facebook

facebook

Mari beri sokongan

17.5.13

Auto Shut Down Pc



   Berjumpa lagi di dalam arena maya ini. Di dalam keghairahan melayari alam maya ini (ceywahhh), macam-macam perkara yg kita lihat dan tanpa di sedari kita ada kalanya terlepas sesuatu seperti temu janji, pergi kerja, lewat tido dan paling tak best sekali, pc ataupun laptop yg hendak kita gunapakai telah digunakan oleh orang lain, hehehe...

   Bukanlah sebab kita nak guna seorang, kadang tu kalo komputer kat umah untuk kegunaan umum, di salah gunakan oleh orang lain. Jadi pemantauan sangatlah perlu tetapi takan la asik nak jenguk jer orang lain atau pun yg dah berkeluarga nak tengok jer anak-anak buat apa dgn komputer yg dia tengah pakai.






Ok, jom kita belajar sikit tutorial ni supaya kita tidak terus leka melayari internet atau pun bermain game dan apa sajalah keja korang...


Bagaimana hendak Shut-Down komputer secara Auto


Langkah Permulaan

1) Tekan 'Windows Key + R'. (windows key adalah button yg ade gambar windows kat keyboard korang)
2) Taipkan CMD dan tekan Enter.



Shutdown komputer dalam masa yang tertentu.

Taip "shutdown -s -t 60" komputer anda akan ditutup selepas 60 saat. Selepas melakukan ini, mesej kiraan masa amaran akan dipaparkan. Arahan  -t  bermaksud masa (dalam kes ini adalah 60) yang mewakili bilangan saat selepas itu komputer akan ditutup.


Paparan Mesej sebelum penutupan

Taip shutdown -s -t 500 -c "komputer akan ditutup sebentar lagi" (dengan quote) maseh dalam Command Prompt kemudian tekan Enter . -c yang digunakan mewakili code ataupun dalam bahasa orang Melayu adalah 'kata-kata yg hendak disampaikan', untuk memberikan sebab penutupan yang akan dipaparkan dalam kotak dialog sebagai sebab. Ini boleh digunakan untuk memaparkan pelbagai mesej lucu ataupun tengah benggang ke haper ape laa.....


Hentikan Shutdow

Taip "shutdown -a" dan tekan Enter. Ini akan menghalang sistem daripada menutup jika masa untuk menutup belum mencapai kepada 0.

# paparan masa hanya boleh di baca mengikut kiraan saat, kalo nak tahu 1jam berapa saat pakai la kalkulator dalam komputer tu...

OK, tu ajer, selamat mencoba!


6 comments:

GA GreenArtwork said...

sesuai sgt kpd suke main laptop malam2, pastu lupe nk off...

My recent post : Formula Kejayaan - Artwork & Quotes

Zai Zaiman said...

Yer lah bro, kadang tu smp xsedor jam dah pkl brape....

Aida Ismail said...

Nice! Nak try la nanti. Selalu je tertidur kalau tengah tengok cerita kat laptop. Hee~

Zai Zaiman said...

hehehe... yer Aida, mcm tu lah adanya... simple jer kod dia, ingat terus dalam kepala, senang nk guna nanti...

Tinta Lana said...

Salam.

Panduan ni memang sesuai utk yg selalu online, pastu tertidor depan pc,hehehe.

Zaman study, salu jadi camtu. Bangun2 je..eh? laptop still menyala..buat bazir letrik je,huhu

ZassDhiey said...

waaa~ baru tau,.sedap r kenakan adik nanti,.hahaha~~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...