facebook

facebook

Mari beri sokongan

19.5.13

Makhluk Asing - Sejauh mana kebenarannya?


   Bila bercakap tentang UFO, perkataan ‘alien’ atau makhluk asing pasti dikaitkan sama. Soalannya sekarang, siapakah sebenarnya ‘alien’ itu?. Adakah ‘alien’ ini benar-benar datang dari planet lain, galaksi yang lain? Mengapa mereka digambarkan lebih bijak dari manusia dan memiliki teknologi yang amat hebat?




Kes aneh yg berlaku di Utara Arizona bukan sahaja kisah yang paling popular mengenai penculikan oleh makhluk asing, malah ia memberi pulangan yg menguntungkan si sebalik apa yg terjadi. Walton dan rakan-rakannya telah memandu pulang lewat pada satu malam melalui jalan tanah tiba-tiba mereka melihat cahaya aneh yang muncul di celah-celah pokok. Mereka mendekati arah sumber cahaya tersebut  dan mendapati satu objek cahaya yang  besar dalam bentuk berlian yang berseri-seri di ruang angkasa.

Walton mahu melihat sendiri lalu melangkah masuk ke dalam cahaya tersebut Sebaliknya, cahaya yang semakin kuat telah mengangkat Walton kira-kira tiga kaki sehingga dia tidak sedarkan diri. Kawan-kawannya yang melihat kejadian tersebut melarikan diri dalam ketakutan kemudian mereka memutuskan untuk kembali dan mendapatkan dia tetapi apa yang mereka cari tiada tanda-tanda mengenai rakan mereka.

Pada mulanya Polis mengesyaki hal tersebut sebagai perbuatan khianat , tetapi lima hari kemudian, Walton tiba-tiba muncul di stesen minyak di bandar lain lebih daripada 30 batu jauhnya. Dia teringat penculikan dan semasa berada dalam kapal tersebut sebelum dia pengsan dan bangun di stesen minyak itu. Sesetengah orang mula mengatakan bahawa cerita beliau di culik adalah rekaan semata. Cerita tersebut mula menjadi berita hangat di media sehingga membawa kepada jualan buku terbaik dan mendapat sambutan di dalam tayangan  filem, 'Fire In The Sky'.


# sumber

Di dalam sesi lain pula sebuah filem rencana berjudul "Sirius" dilancarkan di Hollywood pada 22 April (2013) ini. Dalam filem tersebut ia akan memaparkan bagaimana penggunaan teknologi tenagakuasa yang digunakan makhluk asing untuk mengembara jauh hingga tiba ke bumi.

Filem ini diusahakan oleh Steven Greer bekas doktor wad kecemasan yang masih lagi aktif mencari kebenaran mengenai kewujudan makhluk asing yang maklumatnya sering dinafikan pihak berkuasa dan filem ini merupakan satu lagi usaha beliau untuk mendedahkan fakta pelawat dari angkasa yang sering disembunyikan.

Filem ini merupakan usaha terbaru Greer bagi mendedahkan rahsia yang sering disembunyikan dari khalayak umum berkenaan makhluk asing dari angkasa lepas.

Pada tahun 1993, Greer memulakan Projek Pendedahan (The Disclosure Project) dengan matlamat agar pihak kerajaan mendedahkan maklumat dan pengetahuan tentang teknologi yang digunakan makhluk asing untuk mengembara dengan kenderaan yang mereka.

"Apa yang perlu difahami adalah makhluk asing bukan masalah utama, yang menjadi masalah ialah manusia dan kuasa syarikat-syarikat besar dan mereka yang menguasai bidang kewangan yang menyembunyikan kebenaran," menurut Greer dalam satu kenyataan yang divideokan.

# sumber

Adakah dunia ini hanya milik kita? Sekiranya difikirkan tentang penemuan UFO seperti yang didakwa, sudah tentu dunia ini bukan milik kita sahaja. Ini terbukti dengan beberapa penemuan UFO (Unidentified Flying Object) yang menggemparkan ramai penduduk dunia. Ramai yang menyedarinya dan juga ramai yang ingin mengetahui apakah yang sebenarnya yang sedang dilakukan oleh objek yang tidak dikenali ini. Namun ada sesetengah pihak merahsiakan perkara ini dengan pembohongan yang nyata.


Bentuk muka manusia dalam rajah ini terdapat pada planet Marikh. Sejauh mana kebenaran tentang makhluk di alam lain?

Alhamdulillahi Robbil 'Alamin. (Segala Puji Allah Tuhan Semesta Alam)

4 comments:

Mizz Aiza said...

macam2 makhluk asing ni..

Tinta Lana said...

Salam.

Alam semesta sangat besar..luas. Tak mustahil ada makhluk lain selain manusia di bahagian lain di alam ni.

Sedangkan dibumi pun ada mcm2 makhluk :)

Zai Zaiman said...

yer Miss Aiza,makhluk asing ni memang macam2 cume kite jer tak tahu... tp dia memang cukup suke ngan pompuan sebab dorang pun nak jadi macam manusia kite ni, sebaik-baik kejadian...

Btol Tinta, Alam semesta memang luas kte jer yg buatkan alam ni jadi sempit... tak gitu..

ZassDhiey said...

Dhia harap satu hari nanti Dhia dapat jumpa alien ni,.dan tanya dia soalan,..

'kenapa orang panggil awak 'alien',? hahahhaha~~~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...