facebook

facebook

Mari beri sokongan

27.6.13

7 Perkara capai Kebahagiaan



99 Nama Tuhan

 Salam buat semua....

Ya Allah, Engkau sejahtera, dan daripada Engkau kesejahteraan, dan kepada Engkau kembalinya kesejahteraan itu, maka hidupkan kami dengan kesejahteraan, dan masukkanlah kami kedalam syurga, negeri yang aman sejahtera''

Selawat dan salam juga ke atas Junjungan besar kita nabi Muhammad Baginda Rasulullah saw, kaum kerabatnya serta keturunannya.

Syukur Alhamdulillah kita panjatkan kesyukuran kepada Allah swt kerana maseh lagi di beri kesempatan untuk kita sedikit sebanyak ingat-mengingati sesama kita. Mudah-mudahan secebis kekuatan dikurniakan buat kita untuk sama-sama mengamalkannya.

Artikel ini sebagai renungan kita bersama dan ini tidaklah bermakna penulis ini sempurna malah sy juga dalam proses sama-sama di dalam belajar di samping mengingatkan sesama kita.

Sepertimana Baginda Rasulullah saw pernah bersabda yg bermaksud,

"Umatku masuk Syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang sesama muslim." 

Kita sekarang ini berada di dalam bulan Syaaban dan hanya tinggal beberapa hari saja lagi untuk kita menyambut Ramadhan, sungguhpun seperti hadis di atas bahawa Solat dan Puasa bukanlah sebabnya seseorang masuk syurga Allah tetapi di bulan inilah Allah swt lipat gandakan pahala kebaikan yg kita lakukan.

Hadis di atas juga bermaksud betapa pentingnya kaseh sayang sesama muslim serta kemurahan jiwa dan di sini juga betapa Allah swt hendak menekankan jangan mementingkan diri sendiri dalam kehidupan ini.

Daripada Jabir Bin Abdullah (ra) katanya:

"Telah bersabda Rasulullah saw: Barangsiapa yang tidak menyayangi (mengasihi) sesama manusia, niscaya Allah tidak akan menyayangi (mengasihi)nya."

Jadi untuk menghadapi bulan Ramadhan ini marilah kita buat persediaan bg meningkatkan amalan serta bermunajat dan bermohon perkara yg baik-baik sesama kita dan juga keseluruhan Umat Islam terutama di negara kita yang kita sayang ini.


bahagia

7 Perkara mencapai Kebahagiaan

1. Kesehatan - jaga pemakanan.

Pentingnya kesehatan ini kerana jasad kita merupakan amanah daripada Allah swt dan manusia ini merupakan sebaik-baik ciptaan. Oleh itu apabila kita di amanahkan maka wajiblah kita menjaganya dengan sebaik mungkin.

Manusia ini dijadikan sesempurnanya, bayangkanlah tangan yang diukur sama cantiknya kiri dan kanan, segalanya di ciptakan dengan begitu baik sekali namun sikap kita seorang manusia selalunya alpa dengan apa yang telah dianugerahkan oleh yang Maha Mencipta. 

Pada jasad kita ada sebanyak 18 000 nikmat yang dikurniakan Allah swt tetapi begitu susah kita hendak mengucapkan syukur padanya. Firman Allah :

Maksudnya: “Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim: 7)



“Sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.” (Surah As-Saba’: 13)


Telah diriwayatkan bahawa Yahya a.s. telah melihat iblis membawa pengait dari segala macam bahan. Maka Yahya a.s. pun bertanya: "Wahai iblis, pengait apakah yang kamu bawa itu?". Mendengar pertanyaan dari Yahya a.s. maka iblis pun berkata: "Semua yang aku bawa ini adalah untuk kesenangan nafsu, aku akan mendapatkan anak Adam dengannya".

   Lalu Yahya a.s. bertanya: "Adakah bahagian aku didalamnya?". Berkata iblis: "Ya ada, kadang-kadang kamu kenyang, lalu aku membuat kamu merasa berat untuk bersolat dan berzikir". Bertanya Yahya a.s. lagi: "Ada apa-apakah selain dari itu bagiku?". Berkata iblis: "Tidak". Yahya a.s. berkata: "Bagi Allah wajib atasku, aku tidak akan memenuhi perutku dengan makanan-makanan untuk selama-lamanya". Mendengar kata-kata dari Yahya a.s., maka iblis pun berkata: "Dan bagi Allah atasku, aku tidak akan menasihati lagi walaupun seorang muslim untuk selama-lamanya".

 
Ini pula mengisahkan seorang Raja Parsi yang hendak memberinya seorang Tabib maka Rasulullah pun menolak pemberian itu seraya berkata, "Kami (orang Islam) terdiri daripada orang yang sehat tubuh badan kerana “Kami adalah kaum yang tidak akan makan kecuali apabila lapar dan apabila kami makan tidak sampai terlalu kenyang.” (Hadis Abu Daud)




2. Kewangan- jangan sampai membebankan

Maksudnya di sini adalah berbelanja mengikut keperluan dengan tujuan hidup secara bersederhana. Kita kena faham konsep hidup bersederhana ini dan ramai yang tersalah anggap tentang keperluan hidup.

Contohnya apabila kita melihat seseorang memakai kereta mewah, baju cantik-cantik, dan macam-macam keperluan lagi. Bukan bermaksud tidak boleh memakai tetapi sekiranya dia mampu, maka pakailah dan janganlah kita tidak mampu tetapi berhutang kerana hendak memakai barang mewah. Inilah yang kita telah salah anggap. Yang pentingnya jangan sampai kita membazir kerana membazir itu adalah saudara syaitan.

Firman Allah dalam ayat 26-27 Surah al-Isra’: “Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan”.

Firman Allah dalam ayat 141 Surah al-An’am: “Dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau.”

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya,

“Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemah dan menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.” (Hadis riwayat al-Ibn an-Najjar)


3.  Bendung Nafsu

Apabila kita dapat memenuhi keperluan dengan menahan nafsu dari melebih dalam berbagai perkara, secara tidak langsung kita telah membentuk nafsu kita. Kerana sekiranya kita tidak dapat membendung nafsu maka kita telah melebihkan atau meletakkan kebesaran nafsu melebihi kebesaran Allah swt.

Dari Abu Muhammad Abdullah bin Amru bin Al-‘Ash RA, katanya: “Telah bersabda Rasulullah SAW: ‘Tidak benar-benar beriman seseorang daripada kamu sehingga hawa nafsunya menuruti apa yang aku bawa.”
(Hadis ini hadis hasan sahih yang kami riwayatkannya dari kitab al-Hujjah dengan sanad sahih.


Di dalam ilmu Tasawuf, peringkat-peringkat nafsu dan tanda-tandanya terbahagi kepada 7 martabat/darjat...


  1. Ahli Nafsu Ammarah
  2. Ahli Nafsu Lawwamah
  3. Ahli Nafsu Mulhamah
  4. Ahli Nafsu Mutmainnah
  5. Ahli Nafsu Radhiah
  6. Ahli Nafsu Mardhiyyah
  7. Ahli Nafsu Kamil     

4. Fikir di bentuk dengan Ilmu Agama

Fikiran merupakan anugerah Allah yang tidak terdapat pada makhluk lain. Ianya membezakan manusia dengan binatang. Ketinggian fikir ini membuatkan manusia di pandang mulia di sisi Allah swt.

Fikir ini hendaklah di jaga dengan banyak melihat kebesaran Allah serta mensyukurinya. Di isi dengan ilmu-ilmu agama dan mengamalkan mengikut cara Rasulullah barulah ianya menjadi ibadah.

Fikirlah merupakan cara untuk kita membentuk kesabaran di dalam diri kita. Sentiasa ingat akan langkah yang pertama. Apabila berlaku sesuatu yang melampaui batas kesabaran kita, ingatlah siapa diri kita, untuk apa kita ini dijadikan, jangan kita menuruti kehendak nafsu melebihi kehendak Allah. Inshaa Allah, kita akan dapat atasinya.

 Suatu hari seorang sahabat Nabi SAW, Miqdad Ibnu Al-Aswad berjumpa dengan Abu Hurairah r. a, lalu beliau mengkhabarkan kepada Miqdad: “ Aku mendengar Rasulullah memberitahu kepadaku, sesiapa yang berfikir satu saat maka itu terlebih baik daripada beribadat setahun”

Miqdad berlalu dan berjumpa pula dengan Ibnu Abbas, lalu dikhabarkan kepada Miqdad “ Aku mendengar bahawa rasulullah SAW memberitahu kepadaku, barang siapa yang berfikir satu saat maka ia terlebih baik daripada beribadat tujuh puluh tahun.”

Miqdad keliru dengan perkhabaran dua sahabat tadi, kerana apa yang disampaikan oleh kedua-duanya berbeza. Lantas baginda mengadukan hal ini kepada baginda Nabi SAW. Baginda mengarahkan supaya memanggil Abu Hurairah dan Ibnu Abbas berjumpa dengannya, baginda bertanya kepada Abu Hurairah: “ Bagaimana cara engkau berfikir?” Jawab Abu Hurairah: “ Aku memikirkan tentang tujuh petala langit dan bumi (mendatangkan rasa keagungan kepada Allah dalam diri)”.

Maka jawab baginda: “ Benar, engkau mendapat berfikir sesaat lebih baik daripada beribadat setahun.” Sabdanya lagi, “ Telah turun al-Quran kepadaku, rugilah bagi mereka yang membaca al-Quran tapi tidak memikirkannya.”

Lalu baginda bertanya pula kepadan Ibnu Abbas tentng apa yang difikirkannya. Jawab Ibnu Abbas: “ Aku memikirkan tentang kematian dan huru-haranya saat itu.” Lalu baginda menjawab: “Benar, berfikir begitu maka engkau mendapat kelebihan sesaat berfikir maka terlebih baik daripada beribadat 7o tahun.”



Ka'ab bin Malik berkata :

"Barangsiapa menghendaki kemuliaan akhirat, maka hendaklah ia memperbanyakkan ‘tafakur’ (berfikir)."

Hatim menambah :

"Dengan merenungi perumpamaan, bertambahlah ilmu pengetahuan; dengan mengingati nikmat Allah, bertambahlah kecintaan kepadaNya; dan dengan bertafakur, bertambahlah ketakwaan kepadaNya."

5. Ukhwah

Ukhwah ataupun persahabatan dalam mengeratkan silaturrahim amat penting dalam menjamin kehidupan berlandaskan sunnah Rasulullah saw. Ianya dapat mendidik hati agar tidak terjerumus dalam kancah kehinaan.

Ibnu Umar meriwayatkan, Rasulullah saw. bersabda: “ seorang muslim adalah saudara dari seorang muslim (lainya); dan dia tidak akan memperlakukanya tidak adil, atau dia tidak meninggalkanya sendirian (menjadi korban ketidak adilan orang lain); dan barang siapa memenuhi kebutuhan saudaranya, Allah akan memenuhi kebutuhanya. (HR Bukhari). 

Abu Musa meriwayatkan, Nabi saw bersabda: “kaum mukminin adalah bersaudara satu sama lain ibarat (bagian-bagian dari) suatu bangunan satu bagian memperkuat bagian lainya”. Dan beliau menyelibkan jari-jari di satu tangan dengan tangan yang lainnya agar kedua tangannya tergabung. (HR Bukhari)  


Dari Abu Hurairah r.a., ia berkata Rasulullah saw. Bersabda :” hak seorang muslim terhadap sesama muslim itu ada enam: jika kamu bertemu dengannya maka ucapkanlah salam, jika ia mengundangmu maka penuhilah undangnnya, jika ia meminta nasihat kepadamu maka berilah ia nasihat, jika ia bersin dan mengucapkan Alhamdulillah maka doakanlah dengan membaca yaarhamukallah, jika ia sakit maka jenguklah, dan jika ia meninggal dunia maka iringkanlah (jenazahnya).” ( HR Muslim)

6. Ibadah ( sunnah )

Yang dimaksud dengan sunah Rasulullah saw. ialah ucapan-ucapannya, perbuatan-perbuatannya dan keputusan-keputusannya. Semuanya itu merupakan sumber kedua sesudah Al-Qur’an bagi  hukum-hukum Islam, aqidah-aqidahnya, syari’atnya, dan cara-cara ibadahnya.  Dalam ertikata lain, sunnah merupakan cara hidup yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah saw merangkumi seluruh aspek kehidupan.

Apabila kita melakukan apa saja dalam kehidupan seharian maka inilah yang dikatakan beribadat 24jam. Kerana apa yg kita lakukan adalah mengikut cara yang di amalkan oleh Baginda Rasul. Dalam setiap aspek kehidupan hatta hendak masuk ke dalam tandas sekalipun ada cara Baginda Rasulullah dan siapa yang mengikut caranya mendapat pahala ibadah.

Barangsiapa yang membiasakan sesuatu sunnah yang baik dalam Islam, dia akan mendapatkan pahala dari perbuatannya itu dan pahala dari perbuatan orang yang mengikuti kebiasaan baik itu setelahnya dengan pahala yang sama sekali tidak lebih dari pahala orang-orang yang mengikuti melakukan perbuatan baik itu. Sementara, barangsiapa yang mebiasakan suatu perbuatan buruk dalam Islam ia akan mendapatkan dosa atas perbuatannya itu dan dosa dari perbuatan orang yang melakukan keburukan yang sama setelahnya dengan dosa yang sama sekali tidak lebih kecil dari dosa-dosa yang ditimpakan bagi orang-orang yang mengikui perbuatannya itu” (HR Muslim)


Ku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya
nescaya kamu tidak akan sesat ,iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnahku


7. Cinta kepada allah.

Dan akhir sekali, apabila kita dapat melaksana keseluruhan kehidupan mengikut cara yang di tunjuki oleh Baginda Rasul maka barulah layak untuk kita bercinta dengan Allah swt.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu." (Hadis Riwayat Ibnu Abi Dunya)

 Rasulullah SAW bersabda:

”Sesungguhnya Allah SWT apabila mencintai hamba-Nya, Dia memanggil Jibril dan berfirman, Sesungguhnya Allah mencintai dia oleh itu cintailah dia, kemudian Jibril mencintainya. Jibril pun menyeru para malaikat di langit seraya berkata: Sesungguhnya Allah mencintai hamba ini, maka cintailah olehmu sekalian, lalu seluruh penghuni langit mencintainya. Akhirnya kecintaan itu disampaikan kepada seluruh makhluk di bumi.”

(Muttafaqun Alaih)

 Dalam kita melalui kehidupan seharian ini amatlah beruntung sekiranya kita dapat mengikuti cara-cara yang ditunjuki oleh Baginda Rasulullah saw. Kita umat akhir zaman ni amat berat.


 “Sesungguhnya di belakang kalian ada hari-hari dimana orang yang sabar ketika itu seperti memegang bara api. Mereka yang mengamalkan sunnah pada hari itu akan mendapatkan pahala lima puluh kali dari kalian yang mengamalkan amalan tersebut. Para Shahabat bertanya: ‘Mendapatkan pahala lima puluh kali dari kita atau mereka?’ Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam menjawab: ‘Bahkan lima puluh kali pahala dari kalian’ “. (HR. Tirmidzi, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Hakim)

9 comments:

.::: Princess MOMOY :::. said...

hidup dibebani hutang memang tak tenang =)

Karya Hati said...

terima kasih atas perkongsian bermanfaat ni. keep it up! :)

Aida Ismail said...

Saya suka entri ni.Thumbs up! Sesungguhnya terlalu banyak nikmat yang Allah beri pada kita... :)

Normi Nieza said...

Good sharing

Nao Mei said...

Penerangan yang mantap...thank atas perkonsian ilmunya :)

Mieza Jhaa K said...

Wahh banyak ilmu kat sini.. ramai yang tidak mempedulikan makanan yang mereka makan..sehingga memudaratkan kesihatan..

Mohd Fauzli said...

Terima kasih ayas maklumat yang amat berguna ni..

Nurul Farahizzati said...

thanks for the info :) baru tahu ada 7 jenis nafsu..

light of leader said...

perkongsian yang menarik.. YA Allah... sampaikan lah kami dengan bulan Ramadhan.... aaammeeenn....
terima kasih kerana sudi dtg ke blog saya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...