facebook

facebook

Mari beri sokongan

14.5.13

iWatch @ Google Glass

Kecanggihan Era Teknologi Terkini.

   Kecanggihan teknologi hari ini membolehkan manusia bergerak dengan lebih pantas. Kemajuan dalam teknologi mudah alih membawa era baru jam tangan dan cermin mata. Kalau dahulu, jam tangan yang digunakan semata-mata untuk memberitahu masa dan cermin mata yang digunakan untuk melindungi mata daripada sinaran berbahaya matahari tetapi kini Apple dengan teknologi barunya telah mereka-cipta peranti baru bagi syarikat itu dengan memanggilnya iWatch.



 Welcome to a world through Glass
 iWatch atau juga dipanggil Google Glass ini dipakai seperti cermin mata dan cermin pada kacanya akan terkelihatan seperti skrin telefon bimbit. Dengan teknologi ini, si pemakai tidak lagi akan bersusah-payah untuk mengeluarkan dari poket sepertimana kita hari ini menyimpan telefon bimbit di dalam poket ataupun bag tangan bagi perempuan. Selain itu, dikatakan juga yang ianya mungkin boleh untuk memeriksa kadar jantung anda, e-mel, dan pemberitahuan media sosial menggunakan peranti ini. Ia mungkin akan dikeluarkan pada akhir tahun ini menurut Apple.

Google Glass, antara lainnya dikatakan sebagai peranti yang mempunyai kamera di dalamnya untuk mengambil gambar dan video. Peranti ini juga boleh diaktifkan menggunakan suara pengguna.

Kebanyakan pengguna telefon pintar mungkin akan bertukar kepada alat ini memandangkan mereka hanya mamakai dan tidak lagi perlu risau membuka seperti kadang-kalanya menyebabkan kelalaian seperti tertinggal atau pun keciciran. Dan bebas untuk bergerak, melakukan lebih banyak tugas dengan cekap walaupun ketika menggunakan alat ini.


 Alat ini juga akan dilengkapkan dengan mikrofon , fon telinga dan Kad SIM. Jika pengguna ingin paparan yang lebih baik, maka skrin yang lebih murah boleh disambungkan kepada peranti lain menggunakan Bluetooth atau Wi-Fi.

 Walau bagaimanapun, persoalan yang timbul adalah keupayaan Google Glass ini untuk menembusi pasaran kerana setakat ini pengguna masih lagi teragak-agak untuk memakai sesuatu di mata mereka. Sebagai contoh sepertimana cermin mata 3D. Seperti yang kita semua tahu, televisyen 3D masih bergelut untuk mencari tempatnya dalam setiap isi rumah. Beliau juga mempersoalkan jenis paparan yang akan digunakan kerana alat-alat ini tidak lagi dipegang  di tangan. 


sumber : Thedroidguy

 

  

Permainan Game akan nampak lebih Real.

 

  


Ok, kat sini ada disertakan movie terbaru.... jom download tapi subtitle cari sendiri ler....

Iron Man 3

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...