facebook

facebook

Mari beri sokongan

25.6.13

Kekuatan Sebenarnya

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Bukanlah ukuran kekuatan seseorang itu dengan menewaskan lawan tetapi orang yang kuat itu ialah orang yang dapat menahan hawa nafsunya ketika marah.”




zaiman
(gambar hiasan zaiman of steel)

 
Betapa hebat pun manusia itu dari segi fizikalnya, tetapi sekiranya tidak dapat menahan ammarahnya yang terdapat di dalam dirinya ia bukanlah orang yang kuat. Ia memberikan gambaran yang jelas kepada kita bahawa kekuatan yang sebenar adalah bersumber dari dalam diri manusia itu sendiri.

Segala kekuatan dan keupayaan kita itu sebenarnya bersumber dari Sang Pencipta yang Maha Kuasa. Bukankah kita seringkali menyebutnya iaitu " Lahaulawala Quwwata Illa Billah". Tidak ada keupayaan dan kekuatanmelainkan datang dari Allah. Begitulah susunan hidup beragama mengajar kita bahawa dalam kehidupan ini kita sebenarnya memerlukan Allah pada setiap saa. 



Dalam suatu peperangan, Ali bin Abi Thalib berhadapan sendirian dengan musuhnya yang bersendirian pula. Musuhnya begitu kuat sehingga belum satupun yang dinyatakan tewas. Hampir-hampir leher Ali terkena pedang musuh yang melayang sangat cepat itu, tetapi kerana ketangkasan beliau pedang itu tidak menyentuh leher beliau sedikitpun. Tetapi kerana pedangnya hampir mengenai leher beliau ketika itulah musuh itu lengah. Dia menyangka Ali telah mulai lemah, padahal ternyata Ali mempunyai langkah-langkah yang menipu musuhnya itu hingga tersalah langkah. Ali kemudian menolak musuhnya itu sehingga terjatuh. Dan bagaikan harimau, Ali dengan cepat menerkam dan menindih dada musuhnya itu dan senjata pedangnya siap untuk dihunuskan ke arah jantungnya. Tiba-tiba dengan cepat pula musuh itu meludahi wajah beliau sehingga basah.

"Astaghfirullah" teriak Saidina Ali. Ali marah bukan kepalang sehingga muka beliau menjadi merah. Dia malah membuang pedangnya dan segera meninggalkan musuhnya itu. Musuhnya yang Yahudi itu hairan melihat perangai Ali yang tidak jadi membunuh musuhnya itu.

"Mengapa anda lepaskan saya? Mengapa anda melepaskan peluang untuk membunuh saya?"tanya musuhnya itu dengan hairan.

Dengan menahan marah yang luarbiasa Ali bin Abi Thalib mengatakan "Aku hendak membunuh engkau kerana mempertahankan agama Allah. Tetapi setelah engkau ludahi mukaku, aku sangat marah, sebab hal itu menyinggung kehormatan diriku. Kalau aku jadi membunuh engkau selepas engkau ludahi mukaku, bererti aku membunuh bukan kerana Allah, tetapi kerana dendam diriku sendiri" kata Ali. Dalam riwayat lain disebutkan bahawa Ali berkata "Jika engkau menghinaku sebagai peribadi aku tidak lagi ikhlas membunuhmu, kerana aku membunuh kerana membela peribadiku, tetapi jika engkau menghina agamaku engkau pasti akan ku bunuh" 


Zulfakar


 Rasulullah s.a.w. bersabda: "Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada orang mukmin yang lemah, pada masing-masing itu ada kekuatan. Bersungguh-sungguhlah terhadap perkara yang memberi manfaat kepada kamu. Mintalah pertolongan daripada Allah dan jangan lemah. Jika sesuatu menimpa kamu maka jangan kamu kata: kalau aku buat begini tentu akan jadi begini. Tetapi ucapkanlah Allah telah menentukan dan Dia telah lakukan apa yang Dia kehendaki, kerana sesungguhnya `kalau’ itu membuka peluang syaitan bertindak." (Hadis riwayat Muslim, Ibn Majah dan Ahmad)


16 comments:

Harith Iskandar said...

sy tak kuat

Zai Zaiman said...

Alhamdulillah Tuan, tiada upaya dan kekuatan melainkan pertolongan Dia yang Maha Kuat...

Karya Hati said...

terima kasih atas perkongsian. sebab itu kalau, penggunaaannya itu seolah olah menidakkan segala takdir yang telah allah tetapkan untuk kital.

Zai Zaiman said...

terima kaseh kembali kpd awak Cik Kaya Hati... yerlah kite ni manusia tak terlepas dr salah dan silap, ape pun kite serahkan kembali kpdnya dan lihat pada diri jangan lihat pada kiri...

Nao Mei said...

kekuatan nukan terletak pada tubuh badan atau kuasanya...Tapi kekuatan sebenar terletak pada hati yang ikhlas.....terluah dengan amalan kepada NY...terbicara dengan lisan....
kerana kekuatan itu tak akan datang tanpa keikhlasan dari hati...:)

Zai Zaiman said...

terima kaseh Cik Akak Omei.... yer lah Cik Akak, Orang yg ikhlas adalah orang yg kuat, setuju lah sy...

Mizz Aiza said...

terima kasih mengingatkan.. panas baran masih menguasai diri ini.. dalam proses berubah..

eita said...

kalau keadaan marah..semua benda boleh jadi...
sya susah nak marah orang..sebab saya tak serius....dalam keadaan marah pun masih boleh gelak...

Nies alhaQ said...

Allah. Tersentuhnya hati bila membaca post ni.
Muhasabah diri.
Terkadang terfikir jugak, kerana apa aku tidak bgitu kuat utk menahan nafsu amarah, sedangkan itu hanya ujian dr Allah, samada diri mmpu bersabar atau tidak. :'(

Zai Zaiman said...

Aiza, perasaan marah ni ade pd sesiape saje, ttp kite hendaklah pandai mengawalnye dan utk mengawalnye tak semua orang pandai ttp ia mestilah 'bermula', maksudnye peningkatan proses pengawalannye... lama kelamaan jika bersandarkan pd Allah swt, insyaAllah, akan ade perubahannye....

Zai Zaiman said...

Hai Eita, baguslah kalau awak bersifat mcm tu dan yg penting sentiasa kekalkan smp ke akhir hayat yer... dan lebih baik lagi, orang mcm awak ni dpt membantu menceriakan orang lain....

Zai Zaiman said...

Nies, ini sekadar coretan sebagai renungan, kite manusia melalui proses yg sama, inilah praktikal Islam yg sebenarnya di mana tidak terdapat di mana-mana Universiti di seluruh dunia... kite belajar dan kite amalkan di dalam kehidupan seharian, kejayaannya bergantung sejauh mana ketaqwaan kite terhadap Allah swt.

Mizz Aiza said...

terima kasih sudi nasihatkan aiza.. insya-Allah.. kena istiqomah.. :D

Aida Ismail said...

Saya tak pandai nak kawal perasaan marah. Huhu~

Zai Zaiman said...

Aida, sy yakin awak boleh... tgk entry 7 perkara capai kebahagiaan

Mieza Jhaa K said...

saya cepat marah tapi cepat reda dan memaafkan.. orang tegas mmg macam ni agaknya.. hehe..tapi sy juga kuat ketawa..kiki

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...