facebook

facebook

Mari beri sokongan

19.6.13

Kita Sahabat


“Barangsiapa yang menutup cela saudaranya, maka Allah ta’ala akan menutupi celanya di dunia dan akhirat” Riwayat Ibnu Majah. Dalam riwayat lain ada menyebutkan:
Sabda Rasulullah: “dua org yang duduk bercakap2 itu harus disertai dengan amanat.Tidak halal salah seorang di antara keduanya itu menyiarkan mengenai saudaranya itu akan sesuatu yang tidak disenangi  olehnya
” H.R Hakim”



sahabat




   Assalamualaikum semua... harap semua sehat dan ceria selalu yer (ayat biase dalam BW) . Hari ni hari Rabu, sedikit sirah pada hari Rabu : Hari Rabu adalah hari kebinasaan yang berkekalan bagi mereka yang menentang, kerana pada hari itu Allah SWT menenggelamkan Fir’aun bersama kaumnya. Kaum Samud dan kaum ‘Ad yang mereka itu adalah kaum Nabi Saleh, yang di binasakan oleh Allah pada hari Rabu. Ini bererti Kemenangan bagi Islam. Tetapi hari ini orang Islam kalah. Kalah! yer kalah, hari-hari dalam tv orang Islam berperang sesama sendiri. Orang Islam ditekan, diserang dan lebih teruk lagi di cop sebagai Pengganas. Orang Islam sendiri lakukan tidak sepertimana Nabi lakukan , akhirnya orang Islam sendiri yang ditindas..

Ermm.. Dalam melayari kemajuan dunia hari ini melalui alam maya ini, ambillah peluang menambahkan pengetahuan dalam kita meneruskan kehidupan yang semakin mencabar ini. Ingatlah kepada kenkawan semua. kemajuan teknologi hari ini banyak mengundang keburukan berbanding kebaikan dan kebaikan itu amatlah sedikit, jadi pandai-pandailah kita menyesuaikannya yer...

Hari ini kalau kita renungkan sejenak, pengiktirafan sistem pendidikan hari ini datangnya dari barat dan merekalah yang mengesahkan setiap pembelajaran kita hari ini, malah di Uni Al-Azhar juga tidak kurang juga mereka yg mengiktirafkan. Sejarah yang kita perolehi, fakta dan segala rujukan, kebanyakkan dari mereka. Jadi sememanglah patutnya mereka yang mengesahkan.

Saya teringatkan pada satu ayat tu yang berbunyi begini, 'Barangsiapa yang dapat menguasai sejarah maka di akan kuasai masa hadapan'. Sumbernya saya tak pasti dari mana. Jadi hari ini memang sudah ternyatalah, mereka kuasai sejarah dan hari ini mereka membentuk masa hadapan seperti apa yang kita lalui ini. Ibaratnya, apa yg kita alami di alam maya ini, semuanya dalam poket dorang. Sepertimana Allah swt berfirman di dalam Surah Al-Baqarah (2) : 120

 "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu".

Yang menjadi kerisauannya sekarang, kita sedang menghadapi satu masa ataupun keadaan ataupun zaman di mana mereka sudah merancang tanpa kita sedari. Apa motifnya yer... ermm... fikir-fikirkanlah yer... dan hati-hatilah semua kenkawan yer...

Atas maksud itu, marilah kita semaikan budaya persahabatan sesama kita ke arah kemantapan saudara sesama kita, ingat beringat sesama kita, InsyaAllah.



sahabat

1.Kawan tu bukan macam main FUTSAL. Mula-mula kejar… Dah dapat sepak…

2. Kawan tu bukan macam main SKATE. Mula-mula gosok…Lepas tu pijak…

3. Kawan tu bukan mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap…Dah dapat tendang…

4. Kawan tu bukan mcm PAMPERS. Dah pakai pastu buang…

5. Kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai…Dah sengkek gadai…

6. Kawan tu bukan macam PELANGI. Hari cerah hilang…Hujan gerimis baru muncul…

7. Kawan tu bukan macam KERETA. Rosak sikit jual …Beli baru…

8. Kawan tu bukan macam CHIPSMORE . Kejap ade kejap takde…

9. Kawan tu bukan macam BANK. Bila dah takde duit baru nak cari…

10. Lagi…Kawan tu macam ape ye??? Hmmmm…Haa…Kawan tu macam AWAK LA… Bila saya tulis artikel, awak akan baca dengan teliti sampai habis…
Kata-kata ni saya pinjam dari belog Cahaya Mutiara


Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”

    [ Riwayat Al-Tabrani ]

Sepertimana pesanan Al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya:

“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

  1.  Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.


 2.   Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).


3.    Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.


4.    Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.


5.    Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
 

Sekian, kita bersaudara!

wallahualam. 

9 comments:

Zai Zaiman said...

“Berubah itu mungkin mudah, tapi kekal dengan perubahan yang dibuat itu mungkin payah.”

Aida Ismail said...

"Jika ingin mencari teman, ujilah dia dengan membuatnya marah. Jika dia tidak sabar dengan sikapmu itu maka, jauhilah dia." - Luqman Al-Hakim

Mizz Aiza said...

sukarnya mencari sahabat sejati.. untuk mendapatkan sahabat sejati umpama sukarnya mendapatkan sebutir mutiara asli di dasar lautan yang dalam..

Zai Zaiman said...

hehehehe.. terima kaseh sahabat.

Aida, jgnlah membuat aku marah terhadap dirimu krn aku ingin bergembira bersamamu... kahkahkah.. gurau jer Aida yer..

Mizz Aiza (amboi dekat2 jer name deme ni ) tidak sukar Aiza utk mencarinya krn dia kini sudah berada d hadapan mu.. kikikiki....

GUrau jer yer...

Nao Mei said...

cik akak mencari sahabat yang hilang...rupanya merayap kat sini ye.,..hihi...

sahabat itu satu anugerah...keikhlasan tu penting dalam sebuah ikatan :)

Zai Zaiman said...

Hai Cik Akak... Sahabat sejati dia tak akan hilang cuma terlindung drpd pandangan mata kasar tetapi tidak d hati... hihihi...

yerlah yer Cik Akak, anugerah yg tidak ternilai, banyak kawan kita boleh dapat ttp sukar utk menilai yg manakah sahabat...

Suhaila Zahari said...

Semoga kita dipertemukan dengan sebaik2 sahabat.InsyaAllah

Zai Zaiman said...

InsyaAllah Suhaila... take care yer... dah dpt baby bgtahu yer...

aima said...

betul betul betul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...