facebook

facebook

Mari beri sokongan

2.6.13

Harimau


Inilah Binatang yg bernama HARIMAU. Hahahaha...


Apakah sifat-sifat Harimau?

Harimau ialah haiwan yang biasanya gemar bersendiri dan berkelakuan kewilayahan, dan sering memerlukan kawasan habitat yang amat luas untuk menampung keperluan memburu mangsanya. Dan kerana mudah didapati di sebilangan kawasan di dunia yang paling padat kependudukan manusianya, menyebabkan sering terjadinya konflik antara harimau dan manusia.

Tiga daripada sembilan subspesies harimau moden sudah diisytiharkan pupus dan enam yang selebihnya digolongkan sebagai terancam. Punca-punca utama harimau terancam ialah kemusnahan dan fragmentasi habitat, dan juga kegiatan memburu.

 Harimau yang pernah menduduki kawasan-kawasan seluas Mesopotamia dan Caucasus hingga Asia Selatan dan Timur, kini semakin berkurangan bilangannya. Walaupun semua spesies yang masih ada diberi perlindungan undang-undang, namun pemburuan, kemusnahan habitat dan kemurungan pembiak-bakaan dalam tetap menjadi ancaman.



Harimau yang berada di dua sebelah melambangkan kewibawaan Malaysia.


 Harimau dapat menyamarkan diri, beradaptasi dengan lingkungannya, suatu sifat yang mereka miliki tanpa mereka sadari. Bulu-bulu mereka, sangat serasi dengan warna alami dari lingkungan tempat tinggalnya, sungguh sangat cocok untuk penyamaran dalam hutan. Oleh karenanya, mereka dapat mendekati mangsa tanpa terlihat. Selain itu, warna tersebut memberi harimau penampakan yang cantik dan menarik. Garis-garis pada bulu dan pipinya dan juga bentuk alisnya, berbeda antara harimau satu dengan lainnya.

Harimau sangat menghormati daerah berburu masing-masing. Seekor harimau menandai daerahnya dengan meninggalkan bau yang disemprotkan pada semak-semak. Bau ini adalah peringatan bagi harimau lain akan adanya wilayah berburu harimau lain.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...