malam bertambah berani....

Anak Ayam di Atas Pagar,
Turun ke Tanah memakan Padi,
Adat berhutang kami bayar,
adat berjanji kami Tepati..

Apa guna Tanam Keranji,
Kalau Tidak Manis menggula,
Tidaklah Kami mahu berjanji,
Kalau tidak berani di Kota.

Buah pauh si bunga rampai
Kilauan bintang sungguh mengasyikkan
Orang jauh sudahlah sampai
Selamat datang kami ucapkan

Tiup serunai di atas kota
Uda memupuk bunga Melati
Mula kenal kemudian bercinta
Cinta tersemai dalam hati

Amat garang datuk bentara
Musuh melanggar habis dibenam
Dulu seorang kini berdua
Hidup bersama susah senang

Orang jauh berkirimkan surat
Berkali-kali dibaca jua
Ikan dilaut asam didarat
Dalam kuali bertemu jua

Di malam hari terang senegeri
Bulan purnama dihujung julai
Majlis gahari bertambah seri
Menyambut kedatangan kedua mempelai

Doa berkat penutupnya amin
Jari lentik memukul gendang
Mempelai berangkat di atas pelamin
Sama cantik sama padan

Rimbun semalu di jambu batu
Bangkit pelanduk terus berlalu
Kompang dipalu menyahut restu
Pengantin duduk tersenyum malu

Semerbak bunga seroja
Dibelai dara pingitan
Lauk pauk penuh semeja
Jemput mempelai menikmati hidangan

Feringgi melanggar Inderagiri
Lalu dibedil oleh laksamana
Suami ibarat kepala negeri
Hendaklah adil lagi saksama

Keris dan sundang lambang diraja
Itulah tanda raja yang makbul
Tanah ladang diletak baja
Makin dibaja semakin subur

Hadirin berpakaian serba indah
Meraikan majlis yang gilang gemilang
Bersanding sudah, bersantap pun sudah
Sila pengantin berangkat pulang

Dengarlah ini ayah berpesan
Anak menantu, ayah ingatkan
Berkasih sayang sesama insan
Jangan cepat menjadi bosan....
Ada pantun lain, dipersilakan la yer

8 comments:

Siti fironika said...

wah..nice...sy ni kalau pasal pantun2x nih, susah sket nak kluar idea..hehe

Aida Ismail said...

Pandainya berpantun ^^ saya fail bab2 pantun ni. Hee~

Zai Zaiman said...

hehehehe... macam tu lah ade nye...

enak rasanya buah manggis,
tak kurang juga buah jambu,
wahai cik fironika yg manis
kalau tak cuba manalah tahu...

Zai Zaiman said...

wahai cik aida manis dan ayu,
sekali pandang hati tergoda,
budaya kita orang melayu,
berpantun itu mercerminkan jiwa..

ilya ireza said...

hoho . hebaqq .. nanti nak cuba ahh buat pantun sendiri .
Bila hujan tanah basah ,
lari ke kedai beli berangan ,
terima kasih kerana singgah ,
saya kesini balas kunjugan ..
kuikui . boleh kah ?

Zai Zaiman said...



Walau hujan tetap ku redah,
Demi kaseh seorang insan,
Terima kaseh kerana singgah,
Bersama kita eratkan persaudaraan..

Makan berangan di tepi tangga,
Sambil makan sambil berangan,
Tak salah Cik ILya mencuba,
Jika silap Zaiman betulkan...

cehhh wahhh...

Mime MF said...

teringat masa sekolah dulu masuk pertandingan berpantun...hihi..tapi kalah...kuang²..tu pun kakak² senior yg tlg...:P

Zai Zaiman said...

hehehehe.. yer lah mmie, walau kalah tp mimie dah mencuba, kalah sekali bukan bererti kalah seterusnya kannn...

Mendaki gunung meredah hutan,
Hilang rotan akar digunakan,
Halangan hanya menjadi cabaran,
Usaha tetap kita teruskan...

Mati anak jangan adat,
Putih tulang bukan mata,
Warisan akan aku ikat,
Hingga putus akal dan nyawa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...